expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 16 April 2019

TERNYATA MEMBACA AL-QUR'AN SELEPAS MAGHRIB & SUBUH DAPAT MENINGKATKAN KECERDASAN OTAK SAMPAI 80%


TERNYATA MEMBACA AL-QUR'AN SELEPAS MAGHRIB & SUBUH DAPAT MENINGKATKAN KECERDASAN OTAK SAMPAI 80%.

Berkata Abdul Malik bin Umair:
 "Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua, awet muda dan tidak pelupa  adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

"Manusia yang Paling Jernih Akalnya adalah para pembaca Al-Quran".

Berkata Al-imam Qurtubi :
"Barang siapa yang membaca Al-Quran, maka Allah akan menjadikan Ingatannya Segar meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.

"Perbanyaklah membaca Al-Quran jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan diMudahkan Setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah :

"Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama'an untuk membaca Al-Quran,  maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia".

Berkata Abu Zanad :

"Di tengah malam,  aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca Al-Quran".

Berkata sebagian ahli tafsir :

"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Quran maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkahan dan Kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada Allah agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca Al-Quran dan mengamalkan kandungannya".

Bila anda Cinta pada Al-Quran maka sebarkanlah. Demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Al-Quran maka pahala akan mengalir pada anda.

- JADIKAN ALQURAN TEMAN DI DUNIA DAN  PENOLONG DI AKHERAT -

Selasa, 9 April 2019

" Sampai Masa Kita Pulang, Renungkan Lah Kawan "


Tidak lama lagi kita nak pergi dah...πŸƒ
Pesan pada anak-anak kita...πŸ’š

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; se elok2 nya kain selimut/cadar putih. bolih beli di kedai uniform sekolah.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar.

«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»3. Gunting seluar dalam, bersihkan najis-najis besar dan kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambil nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»5. Ambil minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi2 lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»7. Tutup rambut dengan selendang.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»8. Posisikan jenazah dalam keadaan kaki ke arah qiblat.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»9. Letakkan pemberat atas perut utk mengelakkan perut membuncit.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»10. Ambil kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»11. Maklumkan AJK surau, buat laporan polis & hospital.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»12. Dimandikan dan dikafankan.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»13. Solatkan jenazah, seelok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 orang jemaah orang alim.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»14. Kebumikan jenazah.

πŸ’šPaling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat mereka...πŸ’š

*Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.*

__________________________________

Cara-Cara Memandikan Jenazah

Peralatan Mandi Jenazah
> Tempat Mandi Jenazah
> Air Mutlak Secukupnya
> Air Daun Bidara
> Kapas
> Putik Kapas
> Sabun
> Air Mawar
> Minyak Attar
> Serbuk Cendana
> Kapur Barus
> Sarung Tangan
> Apron Plastik
> Bekas Menjirus Air
Orang-orang yang boleh memandikan jenazah/mayat.
Jenazah Lelaki
• Kesemua lelaki.
• Isteri
• Orang yang haram nikah dengannya.
Jenazah Perempuan
• Kesemua perempuan.
• Suami.
• Orang yang haram nikah dengannya.
Cara-Cara Memandikan Jenazah
• Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap dengan sarung tangan dan apron.
• Letakkan mayat ditempat mandi yang disediakan.
• Siramkan mayat dengan air biasa dari hujung kepala sehingga hujung kaki. (Siraman air hendaklah bermula daripada kepala).
• Istinjakkan lah mayat terlebih dahulu dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya.
• Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
• Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya secara perlahan.
• Membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau kotoran yang tertinggal.
• Siram dan basuh dengan air sabun.
• Bersihkan gigi.
• Bersihkan hidung.
• Bersihkan telinga.
• Bersihkan jari tangan, pelipat lengan dan celah ketiak.
• Bersihkan rambut.
• Bersihkan jari kaki.
• Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
• Kemuudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat.
Lafaz niat memandikan jenazah:
Lelaki:

"Sengaja aku memandikan Jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala"
Perempuan:

"Sengaja aku memandikan Jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala"
• Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
• Siram sebelah kanan 3 kali.
• Siram sebelah kiri 3 kali.
• Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
• Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
• Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung kaki.
• Sediakan air kapur barus.
• Tutup seluruh anggota mayat dengan kain nipis (kain kapan).
• Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain ini dari atas kepala sehingga ke hujung kaki.
• Lepas itu wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan mayat:
Lelaki:

"Sengaja aku mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala"
Perempuan:

"Sengaja aku mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala"
• Lapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
• Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan dan ditutup seluruh tubuhnya seluruh tubuhnya dengan kain.
• Setelah itu, mayat diusung ke tempat perbaringan untuk dikafankan.
• Segala bahagian yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama dengan mayat. (Contoh: rambut, kuku dll).

