expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 26 Jun 2020

Renungkan *S I M B O L I K - B U A H - D U R I A N*


*S I M B O L I K - B U A H - D U R I A N*

Perasan atau tidak, DURIAN akan luruh sekitar JAM 12pm atau 2:30am, 3am hingga kesubuh.

Waktu ini waktu yang ditunggu-tunggu oleh penggemar DURIAN..

Peniaga akan menunggu dan bawa bakul untuk mengutip durian masuk kedalamnya.

kita pergi ambil DURIAN ditengah malam tapi  kita tak ambil PENGAJARAN disebalik itu..

Mengapa tengah MALAM ye??

ini menunjukkan PEMBERIAN Allah atau RAHMAT Allah mencurah-curah ditengah malam atau sepertiga malam..

Boleh jadi ini satu TEGURAN dari Allah..

IBARAT KATA: apakah kamu tidak nampak durian yang jatuh ditengah malam itu SIMBOLIK dari RAHMAT KU?

Kamu menunggu lama untuk durian, hasilnya manis dan menggiurkan.

Namun Rahmat-Ku?

Kamu biarkan berlalu begitu sahaja..

Jika kamu bersusah payah bangun malam (tahajjud) maka kamu akan merasa manisnya Rahmat dan kasih sayang Aku.

*Setiap malam Allah menawarkan 3 perkara:*

1. Adakah ada diantara hamba-ku yang ingin meminta?

2. Adakah ada diantara hamba-Ku yang ingin memohon keampunan?

3. Adakah ada diantara hamba-ku yang ingin bertaubat?

*betul kata TOK KENALI: AKU KENAL ALLAH MELALUI TIDUR KU..*

Bagi orang yang BUTA HATI nya, hanya nampak apa yang diberi, tapi tak nampak siapa yang memberi..

Hanya sedikit orang yang berfikir..

Hanya sedikit orang yang mengingati Allah..

Moga kita termasuk dalam senarai orang yang sedikit ituu..

استغفر الله العظيم من قول بلا عمل..

#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring

Isnin, 22 Jun 2020

💌KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN💌


Tazkirah Untuk Ingatan Diri Sendiri.....

KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN. JOM FIKIR2KAN DAN BERMUHASABAH.

Kita, kehidupan kita dan umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom kita sifir dan apa maksud di sebalik jawapannya serta renungkanlah;

7x 1= 7
Ketika umur di sifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal  dosa pahala. Kita belum fikir tentang masa depan 

7x 2=14
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

7 x 3=21
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

7 x 4= 28
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup dan kewangan serta mencari pasangan hidup untuk membina keluarga yang bahagia.

7 x 5= 35
Tahap penting utk membina keluarga. Ingin mempunyai kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya. Namun ada juga yang kecundang di peringkat ini dengan bebanan hutang dan perceraian rumahtangga.

7 x6=42
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin meningkat. Ini bukan lagi masa utk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba mengumpul harta sebanyak mungkin sebelum bersara dari pekerjaan.

7 x 7=49
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

7 x 8= 56
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi. 

7 x 9= 63
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat dan mendekatkan diri pada pemilik kita perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad SAW. Banyak yg berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus. 

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Ingat!! Berapa ramai pula yg tak lepas sifir 7. Ada yg berhenti di tangga 1, ramai juga yang umurnya ditangga ke 3.

■ Hidup ini hanya sementara sahabat2ku dan ahli keluarga ku. Kejarlah akhirat sebelum kita tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. 

■ Umur yg kita lalui hari ini adalah di atur dan dianugerah dari Allah SWT  sebagai pelakon di pentas dunia yang sementara ini.

■ Hargailah dengan banyak mengingati Allah. Kumpulkan bekalan yg akan kita bawa ke sana. Walau di tangga mana pun kita sekarang berada, jangan tangguh kerana mati itu misteri, tidak akan cepat atau lewat walau pun sesaat .                                       

Kita sama2 renung dan fikir fikirlah.....

