expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 29 April 2020

*"ISTIGHFAR MERUPAKAN PEMBUKA PINTU REZEKI."*


*"ISTIGHFAR MERUPAKAN PEMBUKA PINTU  REZEKI."*

🔘 Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya, seorang lelaki datang ke hadapan baginda dan mengadu akan kemiskinan yang dialaminya.

🔘 Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada lelaki tersebut, "Hendaklah kamu beristighfar."

🔘 Tidak lama kemudian seorang lelaki lain juga datang ke hadapan baginda serta kemudian mengadu bahawa dia belum juga dikurniakan anak (keturunan).

🔘 Lalu Rasulullah SAW, kemudian berkata kepadanya : Hendaklah kamu beristighfar."

🔘 Dan Abu Hurairah kemudian berkata. "Wahai Rasulullah, berbagai jenis penyakit yang ada, namun ubat serta penawar kepada seluruh penyakit itu hanya satu.."

🔘 Maka Rasulullah SAW berkata, bacalah firman Allah SWT yang berbunyi : "Maka aku berkata (kepada mereka): "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu." (Surah Nuh: 10-12).

🔘 Kemudian Rasulullah SAW juga telah bersabda : "Sesiapa yang membiasakan diri untuk beristighfar, maka Allah SWT akan memberikan jalan keluar pada segala kesukaran yang dihadapi dan memberi jalan keluar daripada segala kegelisahan serta kegelisahan yang dialami, lalu Allah SWT akan memberikannya rezeki melalui jalan (cara) yang tidak disangka-sangka." *(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Ibny Abbas).*

*TIPS MEMBACA📗AL-QUR'AN;*

📗Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik2  dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu.

📗Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya.

_Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri; Saat kita ingin membaca Al-Qur'an:_

*📗Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya...*

1. *JUNJUNG📗;*
(Letak atas kepala),
_Niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita._

2. *CIUM📗;*
_Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasulullah SAW kerana memberi kita nikmat mendapat satu2nya pusaka Baginda yang berharga ini._

3. *PELUK📗*
(Letak di dada dengan erat),
_Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat._

_📕Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita._

_📕Amalkan tips ini insya Allah._

_📕Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa._

#Just_say_Alhamdulillah
#sharing_is_caring
#Share_

*RAMADHAN : PUASA MENGHASILKAN KESABARAN*


*RAMADHAN : PUASA MENGHASILKAN KESABARAN*

*• Pahala Tidak Terkira Dek Akal*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :

Saidina Abu Hurairah (57 H) رضي الله عنه  berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ،

“Setiap amalan anak Adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda.

قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ،

Allah Azza wa Jalla berfirman: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya.

يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي ،

Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku.

لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ، وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi.”

HR. Muslim (1151) dalam sahihnya.

Mari kita lihat ayat al-Quran seperti berikut:

*إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ*

_”Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”_

(Surah Az-Zumar [39]: ayat 10)

Persamaan yang ada pada hadis Qudsi dan ayat di atas ialah ganjaran pahala puasa sama seperti ganjaran sifat sabar, iaitu pahala tidak terkira. Lalu apakah hubungan puasa dengan sabar itu sendiri. Terdapat banyak penafsiran ulama kenapa pahala puasa itu wujud tidak terhitung.

Persoalan ini terjawab apabila kita melihat sabda Rasulullah ﷺ

عَنْ رَجُلٍ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ ، قَالَ :

Seorang lelaki daripada Bani Sulaim berkata:

عَدَّهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي يَدِي أَوْ فِي يَدِهِ ، التَّسْبِيحُ نِصْفُ الْمِيزَانِ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ يَمْلَؤُهُ ،

Rasulullah ﷺ mengira-ngira dengan tangannya; Tasbih (Subhanallah) itu separuh daripada timbangan mizan, Alhamdulillah pula memenuhi timbangan itu,

وَالتَّكْبِيرُ يَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ، وَالصَّوْمُ نِصْفُ الصَّبْرِ ، وَالطُّهُورُ نِصْفُ الْإِيمَانِ

Takbir (Allahuakbar) pula mengisi apa yang ada antara langit dan bumi. Puasa itu separuh daripada kesabaran. Bersuci itu separuh keimanan.

HR. Al-Tirmidzi (3465). Hadis hasan.

Al-Imam al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali (795 H) menyatakan :

يكون استثناء الصوم من الأعمال المضاعفة فتكون العمال كلها تضاعف بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف إلا الصيام فإنه لا ينحصر تضعيفه في هذا العدد بل يضاعفه الله عز وجل أضعافا كثيرة بغير حصر عدد

“Amalan puasa terkecuali daripada amal-amal yang dilipat gandakan. Kesemua amalan yang lain digandakan pahalanya sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda kecuali puasa. Sesungguhnya pahala puasa tidaklah dihadkan gandaan pahalanya, bahkan Allah akan menggandakan pahalanya dengan gandaan yang banyak tanpa ada batasan.”

Kata beliau lagi:

والصبر ثلاثة أنواع : صبر على طاعة الله وصبر عن محارم الله وصبر على أقدار الله المؤلمة.

“Sabar itu ada 3 jenis: (1) Sabar dalam mentaati Allah. (2) Sabar daripada melakukan perkara yang Allah haramkan. (3) Sabar atas segala musibah yang mendatang.

 وتجتمع الثلاثة في الصوم فإن فيه صبرا على طاعة الله وصبرا عما حرم الله على الصائم من الشهوات و صبرا على ما يحصل للصائم فيه من ألم الجوع والعطش وضعف النفس والبدن وهذا الألم الناشىء من أعمال الطاعات يثاب عليه صاحبه

Ketiga-tiga jenis sabar ini berkumpul dalam ibadah puasa. Dalam ibadah puasa terdapat kesabaran dalam mentaati Allah, sabar dalam menghadapi perkara yang Allah haramkan ke atas orang berpuasa daripada nafsu syahwatnya, dan bersabar atas apa yang akan menimpa seseorang yang berpuasa seperti kelaparan, dahaga, lemahnya tubuh badan. Semua penderitaan ini yang berpunca daripada ketaatan kepada Allah akan membuahkan pahala kepada pelakunya.”

[Lathaif al-Ma’arif, hlm. 150]

Semoga Allah memberikan pahala yang berlipat kali ganda kepada kita semua kerana sabar dalam mengikut perintahNya. Mudah-mudahan kita beroleh petunjuk dan rahmatNya. Amiin. Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

-MTS-

#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring
#Share_untuk_kebaikan_bersama

Hanya hafal satu Surah?? Baca ni *BACAAN SURAH SOLAT TARAWIH*


*BACAAN SURAH SOLAT TARAWIH*

*SOALAN :*

Dalam solat tarawih *adakah* bacaan surah tertentu bagi imam dan yang solat seorang diri?

Setengah imam baca surah pendek ada setengahnya baca surah panjang.

*Manakah yang paling afdhal?*

*JAWAPAN :*

Tidak ada sebarang surah atau ayat yang diwajibkan atau menjadi kemestian ketika menunaikan solat sunat tarawih.

Terpulang kepada orang yang menjadi imam atau yang solat sendirian itu sendiri membaca apa yang dia suka.

