Rabu, 15 Mei 2019
Jagalah Auratmu Wahai Wanita
Jagalah Auratmu Wahai Wanita
1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki memakai gelang berloceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.
5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan -
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata -
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut -
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
*MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W*
*MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W*
1. Barli – Bagus untuk demam
jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata
rumah yang tidak
mempunyai kurma adalah
seperti rumah yang tidak
ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari
syurga. Boleh mengubati
buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah
anggur. Ia membersihkan
darah, menguatkan buah
pinggang, membersihkan
perut
5. Madu – Ia adalah makanan
segala makanan, minuman
segala minuman, ubat
segala ubat. Mengubati cirit
birit jika dibancuh dengan
air panas, membuka selera,
menguatkan perut,
membuang kahak. Elok
diminum waktu pagi
dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) –
Nabi berkata wanita
mengandung tidak akan
gagal melahirkan anak yang
baik dari segi perwatakkan
dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu
baik untuk membuang
panas badan. Menguatkan
belakang, memperbaiki
otak, memperbaharui
pandangan mata,
membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk
mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan
kulit dan rambut.
Melambatkan penuaan,
merawat radang perut.
10. Delima - Membersihkan
tubuh dari syaitan & bisikan
syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika
dahaga hendaklah disedut
perlahan-lahan, jangan
diteguk, mudah mendapat
sakit pada hati.
Sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada."
♥ Semoga Bermanfaat
*TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT.*
*TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT.*
*(1) MAHKOTA ZIKIR*
*لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ*
*(2) MAHKOTA TASBIH*
*سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ*
*(3) MAHKOTA DO'A*
*رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ*
*(4) MAHKOTA ISTIGHFAR*
*اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِى ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَ وَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ*
*(5) MAHKOTA PERLINDUNGAN*
*بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ ِفي اْلأَرْضِ وَلاَ ِفي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ*
*(6) MAHKOTA PERISAI BENCANA*
*لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ*
*(7) MAHKOTA PENENANG HATI*
*لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ*
*Kongsikan dengan rakan-rakan anda seramai mungkin kerana ianya adalah sedekah.*
Rabu, 8 Mei 2019
*DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA*
*DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA*
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur
Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Nabi SAW :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing
Cadangan doa ketika berbuka puasa
1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan
Semoga memberi manfaat buat semua.
#Alhamdulillah
Rabu, 24 April 2019
UJIAN rencah Kehidupan Insan
Alhamdulillah,Alhamdulillah, Alhamdulillah
UJIAN
rencah kehidupan insan
Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia.
Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.
Cuma, acapkali apabila disebut ujian ALLAH maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah.
Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.
Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup.
Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.
Mengenai ujian kesusahan, firman ALLAH di dalam Surah al-Baqarah :
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami kembali." [156]
ALLAH tidak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan.
Tapi ALLAH janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.
Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?
Bersabarlah duhai diri. Pandanglah setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.
Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala Merahmati dan Memberkatimu serta membuka segala pintu kebaikan buatmu.
In sha ALLAH.
Muhasabah Diri
Andai Hidayah Itu Murah
📚📚📚
Andai Hidayah Itu Murah
Andaikan saja hidayah itu Allah beri kepada siapa saja, mungkin didunia ini akan banyak sekali orang yang berhijrah.
Andai hidayah itu murah, pastilah Allah berikan pada bapa saudara tersayangnya Rasulullah Abu Thalib.
Andai hidayah itu mudah, pastilah Allah beri pada isterinya Nabi Nuh Alaihi salam.
Tapi ternyatanya, hidayah itu tidak sembarang. Allah hanya beri pada hamba² yang dicintai-Nya, Allah hanya beri pada orang² yang ikhlas yang mahu meninggalkan dunia hanya untuk-Nya
Begitu mulianya hidayah, begitu banyak sekali yang orang tuanya ustaz tapi anaknya durhaka,
banyak sekali yang isterinya taat namun suaminya senang dengan dunia, banyak sekali sekolah² Agama, surau dan masjid tapi hati bebal tak pernah ingin mengaji.
