expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 2 April 2019

*Pengarah Pendidikan Bagi Mesej Pedas Buat Ibubapa.*


*Pengarah Pendidikan Bagi Mesej Pedas Buat Ibubapa.*
_____________________

Ibu bapa kepada seseorang anak… peringatan untuk semua… mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin…

Tanamkan dalam hati bahawa;

*1. Anak kita bukan baik sangat.*
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

*2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.*
Kita kat rumah paling banyak anak 6, 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

*3. Anak kita juga pandai menipu.*
Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

*4. Anak kita layak dimarah.*
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita tak kan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

*5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.*
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik. Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik. Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

*6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.*
Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

*7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.*
Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

*8. Duit bukan segalanya.*
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

*9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.*
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

*10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.*
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6, 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6, 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

*11. Jangan sombong dengan guru2.*
Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini Allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.Amal kita?

*12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.*
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

*13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibubapanya.*
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.Ilmu itu bukan bilangan A.Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan di akhirat.

TERIMA KASIH.

*13 PETUA SIHAT DARI PAKAR KESIHATAN 🏋*


*13 PETUA SIHAT DARI PAKAR KESIHATAN 🏋*

1. *Tidur* tepat pada masa *11.00 malam hingga 4 pagi*. Tidur *miring ke kanan*, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.

2. *Tiada gula*. Tiada gula. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.

*Kurangkan nasi*. Hanya *10 suap sehari*. Bagi yang baru *bermula* kurangkan jadi *25 suap sehari*. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.
*Beras basmathi*. Tiada tepung dan gandum.

*Banyakkan sayur* dan *buah buahan*.

3. Check dengan Doktor. *Buat ujian darah*. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.

4. *Ambil supplement* -pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan *mengikut nasihat pakar*. *Bukan* dengar *cakap jurujual*.

5. *Exercise* supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional *dua minggu sekali*.

Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah *Isnin*  dan *Khamis*. Dua hari itu *puasa*.

6. *Minum banyak air*. *Terutama* pagi masa *bangun pagi* dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.

7. Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.

8. *Biasakan lidah makan benda pahit*. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.

9. *Baca al Quran*. Gandakan sujud. *Banyak solat sunat* dan *taubat*. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. *Baca buku buku*. Membaca.

10. *Pilih team pergaulan*. *Kurangkan bersama "si mata lalat*" - pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.

11. *Bersyukur*. *Redha* dan *bersabar*. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.

12. *Jimat perkataan*. Usah *sembang kencang*. Usah *dibuai perasaan*.
*Banyakkan berfikir dan berzikir*. Utamakan masa bersama keluarga.

13. *Tidur malam* dengan *selimut kaki* atau *pakai stokin* supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. *Maafkan semua orang*. Bersihkan kolam jiwa. *Tiada dengki* dan *iri hati*. *Doa dan doa*.

#PetuaDanKesihatan
#galerihidayah
#galerihidayahonline

Isnin, 1 April 2019

Bercelak ( Memakai Sifat Mata )


Bercelak ( Memakai Sifat Mata )

   📝 MEMAKAI CELAK MATA

Sunnah fitrah bercelak atau memakai celak (sipat mata) dikedua mata kita, dan disunnahkan dalam cara bercelak dengan cara witir ( dengan hitungan ganjil), yaitu dengan cara bercelak tiga kali pada mata sebelah kanan dan tiga kali pada mata sebelah kiri, dan dilakukan hal itu sebelum tidur.

Dan sunnah hukumnya untuk bercelak dengan celak yang terbuat dari istmid, karena itulah celak yang digunakan oleh Nabi Sholallohu ‘Alaihi Wasallam.

📝 Doa ketika bercelak

اَللّهُمَّ نَوِّرْ بَصَرِيْ وَبَصِيْرَتِيْ وَاجْعَلْ سَرِيْرَتِيْ خَيْرًا مِنْ عَلاَنِيَّتِيْ وَاجْعَلْ عَلاَنِيَّتِيْ صَالِحَةً

ALLOHUMMA NAWWIR BASHORII WABASHIIROTII WAJ’AL SARIIROTII KHOIRON MIN ‘ALAANIYYATII, WAJ’AL ‘ALAANYYATII SHOOLIHATAN

Ya Allah berilah cahaya mataku dan mata hatiku, dan jadikanlah hatiku lebih baik dari pekerjaan dhohirku serta jadikanlah pekerjaan dhohirku selalu baik.