Para salafus solih dahulu setengahnya membaca dengan bacaan yang ringkas dan setengahnya membaca dengan bacaan panjang.

Tetapi jika dengan kadar yang ringan yang tidak membebankan orang ramai yang menjadi makmum maka ia adalah lebih elok.

*Berkata Imam Ahmad :*

يقرأ الإمام بالقوم في شهر رمضان ما يخف على الناس، ولا يشق عليهم، ولا سيما في الليالي القصار، والأمر على ما يحتمله الناس

*Artinya :* “Hendaklah imam membaca untuk sekelian manusia pada bulan Ramadhan bacaan yang ringan atas mereka itu dan tidak menyusahkan mereka istimewa pula pada malam-malam yang pendek. Dan perkerjaan ini ialah sekadar yang ditanggung olih orang awam.” *(Mughni Ibnu Qudamah)*

Dan setengah mereka itu yang mengelokkan dalam satu malam itu membaca sebanyak satu juzuk maka jadilah sebulan Ramadhan sekali khatam Quran.

*Berkata Imam Abu Ya’la :*

لا يستحب النقصان عن ختمة في الشهر، ليسمع الناس جميع القرآن، ولا يزيد على ختمة كراهية المشقة على من خلفه

*Artinya :* “Tidak afdhal kurang dari sekali khatam dalam sebulan supaya manusia dapat dengar sekelian Al-Quran. Dan tidak afdhal lebih dari sekali khatam kerana tidak disukai menyusahkan orang yang solat dibelakangnya.”

Dan elok juga jika mengikut kesesuaian orang yang menjadi makmum yaitu jika ramai dibelakangnya orang awam yang terdiri dari pelbagai keadaan seperti ada orang tua dan kaum wanita dan kanak-kanak maka tidak diperpanjangkan dan jika dibelakangnya adalah orang-orang yang redha dan kuat dengan panjang bacaan imam maka elok diperpanjangkannya.

*Diriwayatkan dari Abu Zar r.a. beliau berkata :*

قمنا مع النبي صلّى الله عليه وسلم حتى خشينا أن يفوتنا الفلاح ـ يعني السحور

*Artinya :* “Kami pernah solat bersama Nabi saw sehingga takut semua kami akan terlepas waktu sahur.”



*Kesimpulan*

Bacaan surah dalam solat tarawih adalah terpulang kepada seseorang mana yang mudah baginya dan mana yang dia suka.

*Yang wajib ialah membaca dengan betul.*

*wallahua’lam*

ustaz azhar idrus

▪️

#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring

Selasa, 28 April 2020

Masyaallah !! Setiap Zikir Ada Maksudnya dan Kelebihannya (jom pelajari)


Maksud Zikir
Zikir (ذکر) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut.

Di dalam Islam, zikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah.

Di dalam Islam, zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala.

Apakah Perbezaan Zikir Dan Doa?
Zikir ialah bacaan khusus yang melibatkan tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (Laa ila haa illallah) dan takbir (Allahu Akbar).

Bacaan-bacaan ini selalunya kita jadikan wirid selepas solat fardu lima waktu dan juga zikir dalam solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.


Bacaan zikir di atas dan zikir-zikir berdasarkan nama-nama Allah (Asmaul Husna) boleh dibaca pada bila-bila masa sebagai tanda kita sentiasa mengingati Allah dan kebesaranNya.

Manakala doa pula ialah:

Sesuatu penyataan hasrat hati individu muslim memohon pertolongan, perlindungan dan resti Allah SWT dalam hal-hal berkaitan masa kehidupannya, keluarganya dan masyarakat dan agamanya di dunia dan juga di akhirat kelat.

Bacaan Zikir Umum Dan Sahih
Perumpamaan orang-orang yang ingat akan Rabb-nya dengan orang-orang yang tidak ingat Rabbnya laksana orang yang hidup dengan orang yang mati.
— Rekod Imam al-Bukhari dalam Fathul Bari XI/208 no. 6407

Semua zikir-zikir ini sesuai dibaca pada bila-bila masa dan ketika waktu yang sesuai, sewaktu duduk, berjalan, berdiri dan berbaring.


1.Zikir Pertama

 Subhanallahi wa bihamdihi

Maha suci Allah dan segala pujian
untukNya.

(Rekod Imam Muslim)

Kelebihan yang disebut dalam hadis:
Zikir ini adalah kalam yang paling dicintai oleh Allah SWT (Rekod Imam Muslim)
Ibarat menanam satu pokok kurma di syurga untuk setiap ucapan. (Rekod Imam At-Tirmidzi, hadis hasan)
Ia adalah kalimah yang dipilih oleh Allah SWT untuk malaikatNya (Rekod Imam At-Tirmidzi, hadis hasan)
2.Zikir Kedua

 Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illallah, wallahu akhbar

Maha suci Allah. Segala pujian untuk Allah. Tiada tuhan yang sebenar, kecuali Allah dan Allah maha besar

(Rekod Imam Muslim)

Kelebihan yang disebut dalam hadis:
Ia adalah zikir yang paling dicintai oleh Nabi SAW lebih daripada apa sahaja yang terkena cahaya matahari (Sahih Muslim).
Rasulullah SAW tersenyum kepada pengucap zikir ini (At-Targhrib li Al-Munziri).


3.Zikir Ketiga

 Laa ilaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul-mulku walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai’in qodir

Tiada tuhan melainkan Allah yang esa, tiada sekutu untukNya. UntukNya kerajaan dan untukNya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

(Rekod Imam Al-Bukhari dan Muslim)

(Dibaca sebanyak 10 kali)

Kelebihan yang disebutkan dalam hadis
Seperti membebaskan empat orang dalam kalangan anak-anak Nabi Ismail a.s.
Dituliskan untuk dirinya 10 kebaikan, dipadam 10 kejahatan, dan menjadi pendinding daripada syaitan hingga ke petang (jikalau dibaca pada waktu petang)
Diampun seluruh dosa kecilnya walaupun sebanyak buih di lautan.
Allah SWT akan mengutus tentera bersenjata bagi melindungi dirinya daripada syaitan sehingga waktu pagi keesokkan hari. Selain itu, Allah SWT menulis untuk dirinya 10 kebaikan yang mewajibkan (syurga) melalui pembacaan zikir itu. Allah SWT juga memadam 10 kejahatan yang menghancurkan (pelakunya) dan untuk si pelaku itu pahala yang setanding dengan amalan membebaskan 10 hamba beriman.(Imam at-Tirmizi mengatakan hadis ini hasan gharib)

4.Zikir Keempat
 Laa haula wala quwwata illa billah

Tiada daya dan upaya kecuali dengan izin Allah

(Rekod Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Kelebihan yang disebut dalam hadis:
Khazanah terbaik simpanan di syurga.

Zikir Munajat
Di bawah ini saya sertakan panduan zikir munajat yang mudah untuk diikuti.

Anda boleh play butang audio untuk membantu anda pada setiap bacaan.

