Khamis, 29 Ogos 2019
*Ingat Jumaat ingat Alkahfi*
✍ *Dah baca Al-Khafi*🤔❓
*Ingat Jumaat ingat Alkahfi*
🔮 *Mutiara Al-Quran*🔮
💕🌿🌸 Dibawah ini adalah 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi.. Kalau semua ayat surah Kahfi pun berat untuk dibaca, cukuplah baca 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir.
🌀[Surat Al-Kahf 1 - 10]🌀
💕🌿🌸 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ🌸🌿💕
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا. 🌸🌿💕
*Terjemahannya:*
( 1 ) Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
( 2 ) (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
( 3 ) Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
B( 4 ) Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
( 5 ) (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
( 6 ) Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
( 7 ) Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
( 8 ) Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
( 9 ) Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
( 10 ) (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".
🌀[Surat Al-Kahf 100 - 110]🌀
💕🌿🌸 وَعَرَضْنَا جَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ لِلْكَافِرِينَ عَرْضًا الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَنْ ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا. 🌸🌿💕
Terjemahannya:
( 100 ) Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata;
( 101 ) (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.
( 102 ) Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.
( 103 ) Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
( 104 ) (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
( 105 ) Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
( 106 ) (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.
( 107 ) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
( 108 ) Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.
( 109 ) Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
( 110 ) Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
💎✨۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞✨💎
*🌺zikrullah🌺*
Rabu, 28 Ogos 2019
[ 30 KEAJAIBAN SELAWAT ] Masyaallah !
[ 30 KEAJAIBAN SELAWAT ]
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani
- SHARE
#Just_Say_Alhamdulillah
Selasa, 27 Ogos 2019
UJIAN LELAKI HENSEM DAN PEREMPUAN CANTIK
#SENTIASA BERSYUKUR
Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.
Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.
Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.
Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.
Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.
Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.
Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.
Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.
Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.
Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.
Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.
Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.
Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.
Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.
Ingatlah,
Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian
Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.
Kesimpulannya,
setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.
Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.
Alhamdulillah.
BERTAHANLAH DENGAN DIAM DAN MENAHAN MARAH.
BERTAHANLAH DENGAN DIAM DAN MENAHAN MARAH.
Beramal itu mudah dan mampu dilakukan oleh sapa²,
tapi untuk punyai akhlak yg baik itu amatlah sukar
kerana ia memerlukan mujahadah yg kuat lagi konsisten.
Ketahuilah penghalang seseorang itu untuk masuk Syurga adalah
kerana akhlak yg buruk yg boleh
menghalang untuk memberatkan amal baik di Neraca Mizan,
betapa pun amal baiknya setinggi gunung.
Dari itu, dalam kita berusaha mempertingkatkan amal soleh
maka iringilah sikap kita dengan akhak yang baik.
Manfaatkan ilmu yg baik walau sedikit boleh memberi kesan pada diri.
Dua akhlak yang paling ringan
tetapi amat ditekankan oleh Nabi saw yang mesti kita hadam sungguh²
adalah DIAM DAN MENAHAN MARAH.
Nampak simple je tetapi impaknya sangatlah besar.
Jika tidak, masakan dua hal ini sering dibicarakan oleh Nabi saw
dan kerap diulangsebut baginda kepada beberapa para sahabatnya.
Hendaknya kita usaha memperbaiki akhlak
usah banyak bercakap pada perkara² yg sia² dan tidak manfaat
Jauhkan mengumpat.
Menghina orang..
Tuduh orang..
Sakiti orang dan hatinya..
BERTAHANLAH sekuat²nya
apa bila, rasa akan marah kerana itulah bukti kekuatan kita yg sebenar
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ... "لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ."
Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa Rasulullah saw bersabda :
“Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti,
tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah
(HR Bukhari No: 5649 Status: Sahih)
Keep zikir ☝✔
#just_say_Alhamdulillah
Rabu, 14 Ogos 2019
KEBAIKAN GARAM PENYEMBUH PENYAKIT
KENAPA GARAM?
TAKUTKAN PENYAKIT YANG TIMBUL DARI GARAM?
INI CARA RASUL MENGKONSUMSI GARAM
*Nabi Muhammad Shalallahi wa'alaihi wasalam bersabda :* "Sebaik-baik lauk adalah garam" (Al-Baihaqi).
*SEBAIK BAIK LAUK ADALAH GARAM*
Sangat bertentangan dengan dunia medic ketika ini yang mengatakan bahwa makan garam boleh menyebabkan berbagai penyakit seperti darah tinggi, dehidrasi, tulang reput dan penyakit hempedu, namun hal itu tidak akan terjadi jika Aada mengetahui cara mengkonsumsi garam dengan baik dan secara betul. Sesuai Sunnah Rasul.
Begini Cara Mengkonsumsi Garam Agar Terhindar Dari Penyakit2
Jadi sesuai dengan hadis di atas yang menyatakan Garam bukanlah penyebab penyakit, tapi malah ubat yang paling mujarab seandainya digunakan dengan cara yang betul.
Kuncinya adalah
*GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!!!*.
