Selasa, 27 Ogos 2019
UJIAN LELAKI HENSEM DAN PEREMPUAN CANTIK
#SENTIASA BERSYUKUR
Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.
Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.
Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.
Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.
Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.
Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.
Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.
Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.
Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.
Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.
Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.
Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.
Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.
Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.
Ingatlah,
Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian
Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.
Kesimpulannya,
setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.
Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.
Alhamdulillah.
BERTAHANLAH DENGAN DIAM DAN MENAHAN MARAH.
BERTAHANLAH DENGAN DIAM DAN MENAHAN MARAH.
Beramal itu mudah dan mampu dilakukan oleh sapa²,
tapi untuk punyai akhlak yg baik itu amatlah sukar
kerana ia memerlukan mujahadah yg kuat lagi konsisten.
Ketahuilah penghalang seseorang itu untuk masuk Syurga adalah
kerana akhlak yg buruk yg boleh
menghalang untuk memberatkan amal baik di Neraca Mizan,
betapa pun amal baiknya setinggi gunung.
Dari itu, dalam kita berusaha mempertingkatkan amal soleh
maka iringilah sikap kita dengan akhak yang baik.
Manfaatkan ilmu yg baik walau sedikit boleh memberi kesan pada diri.
Dua akhlak yang paling ringan
tetapi amat ditekankan oleh Nabi saw yang mesti kita hadam sungguh²
adalah DIAM DAN MENAHAN MARAH.
Nampak simple je tetapi impaknya sangatlah besar.
Jika tidak, masakan dua hal ini sering dibicarakan oleh Nabi saw
dan kerap diulangsebut baginda kepada beberapa para sahabatnya.
Hendaknya kita usaha memperbaiki akhlak
usah banyak bercakap pada perkara² yg sia² dan tidak manfaat
Jauhkan mengumpat.
Menghina orang..
Tuduh orang..
Sakiti orang dan hatinya..
BERTAHANLAH sekuat²nya
apa bila, rasa akan marah kerana itulah bukti kekuatan kita yg sebenar
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ... "لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ."
Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa Rasulullah saw bersabda :
“Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti,
tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah
(HR Bukhari No: 5649 Status: Sahih)
Keep zikir ☝✔
#just_say_Alhamdulillah
Rabu, 14 Ogos 2019
KEBAIKAN GARAM PENYEMBUH PENYAKIT
KENAPA GARAM?
TAKUTKAN PENYAKIT YANG TIMBUL DARI GARAM?
INI CARA RASUL MENGKONSUMSI GARAM
*Nabi Muhammad Shalallahi wa'alaihi wasalam bersabda :* "Sebaik-baik lauk adalah garam" (Al-Baihaqi).
*SEBAIK BAIK LAUK ADALAH GARAM*
Sangat bertentangan dengan dunia medic ketika ini yang mengatakan bahwa makan garam boleh menyebabkan berbagai penyakit seperti darah tinggi, dehidrasi, tulang reput dan penyakit hempedu, namun hal itu tidak akan terjadi jika Aada mengetahui cara mengkonsumsi garam dengan baik dan secara betul. Sesuai Sunnah Rasul.
Begini Cara Mengkonsumsi Garam Agar Terhindar Dari Penyakit2
Jadi sesuai dengan hadis di atas yang menyatakan Garam bukanlah penyebab penyakit, tapi malah ubat yang paling mujarab seandainya digunakan dengan cara yang betul.
Kuncinya adalah
*GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!!!*.
Ingat, tidak boleh dimasak!!!
*Kesalahan kita (kebanyakan orang Melayu) ialah kita memasak garam yaitu memasukkan garam ke dalam masakan ketika masakan sedang MENDIDIH / PANAS.*
Hal tersebut akan menyebabkan garam menjadi racun /toksik… Jika garam dimasak dengan cara di atas, garam akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang berbagai penyakit, selain itu kandungan sodium pada garam juga akan hilang dengan percuma. Ingat sodium sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh kita.
*Begini cara yang betul penggunaan garam, agar garam benar-benar menjadi ubat bagi anda, bukan jadi penyakit*.