Hasbi rabbi Jallallah
Mafi qalbi ghairullah
Nur muhammad sallallah
Lailahaillallah

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad SAW. Tiada Tuhan melainkan Allah

Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah

Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah

Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah

Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah

Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w

Laisa laha mindunillah hi ka shifa
Laisa laha mindunillah hi ka shifa
Laisa laha mindunillah hi ka shifa
Laisa laha mindunillah hi ka shifa

Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah

Lailahaillah almalikul haqqu mubin muhammadur rasulullah,
Sodiqul wa’di amin

Lailahaillah almalikul haqqu mubin muhammadur rasulullah,
Sodiqul wa’di amin

Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar
Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai
Astaqfirullah ha innallah kanataw waba,
Astaqfirullah ha innallah kanataw waba,
Astaqfirullah ha innallah kanataw waba,
Astaqfirullah ha innallah kanataw waba,

Astaqfirullah ha innallah kanataw waba

Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat

Zikir Taubat Nasuha

Rangkap bacaannya adalah seperti di bawah:


Astagfirullah, rabbal baroya
Astagfirullah, minal khothoya
Astagfirullah, rabbal baroya
Astagfirullah, rabbal baroya

Rabbi zidni, ‘ilman nafi’a
Wawafiqli, ‘amalan maqbula
Wa habli, rizqan wasi’aa



Watub ‘alaina, taubatan nasuha.
Watub ‘alaina, taubatan nasuha.

Rabbi zidni, ‘ilman nafi’a
Wawafiqli, ‘amalan maqbula
Wa habli, rizqan wasi’aa

Watub ‘alaina, taubatan nasuha.
Watub ‘alaina, taubatan nasuha.

Terjemahan:

Ampuni aku ya Allah, Tuhan kepada Makhluk-makhluk
Ampuni aku ya Allah, daripada segala kesalahan
Ya Tuhanku, tambahkan daku, ilmu yang berguna
Dan taufiqkan, dengan amalan yang diterima (dimakbulkan)
Dan berikan aku, rezeki yang luas
Dan terimalah ke atas kami, taubat yang suci (taubat nasuha)

Zikir Nabi Yunus (Doa Memohon Pertolongan)

  Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin 

Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang zalim.



Ini adalah zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun.

Ia juga turut dikenali sebagai Doa Nabi Yunus.

Zikir ini mengandungi kelebihan yang amat baik jika kita mengamalkannya, iaitu manfaat dikeluarkan kita daripada kesusahan atau bencana

Penutup & Sumber
Sumber audio dalam panduan ini adalah daripada Youtube, Zikir Munajat Ustaz Dzulkarnain Hamzah yang dipotong kepada beberapa bahagian.

Selain itu, saya juga merujuk buku tulisan Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dalam penulisan ini.

InsyaaAllah panduan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Apa yang baik adalah hasil panduan daripada Allah SWT, apa yang tersalah, kita memohon keampunan daripada Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengampun.

Semoga paduan ini memberi manfaat kepada anda.

#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring
#untuk_kita_semua

*10 PERKARA YANG ANDA MESTI TAHU TENTANG SAHUR.*


*10 PERKARA YANG ANDA MESTI TAHU TENTANG SAHUR.*

1⃣✅ Sahur itu bukan sejenis makanan. Tetapi ia adalah waktu yang hampir dengan masuknya waktu Subuh.

2⃣✅ Makan sahur mempunyai barakah dan mendapat pahala. Nabi SAW menjamin kenyataan ini dalam hadithnya.

3⃣✅ Untuk mendapat pahala bersahur, mestilah dilakukan pada waktu sahur yang betul.

4⃣✅ Makan sebelum tidur atau bangun terlalu awal untuk makan (sekitar jam 3 atau 4 pagi), itu tidak dinamakan sahur. Saya pun tak tahu apa namanya tu.

5⃣✅ Jika bangun sahur, jangan hanya untuk makan sahur. Bangunlah lebih awal untuk solat tahajjud dan bermunajat kepada Allah SWT.

6⃣✅ Banyakkan Istighfar dan memohon keampunan kepada Allah di waktu sahur. Allah berjanji akan memberi balasan syurga di akhirat bagi orang-orang yang beristighfar di waktu sahur.

7⃣✅ Sahur yang paling baik ialah yang paling hampir dengan waktu Subuh. Nabi SAW sendiri menyuruh kita melewatkan makan sahur.

8⃣✅ Waktu imsak ialah 10 minit sebelum waktu azan Subuh. Oleh itu, masih dibolehkan makan sahur walaupun telah masuk waktu imsak.

9⃣✅ Bangun sahur untuk berpuasa dalam bulan Ramadhan sudah dikira berniat puasa yang sah, walaupun tidak dilafazkan niat tersebut.

🔟✅ Sahur itu hukumnya sunat. Solat Subuh hukumnya wajib. Jangan terlalu mengejar makan sahur sehingga kewajipan solat Subuh diabaikan.

☪Jangan lupa untuk share 10 perkara tentang sahur ni.

☪Tak payah minta izin. Ilmu ini Allah yang punya. Semoga semua orang dapat pahala.

#StayAtHome
#Just_say_Alhamdulillah

Isnin, 27 April 2020

*Ustaz Ebit Liew* *21 Pesanan Bermakna Dari Beliau*


*Ustaz Ebit Liew*
*21 Pesanan Bermakna Dari Beliau*

1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

Ustaz Ebit Liew 21 Pesanan Bermakna Dari Beliau

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”

13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”

*Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew*

#Just_say_Alhamdulillah

Jumaat, 24 April 2020

*PUASA SAH ATAU TIDAK?* Hidu asap Rokok dan minyak wangi??


□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
*PUASA SAH ATAU TIDAK?*
*BATAL PUASA ATAU TIDAK?*
Siri 3
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Jawapan oleh:
Shaikh Sayyid Abu Tohir

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

_sambungan...._

*Soalan 6:*
Apa hukum hidu minyak wangi, hidu asap rokok, sedut shisha, hisap rokok.

*JAWAPAN:*
Persoalan hidu minyak wangi, hidu asap rokok, sedut shisha, hisap rokok ketika sedang puasa.

*6.1 Hidu Minyak wangi atau gaharu atau  wangian bunga*

TIDAK batal puasa jika  hidu minyak wangi atau gaharu, kerana ianya hanya mengandungi bau dan tiada jirim kasar. dan lagi ia adalah sebagai mengikut laluan udara dan  tidak termasuk didalam kategori sengaja masukkan suatu dalam rongga.   (Berbeza dengan hukum hisap rokok atau sedut wap manisan, ini batalkan puasa.  rujuk keterangan di bawah)

*6.2 Hisap rokok, sedut gam*

BATAL puasa jika hisap rokok, tembakau, sedut gam, hisap shisha dsb yang sememangnya mengandungi jirim kasar dan bau.

Hisap rokok atau sedut wap manisan adalah pada _uruf_  nya (adatnya) sama seperti minum air, iaitu memasukkan suatu kedalam rongga dengan sengaja, maka BATAL puasa nya.

*6.3  Terhidu asap kenderaan*

TIDAK batal puasa jika terhidu asap kenderaan di jalanan, atau asap dari pembakaran kerana tidak dapat dielakkan.

TIDAK batal puasa jika terhidu asap rokok orang lain, jika tidak dapat di elakkkan.    Tetapi akan BATAL puasanya  jika sengaja duduk disebelah orang hisap rokok dengan tujuan menyedutnya.