#Sharing is caring
#Just_say_Alhamdulillah

💝 8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’ Tetapi Ganjarannya Sangat Besar*💝


💝 8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’ Tetapi Ganjarannya Sangat Besar*💝

*Di dalam kesibukan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.*

*Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.*

*Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.*

*#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas*

*Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;*

*Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. (Hadis Riwayat Ahmad)*

*Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, IN sya Allah kita akan memperolehi rumah di Syurga!*

*#2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W*

*Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.*

*Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. (Hadis Riwayat Muslim)*

*Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.*

*#3 – Beristighfar Memohon Keampunan*

*Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;*

*Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)*

*Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.*

*#4 – Bertanya Khabar Keluarga*

*Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.*

*Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;*

*Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. (Hadis Riwayat Bukhari)*

*#5 – Lafaz Tasbih*

*Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. (Hadis Riwayat Muslim)*

*Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.*

*Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.*

*#6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan*

*Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;*

*Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)*

*Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.*

*#7 – Mendoakan Orang Lain*

*Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, InsyaAllah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.*

*Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. In sya Allah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!*

*Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;*

*Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya. (Hadis Riwayat al-Thabarani)*

*#8 – Sebarkan Kebaikan*

*Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya.* *Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.*

*Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;*

*Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. (Hadis Riwayat Muslim)*

*Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda.* *Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!*

*Kesimpulan*

*Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.*

*Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini,* *Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.*

*Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Allah sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.*

*KONGSIKAN ARTIKEL INI*

*Baginda Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. InsyaAllah ramai yang akan mendapat manfaat.* Fii amanillah🌷🌹👏

#Sharing is caring
#Just_say_Alhamdulillah

Jumaat, 12 Jun 2020

💌_*SALING BERPESAN - PESAN*_💌


*SALING BERPESAN - PESAN*_


_Hati manusia adakalanya tersangkut dengan Ilmu.._
_maka hatinya merasai dirinya 'alim dan memandang_
_rendah orang awam atau jahil.._

_Hati manusia adakalanya tersangkut dengan 'amal.._
_maka jiwanya merasa ia mulia dengan 'amalnya dan_
_memandang rendah orang yang kurang 'amal.._

_Hati manusia adakalanya tersangkut dengan harta.._
_maka dia akan merasai bahawa dia orang kaya dan_
_memandang rendah orang miskin.._

_Hati manusia adakalanya tersangkut dengan pangkat.._
_maka ia merasai dirinya tinggi dan berkuasa hingga_
_memandang rendah orang bawahan dan lemah.._

_Sememangnya kita sebagai manusia perlu memiliki_
_amal ahli abid dan ILmu para Ulama' .._
*_Namun_* 
_jangan sampai tersangkut dengan ILmu dan 'amal hingga_
_merubah hati daripada sifat faqir kepada kemegahan.._

_*Ia adalah tipu daya yang membawa seseorang*_
_*bertambah tebal hijab hatinya dan membuatkan ia*_
*_semakin jauh dengan_*
           *_الله سبحانه وتعالى.._*
*_Nasihat menasihati dan pesan berpesan ke arah kebaikan itu digalakkan sebab.._*
*_ISLAM ITU INDAH.._*

الله вαทтบ امين٣ 


*۞  اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞* 

SᴇɴᴛɪᴀsᴀMᴇɴɢɪɴɢᴀᴛɪ  الله 

SEMUA MILIK  الله 

لَا إِلٰهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

Subhanallahi wa bihamdihi Subhanallahi al-adzim

Amalkan Zikir "Subhanallah Wabihamdihi Subhanallah Hil A'zim"

1) Rasulullah SAW bersabda: “Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, iaitu kalimat subhanallah wabihamdihi, subhanallahil ‘Azhim (Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung).” 
(Hadia riwayat Imam Bukhari 7/168 dan Imam Muslim 4/2072)

2) Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya sebaik-baik ucapan kepada Allah SWT adalah kalimat subhanallah wa bihamdihi.” (HR Muslim dan Tirmizi).

3) Diriwayatkan dari Abi Dzar. Rasulullah pernah ditanya, “Perkataan apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Yang dipilih oleh Allah bagi para malaikat dan hamba-hamba-Nya, yaitu subhanallah wabihamdihi (Mahasuci Allah dengan segala puji bagi-Nya).” (HR Muslim).

4) Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa mengucapkan subhanallah wabihamdihi seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di laut.” (HR Muslim dan Tirmidzi)

#zikir

#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing&caring

💦NASEHAT WUJUD CINTA"💦


💦NASEHAT WUJUD CINTA"💦

❤Nasehat adalah tanda ungkapan cinta seseorang.
Nasehat seorang ibu kepada anaknya adalah bukti cinta dan kasih sayang seorang ibu.

Nasehat dari seorang sahabat adalah tanda kasih sayang dan perhatian darinya.
Begitulah islam mendidik kita agar selalu menasehati dan mengingatkan antar sesama. Sebagaimana sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wassallam :

الدين النصيحة

"Agama adalah nasehat"

Hadist diatas menunjukkan sangat pentingnya sebuah nasehat dalam agama. Dan begitulah yang dapat kita lihat dalam kehidupan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Ucapan beliau penuh dengan mutiara hikmah. Tak jarang beliau menasehati para sahabat-sahabat beliau dengan mutiara-mutiara hikmah yang keluar dari lisan mulia beliau. 
Dan diantara mutiara hikmah Rasulullah Salllallahu Alaihi Wassallam kepada sahabat beliau, adalah nasehat beliau kepada seorang sahabat yang bernama Abu Dzar Al Ghifari.