Masaklah makanan yang ingin dimasak sehingga selesai. Contohnya: masakan sayur sayuran – masukkan garam dalam masakan *apabila makanan dan airnya sudah beransur sejuk, atau dalam keadaan dingin.*
*Ingat makanan yang dimasak harus tanpa garam, ingat tanpa garam!!!!*
Ketika nak makan, sediakan semangkuk garam dan taburkan di atas makanan yang ingin dimakan sesuai selera masing2.
Garam adalah mineral bagi tubuh, "Banyak amalan yang dilakukan oleh *para Salafus soleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulai makan"*.
Garam digunakan sebagai pembuka makan dengan mengambilnya dengan ujung jari dan dimasukkan ke mulut.
*INGAT, GARAM ADALAH MINERAL !!!!*
Kelebihannya atau manfaatnya... mengkonsumsi garam antara lain ialah:
*Mengubati lebih dari 70 penyakit,* antara lain darah tinggi, diabetes, tulang reput, pening atau sakit kepala dll serta tidak akan mengalami keadaan mati mengejut.
Silakan sebarkan, sekiranya anda ingin orang-orang yang anda cintai menjadi sihat...
Berbagai penyakit yang didakwa timbul akibat garam seperti gejala jantung dan tekanan darah tinggi *adalah akibat dari penggunaan garam yang salah.*
Karena kalau memasak jangan masukkan garam... *Ingat garam jangan dimasak.*
In Shaa Allah penyakit darah tinggi, *jantung mampu dihindari dengan cara pemakanan garam yg betul.*
*Jadi kesimpulannya, yg sebetulnya garam itu adanya di meja makan, bukan di dapur.*
MARILAH BERUBAH AGAR SEMUA SIHAT.
ORANG ASING LEBIH AWAL DALAM PENGAMALAN GARAM DI MEJA...
Semoga bermanfaat...
#just_say_Alhamdulillah
Selasa, 13 Ogos 2019
WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI*
WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI*
.
🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.
.
🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!
.
🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
*Elakkan makan* dalam waktu ini.
.
🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.
.
🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.
.
🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.
.
🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.
.
🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.
.
🕘9 - 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .
.
🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.
.
🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.
.
🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.
Share dan tag keluarga tsyg
#just_say_Alhamdulillah
Isnin, 12 Ogos 2019
*JANGAN GELETEK KANAK2.* BAHAYA !!!
*JANGAN GELETEK KANAK2.*
Lepas ni jangan geletek kanak2, itulah amaran yang diberikan oleh pakar Perubatan, sebenarnya banyak artikel yang mengingatkan kita untuk tidak menggeletek anak dan mencucuk pinggang kawan. kenapa?
Alasannya menggeletek kanak kanak boleh jadi berbahaya sebab mereka tidak boleh menyuruh anda untuk berhenti, jantung mereka akan berdengup lebih kuat dan pernafasan boleh berubah hingga mengakibatkan mereka terkena serangan jantung.
Seperti yang pernah perlaku kepada seorang budak bernama Alya, dimana ibunya menggeleteknya di bahagian pinggang dengan niat bergurau dan bermanja.
Namun siapa sangka gurauan itu berubah menjadi ngeri apabila Alya yang tergolek golek tiba tiba kejang dan suara tersekat sekat.
Ketika itu ibunya hanya mampu menjerit meminta tolong suaminya, namun anak mereka bernasib baik masih bisa di selamatkan selepas mendapat rawatan pakar.
Mengulas tentang Cucuk pinggang kawan, boleh buat terkesan pada mental mereka, Selalunya dalam masyarakat melayu ramai orang suka cucuk pinggang kawan atas sekadar bergurau buat kawan itu melatah.
Dari segi Pisiologi hal ini di terangkan berkait dengan responsive saraf-nervous system, dan kesannya bila kita kena cucuk pinggang sangat berbahaya, signal yang dihantar ke otak bila kena cucuk Adalah response kawan anda untuk mempertahankan diri yang menyebabkan mangsa panik akibat kejutan.