*6.4 Inhaler untuk rawatan:*

Inhaler yang di gunakan oleh pesakit asthma, lelah dsb.   adalah sama seperti menghisap rokok, iaitu menyedut sejumlah jirim melalui  mulut atau hidung, maka Ulama2 Ahlus Sunnah zaman ini fatwa  bahawa  BATAL puasa nya.

Jika seseorang menghidap penyakit2 ini berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, maka dia termasuk didalam orang2 yang di uzurkan dari berpuasa. orang seperti ini wajib bayar fidyah.

Rujukan :
…………………

Kata Shaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, menukil kata2 Shaikh Taifi dan Imam Ibnu Hajar Al-Haythami:

"Maka tembakau itu apabila disampaikan asapnya kepada rongga, batallah puasa dengannya.    di bezakan asap tembakau dengan asap setanggi (gaharu / bakhoor) bahawa asap tembakau itu di qasad dirinya ( 'ain nya atau zatnya) dan bau nya sedang asap setanggi diqasadkan bau nya tidak dirinya.  dan lagi asap tembakau itu disampaikan kedalam rongga dengan perbuatan di atas kelakuan suatu yang di minum, maka sampainya kedalam rongga lebih banyak daripada apa yang sampai daripada asap setanggi. "

[Sabilal Muhtadin]

_________

Wallahu A'lam
bersambung...
in shaa Allah....

_________
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*

#Sharing_is_caring
#Just_say_Alhamdulillah

Khamis, 23 April 2020

Masyaallah *KURMA MENURUT ALQUR'AN*


*KURMA MENURUT ALQUR'AN*


"Share & Copy faste

*Allah Subhanahu wa Ta'ala telah melebihkan kurma dari buah-buahan yang lain. Allah me-nyebutkannya di dalam Al-Qur-an pada 20 tem-pat yang berbeda dengan memakai lafazh pohon kurma; an-Nakhl, an-Nakhiil dan an-Nakhlah. Kurma mendapat tempat istimewa di dalam Al-Qur-an dan sebenar-benar perkataan adalah Kalamullaah*
 *(Al-Qur-an al-Karim).*

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan bahwasanya pohon kurma ada di bumi, kemudian Allah mengutamakannya dengan menyebutkan ciri-ciri pohon dan buah ini.

*1. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:*

*فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ اْلأَكْمَامِ*

"Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang."
*(QS. Ar-Rahman: 11)*


*Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullaah berkata,* "Allah menyebutkan buah kurma ini secara khu-sus karena kemuliaan dan manfaat yang dikandungnya, baik ketika masih basah maupun ketika telah kering"
*(lihat Tafsir Ibnu Katsir, tahqiq oleh Hani al-Haj VII/375, cet. Al-Maktabah at-Taufiqiyah, Mesir)*

*2. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:*


*وَالنَّخْلَ بَاسِقَاتٍ لَهَا طَلْعٌ نَضِيدٌ*

"Dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun." *(QS. Qaaf: 10)*

*3. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:*

*وَزُرُوعٍ وَنَخْلٍ طَلْعُهَا هَضِيمٌ*

"Dan tanam-tanaman dan pohon-pohon kurma yang mayangnya lembut." *(QS. Asyu'ara: 148)*

*4. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:*

*وَفِي اْلأَرْضِ قِطَعٌ مُتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي اْلأُكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ*

"Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." *(QS. Ar-Ra'du: 4)*

*Buah kurma mengandung banyak manfaat,* di antaranya sangat dianjurkan bagi perempuan yang hamil dan yang akan segera melahirkan. Bahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan Maryam binti 'Imran untuk memakan buah kurma ini ketika beliau sedang nifas.

*5. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:*

*وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا (25) فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا (26)*

"Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. jika kamu melihat seorang manusia, Maka katakanlah, 'Sesungguhnya Aku telah bernazar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.'"  *(QS. Maryam: 25-26)*

*Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullaah membawakan perkataan 'Amr bin Maimun di dalam Tafsirnya:* "Tidak ada sesuatu yang lebih baik bagi perempuan nifas kecuali kurma kering dan kurma basah."
*(Tafsir Ibnu Katsir, tahqiq oleh Hani al-Haj V/168, cet. Al-Maktabah at-Taufiqiyah, Mesir.)*

*Semoga kajian ini bermanfaat.*

Barrokallohu fikum
Wallohu a'lam bis Showaab.



#Just_say_Alhamdulillah

Rabu, 22 April 2020

FAKTA-FAKTA SALAH MENGENAI *Covid19*


Mari kita debunk fakta2 salah mengenai *Covid19* supaya kita menjadi rakyat malaysia yang bijak dan tak dibodohkan oleh auta auta viral yg sedang berlegar di ruangan social media.

 *1.Auta*
 _Bawang putih , halia , bawang merah kunyit garam , dikupas letak dihadapan rumah ,kerana meniru orang2 di negara india yang tak kena Covid19._
*1.fakta*
_India sekarang sedang mengalami wabak Covid19 dalam first wave yg meningkat menjadi second wave , jadi blender sume halia , kunyit bawang2 tu dan masak sesuatu yang sedap utk keluarga anda_

*2.Auta*
_Minum air panas dapat menghilangkan Covid19 kerana kuman dan virus mati dalam suhu panas_
*2.Fakta*
_kuman dan virus mati dalam suhu 80 degree keatas , dalam ertikata lain dalam keadaan hampir mengelegak , sanggup ke nak minum panas gile tu? Dan salur pernafasan dan makan dan minum adalah berbeza , Covid19 menyerang saluran pernafasan air tu tak masuk paru2 pun , end up mulut korang yang melecur, sanggup?_

*3.Auta*
_Minum lemon yang direndam dalam air panas dan minum bersama kulit2 nya sekali dapat membunuh virus dengan effective_
*3.Fakta*
_Di eropah jangan kata minum makanan pun letak lemon,now dorg adalah epidemic center yang baru selepas china, dan china pulak antara pengeluar lemon, tade pulak kita dengar china guna lemon , tapi dorg guna hospital dan doktor so cut the crap pegi jumpa doktor_

*4.Auta*
_Berkumur dengan air garam dapat membunuh Covid19 yang duduk dalam mulut kita_
*4.Fakta*
_covid19 tak mati dengan garam , baik korg kumur mulut dengan Listerine atau Colgate plax atleast wangi sikit mulut_

*5.Auta*
_air ketum dapat menyembuhkan penyakit bawaan Covid19_
*5.Fakta*
_tade bukti sahih pun air ketum boleh sembuhkan Covid19 ni , kalo ade dakwaan nenek moyang die pakai utk ubati covid 19 cakap kat die baru tau lepas jumpa Covid19 mcm mana nenek moyang ko kenal ? Nama pun Covid19 2019 guy's seriously ,nak mabuk ketum sorg2 la jgn ajak org_

*6.Auta*
_makan bawang putih bole mencegah Covid19_
*6.Fakta*
_orang Italy orang china america dan banyak lagi negara eropah yang lain makan bawang putih lagi power dari korg makan , siap ade bawang putih jeruk ko hado? Tapi dorng kaw2 terkesan dengan virus ni_

*7.Auta*
_ negara panas ni tak kesan sangat dengan cuaca kata malaysia ni kita panas virus takot_
*7.fakta*
_malas nak cakap tgk ape da jadi ngan malaysia harini saja 1000 org yg dah berjangkit! Banyak ko punya negara panas tak panas_