Inilah isi nasehat beliau :

يا ابا ذر ، جدّد السفينة فإن البحر عميق، وخذ الزاد كاملا فإن السفر بعيد، وخفّف الحمل فإن العقبة كئود، واخلص العمل فإن الناقد بصير

"Wahai Abu Dzar... Perbaikilah kapalmu, karena lautan sangat dalam.

Bawalah bekal yang sempurna, karena perjalananmu jauh. Ringankanlah beban muatanmu, karena rintangan-rintangannya berat sekali.

Dan ikhlaslah dalam beramal, karena sesungguhnya Yang Maha Meneliti, Maha Melihat."

Yang dimaksud memperbaiki kapal disini adalah memperbaiki niat, agar semua perbuatan dapat berfungsi sebagai ibadah dan ladang pahala, guna keselamatan dari adzab Allahسبحا نه و تعالى.

Perjalanan yang jauh disini, maksudnya adalah perjalanan akhirat. Sedang beban muatan adalah beban pertanggungjawaban urusan duniawi. Perjalanan akhirat diumpamakan laut yang dalam, perjalanan jauh dan bukit terjal karena sama-sama banyak kesulitan dan rintangannya.

Sedangkan nasehat 'ikhlaslah dalam beramal' karena Allah سبحا نه و تعالى, Yang Maha meneliti, meneliti secara cermat perbuatan baik dan buruk.

Menasehati, bukan berarti lebih mulia. Dinasehati, bukan berarti lebih hina. 
Saling menasehati bukankah  wujud cinta ? Juga wujud indahnya ukhuwwah ?

Jika menunggu yang sempurna untuk menasehati , lalu kapan indahnya kebaikan agama islam akan tersebarluaskan..... ??!!🌹🤲

#CP
#Sharing& caring
#Just_say_Alhamdulillah

Rabu, 3 Jun 2020

*MENYESAL SAAT SAKARATUL MAUT*


*MENYESAL SAAT SAKARATUL MAUT*

Alkisah ada seorang sahabat Nabi bernama Sya’ban RA. Ia adalah seorang sahabat yg tdk menonjol dibandingkan sahabat2 yg lain.

Ada suatu kebiasaan unik darinya yaitu setiap masuk masjid sbelum sholat berjamaah ia selalu beritikaf di pojok depan masjid

Dia mengambil posisi di pojok bukan karena supaya mudah bersandaran atau tidur, namun karena tidak mau mengganggu orang lain dan tak mau terganggu oleh orang lain dalam beribadah.

Kebiasaan ini sudah dipahami oleh sahabat bahkan oleh Roasulullah SAW, bahwa Sya’ban RA selalu berada di posisi tersebut termasuk saat sholat berjamaah.

Suatu pagi saat sholat subuh berjamaah akan dimulai Rasulullah SAW mendapati bahwa Sya’ban RA tidak berada di posisinya seperti biasa. Nabi pun bertanya kepada jamaah yang hadir apakah ada yang melihat Sya’ban RA

Namun tak seorangpun jamaah yang melihat Sya’ban RA. Sholat subuhpun ditunda sejenak untuk menunggu kehadiran Sya’ban RA. Namun yang ditunggu belum juga datang. Khawatir sholat subuh kesiangan, Nabi memutuskan untuk segera melaksanakan sholat subuh berjamaah.

Selesai sholat subuh, Nabi bertanya apa ada yang mengetahui kabar dari Sya’ban RA..?
Namun tak ada seorangpun yang menjawab. Nabi bertanya lagi apa ada yang mengetahui di mana rumah Sya’ban RA..?

Kali ini seorang sahabat mengangkat tangan dan mengatakan bahwa dia mengetahui persis di mana rumah Sya’ban RA. Nabi yang khawatir terjadi sesuatu dengan Sya’ban RA meminta diantarkan ke rumahnya.

Perjalanan dengan jalan kaki cukup lama ditempuh oleh Nabi dan rombongan sebelum sampai ke rumah yang dimaksud. Rombongan Nabi sampai ke sana saat waktu afdol untuk sholat dhuha (kira-kira 3 jam perjalanan).