πŸ’šSharing is caringπŸ’š

Pesan pada anak2 ketika makan bersama @ berkumpul beramai2..
agar anak2 kita tahu fardhu kifayah.

**Sama2 ingat mengingati**

IBLIS ITU SANGAT ALIM


IBLIS ITU SANGAT ALIM

Jika engkau bertanya tentang Al'Quran kepada iblis, dia akan menerangkan dengan sangat jelas, kerana iblis tahu bila ayat itu turun dari langit...

Jika engkau bertanya tentang ilmu hadith kepada iblis, dia akan menjelaskannya,
kerana iblis tahu asbabul wurud dari hadith itu...

Jika engkau bertanya tentang kisah para nabi, iblis akan dapat menceritakannya kerana dia sudah ada sejak nabi Adam masih berada dalam syurga...

Iblis ahli Quran...
Iblis ahli hadith...
Iblis ahli riwayat...
Iblis ahli ibadah...
Iblis alim/pandai dalam segala ilmu...

Tapi iblis tidak pernah menjadi kekasih Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimat...

*“AKU LEBIH BAIK DARI KAMU”*

Semoga sedikit ilmu yang dititipkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dihati kita tidak menjadikan kita *sombong* dalam segala urusan...
Kita juga akan faham bahwa ilmu tak menjamin seseorang itu menjadi taat dan soleh serta di kasihi Allah.

*Yang aku takut... hatiku kian mengeras dan sukar menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati orang lain..*

*Yang aku takut...*
*aku merasa paling benar sehingga merendahkan yang lain..*

*Yang aku takut... ego ku terlalu tinggi, hingga merasa paling baik di antara yang lain.*

*Yang aku takut...*
*aku lupa bercermin diri sendiri, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.*

*Yang aku takut...*
*ilmuku akan membuatku menjadi sombong dgn memandang yang lain lebih rendah ilmunya dari ku.*

*Yang aku takut... lidah ku makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aib ku yang menggunung.*

*Yang aku takut...*
*aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam perbuatan.*

*Yang aku takut...*
*aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbaiki diri sendiri.*

*Yang aku takut...*
*aku membenci dosa orang lain, namun bila aku sendiri yang membuat dosa aku tidak pula membencinya.*

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa *menyedarkan ku sehingga aku lebih rajin menilai kelemahan dan keburukan diri ku sendiri daripada menilai keburukan orang lain.* Aamiin...

SELALULAH MELIHAT KE DALAM HATI...πŸ’“

Ahad, 7 April 2019

KHASIAT BAWANG MERAH


KHASIAT BAWANG MERAH

1. Mengurangi Sakit Perut:
Karena bawang merah memiliki sifat anti-inflamasi dan anti-bakteri, maka ia bisa meredakan sakit perut dan sindrom gastro terkait.
.
2. Mengurangi Earache(sakit telinga):
Gangguan akut pada telinga dan telinga berdenging dapat diatasi dengan beberapa tetes jus bawang merah dengan menggunakan kapas.
.
3 .Membunuh Kuman di Mulut:
Caranya, kunyahlah bawang mentah selama 2 sampai 3 menit agarsemua kuman yang ada di dalam mulut mati.
.
4. Mengobati Penyakit Jantung:
Bawang membantu mengencerkan darah, sehingga kita bisa terhinda dari gangguan jantung atau penyakit kardiovaskular.
.
5. jerawat:
Caranya, dengan membuat Jus Bawang merah lalu dicampur dengan madu atau minyak zaitun, selanjutnya dimakan secukupnya dan sebagiannya oleskan jerawat.
.
6. Mengencerkan dahak dan mengobati Penyakit Batuk & sakit tenggorokan:
Caranya buatlah jus bawang merah lalu dicampur dengan madu, selanjutnya makanlah secukupnya.
.
7. Dapat berfungsi sebagai repellent Serangga:
Gunakan jus segar bawang merah atau pasta untuk dioleskan pada bekas gigitan serangga dan sengatan kalajengking.
.
8. Menyembuhkan penyakit bisul:
Caranya dengan mengoleskan jus bawang pada bisul
.
9. Dapat digunakan sebagai pengusir serangga seperti nyamuk dan lalat:
Caranya dengan mengoleskan irisan bawang merah pada benda tertentu seperti piring, gelas, dll, atau bisa juga dengan menaruh jus serangga di tempat yang sering didatangi serangga.

Petua Untuk Merawat Kayap


Petua Untuk Merawat Kayap

Pilihan 1: Anda ambil 10 duri pokok kekabu. Asahkan duri itu sehingga terkeluar cecair yang agak pekat. Tadahkannya dalam satu bekas. Kemudian, sapukan cecair duri pokok kekabu itu pada bahagian kayap di anggota badan anda. Amalkan petua ini berulang kali sehingga kayap anda sembuh.