*8.Auta*
_cina lah pembawa penyakit ni , ini virus org china_
*8.fakta*
_bukan org cina je yang bawak virus ni, org putih,org melayu,org iran,org British, org mexico,org italy,org arab. Dan tade makna nye ni virus org cina_

*9.Auta*
_orang bukan islam je yang kena penyakit ni ,orang islam selamat tade ape_
*9.Auta*
_satu dunia kena penyakit ni tade kira agama pun_

*10.Auta*
_penyakit ni ciptaan freemason dan illuminati_

*salahkan la diri sendiri org kata jangan keluar nak keluar org kata jangan balik kampung nak balik kampung org kata jangan  bodoh nak jugak jadi bodoh*

#semoga_bermanfaat_untuk_kita
#Just_say_Alhamdulillah

Selasa, 21 April 2020

🌹 *7 KALIMAT PENGHAPUS DOSA.*🌹


بسم الله الرحمن الرحيم

🌹 *7 KALIMAT PENGHAPUS DOSA.*🌹


Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebesar lautan:

①. Mengucap *Bismillah* pada tiap-tiap hendak melakukan sesuat.

②. Mengucap *Alhamdulillah* pada tiap-tiap selesai    melakukan sesuatu.

③. Mengucap *Astagfirullah* jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

④. Mengucap *Insya Allah* jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.

⑤. Mengucap *La haula wala kuwwata illa billah* jika   menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

⑥. Mengucap *Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun* jika  menghadapi dan menerima musibah.

⑦. Mengucap *La ilaha illa Allah Muhammad  Rasulullah* sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. 

*″Semoga Allah melapangkan  dan kebahagiaan yang melimpah buat sahabat yang     mengucapkan ″*

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Sadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat   pahalanya sampai hari kiamat.

امين يارب العالمين

اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعي

*Tiada tali yg paling erat selain tali silaturrahim*🌹

*BISMILLAH..*

📚 *HUBUNGAN SURAT AL MUJAADILAH DENGAN SURAT AL HASYR.* 📚

*1 - Pada akhir surat Al Mujaadilah Allah menyatakan bahwa agama Allah akan menang, sedang pada permulaan surat Al Hasyr diterangkan salah satu kemenangan itu, yaitu pengusiran Bani Nadhir dari Madinah.*

*2 - Dalam surat Al Mujaadilah Allah menyebutkan bahwa orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya akan mendapat kebinasaan, sedang pada surat Al Hasyr, Allah menyebutkan bahwa orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya akan mendapat azab yang sangat.*

*3 - Dalam surat Al Mujaadilah, Allah menyebutkan, hai orang-orang munafik dan orang-orang yahudi dan bagaimana mereka bantu membantu dalam memusuhi kaum muslim, sedang dalam surat Al Hasyr disebutkan kekalahan yang menimpa mereka dan persatuan mereka tidak dapat menolong mereka sedikitpun.*

Bersambung... Surat Al Hasyr.

#Just_say_Alhamdulillah

Ahad, 19 April 2020

💌_*- RESEPl HIDUP BAHAGIA -*_✨

_*~ NURANI ~*_



_*- RESEPl  HIDUP  BAHAGIA -*_

_1. *TIDAK MEMBENCI*_

_Jangan sekali-kali membenci seseorang hanya kerana dia lebih baik dari kita. Walaupun dia berbuat kesalahan kepada kita tetapi doakan dia untuk berubah dan menjadi baik.._

_2. *TIDAK BERKELUH KESAH*_

_Jangan berkeluh kesah kerana apa yang kita alami sebuah proses untuk kita menjadi lebih dewasa dalam banyak hal, sebaliknya perbanyaklah berdoa kepada Allah.._

_3. *HIDUP SEDERHANA*_

_Hidup sederhana walaupun punya kedudukan tinggi & harta melimpah kerana apa yang kita terima semuanya titipan.._

_4. *BERPRASANGKA BAIK*_

_Sentiasa berfikiran positif mesti pun kerap ditimpa musibah kerana dari setiap persoalan kita dapat merasakan bahawa Allah tidak pernah memberi cobaan melebihi kekuatan kita.._

_5. *SELALU TERSENYUM*_

_Senyumlah walaupun hati terluka kerana hinaan orang dengan satu pemahaman bahawa kita mengampuni dia kerana dia tidak tahu apa yang dia perkatakan kepada kita.._

_6. *SELALU MEMBERI*_

_Gemar memberi dan be-bagi walaupun kita tidak berlebih kerana kita sesungguhnya bendahara Allah di dunia ini.._

_7. *BERDOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA*_

_Jangan lelah dan jemu jemu selalu mendoakan sahabat- sahabat kita untuk kebaikan mereka tanpa pengetahuannya, dengan tulus.._

_8. *TIDAK DENGKI & IRI HATI*_

_Jangan iri & dengki dengan kejayaan dan kesuksesan teman-teman kita, kerana setiap orang yang menerima lebih akan diminta lebih dalam hidup ini, sehingga kita tidak perlu iri.._

_9. *MUDAH MEMAAFKAN*_

_Jangan merasa malas dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain, kerana terdapat kelegaan dan ketenangan dalam kita memaafkan.._

_10. *HINDARI PERMUSUHAN*_

_Jangan menganggap orang yang berbeza pendapat sebagai lawan, kerana sesungguhnya dia tetap saudara kita.._

_- SEMOGA BERMANFAAT HENDAKNYA.._

_*Allahu..*_

_*Shollu alaihi..*_


_*" AL QAYYUMU "*_


_*..*_

#Just_Say_Alhamdulillah

Sabtu, 18 April 2020

*RENUNGAN HARI INI* KHAS UNTUK SEMUA (👩🏻‍⚕️Nukilan COVID-19👩🏻‍⚕️)


Baca pon terasa sayu dan sedih.. Ya Allah lindungi lah kami..

*RENUNGAN HARI INI* KHAS UNTUK SEMUA
---------------------------------------
👩🏻‍⚕️Nukilan COVID-19👩🏻‍⚕️

*Jika hari ini kita disaring dan esok didapati positif C-19,*

Maka percayalah...tanpa sedar hari ini merupakan *hari terakhir* kita bersama anak isteri dan hari terakhir bersama keluarga,

*Ketika dikuarantin diwad* tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat, 2 minggu kesunyian di hospital bertemankan nurse dan doktor, hari berganti berlalu, hanya mampu merasa makanan hospital, hanya mampu menatap wajah doktor, nurse dan makcik cleaner, tanpa jemu nurse membuat saringan kesihatan diri kita, tanpa boleh dilawati oleh ahli keluarga,

*Rindu pasti meruntun jiwa* terbayang wajah orang yang disayangi,

*Selepas itu kesihatan makin merosot*, kita dimasukkan ke ICU dengan bantuan pernafasan, maka percayalah, *tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat*

Hari berganti kesihatan terus merosot, hanya mampu terbayang wajah ibu ayah anak dan isteri, maka percayalah kini sudah 3 minggu kita tidak menatap wajah anak isteri ibu mahupun ayah,