Sampai di depan rumah tersebut Nabi SAW mengucapkan salam.
Dan keluarlah seorang wanita sambil membalas salam tersebut
“Benarkah ini rumah Sya'ban ?” Nabi bertanya
“benar ya Rasulullah, saya istrinya” jawab wanita tersebut

“Bolehkah kami menemui Sya’ban, yang tadi tidak hadir saat sholat subuh di masjid ?” Dengan berlinangan air mata istri Sya’ban RA menjawab: “Beliau telah meninggal tadi pagi..”

Rasulullah dan para sahabatnya mengucapkan; “Innalilahi wainna ilaihirojiun Masya Allah, satu-satunya penyebab dia tidak sholat subuh berjamaah adalah karena ajal sudah menjemputnya” Beberapa saat kemudian istri Sya’ban bertanya kepada Rosul SAW : “Ya Rasulullah, ada sesuatu yang jadi tanda tanya bagi kami semua, yaitu menjelang kematiannya dia berteriak tiga kali dengan masing-masing teriakan disertai satu kalimat. Kami semua tidak paham apa maksudnya." “Apa saja kalimat yang diucapkannya ?” tanya Rasul

Di masing2 teriakannya ia berucap kalimat: “Aduh kenapa tdk lebih jauh..” “Aduh kenapa tdk yg baru” “Aduh kenapa tdk semua” Lalu Nabi menjelaskan dari perkataan yg keluar dari lisan Sya’ban sbelum sakaratul maut Nabi pun melantukan ayat yg terdapat dalam surat Qaaf 50 ayat 22 :

“Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan dari padamu hijab (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.“ Saat Sya’ban dalam keadaan sakaratul maut, perjalanan hidupnya ditayangkan ulang oleh Allah SWT

Bukan cuma itu, semua ganjaran dari perbuatannya diperlihatkan oleh Allah Apa yang dilihat oleh Sya’ban (dan orang yang sakratul maut) tidak bisa disaksikan oleh yang lain.

Dalam pandangannya yang tajam itu Sya’ban melihat suatu adegan di mana kesehariannya dia pergi pulang ke masjid untuk sholat berjamaah lima waktu. Perjalanan sekitar 3 jam jalan kaki sudah tentu bukanlah jarak yang dekat.

Dalam tayangan itu pula Sya’ban RA diperlihatkan pahala yang diperolehnya dari langkah-langkahnya ke Masjid. Dia melihat seperti apa bentuk surga ganjarannya. Saat melihat itu dia berucap: “Aduuh kenapa tidak lebih jauh..?”

Timbul penyesalan dalam diri Sya’ban, mengapa rumahnya tidak lebih jauh lagi supaya pahala yang didapatkan lebih banyak dan sorga yang didapatkan lebih indah. Dalam penggalan berikutnya Sya’ban melihat saat ia akan berangkat sholat berjamaah di musim dingin.

Saat ia membuka pintu berhembuslah angin dingin yang menusuk tulang. Dia masuk kembali ke rumahnya dan mengambil satu baju lagi untuk dipakainya Jadi dia memakai dua buah baju.

Sya’ban sengaja memakai pakaian yang bagus (baru) di dalam dan yang jelek (butut) di luar. Pikirnya jika kena debu, sudah tentu yang kena hanyalah baju yang luar. Sampai di masjid dia bisa membuka baju luar dan sholat dengan baju yang lebih bagus.

Dalam perjalanan ke masjid dia menemukan seseorang yang terbaring kedinginan dalam kondisi mengenaskan. Sya’ban pun iba, lalu segera membuka baju yang paling luar dan dipakaikan kepada orang tersebut dan memapahnya untuk bersama-sama ke masjid melakukan sholat berjamaah.

Orang itupun terselamatkan dari mati kedinginan dan bahkan sempat melakukan sholat berjamaah. Sya’ban pun kemudian melihat indahnya surga yang sebagai balasan memakaikan baju bututnya kepada orang tersebut Kemudian dia berteriak lagi: “Aduuuh kenapa tidak yang baru...?”

Timbul lagi penyesalan di benak Sya’ban. Jika dengan baju butut saja bisa mengantarkannya mendapat pahala yang begitu besar, sudah tentu ia akan mendapat yang lebih besar lagi seandainya ia memakaikan baju yang baru.

Berikutnya Sya’ban melihat lagi suatu adegan saat dia hendak sarapan dengan roti yang dimakan dengan cara mencelupkan dulu ke segelas susu.