Pilihan 2: Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi itu. Sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Pada keesokan harinya anda sudah boleh mengopek kayap itu seperti mengoyak plastik.

Pilihan 3: Asah buah delima yang tua dengan sedikit air pada bahagian belakang pasu. Sapukan airnya pada kayap.

Pilihan 4: Asah putik cempedak yang masih muda di atas belakang lesung batu. Ambil airnya dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapu di sekitar kayap. Amalkan selalu.

Pilihan 5: Ambil sebiji kelapa, perah santannya dan masak bersama beberapa keeping gambir. Kacau di atas api yang sederhana. Sapu pada bahagian yang ada kayap sebelum tidur.

Pilihan 6: Ambil daun cili dan kapur makan dan tumbukkan atau ramas daun cili serta campurkan sedikit kapur. Kemudian sapukan di bahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali. Kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Pilihan 7: Ambil satu sudu soda bikarbornat (serbuk penaik), satu sudu minyak masak dan satu sudu gula pasir. Gaulkan kesemua bahan dan tambah sedikit air masak dalam beberapa sudu. Bila sudah sebati sapukan pada  bahagian yang kena kayap.

Sabtu, 6 April 2019

Kisah Tassawuf dan tareqat digeruni dajjal



Kisah Tassawuf dan tareqat digeruni dajjal, orang kafir dan pengikutnya:

Kenapa dajjal, eropah, freemason,illuminati sangat benci kepada ilmu tasawwuf dan tareqat..???

Sebabnya, tasawwuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kepada para Sahabat Nabi SAW yang hanya dengan 313 tentera dalam keadaan kelengkapan yang kurang, dapat hancurkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar, begitu juga yg berlaku kepada Saidina Khalid al-Walid yg tidak pernah kalah dlm peperangan.

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT yang para Ulama' namakan dengan ilmu "Tasawwuf" dan aqidah yang shohih iaitu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disusun melalui mazhab oleh Asya'irah dan Maturidiyyah. Cuba baca sejarah Sultan Salahuddin al-Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah Asy'ari dan bermazhab Syafi'e, baca sejarah sultan Muhammad al-Fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab Hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi para Mujahid lain.

Begitu juga peperangan moden seperti perang Afghan dengan Russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh orang Afghan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi, beraqidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain-lain tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur. Begitu juga dengan para mujahid chechen yang menentang Russia juga dalam keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan mengikut tareqat naqshabandi, dan mereka hancurkan musuh dengan zikir.

Di tanah Melayu juga, para pejuang Melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan Ahli Sufi. Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman a.s. yang mahukan istana Balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit memnawarkan diri untuk bawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi mempelawa untuk bawa istana tersebut hanya dengan sekelip mata.

Sejak dari hari itu syaitan, jin,dajjal, iblis sangat ANTI kepada Ahli Sufi kerana "teknologi" mereka lebih hebat. Ahli sufi yang memang terkenal sebagai jemaah zikir yang sangat digeruni dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu.

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya. Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sepertimana mereka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan.

Selepas itu apa yang dajjal cuba lakukan..???

1) Mereka jauhkan Ahli Sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan, politik, wang dan sebagainya sehingga umat Islam pun leka dan sibuk hendak berpolitik juga. Sedangkan sejak dahulu kaum Sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dalam hati seperti hiburan, politik, wang dan lain-lain lagi. Bila Ahli Sufi dijauhkan dari amalan sufi, maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka orang kafir, tidak ada orang Islam yang akan percaya mereka, maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh Syeikh Ramadhan al-Butti iaitu jemaah wahabi untuk menyesatkan benua arab,
jemaah qadiani untuk menyesatkan benua india dan jemaah baha'iyyah untuk sesatkan benua asia.

ketiga-tiga jemaah ini wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya menyesatkan umat Islam secara besar-besaran.

Tapi di Nusantara, jemaah bahaiyyah tidak berjaya sesatkan bangsa Melayu yang beragama Islam kerana bangsa Melayu yang beragama Islam sangat terkenal berpegang teguh pada mazhab Syafi'e, aqidah Asya'ari dan amalan-amalan Sufi. Zikir-zikir mereka sentiasa bertalu sehingga ke hari ini.

Tapi di benua Arab, dajjal berjaya menapak di sana dengan membawa fahaman wahabi. Jadi jangan hairan lah kenapa budak-budak wahabi sangat elergi dan anti dengan tareqat, sufi, zikir dan tasawwuf. Kini di Nusantara jemaah bahaiyyah yang gagal telah diganti dengan jemaah wahabi dan budak-budak wahabi berusaha keras untuk hapuskan amalan-amalan sholeh di Nusantara dengan alasan bid'ah, kufur, syirik, tahayul, dan bla bla bla... Zikir selepas solat pun dituduh bid'ah dan masuk neraka.