📝 Celak - Mengikut Sunnah Nabi Muhammad ﷺ

Rosululloh ﷺ memakai celak ketika baginda ingin masuk tidur. Dan celak yang digunakan oleh baginda ﷺ adalah jenis itsmid, yaitu celak yang jenis serbuk, dan dipakai dengan menggunakan logam besi, macam celak Mekah dahulu. (Bukan celak pensel yang kebanyakan ada jual di toko & pasar malam)

Kenyataan ini berdasarkan hadis berikut :

Ibnu Abbas meriwayatkan dari Nabi ﷺ , bahwasanya beliau ﷺ bersabda:

خَيْرُ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ. إِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ.

“Celak yang terbaik untuk kamu adalah itsmid. Sesungguhnya ia bisa menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”

اكْتَحِلُوا بِالْإِثْمِدِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ

“Bercelaklah kalian dengan itsmid, karena dia bisa mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya)

عَلَيْكُمْ بِالْإِثْمِدِ عِنْدَ النَّوْمِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ

“Bercelaklah memakai itsmid ketika hendak tidur, karena ia dapat mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut” (HR. Ibnu Majah dalam Sunan-nya no.3846 bab Al Kahlu Bil Itsmid)

Itsmid ini dapat menguatkan mata, mengencangkan urat saraf, dan menjaga kesehatannya. Ia juga dapat menghilangkan daging yang tumbuh di dalam bisul, menyembuhkannya, membersihkan kotoran-kotorannya dan mengeluarkan bisa di dalam bisul tsb.

Itsmid juga dapat menghilangkan sakit kepala jika dicampur dengan madu cair yang halus dan digunakan untuk bercelak. Itsmid adalah celak mata terbaik, terutama bagi orang-orang tua dan orang-orang yang penglihatannya lemah.

📝 Cara Rasulullah Memakai Celak

Dikeluarkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas r.a, katanya:
” Adalah di sisi Nabi ﷺ bekas celak, Baginda ﷺ bercelak daripadanya 3 kali bagi setiap mata."

Maksud di sini, pemakaian celak adalah tiga kali bergilir-gilir, dimulai dengan mata sebelah kanan, kiri dan dilakukan secara berulang kali selama tiga kali sebelum tidur

Disertakan juga antara hadis yang berkaitan dengan pemakaian celak :

Diriwayatkan Daripada Ibnu Abbas:
Sabda Nabi ﷺ ” Sebaik-baik celak mata bagi kamu ialah yang berwarna hitam, ia mengelokkan pandangan dan menumbuhkan rambut (bulu kening)”

Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam sunan-nya. Daripada Abu Hurairah r.a, ia berkata
*Sesungguhnya Nabi ﷺ telah bersabda: “Barangsiapa yang bercelak mata hendaklah ia melakukannya dengan bilangan yang ganjil. Sesiapa yang bercelak dia telah melakukan kebaikan (dapat pahala) dan sesiapa yang tidak bercelak tiada kepayahan (dosa) baginya”.

📝 Hukum memakai celak :*

Lelaki dan wanita memakai celak adalah harus hukumnya. Hukum ini keluar berdasarkan hadis berikut:
“Bercelaklah kalian dengan itsmid, karena dia bisa mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya)

*TIGA PULUH TANDA~TANDA* HATI KITA KOTOR..*

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

                           *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*

  *اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*


┏🌹🌹🌹━━━━━━━━━━━━┓
      *ﺍﻟﻠّٰﻪﷻ T A Z K I R A H   H A T I مُحَمَّدٍﷺ*
┗━━━━━━━━━━━━🌺🌺🌺┛

*TIGA PULUH TANDA~TANDA*
         *HATI KITA KOTOR..*

1 ] Gelisah walaupun tiada masalah..

2 ] Selalu berbangga dengan diri sendiri..

3 ] Angkuh serta sombong dengan pandang
     hina terhadap orang lain..

4 ] Tidak amanah dan mungkir janji..

5 ] Selalu mengintai keaiban orang dan
     sebarkannya..

