Rabu, 12 September 2018
Kisah seorang puteri yang terkena sumpahan
Pada zaman dulu, ada sorang puteri raja yang cantik rupawan. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayahandanya kerana tak akan kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang takkan cair.
Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa siapa lelaki yg dapat membawa sesuatu yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.Maka pada hari itu, berduyun-duyunlah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja.
Pertandingan pun berlangsung.. Muncul lelaki pertama..
Maharaja: Ha, apa benda yg kau bawa tu?
Lelaki pertama : Hamba bawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.
Maharaja: Bagus, biar puteri Beta pegang benda itu.
Lelaki pertama : Silakan tuanku..
Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh..!! Cair nampaknya logam itu. Kecewalah lelaki itu juga Maharaja dan tuan puteri..
Muncul pula lelaki ke 2..
Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?
Lelaki ke 2: Hamba bawa batu berlian. Benda ini lah yang paling keras dalam
dunia. Pada masa akan datang, benda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.
Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.
Lelaki ke 2: Silakan tuanku..
Maka puteri itu pun pegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh..!! Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu begitu juga maharaja dan puteri.
Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair jua.Akhirnya, muncullah lelaki yang terakhir.tetapi Eh..!! Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!
Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?
Lelaki: Patik ada bawa bendanya tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket seluar hamba ini.
Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu. Biar puteri Beta cuba memegangnya.
Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket hamba ini..
Maharaja: Hmmmm.. Kalau begitu, baiklah..
Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket seluar lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu.. Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu.
Maharaja Maharaja kehairanan dan tanya puterinya..
Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?
Puteri: Dapat..
Maharaja: Benda tu cair?
Puteri: Tak..
Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta isfytiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!
Lelaki: Hehehehehehehehe..
Tapi .. Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang? Apa yg korang terlintas dalam kepala korang?
Hehehehehehehehe..
Benda itu sebenarnya ialah COKLAT "M&M".. CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!!
kamu ingat apa?? sekali sekala tu kita rilek dan sihatkan fikiran.. jangan ingat yang lain lain aje...
"Have a nice weekend dear all"
ππ
Berapa gaji mu sampai kau tinggalkan SOLAT
Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat
*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.
*Doa Iftitah:*
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
*Bacaan ketika rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
*Bacaan ketika bangun dari rukuk:*
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
*Bacaan ketika iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
*Bacaan ketika sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
*Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:*
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
*Bacaan ketika Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
*Bacaan ketika Tahiyat Akhir:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Semoga bermanafaat utk kita bersama!
Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat
Sabda Rasulullah SAW;
*"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."*
(Hadis Riwayat Muslim)
TOLONG SHARE BERAMAI2***
Isnin, 10 September 2018
BERKAT KEKASIH TUHAN
*BERKAT KEKASIH TUHAN*
Di setiap zaman ada hamba-hamba Allah hatinya di dalam pandangan Allah
Para Malaikat sentiasa mendoakan dengan keampunan dan rahmat Tuhan
Mereka adalah menjadi sebab dunia tidak dikiamatkan
Mereka apabila dipuji, jiwanya derita, terseksa
Manakala mereka dikeji, senang menerimanya, kerana mereka rasa hamba
Hati mereka susah kerana kesusahan orang, gembira dengan kesenangan orang
Melihat mereka yang membuat mungkar, didoakannya mereka agar diberi petunjuk
Orang yang menzaliminya didoakannya kepada Allah agar mendapat hidayah atau dengan kebaikan
Penderitaan dan kemiskinan orang lain mereka rasa berdosa jika tidak dapat membela
Dosa-dosa orang lain mereka rasa dosa-dosa mereka kerana kecuaiannya
Baik sangka sahaja dengan manusia
Kalau ada orang yang membuat jahat hatinya berkata mereka membuat dosa dikeranakan kejahilan, aku membuat dosa dengan pengetahuan
Terlihat sahaja mukanya ceria, mesra untuk manusia, hatinya derita dan terhubung dengan Tuhannya
Rasa kehambaannya tetap kekal setiap masa, sekalipun sering bergaul dengan manusia
Hatinya dengan Tuhannya, jasadnya dengan manusia
Hatinya terseksa dengan dosa, malu dengan nikmat Tuhannya
Tidak pernah membalas kejahatan orang dengan kejahatannya, bahkan boleh membuat baik kepada mereka
Hati-hati yang semacam ini selagi wujud di dunia, dunia tidak akan dikiamatkan oleh Tuhan
Manusia lain mendapat rahmat dan nikmat disebabkan mereka
Tapi manusia umum tidak mengetahui jasa-jasa mereka, bahkan mereka tidak dikenali orang
Itulah hamba-hamba Allah yang mereka mencintai Allah, Allah mencintai mereka
Mereka redha dengan Allah, Allah Taala meredhai mereka
Itulah manusia luar biasa, tapi tidak ada siapa yang mengetahuinya
Rabu, 15 Ogos 2018
UNTUK APA AKU DILAHIRKAN
*UNTUK APA AKU DILAHIRKAN*
Untuk suatu alasan aku lahir, tumbuh membesar, bermodalkan beberapa tahun kemudian mati. Adakah sekadar itu? Tidak mungkin, kerana haiwan juga sedemikian. Bagaimana mungkin manusia dan haiwan mempunyai tujuan hidup dan mati yang sama.