Kini jemaah sufi semakin pudar kerana fahaman wahabi telah menyusup, dan bila ahli sufi mula terpedaya dengan tipu helah wahabi, mereka akan tinggalkan zikir. Maka sekali lagi pada zaman milenium ini, dajjal menghantar tenteranya di negara-negara umat Islam untuk menyerang mereka dan terbukti jelas umat Islam telah dizalimi dengan teruk. Kerana mereka dulu yang berpegang teguh pada amalan-amalan sholeh, kini mereka tinggalkan kerana tipu helah wahabi yang mengatakan ia adalah perbuatan "bid'ah". Maka nusrah Allah pun hilang, dan tentera-temtera sufi seperti ikhwan muslimin yang diasaskan oleh imam Hasan Albanna yang bermazhab Hanafi, beraqidah asyari dan ahli tareqat tijani (tak silap saya) kini sudah mula tidak mahu bermazhab, menolak zikir, bida'ahkan orang lain sana sini dan mula pukul canang dengan slogan "islam itu mudah" dan mereka hanya mengikuti "al-qur'an dan as-Sunnah". Mereka sudah lupakan perjuangan asal imam Hassan Albanna yang pegang teguh pada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Namun percayalah satu hari nanti Jemaah Ahli Sufi akan kembali diberi nafas baru, yang zuhud dan tiada kebesaran dunia dalam hatinya, dan hatinya penuh kebesaran hanya kepada Allah SWT dan mereka akan muncul seperti yang dikhabarkan dalam sebuah Hadith contohnya sebuah Hadith yang menceritakan bahawa umat Islam akan ditimpa bencana kemarau dan tiada makanan selama bertahun-tahun ketika dajjal datang, dan hanya pengikut dajjal sahaja yang dapat makanan kerana mereka mengikuti dajjal. Para sahabat bertanya apa makanan umat Islam yang tidak mengikuti dajjal ketika itu wahai Rasulullah..??? Nabi SAW menjawab ZIKIR.

Begitu juga dalam Hadith yang lain Rasulullah SAW khabarkan tentera-tentera Islam dari kalangan Ahli Sufi akan hancurkan musuhnya hanya dengan TAKBIR dan ZIKIR.

Tidak mungkin tentera-tentera Islam yang kuat bezikir ini akan datang dari kalangan wahabi kerana mereka mengkafirkan jemaah zikir dan mereka sendiri tidak berzikir kecuali zikir "bid'ah bid'ah bid'ah bid'ah bid'ah apa dalil apa dalil apa dalil apa sanad apa sanad tahyul tahyul tahyul khurafat khurafat syirik syirik syirik kafir kafir kafir" yang tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah SAW, atau para Sahabat mahupun mana-mana Salafus Sholeh.

Maka Jemaah Zikir yang manakah Rasulullah SAW maksudkan yang akan menghancurkan dajjal serta sekutunya..???

Semoga Allah tetapkan hati kita dan seluruh keluarga kita serta keturunan kita dengan "Zikirrullah" yang sangat digeruni oleh dajjal dan sekutunya.

#islam_iman_dan ''IHSAN''

Jumaat, 5 April 2019

Menata hati #sabar_itu_indah


*Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡πŸπŸ“Ώ*

*Menata Hati*
*Oleh Ust. Dadi Hardiansyah*

_Tidak perlu ke jazirah Arab untuk mencari kelembutan pesona_

_Tidak perlu ke negri Eropa untuk mencari keindahan permata_
_Tidak perlu ke negri Afrika untuk mencari keanehan nuansa_

 _Ada tempat yang sangat dekat, dekat sekali untuk diraba dan dirasa,. dia adalah hati._

_Ada kelembutan yang bisa kita dapatkan di dalamnya bahkan lebih lembut dari kapas dan sutra halus._
_Jika kita bisa menemukannya maka haluslah akhlaq dan perangainya._

_Ada keindahan yang bisa kita rasakan disana lebih indah daripada menatap permata._
_Jika kita bisa menemukannya, maka tentramlah kita dibuatnya._

_Ada keanehan yang masih bisa kita ungkap disana lebih aneh daripada nuansa alam._
_Jika kita kita bisa menemukannya, maka bersyukurlah kita dibuatnya._

_Selamat beraktifitas, dan ukirlah hari ini dengan penuh kedamaian dan pesona._

*Semoga yang sedang diuji oleh Allah menemukan hikmah-hikmah dibalik itu semua dan diberi kesabaran hingga merasakan manisnya iman*