Kerana hidayah itu milik Allah. Maka bila kita ingin mendapatkannya mintalah pada Allah. Kerana tak mungkin hidayah akan menghampiri bila yang kita terus pikirkan hanyalah duniawi.
@ImanQowiyy
🌳🌳🌳
Mungkinkah manusia ‘BERTEMAN’ dengan malaikat?
#Alhamdulillah,syukur kita diberi kesempatan untuk berkongsi pengetahuan.
Mungkinkah manusia ‘berteman’ dengan malaikat? Inilah pertanyaan yang akan dijawab pada tulisan ini. Secara umum, hidup manusia tidak pernah sepi dari nuansa spiritual; adakalanya cenderung positif sehingga menjadi religius, dan adakalanya cenderung negatif sehingga terjebak kepada mistis. Di tengah masyarakat Muslim Indonesia, tidak jarang ditemukan orang yang mengamalkan amalan-amalan tertentu agar dapat mendapatkan perlindungan dari makhluk halus seperti jin, tuyul, atau khadam (pelayan ghaib). Dalam mendapatkan amalan tersebut, tidak jarang mereka harus mengeluarkan bayaran tertentu sebagai ‘mahar’ kepada orang yang menjadi penganjur amalan.
Meskipun kebolehan perilaku tersebut masih diperdebatkan, namun alangkah baiknya hal tersebut dihindari supaya tidak terjebak kepada syubhat dan dosa sebagaimana diisyaratkan Allah dalam Al-Qur’an,
“Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan”. (QS. al-Jinn: 6).
Dalam hal ini, Nabi SAW pernah memberikan tips kepada para sahabat bagaimana agar dapat ‘berteman’ dengan malaikat. Berteman dalam konteks ini bukan berarti bergaul sebagaimana manusia. Teman yang baik adalah orang yang selalu membantu, menghibur ketika susah dan senang, serta mendoakan setiap saat. Ketika seseorang disenangi oleh malaikat, maka mereka akan selalu mendoakannya.
Bagaimanakah pendapat anda jika didoakan oleh makhluk suci seperti malaikat? Makhluk suci dalam pengertian mereka tidak pernah durhaka kepada Allah, dan selalu mematuhi apa yang diperintahkan Allah. (QS. al Tahrim: 6). Selain itu, mereka tidak pernah enggan beribadah kepada Allah, dan selalu bertasbih tanpa berhenti sama sekali. (QS. al-Anbiya: 19-20). Tentu saja, doa mereka tidak ada penghalang untuk diijabah oleh Allah. Oleh karena itu, dapat berteman dengan mereka adalah sebuah anugerah yang tak ternilai. Adapun langkah-langkah yang pernah diajarkan Nabi SAW untuk mendapatkan anugerah ini antara lain:
Pertama
Mengelola hati agar lebih mencintai akhirat daripada dunia. Lebih cinta berarti lebih sering mengingat. Nabi SAW pernah mengingatkan para sahabat yang sering terlena mencintai keluarga mereka dengan bersabda, “Seandainya kamu senantiasa mempertahankan (kondisi hatimu merenungkan akhirat) sebagaimana ketika bersamaku, niscaya para malaikat akan bersalaman denganmu di majlis, di jalan, dan di tempat tidurmu”. (HR. al-Tirmidzi, kualitas hasan shahih).