Ketika baru saja hendak memulai sarapan, muncullah pengemis didepan pintu yg meminta diberi sedikit roti krn sudah lebih 3 hari perutnya tdk diisi makanan Melihat hal tersebut Sya’ban merasa iba. Ia kemudian membagi 2 roti sama besar, demikian pula segelas susu itu pun dibagi dua

Kemudian mereka makan bersama-sama roti itu yg sebelumnya dicelupkan susu dengan porsi yg sama Allah kemudian memperlihatkan ganjaran dari perbuatan Sya’ban RA dengan surga yg indah Demi melihat itu diapun berteriak lagi: "Aduh kenapa tidak semua..?” Sya’ban kembali menyesal

Seandainya dia memberikan semua roti itu kepada pengemis tersebut tentulah dia akan mendapat surga yang lebih indah Masya Allah , Sya’ban bukan menyesali perbuatannya, tapi menyesali mengapa ia tidak optimal

Sesungguhnya semua kita nanti pada saat sakaratul maut akan menyesal tentu dengan kadar yang berbeda, bahkan ada yang meminta untuk ditunda matinya karena pada saat itu barulah terlihat dengan jelas konsekuensi dari semua perbuatannya di dunia.

Mereka meminta untuk ditunda sesaat karena ingin bersedekah. Namun kematian akan datang pada waktunya, tidak dapat dimajukan dan tidak dapat dimundurkan.

Sering sekali kita mendengar ungkapan hadits berikut: “Sholat Isya berjamaah pahalanya sama dengan sholat separuh malam.” “Sholat Subuh berjamaah pahalanya sama dengan sholat sepanjang malam .” “Dua rakaat sebelum Shubuh lebih baik dari pada dunia dan isinya.” 

Namun lihatlah, masjid tetap saja lengang. Seolah kita tidak percaya kepada janji Allah. Mengapa demikian ? Karena apa yang dijanjikan Allah SWT itu tidak terlihat oleh mata kita pada situasi normal. Mata kita tertutupi oleh suatu hijab.

Karena tidak terlihat, maka yang berperan adalah iman dan keyakinan bahwa janji Allah tdk pernah meleset

Allah akan membuka hijab itu pada saatnya
Saat ketika nafas sudah sampai di tenggorokan
Sya’ban RA telah menginspirasi kita bagaimana seharusnya menyikapi janji Allah SWT tsb

Dia ternyata tetap menyesal sebagaimana halnya kitapun juga akan menyesal. Namun penyesalannya bukanlah karena tidak menjalankan perintah Alloh SWT. Penyesalannya karena tidak melakukan kebaikan dengan optimal.

Sudahkah kita semua berhitung siap menghadapi apa yg akan pasti kita hadapi yaitu sakaratul maut, atau masih sibuk dgn urusan dunia yg pasti kita tinggalkan...? Semoga kita semua selalu bisa mengoptimalkan kebaikan-kebaikan disetiap kesempatan

Ya Raab
Semoga bermanfaat.

@sayidmachmoed
(catatan:  Semoga kondisi segera normal dan kita dapat pahala berjamaah di masjid).

#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring

MEMERANGI BISIKAN SYAITAN


MEMERANGI BISIKAN SYAITAN

FIRMAN Allah SWT maksudnya:

“Dan jika kamu dihasut oleh hasutan syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Surah al-A’raf 7: 200)

“KETAHUILAH bahawa hati memiliki satu pintu yang menjadi jalan masuk bagi syaitan di seberang pintunya yang menuju dunia ghaib. Syaitan memiliki bisikan sebagaimana malaikat juga memiliki bisikan.”

At-Tirmidzi dlm as-Sunan (2988), al-Hindi dlm Kanzul-Ummal (1240), al-Haitami dlm Mawariduz-Zam’an dan as-Suyuti dlm Durr-al-Manthur (1/348)

SIFAT-SIFAT yang tercela adalah pintu masuk syaitan ke dalam hati. Sejauh mana sifat-sifat tersebut diperangi, sejauh itulah pula jalan-jalan syaitan menjadi sempit atau tersumbat. Sejauh mana sifat-sifat tersebut diabaikan, sejauh itulah pula pintu-pintu dan celah-celah itu terbuka bagi syaitan. Kamu memiliki pilihan antara menutup pintu itu sehingga hatimu menjadi sumber hikmah dan tempat turunnya malaikat, ataupun kamu mengabaikannya sehingga hatimu menjadi sarang syaitan.

LANGKAH pertama dalam menghadapi syaitan adalah memohon perlindungan kepada Allah darinya, lalu memeranginya dengan tiga cara:

(1) Kamu harus mengetahui godaan, muslihat dan pengkhianatan syaitan.

(2) Kamu perlu menganggap bukan remeh ajakan syaitan, sehingga hati kamu tidak tergantung pada ajakan itu.

(3) Kamu perlu terus berzikir kepada Allah dengan hati dan lisan. Zikir kepada Allah, bagi syaitan, samalah seperti penyakit perut dalam tubuh manusia, tidak menyenangkannya.