Ingat, tidak boleh dimasak!!!
*Kesalahan kita (kebanyakan orang Melayu) ialah kita memasak garam yaitu memasukkan garam ke dalam masakan ketika masakan sedang MENDIDIH / PANAS.*
Hal tersebut akan menyebabkan garam menjadi racun /toksik… Jika garam dimasak dengan cara di atas, garam akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang berbagai penyakit, selain itu kandungan sodium pada garam juga akan hilang dengan percuma. Ingat sodium sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh kita.
*Begini cara yang betul penggunaan garam, agar garam benar-benar menjadi ubat bagi anda, bukan jadi penyakit*.
Masaklah makanan yang ingin dimasak sehingga selesai. Contohnya: masakan sayur sayuran – masukkan garam dalam masakan *apabila makanan dan airnya sudah beransur sejuk, atau dalam keadaan dingin.*
*Ingat makanan yang dimasak harus tanpa garam, ingat tanpa garam!!!!*
Ketika nak makan, sediakan semangkuk garam dan taburkan di atas makanan yang ingin dimakan sesuai selera masing2.
Garam adalah mineral bagi tubuh, "Banyak amalan yang dilakukan oleh *para Salafus soleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulai makan"*.
Garam digunakan sebagai pembuka makan dengan mengambilnya dengan ujung jari dan dimasukkan ke mulut.
*INGAT, GARAM ADALAH MINERAL !!!!*
Kelebihannya atau manfaatnya... mengkonsumsi garam antara lain ialah:
*Mengubati lebih dari 70 penyakit,* antara lain darah tinggi, diabetes, tulang reput, pening atau sakit kepala dll serta tidak akan mengalami keadaan mati mengejut.
Silakan sebarkan, sekiranya anda ingin orang-orang yang anda cintai menjadi sihat...
Berbagai penyakit yang didakwa timbul akibat garam seperti gejala jantung dan tekanan darah tinggi *adalah akibat dari penggunaan garam yang salah.*
Karena kalau memasak jangan masukkan garam... *Ingat garam jangan dimasak.*
In Shaa Allah penyakit darah tinggi, *jantung mampu dihindari dengan cara pemakanan garam yg betul.*
*Jadi kesimpulannya, yg sebetulnya garam itu adanya di meja makan, bukan di dapur.*
MARILAH BERUBAH AGAR SEMUA SIHAT.
ORANG ASING LEBIH AWAL DALAM PENGAMALAN GARAM DI MEJA...
Semoga bermanfaat...
#just_say_Alhamdulillah
Selasa, 13 Ogos 2019
WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI*
WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI*
.
🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.
.
🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!
.
🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
*Elakkan makan* dalam waktu ini.
.
🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.
.
🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.
.
🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.
.
🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.
.
🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.
.
🕘9 - 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .
.
🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.
.
🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.
.
🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.
Share dan tag keluarga tsyg
#just_say_Alhamdulillah
Isnin, 12 Ogos 2019
*JANGAN GELETEK KANAK2.* BAHAYA !!!
*JANGAN GELETEK KANAK2.*
Lepas ni jangan geletek kanak2, itulah amaran yang diberikan oleh pakar Perubatan, sebenarnya banyak artikel yang mengingatkan kita untuk tidak menggeletek anak dan mencucuk pinggang kawan. kenapa?
Alasannya menggeletek kanak kanak boleh jadi berbahaya sebab mereka tidak boleh menyuruh anda untuk berhenti, jantung mereka akan berdengup lebih kuat dan pernafasan boleh berubah hingga mengakibatkan mereka terkena serangan jantung.
Seperti yang pernah perlaku kepada seorang budak bernama Alya, dimana ibunya menggeleteknya di bahagian pinggang dengan niat bergurau dan bermanja.
Namun siapa sangka gurauan itu berubah menjadi ngeri apabila Alya yang tergolek golek tiba tiba kejang dan suara tersekat sekat.
Ketika itu ibunya hanya mampu menjerit meminta tolong suaminya, namun anak mereka bernasib baik masih bisa di selamatkan selepas mendapat rawatan pakar.
Mengulas tentang Cucuk pinggang kawan, boleh buat terkesan pada mental mereka, Selalunya dalam masyarakat melayu ramai orang suka cucuk pinggang kawan atas sekadar bergurau buat kawan itu melatah.
Dari segi Pisiologi hal ini di terangkan berkait dengan responsive saraf-nervous system, dan kesannya bila kita kena cucuk pinggang sangat berbahaya, signal yang dihantar ke otak bila kena cucuk Adalah response kawan anda untuk mempertahankan diri yang menyebabkan mangsa panik akibat kejutan.
Kejutan inilah yang membuat jantung terkejut dan degupan akan menjadi cepat secara tiba tiba, bila situasi ini dibuat berulang kali, besar kemungkinan mangsa akan terkena serangan jantung.
#sharing_is_caring.
#just_say_Alhamdulillah
Langgan:
Catatan (Atom)