*Nazak menjelma*, maka percayalah tiada seorang pun ahli keluarga boleh bersama kita, membisikkan syahadah dan zikrullah, hanya kelihatan doktor dan nurse sedaya upaya memberi bantuan terakhir,

*Ditakdirkan Allah lebih menyayangi dan kita pergi meninggalkan keluarga*, percayalah masih tiada seorang pun ahli keluarga boleh memandikan jenazah kita, hanya ditayammum oleh pihak hospital dan dibalut plastik tebal, dan ditanah perkuburan, percayalah masih lagi tiada seorang pun ahli keluarga boleh mengangkat jenazah dan mengebumikan kita,

*Semuanya diurus pihak hospital dengan prosedur ketat* perginya terlalu pantas dan tidak di sangka, ketika mana takdir telah menentukan, ahli keluarga hanya mampu berdoa dari jauh...dan pada ketika ini


*BERSAMALAH KELUARGA, PLEASE STAY AT HOME...*

#just_say_Alhamdulillah

CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH (Alhamdulillah)


CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH
.
Khas untuk kaum wanita yang ada kekangan untuk ke masjid.
.
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.
.
Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
.
● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
.
● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh rujuk gambar di bawah ye:
.




SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~
* Niat (Rujuk gambar)
.
* Lakukan solat 2 rakaat 1 salam, dan diakhiri dengan solat sunat witir.
.
*Baca Surah Al- Fatihah dan ayat pilihan
.
* Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
.

 Rujukan :-



SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
.
* Niat (Rujuk gambar)
.
*Lakukan 3 rakaat 2 salam,
Iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.
.
*Zikir selepas witir (Rujuk gambar)
.
* Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
.
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.
.
SEMOGA BERMANfaat

#Just_say_Alhamdulillah
#sharing_is_caring

Selasa, 14 April 2020

*PETUA PERUBATAN ORANG TUA-TUA DULU-KALA*


*Bismillahirrahmanirrahim*

*"Tok Wan"*

*PETUA  PERUBATAN ORANG TUA-TUA DULU-KALA*

*Ini adalah beberapa PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak klinik atau hospital dengan rumah kediaman orang Melayu amat jauh. Jadi sejak lama dulu inilah antara perkara yang sering di praktikkan oleh nenek-moyang kita. Maklumlah zaman tu tiada pusat urutan, atau kerusi urut seperti sekarang ini dan tiada spa.*

🌷*Menghindari Penyakit*

Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.

🌷*Menahan Nafas*

Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.

🌷*Memulihkan Sakit Jantung*

Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

💓*Menghindarkan Sakit Jantung*

Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.

🌷*Menghilangkan Bisa-bisa Tulang*

Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.

Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.

Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.

🌹*Luka Bersalin*

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin.

Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.

Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.

Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

🌷*Telinga Dimasuki Air*

Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air.

🌹*Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid*

*Cara untuk mengatasinya ialah :-*

Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih. Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.

🌹*Memerahkan Bibir*

Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam   tidur.

🌹*Rawatan Anak Demam Panas*

Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

🌷*Demam Panas*

Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

🌹*Apabila Terkena Air Panas*

Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.

🌹*Bawang Putih Bunuh Kutu*

Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.

🌸*Bengkak Akibat Terjatuh*

Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.

🗣️*Batuk*

Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. *Cubalah mengikut petua ini:*

Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

💢*Sakit Angin*

Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-
Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.

Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.

🖤*Memulihkan Tenaga Lelaki*

Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.

Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.

❣️*Mengubati Sakit Mulut*

Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.

Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air. Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih. Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.

💋*Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit*

Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.

Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.

😫*Cairkan Lendir di Tekak*

Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.

😱*Daun Pucuk manis Ubat Pitam*

Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada keesokkan paginya, lumurkan di kepala. Lakukan beberapa kali.

🤢*Daun Sirih Ubat Kembung Perut*

Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi.

🤕*Penawar Sakit Kepala*

Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :

Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.

Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.

Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.

Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.

Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.

💘*Menambahkan Darah*

Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :

Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.

Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.

🧠*Mengurangkan Tekanan*

Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

💥*Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan*

Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.

🦴*Penawar Batu Karang*

Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.

💛*Anak-anak Demam Berlarutan*

Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

🤧*Elak Keracunan Udang atau Ketam*

Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda.

🥰*Mententeramkan Jiwa*

Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam atau pagi.

😬*Gusi Berdarah*

Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :

Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi.

Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam.

😖*Bibir Pecah Akibat Kepanasan*

Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.

🤮*Hentikan Muntah*

Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum.

😨*Hilangkan Rasa Pijar*

Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang.

Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu terasa sejuk.

😳*Jadam Legakan Bengkak*

Campurkan sedikit jadam sebesar ibu jari kaki ke dalam air perahan sebiji limau nipis. Panaskan sehingga jadam itu cair. Kemudian sapukan pada bahagian bengkak dan balut dengan daun pisang atau kertas plastik. Biarkan semalaman.

😥*Tersusuk Duri*

Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.

Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.

😷*Ruam*

Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi .

*Caranya ialah :-*

Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.

Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.

Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.

🧐*Penawar Bisul*

Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh.

Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.

Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.

Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.

Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

🤗*Mencantikkan Kulit Bayi*

Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain.

🤬*Ketuat*

Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.

Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.

😔*Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih*

Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.
Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.

🦵*Mengubat Kaki Terseliuh*

Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.

👶*Kurangkan Panas Badan Anak*

Campurkan dua ulas bawang jantan dengan satu sudu cuka. Jaramkan di kepala anak anda.

💃*Kurangkan Penyakit Darah Tinggi*

Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.

Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari.

Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.

Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.

🌾*Mabuk Kenderaan*

Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.

Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan.

🌵*Mandul*

Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

🐼*Keputihan*

Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.

Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang.

Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.

🦝*Merawat Lebam Akibat Tercedera*

Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.

🦸*Melegakan Cirit Birit*

Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh 'o' pekat kemudian diminum.

Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain.

Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.

🧟*Sukar Buang Air Besar*

Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.

Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari

🙇*Melegakan Sakit Akibat Terkepit*

Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.

🙀*Melegakan Tekak Perit*

Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.

👽*Menajamkan Penglihatan*

Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.

Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
Bercelak ketika hendak tidur.

Kerap duduk mengadap kiblat.

Makan lobak putih selalu.

😿*Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi*

Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega.

🥵*Mencegah Penyakit Buasir*

Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari. Mudah-mudahan sembuh.

🤯*Jika Terminum Racun*

Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.

🤓*Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang*

Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.

🙍*Mengatasi Mual Ketika Mengandung*

Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.

🏋️*Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus*

Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.

🧘*Menghidap Barah Rahim*

Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.

👩‍🎨*Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak*

Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.

🍃*Menghilangkan Angin*

Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.

🦟*Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk*

Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.

🍳*Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas*

Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.

Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.

Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.

👩‍🍳*Mengubati Senggugut*

Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.

Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.

Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.

👼*Menyedapkan Suara*

Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu.

💟*Merawat Hidung Berdarah*

Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.

😇*Menyegarkan Badan*

Mandi haid, selain dari mandi dengan air biasa, elok juga mandi dengan air yang telah diramas daun bidara untuk kesegaran badan.

*Caranya :*

Sebelum mandi, mestilah berwudhuk dengan sebaiknya. Sesudah mandi, sediakan perca kain atau kapas yang sudah diwangikan dengan minyak wangi atau kasturi. Lalu digosokkan di dinding kemaluan.

🤕*Merawat Luka*

Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.

Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.

Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka.

Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka. Lakukan beberapa kali sehingga kesan luka hilang.

Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.

🤫*Cengkam Kuku Yang Bernanah*

Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala.

💛*Sakit Kuning*

Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga mendidih. Amalkan meminum air rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.

👶*Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning*

Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.

🕺*Kanak -kanak Sesak Nafas*

Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang kulitnya. Berikan pada kanak-kanak yang mengalami sesak nafas.

🗣️*Sesak Nafas*

Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan.

👥*Berkudis*

Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut.

🤰*Senang Bersalin*

Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.

🌀*Selesema*

Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.

Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali

❄️*Bayi Selesema*

Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.

✨*Bengkak Kaki Waktu Hamil*

Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.

🕸️*Resdung*

Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

🐚*Suami Ketagih Rokok*

Bantu suami berhenti menghisap rokok dengan memberikan tasbih. Setiap kali tangannya gatal untuk menghisap rokok, zikir menjadi gantinya.

🐛*Menghapuskan Bulu Roma*

Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih.

🍯*Gastrik*

Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.

Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.

Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumnya dua kali sehari.

🥗*Batu Karang*

Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.

🥺*Bengkak-bengkak di Badan*

Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.

😉*Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak*

Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
Segera beri minum air kelapa yang muda.

*🤥Mengubati Kecacingan*

Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.

🤠*Cacing Kerawit*

Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari

😻*Kurang Darah Akibat Kemalangan*

Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit gula merah. Rebus dengan tiga gelas air.

🐜*Telinga Dimasuki Serangga*

Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuat-kuatnya sehingga serangga keluar.

Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut.

🦴*Tercekik Tulang*

Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital.

🐹*Menggemukkan Binatang Peliharaan*

Campurkan hampas kelapa dengan tahi ikan bilis kemudian berikan pada binatang peliharaan untuk dimakan. Ini akan mengemukkannya.

🌠*Melawas Kencing*

Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari.

Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari.

☄️*Mengubati Gelgata*

Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.
Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata.

🌈*Segarkan Saraf*

Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan airnya kering sehingga menjadi satu cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

🌬️*Lelah*

Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya. Minum seminggu sekali.

Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

🐝*Sakit Disengat Lebah*

Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.

🤸*Berkhatan Cepat Sembuh*

Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.

🙆*Kejang Perut*

Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali.

🤾*Penawar Kencing Manis*

Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.

Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.

🤹*Petua Mengelakkan Barah*

*Minumlah air rendaman daun teh* (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.

*Makanlah tomato* kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.

*Makan kacang soya,* kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.

Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.

*Campurkan* halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.

*Jangan* ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.

*Jangan* ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.

Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.

Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pancreas

*Semoga Bermanfaat*




#Just_say_Alhamdulillah

📗 *HATI-HATI TERHADAP KEHIDUPAN DUNIAWI.*


📚 *SURAH AT TAGHABUN / HARI DITAMPAKKAN KESALAHAN-KESALAHAN.*

📗 *HATI-HATI TERHADAP KEHIDUPAN DUNIAWI.*

*A'uuzubillahi-minasy-syaithoonir-rojiim*
Allah SWT berfirman:

مَآ أَصَابَ مِنْ مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ  ۗ وَمَنْ يُؤْمِنۢ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُۥ  ۚ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
maaa ashooba mim mushiibatin illaa bi`iznillaah, wa may yu`mim billaahi yahdi qolbah, wallohu bikulli syai`in 'aliim

*Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.*
(QS. At-Taghabun 64: Ayat 11)

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ  ۚ فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَإِنَّمَا عَلٰى رَسُولِنَا الْبَلٰغُ الْمُبِينُ
wa athii'ulloha wa athii'ur-rosuul, fa in tawallaitum fa innamaa 'alaa rosuulinal-balaaghul-mubiin

*Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan jelas nyata.*
(QS. At-Taghabun 64: Ayat 12)

اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ  ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
allohu laaa ilaaha illaa huw, wa 'alallohi falyatawakkalil-mu`minuun

*(Dia-lah) Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakkal kepada Allah saja.*
(QS. At-Taghabun 64: Ayat 13)

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِنَّ مِنْ أَزْوٰجِكُمْ وَأَوْلٰدِكُمْ عَدُوًّا لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ  ۚ وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
yaaa ayyuhallaziina aamanuuu inna min azwaajikum wa aulaadikum 'aduwwal lakum fahzaruuhum, wa in ta'fuu wa tashfahuu wa taghfiruu fa innalloha ghofuurur rohiim

*Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isteri dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu (1), maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.*
(QS. At-Taghabun 64: Ayat 14)

(1) - Maksudnya: Kadan-kadang isteri atau anak dapat menjerumuskan suami atau ayahnya untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak dibenarkan agama.

إِنَّمَآ أَمْوٰلُكُمْ وَأَوْلٰدُكُمْ فِتْنَةٌ  ۚ وَاللَّهُ عِنْدَهُۥٓ أَجْرٌ عَظِيمٌ
innamaaa amwaalukum wa aulaadukum fitnah, wallohu 'indahuuu ajrun 'azhiim

*Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian (bagimu); disisi Allah-lah pahala yang besar.*
(QS. At-Taghabun 64: Ayat 15)

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا خَيْرًا لِّأَنْفُسِكُمْ  ۗ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
fattaqulloha mastatho'tum wasma'uu wa athii'uu wa anfiquu khoirol li`anfusikum, wa may yuuqo syuhha nafsihii fa ulaaa`ika humul-muflihuun

*Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu (2). Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.*
(QS. At-Taghabun 64: Ayat 16)

(2) - Maksudnya: Nafkahkanlah nafkah yang bermanfaat bagi dunia dan akhirat.

إِنْ تُقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضٰعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ  ۚ وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ
in tuqridhulloha qordhon hasanay yudhoo'if-hu lakum wa yaghfir lakum, wallohu syakuurun haliim

*Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik (Ikhlas), nescaya Allah melipat gandakan (pembalasanNya) kapadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).*
(QS. At-Taghabun 64: Ayat 17)

عٰلِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهٰدَةِ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
'aalimul-ghoibi wasy-syahaadatil-'aziizul-hakiim

*Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dia lah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.*
(QS. At-Taghabun 64: Ayat 18)

❤ *SADAQALLOHUL'ADZIIM* ❤

📚 *Penutup surat:*

*Pada surat At Taghabun, Allah memberi peringatan kepada kaum musyrikin tentang azab yang ditimpakan kepada umat-umat sebelumnya dan memberi kegembiraan kepada Nabi bahwa keingkaran orang-orang kafir itu tidak akan mendatangkan mudharat kepadanya.*

Bersambung..