MENGETAHUI muslihat syaitan, kelihatan dengan jelas bagi anda dengan cara anda mengetahui bisikan hati dan kategorinya:

(1) Bisikan hati yang datang dari Allah sebagai bisikan awal, disebut sebagai “al-khatir” atau pengusik hati.

(2) Lintasan hati yang sesuai karateristik manusia yang disebut “an-Nafs” yakni jiwa.

(3) Bisikan hati yang datang dari ajakan syaitan disebut dengan “waswas”

(4) Bisikan hati yang datang dari Allah disebut dengan “Ilham”.

BISIKAN yang datang dari Allah, pada awalnya, kadangkala berupa kebaikan, kemuliaan dan sokongan hujjah. Tetapi kadangkala juga berupa ujian ataupun keburukan.

LINTASAN yang datang memberi ilham tidak akan berlaku, kecuali mengandungi amal baik, kerana ia pemberi nasihat dan petunjuk. Sedangkan bisikan yang datang dari syaitan, tidak datang kecuali dengan kejahatan. Namun bisikan ini kadangkala mengandungi amal baik, tetapi di sebaliknya ada kejahatan dan perangkap syaitan. Adapun bisikan yang tumbuh dari hawa nafsu, tidak dapat luput dari keburukan. Cuma kadangkala suka memperlihatkan kebaikan, namun bukan kerana zatnya.

SEBAHAGIAN ulama berkata, jika kamu mahu mengenali bisikan baik atau jahat dan membezakan di antara keduanya, maka hendaklah kamu menimbangkannya dengan salah satu dari tiga neraca ini:

(1) JIKA bisikan itu bertepatan dengan syarak maka itu adalah bisikan baik. Sedangkan jika sebaliknya, baik bisikan untuk ‘ruksyah’ atau syubhat, bisikan itu adalah bisikan jahat.

JIKA tidak diperolehi penjelasan dengan cara ini, berpalinglah kamu dari bisikan tadi dan ikutilah langkah orang soleh (berhati-hati) Jika langkah orang soleh kamu temui dalam mewakili bisikan yang melandamu, maka bisikan itu adalah bisikan baik. Jika tidak, bermakna bisikan itu adalah bisikan busuk. Namun jika dengan pertimbangan ini kamu belum juga menemui penjelasan, berpalinglah kamu dari emosi negatif dan nafsu. Jika kecenderungan jiwamu pada bisikan itu berupa kecenderungan bersifat karakter, bukan kecenderungan optimisme kepada Allah, maka bisikan itu termasuk bisikan buruk.

(2) JIKA kamu mahu membezakan antara bisikan jahat yang bermula dari syaitan atau dari nafsu, atau bisikan itu dari Allah, perlu pula kamu perhatikan tiga perkara ini:

📌 JIKA kamu menemui bisikan itu kukuh dan tertib pada satu keadaan, bisikan tersebut pastinya datang dari Allah. Namun jika kamu menemui bisikan penuh keraguan dan tidak konsisten, maka bisikan itu muncul dari syaitan.

📌 JIKA bisikan itu kamu temui setelah kamu melakukan sesuatu dosa, bermakna bisikan itu datang dari Allah sebagai seksaNya kepada kamu. Jika muncul bukan dari akibat dosa yang kamu lakukan, bisikan itu datang dari syaitan.

📌 JIKA sesuatu bisikan itu tidak melemahkan semangat berzikir kepada Allah, dan bisikan itu tidak lenyap, bermakna bisikan itu datang dari hawa nafsu. Sedangkan jika melemahkan berzikir kepada Allah, bermakna ia datang dari syaitan.

(3) JIKA kamu mahu membezakan adakah sesuatu bisikan kebaikan itu datang dari Allah atau dari malaikat, maka perlu diperhatikan tiga perkara ini:

📌 JIKA suatu bisikan melintas selintasan dengan kukuh dalam satu keadaan, maka bisikan tersebut datang dari Allah. Namun jika berulang-ulang lintasan, bermakna datang dari malaikat, kerana kedudukannya sebagai penasihat manusia.

📌 JIKA bisikan itu datangnya setelah kamu berusaha baik semaksima mungkin dan dalam ketaatan kepada Allah, bermakna bisikan itu datangnya dari Allah. Jika bukan demikian, bermakna bisikan itu datang dari malaikat.

📌 JIKA bisikan itu berkenaan dengan masalah prinsip dan amalan batin, bisikan itu datang dari Allah. Tetapi jika berkaitan dengan masalah furu’ (cabang) dan kaitannya dengan amalan lahiriah, maka bisikan itu datang dari malaikat. Sebabnya, menurut kebanyakan para ulama, malaikat tidak mempunyai cara untuk mengenali batin seseorang hamba.