Kedua
Memelihara hati agar tetap berzikir kepada Allah. Zikir -yang berarti menyebut dan mengingat- merupakan bukti seseorang mencintai Allah. Nabi SAW bersabda, “Seandainya kamu senantiasa mendawamkan zikir, niscaya malaikat bersalaman denganmu”. (HR. Muslim). Lebih dari itu, Allah juga memberikan kabar kembira dalam hadis Qudsi, “Aku berdasarkan persangkaan hamba-Ku. Dan Aku bersamanya ketika ia berzikir kepada-Ku”. (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Ketiga
Mengikuti majlis-majlis zikir. Majlis zikir dilakukan oleh sekelompok orang, yang biasanya dilakukan dalam bentuk halaqah (lingkaran). Ini sesuai dengan hadis Nabi SAW, “Sesungguhnya Allah memiliki para malaikat yang berkeliling (thawwafin) mencari majlis zikir. Apabila mereka menemukannya, maka mereka menyeru malaikat lain agar bergabung. Akhirnya, mereka berkumpul mengerubungi majlis tersebut sampai ke langit”. (HR. al-Bukhari). Inilah rahasianya mengapa Nabi SAW mengundang para sahabat untuk selalu menghadiri halaqah zikir. Nabi SAW bersabda, “Apabila kamu melewati kebun-kebun surga, maka mampirlah”. Para sahabat bertanya, “Apakah maksud kebun-kebun surga wahai Rasulullah?”. Nabi SAW menjawab, “Halaqah-halaqah zikir”.
Keempat
Pergi menuntut ilmu yang bermanfaat. Ini sesuai dengan hadis Nabi SAW, “Para malaikat melebarkan sayap (untuk melindungi) orang yang pergi menuntut ilmu karena merasa rida terhadap apa yang dilakukannya”. (HR. Ahmad, al-Tirmidzi, al-Nasa’i; kualitas hasan shahih).
Kelima
Berdiam diri di masjid untuk berzikir atau menunggu waktu salat. Dalam hal ini, Nabi SAW bersabda: “Para malaikat bersalawat terhadap seseorang dari kalian, selama ia berdiam diri di tempat salatnya. Malaikat mendoakannya dengan berkata, “Ya Allah, rahmatilah orang ini. Ya Allah ampunilah orang ini”. Seseorang masih dinilai sedang melaksanakan salat, selama ia menunggu salat berikutnya. (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Keenam
Menghadiri salat subuh dan asar secara berjamaah di masjid. Pelaksanaan salat subuh dan asar secara berjamaah merupakan ujian terberat bagi orang yang sedang menikmati tidur dan istirahat. Apabila seseorang mampu salat subuh dan asar secara berjamaah di masjid, maka berjamaah untuk salat yang lain akan lebih mudah dilakukannya. Pada saat tersebutlah para malaikat malam dan siang bertemu. Allah berfirman, “Sesungguhnya bacaan pada saat subuh disaksikan (oleh para malaikat)”. (QS. al-Isra’: 78). Di dalam hadis disebutkan bahwa Nabi SAW bersabda, “Para malaikat bergantian mendatangi kamu pada waktu malam dan siang. Mereka berkumpul ketika kamu melaksanakan salat subuh dan asar. Setelah itu, sebagian mereka naik ke langit. Lalu Allah bertanya kepada mereka, “Bagaimana keadaan hambaku?”. Mereka menjawab: “Ketika kami datang, mereka sedang melaksanakan salat. Ketika kami pergi, mereka sedang salat”. (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Ketujuh
Membaca Alquran dengan mahir. Mahir dalam artian membacanya dengan lancar sesuai dengan kaidah tajwid, sehingga tidak keliru dan terbata-bata. Nabi SAW bersabda, “Orang yang membaca Alquran dengan mahir, berada bersama Malaikat Kiram Bararah”. Malaikat Kiram Bararah –sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Katsir- adalah malaikat yang santun dan mulia.
Demikianlah, amalan-amalan yang dapat menjadikan para malaikat bersahabat dengan kita. Oleh karena itu, tidak heran jika ditemukan riwayat bahwa sebagian sahabat Nabi SAW dan ulama yang merasa bersalaman atau ditegur oleh malaikat. Alangkah indahnyajikaitu terwujud. Wallahu a’lam. (Arrazy)
Langgan:
Ulasan (Atom)