6 ] Suka mengumpat dan membuka aib
     orang lain..

7 ] Gembira melihat orang lain susah dan
      rendah daripada dirinya..

8 ] Lidah yang tajam atau tidak menjaga
     hati orang..

9 ] Suka menyakiti hati orang dengan sindiran..

10 ] Berlagak alim semata-mata untuk
       dipuji orang..

11 ] Menyampaikan ilmu dengan riak..

12 ] Menganggap diri lebih hebat daripada
       orang lain..

13 ] Berpakaian elok untuk dipuji serta
       menunjuk-nunjuk..

14 ] Derhaka kepada kedua-dua ibubapa..

15 ] Talam dua muka (manis di depan tapi
        jahat di belakang)..

16 ] Suka menjatuhkan dan memijak orang
       dengan kuasa yang ada..

17 ] Solat yang tidak khusyuk..

18 ] Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri
        bagus serta cerdik..

19 ] Selalu mengeluh serta tidak reda dengan
       suratan takdir..

20 ] Cinta kepada duniawi dan materialistik..

21 ] Mudah bersangka buruk terhadap orang..

22 ] Membesar-besarkan hal yang
       remeh-temeh..

23 ] Suka bergosip dan menabur fitnah..

24 ] Menggunakan agama dan berdengki atas
       perkara duniawi..

25 ] Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat.
       Membesarkan dunia serta berangan-angan
       untuk dunia..

26 ] Pendendam..

27 ] Penting diri dalam semua hal..

28 ] Berpura-pura dan suka membodek..

29 ] Tamak haloba serta bakhil serta sangat
        berkira dengan orang lain..

30 ] Nafsu serta kehendak syahwat yang
       tidak terbendung..

Kesemua Sifat Di~Atas, Adalah Sifat~Sifat Mazmumah [ Terkeji ]. Mari Kita Bersama~
Sama Bermuhasabah Diri Samada Hati Kita
Ini, Masih Terhijab Kepada ALLAH~SWT Dengan Sifat~Sifat Buruk Di~Atas Atau Tidak, Jika Masih Maka Hendaklah Kita Bersama~
Sama Membersihkannya Dengan Mengenal
ALLAH~SWT, Banyak Mengingati ALLAH~SWT, Berdamping Dengan Guru Pembimbing, Dan Sentiasa Bersangka Baik Kepada ALLAH~SWT Dan Makhluk~Nya..
#wallahu'alam..

*_Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah SWT Disamping Orang-Orang Yang Kita Sayang_*

Ahad, 31 Mac 2019

Kata - kata Hamka


Kata Hamka :
□  Jika Subuhnya senantiasa
     dipelihara....
     Itu tanda akan Selamat
     dari neraka.
□  Jika Subuhnya tiada dia
     tinggal.....
     Allah melindunginya dari
     segala arah.
□  Jika Subuhnya didahului
     dengan Sunat....
     Pasti seluruh dunia beserta
     isinya, dia dapat.
□  Jika Subuhnya bergelap-gelap
     menuju Musholla.....
     Di kegelapan akhirat ia
     dapatkan cahaya.
□  Jika Subuh hingga awal Dhuha
     (Isyroq) berwirid pula......
     Mendapat pahala
     Umrah dan Haji sempurna.
□  Jika Subuhnya tiada dijaga.
     Maka pada wajahnya tiada
     cahaya.
□  Jika Subuhnya sengaja
     terlupa.....
     Tanda Imannya tiada
     bernyawa....
□  Jika Subuhnya terasa
     berat.....
     Tanda munafiq sudah
     mendekat....
□  Jika Subuh tiada peduli....
     Tanda Iman menghampiri
     mati....
□  Jika Subuhnya tiada
     berjama’ah....
     Tanda hidupnya akan hilang
     barokah.
□  Jika Subuhnya tiada
     ke Masjid.....
     Tanda imannya ada penyakit.
□  Jika Subuhnya selalu
     terlewat....
     Tanda imannya semakin
     cacat....
□  Jika Subuhnya diakhir
     waktu.....
     Tanda iman semakin
     kelabu....
□  Jika Subuhnya hari sudah
     siang.....
     Tanda rezekinya sudah hilang...
□  Jika di waktu subuh masih
     mendengkur.....
     Tanda syaitan memeluknya
     dalam tidur.