ADAPUN “bisikan baik” yang datang dari syaitan sebagai ‘istidraj’ dan mendorong merebaknya keburukan, maka kamu perlu mencermatinya. Jika dalam dirimu menemui bisikan disertai semangat namun tidak bimbang, tergesa-gesa namun tidak santai, disertai rasa aman, tidak disertai rasa takut kepada Allah, atau buta pada akibatnya dan tidak teliti batin, maka ketahuilah, bisikan tersebut datang dari syaitan dan perlu kamu cepat-cepat jauhi. Sebaliknya, jika bisikan itu muncul bukan seperti bersifat di atas, bahkan lebih bersemangat namun bimbang, santai namun takut kepada Allah, tahu akibat dan teliti batinnya, maka ini bermakna bisikan itu samada dari Allah ataupun dari malaikat.

PERLU diketahui dan ditegaskan bahawa semangat merupakan perasaan ringan pada diri manusia untuk melakukan suatu perbuatan tanpa ketilitian batin. Menyebut-nyebut balasan Allah biasanya menjadikan semangat semakin bertambah dan batin semakin tetap dan teliti.

BERTINDAK secara santai adalah cara yang terpuji, kecuali dalam beberapa keadaan tertentu. Sedangkan rasa takut kepada Allah lebih cenderung pada penyempurnaan dan melakukan amal: bimbang takut-takut tidak menepati ketentuan syarak dan bimbang takut-takut tidak diterima oleh Allah SWT.

ADAPUN menilik akibat bisikan melalui mata batin itu menyebabkan batin kamu tahu dan yakin bahawa bisikan itu merupakan satu bimbingan ke arah kebaikan. Kadangkala pandangan hati kamu dapat melihat pada ganjaran Allah di akhirat kelak.

DEMIKIANLAH tiga perkara yang perlu kamu ketahui. Jagalah baik-baik semua itu, kerana ia merupakan ilmu yang sangat baik dan lembut, serta terdapat sebongkah rahsia yang agung di dalamnya.

ALLAHU A’LAM

SEMOGA bermanfaat dan berkat.
AAMIIN YA ROBBAL ‘AALAMIIN.

LAA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.

Sumber : Raudhah al-Talibin wa Umdah as-Salikin oleh Imam al-Ghazali

#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring

*JANGAN ANGGAP AKU ALIM*


*JANGAN ANGGAP AKU ALIM*

Jangan anggap aku alim hanya karena aku sering share tentang ilmu

Aku bukanlah orang yang baik, aku hanya berusaha untuk berbuat baik

Aku hanya berusaha agar hidupku bisa bermanfaat bagi orang lain

Aku juga manusia biasa yang tak luput dari salah dan dosa

Ingatkan aku jika aku berbuat salah, aku akan berusaha menerima kritik dan saranmu

Jangan tuntut aku jika aku tak sesuai dengan apa yang aku posting, karena aku makhluk yang lemah yang sedang berusaha merubah diriku menjadi lebih baik, sedikit demi sedikit

Tuntunlah aku dalam kebaikan, karena semua itu akan indah jika kita saling mengingatkan

Aku tak ingin kau berjalan di depanku, aku juga tak ingin kau berjalan di belakangku, aku ingin kau berjalan di samping ku

Mari kita melangkah bersama, menuju jalan yang Allah ridhoi

Semoga kelak kita dikumpulkan bersama-sama di surga

*SAHABAT LAH Kerana ALLAH*

: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
              
               *Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakatuuh*.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
_*Ya Alloh di pagi  ini ampunilah dosa-dosa kami, dosa ibu & bapak kami, seluruh ahli kubur keluarga kami, saudara-saudara kami,  sahabat-sahabat kami & seluruh umat Islam*._
_*Panjangkan umur kami, murahkanlah rezki kami, Karuniakan kami keselamatan & kesehatan yg baik*._ 
_*Tunjukkanlah kami jalan yg benar, yang Engkau ridhoi..  Berkahilah kehidupan kami & bahagiakan serta selamatkan kami di dunia dan di akhirat & masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.... Aamiin Ya Alloh*._
*وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.*
*آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن*.


 *KATA HIKMAH QIYAMUL LAIL*

Menggunakan akal artinya menggunakan kemampuan pemahaman, baik dalam kaitannya dengan realitas yang konkret maupun realitas spiritual. Realitas konkrit dipahami oleh pemikiran dan realitas spiritual dipahami oleh Qalbu. 