Aku mula mencari jawapan dengan mengenali dari mana asalku, dimana aku sekarang dan kemana halatujuku.
Berpandukan wahyu dan sabdaan, tahulah aku bahawa hakikat diriku bukanlah yang aku lihat pada rupa zahir ini, bentuk yang hanya lahir beberapa tahun yang lepas dengan anggota-anggota badan yang lengkap untuk menjadi kenderaan kepada diriku.
Hakikat diriku adalah suatu yang tak dapat kulihat, yang menunggang tubuh kasar ini selama berada didunia. Ia berada dalam jasadku. Ia-lah sebenarnya yang merasa, memandang dan mendengar. Itulah "roh" yang berasal dari alam arwah.
Roh yang dahulunya pernah menyaksikan Allah ketika perjanjian "Alastu" diambil dari semua roh. Roh yang mendengar kalam Allah yang Maha Indah, roh yang memahami dan mengakui ketuhanan Allah lalu roh ini bercakap dengan Zat yang Menciptakannya "Bahkan, kami menyaksikan".
Roh yang tak diketahui bagaimana rupanya kerana ia menyaksikanNya bukan dengan bola mata, mendengar bukan dengan gegendang telinga dan bercakap bukan dengan kotak suara dan mulut.
Roh itulah hakikat diriku. Roh yang diciptakan dari cahaya. Roh yang mempunyai pengalaman hebat melihat Robnya dan berdialog denganNya. Rupa-rupanya aku berasal dari roh yang sudah bermakrifat. Bermakna asal usul aku ialah "arif billah".
Apabila tiba masa yang dikehendaki Allah, aku berpindah ke alam yang lain, yang bernama alam rahim. Didalamnya aku di tiup(di install-kan) setelah kenderaan jasad ini benar-benar mampu dan siap untuk menanggung aku iaitu setelah ia berusia 4 bulan dalam kandungan ibu biologiku.
Setelah 9 bulan 10 hari, aku lahir didunia bersama kenderaanku yang tercipta dari tanah dan air ini. Roh-ku yang asalnya suci bersih bersifat cahaya dan rohani, kini berpengalaman baru bersama tubuh baru yang bersifat fitrah pada waktu kelahirannya.
Cantuman cahaya dan tanah ini menyebabkan aku terlupa bahawa aku berasal dari alam yang tinggi. Bahkan ramai yang terlupa akan perjanjian yang telah termeterai dengan Allah.
Tubuh badanku membesar dan membesar. Didalam tubuh jasad ini mempunyai nafsu dan beberapa sifat kehaiwanan. Benar-benar aku berada dalam ujian selama berada didunia. Aku memerlukan bapa rohani yang dapat memupuk dan membersihkan jiwaku.
Disini ramai manusia termasuk diriku terleka dan terbuai dengan nafsu dan alam dunia ini. Alpa terhadap tujuan dilahirkan disini. Tujuan hidupku disini ialah untuk menyucikan roh dan nafsu(jiwa) tersebut dari noda dan zulumat. Untuk kembalikan kepada sifat asalnya iaitu bermakrifat kepada Allah.
Allah tidak membiarkan manusia begitu sahaja, diutus para utusanNya dan Kitab-kitab suci mengingatkan manusia mengenai perjanjian Alastu dan perhisaban keatasnya kelak di akhirat. Mengingatkan mengapa kita berada disini dan apa tujuan akhirnya.
Apabila ajal tiba, roh ini akan dicabut dari jasad ini. Itulah maut yang pertama dan terakhir kalinya buatku. Maka terkulailah jasad yang ada mata tapi tiada boleh melihat, gegendang telinga yang tiada boleh mendengar, tangan dan kaki yang tiada mampu bergerak, kerana aku telah meninggalkannya.
Jasadku akan ditanam, dikembalikan ketempat asalnya iaitu tanah. Ia akan mereput dan hancur. Boleh jadi saja ia akan menjadi habuan ulat dan tanah. Itulah nasib kenderaanku. Namun aku akan tetap ada. Sekarang di alam barzakh, akulah yang akan ditanya oleh Munkar Nakir.
Setelah tiupan sangkakala, di Mahsyar kelak jasadku yang telah hancur akan dibangkitkan semula. Sekali lagi aku akan disarungkan kedalamnya untuk menuju ke medan perhisaban. Akulah yang akan dipertanggungjawabkan keatas segala perlakuanku didunia.
Setelah itu rohku bersama jasad hidup selama-lamanya tanpa maut akan datang menjemputnya lagi. Disana adalah kehidupanku yang hakiki. Untuk kehidupan akhirat itulah aku dilahirkan didunia ini. Demikianlah perjalananku dan seluruh hamba...