 - والله اعلم -

Sabtu, 30 Mac 2019

ORANG SOMBONG TIDAK AKAN MEMBACA INI


ORANG SOMBONG TIDAK AKAN MEMBACA INI
.
Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan ,di dalam mimpi wali itu,  wali tu ternampak roh ahli-ahli kubur sedang kais-kais rumput seperti mencari sesuatu.
.
Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri .
Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada roh orang tua tersebut.
.
Wali :
Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.
.
Roh Org tua itu :
Jikalau kau nak tahu jawapannya,
esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar.
Penjual daging itu ialah anak aku sendiri.
.
Wali tersebut pun beredar daripada situ dan terjaga dari mimpinya.
Keesokan harinya.
Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut.
Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut.
.
Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an.
Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.
.
Wali: Assalammualaikum orang muda,
saya ada beberapa soalan untuk orang muda.
.
Penjual daging:
waalaikummussalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?
.
Wali:
Adakah kamu ada seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang mempunyai kubur di kampung ini?
.
Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.
.
Wali: Aku terlihat Roh ayahmu dalam mimpi ku.
Beliau tenang disana.
Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?
.
Penjual daging:
Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kpd Allah.
Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya,
aku sedekahkan nya kepada ayahku.
.
* Iktibar dari Kisah ini
Kenapa Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya,
mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz  "Ala kulli muslimin wal muslimat,
wal mukminin wal mukminat".
.
Manakala roh pakcik tua yg hanya duduk berehat tersebut kerana doa anaknya hanya khas untuknya.
.
Pesanan:
Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita,  saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh.
Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya,  terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah redha ibunya....
.
Jom laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:
.
Pertama:
Solat Tahajjud,
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat tahajjudnya.
Pastinya doa akan mudah termakbul dan
menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT.
.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari,
alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Paling tidak jika sesibuk manapun kita,
bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
.
Ketiga:
Hadirkan diri ke masjid terutama di waktu subuh.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan,
bukan kerana panggilan muadzin
tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman  untuk memakmurkan masjid Allah SWT .
.
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah,  dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana
Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu.
.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,
“Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu dalam keadaan solat walaupun ia belum lagi solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa,
Malaikat berdoa untuknya iaitu
 "ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT ”.
.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
.
Sebarkanlah ilmu ini,
dan anda tidak akan rugi sedikitpun,
sebarkan, semoga ianya memberi manfaat banyak orang.
.
YA ALLAH JAUHKANLAH KAMI SEMUA DARI SIKSA KUBUR, HARAMKANLAH NERAKA ATAS JASADKU, KEDUA ORANGTUAKU, DAN SEMUA ORANG YG MENGUCAP "AAMIIN" DIKOMENTAR..
.
Sudah baca Like, komen Aamiin, lalu BAGIKAN dengan Ikhlas!

*_Ketidakredhaan Ibubapa,Hidup mu tidak akan Berkat_*


*_RENUNGAN HATI_*

→ QS : TANDA SEBUAH HATI ←

       بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ.

Antara tanda hati yang hidup ialah hati yang dikurniakan cinta dan rindu kepada Allah SWT. Yang merasa kemanisan iman dalam ibadah.

    اللَّهُمَّ أَحِيْنَا بِالإِيْمَانِ وَأَمِتْنَا بِالإِيْمَانِ , وَأَدْخِلْنَا الجَنَّةَ مَعَ لإِيْمَانِ


*_🌸☀🌸Marilah sama-sama kita menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu-bapa setiap masa...Memberi kasih-sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah..Bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada mereka..._*

*_🌸☀🌸Gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka...Serta perbanyakkanlah doa keampunan kepada mereka...Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu-bapa di sepanjang kehidupan kita..._*

*_🌸☀🌸Dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja...Perlu kita insafi bahawa ketidakredhaan ibu-bapa kepada sikap keji anak-anak ini mengundang kemurkaan Allah SWT..._*

*_🌸☀🌸Selama mana kita tidak diredhai oleh ibu-bapa...Selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT...Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi sebelum mereka didatangi ajal..._*


*_CINTAI ALLAH SWT_*