#C/P untuk tmbh pengetahuan
#Just_say_Alhamdulillah

🌪 RAHSIA BISMILLAH 🌪

Wordz of Wisdom                                                                بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

"Ingat memperingati"

🌪  RAHSIA BISMILLAH 🌪
                                  *بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم*

1.MENERANGKAN HURUF "ALIF"

Huruf Alif d dlm lafaz Bismillah sebenarnya Alif Ahadiyah dan d sebut juga Alif dzatulwahid. Alif sebagai tanda adanya alam Ahadiyah,iaitu tanda adanya dzat sejati. Dan sebagai bukti nyata hanya ada Allah semata tidak ada yg lainnya. Yg mempunyai Cahaya Kehidupan, iaitu Hidup yg Menghidupi yg d sebut Banyu Nur Alif (Air Cahaya Alif) atau d sebut juga dgn Banyu sejati (Air Sejati) atau Ratu Ning Banyu (Penguasa Air). Dan juga d.namakan Allah Yg Hidup atau Satu Rupa Yg merupakan tmpt Menyatunya antara Hidup dan Mati. D dlm alam ini masih berupa wujud mahdhi/ wujud dzat sejati/ wujud tunggal, hidup tunggal, rasa tunggal ,belum ada yg lainnya dan d.sebut LATA'YUN ,iaitu Dzat yg wujud dgn sendirinya tanpa ada yg mewujudkan,hidup sendiri tanpa ada yg menghidupkan. Dalilnya terdapat d dlm kitab suci Al-Qur’anul Karim , "قل هوالله آحد" ertinya Katakanlah Wahai Muhammad kpd seluruh umat,kalau sebenarnya Allah SWT adalah dzat tunggal,rasa tunggal/Esa yg menjadikan alam dunia dan seisinya

2.MENERANGKAN HURUF "BA'"

Huruf Ba' d dlm lafaz Bismillah menunjukkan adanya alam Wahdah. Adanya alam wahdah menunjukkan sifat sejati. Dan d sebut Sejatinya Muhammad. atau Hakikat Muhammadiyah. Dan juga d sebut nyatanya Dzatullah, adanya sejati Nurullah, dan d sebut sejatinya Nur Muhammad, dan nyata kenyataannya Allah yg telah menjadikan seluruh alam dunia. Jadi harus mengertilah bahawa Alif d dlm lafaz Bismillah adalah yg menjadikan semua hidup dan semua ruh. Sedangkan huruf Ba' yg menjadikan wujud nyata semua alam. Oleh kerana itu hidupnya semua alam dunia d keranakan adanya Alif (Batin) dan Ba' (Zahir) d dlm lafaz Bismillah. Kerana itu Alif dan Ba' d dlm lafaz bismillah itulah yg menjadi BAPAK dan IBU seluruh Alam dunia. Dan Alif lafaz Bismillah itu d sebut Nurullah sedangkan Ba' lafaz Bismillah itu d sebut sejatinya Nur Muhammad

Kemudian Nurullah dan Nur Muhammad menyatu menjadi satu kesatuan yg tak terpisah sehingga tidak dpt lagi d bezakan. D dlm kehidupan nyata berkumpulnya Nurullah dan Nur Muhammad d sebut sebagai kumpulnya antara pria sejati dan wanita sejati yg d sebut sebagai Nur Ma’an. Dalilnya ada d dlm kitab suci Al-Qu’anul Karim : "Nuurun ‘ala nuurin yahdillaahu linuurihi man yasyaau yakhribullaahul amtsaala linnaasi wallaahu bikulli syaiin ‘aliim.” Dgn adanya Nur tersebut,sebenarnya Allah SWT ingin memberitahukan kpd semua makhluk ciptaan-Nya dan agar manusia mengetahui bahawa sebenarnya DIA maha mengetahui terhadap semua ciptaan-Nya.

3.MENERANGKAN HURUF “SIN"

Huruf Sin d dlm lafaz Bismillah itu menunjukkan adanya alam wahidiyat, yaitu adanya ilmu yg tiga dan Asma yg tiga pula.

Yg d sebut dgn ilmu yg tiga adalah :

-Ahadiyah
-Wahdah
-Wahidiyah

Dan yg d sebut Asma yg tiga adalah :

-Allah,
-Muhammad,
-Adam.

Sesungguhnya Allah SWT adalah Dzat Sejati, Muhammad adalah Sifat Sejati, dan Adam adalah Asma Sejati, iaitu nyatanya Rasul. Rasul adalah Nur yg hidup dari Nurullah yaitu nyatanya Adam. Dan Adam yg menjadi Bapaknya semua manusia d bumi ini.


4.MENERANGKAN HURUF “MIM"

Huruf Mim d dlm lafaz Bismillah menunjukkan adanya Roh Idlafi. Dan Roh Idlafi menyatakan adanya manusia sejati, dan menunjukkan adanya af’al sejati. Rangkaian Huruf Sin dan Mim menunjukkan adanya Alam Arwah ,Alam Misal, Alam Ajsam dan Alam Insan Kamil, iaitu nyatanya Asma Allah yg merupakan asma dzat mutlak. Nyatanya Muhammad adalah sebagai pengganti dzat yg nyata. Sehingga sejatinya Allah adalah Dzat nyata yg d wujudkan d dlm Muhammad. Dan d sebut zahirnya Muhammad tetapi Hakikatnya Allah atau Nyatanya Allah Ta’ala. Nyatanya Muhammad iaitu nyatanya Alam Ajsam iaitu nyatanya asma rasul dan rupanya Adam Idlafi. Yg menjadi badan dan nyawa / Rasa Tunggal.

Dan bagi yg mengetahui arti dua kalimat syahadat bererti sudah mengerti sejatinya Allah dan mengerti sejatinya Muhammad, mengerti sejatinya zahir dan mengerti sejatinya batin, iaitu zahirnya nabi batinya wali, zahirnya Muhammad batinya Allah. Dan d sebut jasad Muhammad hidupnya adalah Allah. Dan yg sudah mengerti sejatinya badan dan mengerti sejatinya hidup,iaitu nyata sejatinya bapak dan ibu. Sifat Jalal itu Nurullah iaitu lanang ( Pria) sejati dan sifat Jamal itu Nur Muhammad yaitu wadon(Wanita) sejati

Sifat Jalal itu kuasa mengeluarkan besi. Sifat Jamal itu kuasa mengeluarkan batu. Bercampurnya besi dan batu menjadi api. Ibaratnya api itu adalah bercampurnya raga dan hidup/jasad dan ruh. Dan tidak akan ada anak kalau tidak ada ibu dan bapak. Dan tidak akan ada Wahidiyah kalau tidak ada Ahadiyah dan Wahdah. Jadi Ahadiyah melahirkan Wahdah,Wahdah melahirkan Wahidiyah, Wahidiyah melahirkan semua alam yg lainnya. Ahadiyah maqamnya dzat Wahdah maqamnya sifat Wahidiyah maqamnya asma semua yg ada d alam maqamnya Af’al dan tidak mungkin ada af'al bila tidak ada asma. Tidak ada asma kalau tidak ada sifat ,sebab semua af'al , Asma, Sifat adalah hakikatnya Dzat.

Jadi apabila hamba sudah boleh  fana’ Dzat dan fana’ Sifat serta fana’ Af’al, akan boleh Kamal. Kalau sudah boleh Kamal akan boleh Qohar. Iaitu keadaan zahir dan batin sudah boleh berkumpul menjadi satu. Makanya kalian harus mengerti berkumpulnya antara jasad, ruh, rasa Allah yg mendalam itu seperti bercampurnya pria dan wanita. Semoga bermanfaat dan semoga Allah memberikan pemahaman-Nya kpd kita semua,kerana hanya Dialah Dzat yg memiliki segala Ilmu.

Semoga Bermanfaat

#Just_say_Alhamdulillah