Rabu, 15 November 2017
Women
πWomenπ
The beauty of the face in a woman always attracts men to be attracted to her.
But the beauty of the heart that makes a woman respected and gets a faithful man forever to the endless paradise, no end to her enjoyment, no end of love and affection.
Beauty of the heart is by knowing God and living in the way of the Prophet "
@happy girl. π
Isnin, 13 November 2017
*RAHSIA KEHIDUPAN...*
Saat kita memberi, kita akan menerima. Saat kita menolong orang lain, pada saat yang sama kita sedang menolong diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukannya untuk diri kita sendiri.
Inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi bagi ramai orang.
Bukan kerana mereka tidak melihat kebenaran ini, tapi mereka tidak mempercayainya.
Sebab itu ramai orang lebih suka menerima daripada memberi. Lebih suka ditolong daripada menolong. Hidup hanya berpusat kepada dirinya sendiri.
Ξda perumpamaan menarik, seorang buta yang sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hari. Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu.
Keadaan ini cukup menghairankan seorang lelaki yang kebetulan melihatnya.
Lelaki itu bertanya,
"Mengapa anda berjalan membawa lampu sedangkan anda tidak nampak?"
Orang buta itu menjawab, "Untuk menerangi jalan yang ku lalui".
Dgn nada hairan lelaki itu bertanya lagi, "Tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu?"
Orang buta itu tersenyum sambil menjawab, "Meski saya tidak dapat melihat, orang lain masih dapat melihat saya. Selain membuat jalan menjadi terang, lampu ini dapat menghindarkan org lain untuk tidak melanggar saya"
Di saat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu utk diri kita sendiri.
Kita diingatkan untuk tidak jemu-jemu berbuat baik.
Ini sebuah rahsia kehidupan untuk hidup yang inginkan berkat, tenang dan hidup bahagia.
Pun begitu, rahsia kehidupan ini tidak bernilai bagi orang-orang yang ego, kedekut dan melakukan sesuatu berdasarkan hanya untuk keuntungan dan kepentingan dirinya sendiri.
Jom kongsikan platform yg hebat ini kepada semua org yg kita kenali .
Wallahhuaklam..
Ahad, 12 November 2017
Matematik kehidupan
*MATEMATIK KEHIDUPAN*
Dosa Jangan di ➕
Amal Jangan di ➖
Cinta Jangan di ➗
Hidup hanya 1 ❌
πΊ *Gugur Bunga kerana* Layu..
π» *Gugur Iman kerana* Nafsu..
π *Gugur Cinta kerana* Cemburu..
π *Tertawa kerana*
Bahagia
π *Menangis kerana*
Derita
π *Bertaubat kerana*
Dosa
π *Beribadat kerana*
Iman
π *Hidup tanpa Cinta*
Pasti Hampa
π° *Hidup gila Harta*
Pasti Celaka
π☠ *Hidup penuh Dosa*
Akan Binasa
π *Hidup Bersyukur*
Akan Bahagia
*Hiduplah tiap hari seperti Matematik:*
*1. Mendarapkan (x)*
*_keGembiraan_*
*2. Mengurangi (-)*
*_keSedihan_*
*3. Menambahkan (+)*
*_Semangat_*
*4. Membahagi ( : )*
*_keBahagiaan_*
*5. Meng-kuadratkan*
*_Kasih Sayang_*
*_antara sesama_*
*Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak boleh kembali:*
⏰1. Waktu
π2. Ucapan
⌛3. Kesempatan
*Jagalah itu, jangan sampai menyesal kerananya...*
*Ada 3 perkara yang dapat menghancurkan hidup seseorang:*
πΉ1. Amarah
π2. Keangkuhan
πΏ3. Dendam
*Hindarilah ia selalu..*
*Ada 3 perkara yang tidak boleh hilang*
π1. Harapan
π2. Keikhlasan
❤3. Kejujuran
*Peliharalah ketiganya..*
*Ada 3 perkara yang paling berharga*
π1. Kasih Sayang
π2. Cinta
π3. Kebaikan
*Pupuklah itu semua..*
*Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak pernah pasti*
1. Kekayaan
2. Kejayaan
π€3. Mimpi
*Jangan terlalu obses kerananya..*
*Ada 3 perkara yang dapat membentuk watak seseorang*
☝1. Komitmen
✌2. Ketulusan
π3. Kerja Keras
*Upayakanlah sekuatnya..*
*Ada 3 perkara yang membuat kita berjaya*
π1. Tekad
π2. Kemahuan
π3. Fokus
*Usahakan dengan sungguh-sungguh..*
*Ada 3 perkara yang tidak pernah kita tahu*
π1. Rezeki
π2. Umur
π3. Jodoh
*Semuanya itu diatur oleh Allah.
*TAPI, ada 3 perkara dalam hidup yang PASTI*
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian
*Persiapkanlah dengan sebaik-baiknya...*
Langgan:
Catatan (Atom)