Kejutan inilah yang membuat jantung terkejut dan degupan akan menjadi cepat secara tiba tiba, bila situasi ini dibuat berulang kali, besar kemungkinan mangsa akan terkena serangan jantung.
#sharing_is_caring.
#just_say_Alhamdulillah
Jumaat, 9 Ogos 2019
CERMIN DIRI DENGAN SIFAT RENDAH HATI
CERMIN DIRI DENGAN SIFAT RENDAH HATI
Apabila orang anggap kita BAIK, JANGAN sesekali kita merasakan bahawa diri kita baik. Namun saat pujian menerpa, maka hadirkanlah sifat tawaduk di dalam diri.
.
Cerminlah diri kita melalui pandangan mata diri kita sendiri, agar kita mengetahui bahawa sesungguhnya diri kita masih jauh dari MAKNA BAIK yang dilemparkan pada diri kita.
.
Mudahan dengan asbab kerendahan hati kita, maka ALLAH sudi memandu HATI kita dalam landasan Agama ALLAH yang HAQ dan LURUS. Jangan tersasar dari landasan ini, kelak kita akan menangis penuh penyesalan.
.
Jangan biarkan hatimu HITAM dan GELAP tanpa CAHAYA. Kerana hati yang GELAP tidak dapat menyuluh JALAN yang terang. Maka kita akan tersasar dari LANDASAN yang lurus. Bersihkanlah hati mu selalu dengan siraman AIR TAUBAT.
.
“HATI itu seperti TELAPAK TANGAN. Awalnya ia dalam keadaan TERBUKA dan jika berbuat DOSA, maka telapak tangan tersebut akan TERGENGAM. Jika berbuat dosa, maka jari-jemari PERLAHAN-LAHAN akan MENUTUP telapak tangan tersebut.
.
Jika ia berbuat dosa lagi, maka jari lainnya akan menutup telapak tangan tadi. Akhirnya SELURUH telapak tangan tadi tertutupi oleh jari-jemari,” (Mujahid).
.
Maka terimalah pujian dengan HATI yang penuh KERENDAHAN. Agar jiwamu disimbahi siraman KASIH dari ILLAHI. Hati yang bersih adalah tempatnya jatuh pandangan ALLAH.
.
Hati yang dipandang ALLAH adalah hati yang sentiasa tersemi CINTA dan KASIH pada yang MAHA CINTA..
.
Semoga hati kita sentiasa menyemai kerendahan yang menarik kita kepada jiwa yang bersih untuk bertemu ALLAH. Insha ALLAH.
.
Wahai Saudaraku,
Maka ku berpesan akan perihal ini untuk diriku terlebih dahulunya dan buat pedoman kalian semua yang membacanya. Semoga ia membawa manfaat keatasku dalam memperbaiki diri dan juga buat kalian semua. Insha ALLAH.
Rabu, 7 Ogos 2019
*TUKAR CARA BERDOA YANG LEBIH DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH SWT*
* TUKAR CARA BERDOA.*
Moga sahabat yang membaca beroleh manfaat yang sebanyaknya.
In shaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Inshaa Allah.
*#FORMULA_1*
Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya Allah berikanlah aku kekuatan."
Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita.
Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
"Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ".
*#FORMULA_KE_2*
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...".
Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
"Ya Allah KURNIAKANLAH aku..."
Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik.
Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.
*#FORMULA_KE_3*
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "Semoga DIMURAHKAN rezeki".
Selepas ini, latihkan baca doa begini:
"Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita.
Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
*#FORMULA_KE_4*
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”
dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja.
Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai.
Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:
"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah.
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '
Amin Ya Mujib.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.
*#FORMULA_KE_5*
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.
Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.
Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:
"Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah.."
*#FORMULA_KE_6*
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain.
Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
"Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah.."
Moga Bermanfaat. Jom Sebarkan Kebaikan.
#kreditPakarDiariHati #Just_say_Alhamdulillah
Langgan:
Catatan (Atom)