Al-Qur’an mengekspos keluhuran orang yang beriman dan berilmu sebagai hamba Allah yang memiliki kedudukan tinggi, bahkan diberi gelar khusus untuk mereka yang memiliki kedudukan ini. Hal dimaksud oleh Al-Quran digambarkan aktivitas keduanya dengan sebutan *Ulil Albab*.

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ.

Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran.(Qs. Al Baqarah ayat 269).


 *SELAMAT MENDIRIKAN SHALAT FARDHU SUBUH SANAK SAUDARA DAN SAHABAT YANG kusayangi DAN DI CINTAI ALLAH SWT* .

@KATA CARILAH DALAM AL QUR'AN # 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

 يَوْمَ يَقُوْلُ الْمُنٰفِقُوْنَ وَا لْمُنٰفِقٰتُ لِلَّذِيْنَ اٰمَنُوا انْظُرُوْنَا نَقْتَبِسْ مِنْ نُّوْرِكُمْ ۚ قِيْلَ ارْجِعُوْا وَرَآءَكُمْ فَا لْتَمِسُوْا نُوْرًا ۗ فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُوْرٍ لَّهٗ بَا بٌ ۗ بَا طِنُهٗ فِيْهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهٗ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَا بُ ۗ 

yauma yaquulul-munaafiquuna wal-munaafiqootu lillaziina aamanungzhuruunaa naqtabis min nuurikum, qiilarji'uu warooo`akum faltamisuu nuuroo, fa dhuriba bainahum bisuuril lahuu baab, baathinuhuu fiihir-rohmatu wa zhoohiruhuu ming qibalihil-'azaab

"PADA HARI ORANG-ORANG MUNAFIK LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN BERKATA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN, TUNGGULAH kami! Kami INGIN MENGAMBIL cahayamu. (KEPADA MEREKA) DIKATAKAN, KEMBALILAH kamu KE BELAKANG DAN CARILAH SENDIRI CAHAYA (untukmu). LALU DI ANTARA MEREKA DIPASANG DINDING (PEMISAH) YANG BERPINTU. DI SEBELAH DALAM ADA RAHMAT DAN DI luarnya HANYA ADA AZAB."

(QS. Al-Hadid 57: Ayat 13)


يُنَا دُوْنَهُمْ اَلَمْ نَكُنْ مَّعَكُمْ ۗ قَا لُوْا بَلٰى وَلٰـكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ اَنْفُسَكُمْ وَ تَرَبَّصْتُمْ وَا رْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ الْاَ مَا نِيُّ حَتّٰى جَآءَ اَمْرُ اللّٰهِ وَ غَرَّكُمْ بِا للّٰهِ الْغَرُوْرُ

yunaaduunahum a lam nakum ma'akum, qooluu balaa wa laakinnakum fatangtum angfusakum wa tarobbashtum wartabtum wa ghorrotkumul-amaaniyyu hattaa jaaa`a amrullohi wa ghorrokum billaahil-ghoruur

"ORANG-ORANG MUNAFIK MEMANGGIL ORANG-ORANG MUKMIN, BUKANKAH kami DAHULU BERSAMA kamu? MEREKA MENJAWAB BENAR, TETAPI kamu MENCELAKAKAN dirimu SENDIRI, DAN kamu hanya MENUNGGU, MERAGUKAN (JANJI ALLAH) DAN DITIPU OLEH ANGAN- ANGAN KOSONG SAMPAI DATANG KETETAPAN ALLAH; DAN PENIPU (SETAN) DATANG MEMPERDAYA kamu TENTANG ALLAH."

(QS. Al-Hadid 57: Ayat 14)


فَا لْيَوْمَ لَا يُؤْخَذُ مِنْكُمْ فِدْيَةٌ وَّلَا مِنَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا ۗ مَأْوٰٮكُمُ النَّا رُ ۗ هِيَ مَوْلٰٮكُمْ ۗ وَبِئْسَ الْمَصِيْرُ

fal-yauma laa yu`khozu mingkum fidyatuw wa laa minallaziina kafaruu, ma`waakumun-naar, hiya maulaakum, wa bi`sal-mashiir

"MAKA PADA HARI INI TIDAK AKAN DITERIMA TEBUSAN DARI kamu MAUPUN DARI ORANG-ORANG KAFIR. TEMPAT kamu DI NERAKA. ITULAH TEMPAT BERLINDUNGmu, DAN ITULAH SEBURUK- BURUK TEMPAT KEMBALI."

(QS. Al-Hadid 57: Ayat 15)

MAHA BENAR ALLAH DENGAN SEGALA FIRMAN-NYA

💜💙❤️

#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_Caring