expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 22 Januari 2020

T U J U H R A H S I A I S T I G H F A R


T U J U H R A H S I A
I S T I G H F A R

Istighfar adalah memohon ampun kepada Allah dengan kalimat, "Astaghfirullaahal'aziim" atau dengan kalimat lain yang semakna

Permohonan ampun ini dilakukan dengan hati yang tulus dan disusuli dengan penyesalan atas kesalahan yang telah diperbuat serta bertekad untuk tidak mengulanginya

Inilah 7 Rahsia Istighfar

1 : MENDATANGKAN KEAMPUNAN ALLAH

Sehingga aku berkata (kepada mereka): "Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun."

Nuh 71:10

2 : MENGATASI KESULITAN DAN TERBUKANYA PINTU REZEKI

"Barangsiapa beristighfar secara rutin, pasti Allah memberinya jalan keluar dalam kesempitan dan memberi rezeki yang tiada terhingga padanya."

Hadis Riwayat Abu Daud

3 : MENAMBAH KEKUATAN

"Wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!"

Hud 11:52

4 : MEMPEROLEH BANYAK KENIKMATAN

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu,"

Hud 11:3

5 : TURUNNYA RAHMAT

"Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat."

An-Naml 27:46

6 : SEBAGAI PENUTUP MAJLIS

"Barangsiapa yang duduk dalam satu majlis (perkumpulan orang) lalu di dalamnya banyak perkataan sia-sia atau (perdebatan) kemudian sebelum ia bangkit dari majlis membaca (Istighfar):

"Subhaanakallahumma wa bihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaih"

Maksudnya, "Maha suci Engkau Ya Allah, dan aku memujiMu dan aku bersaksi bahawa tiada Allah melainkan Engkau, aku memohon ampun dan bertaubat kepadaMu

Maka ia akan diampuni kesalahan-kesalahan yang diperbuatnya selama di majlis itu

Hadis Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Hibban, Abu Daud dan Al-Hakim

7 : TERHINDAR DARI AZAB ALLAH

"Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)."

Al-Anfaal 8:33

#Just Say ALHAMDULILLAH

*_๐ŸŒน๐Ÿ•ŠDunia Yang Di Cari Tak Akan Di Bawa Mati_*


*_๐ŸŒน๐Ÿ•ŠDunia Yang Di Cari Tak Akan Di Bawa Mati_*

```"๐Ÿ“—Pesonanya telah membutakan setiap mata
Tak terbatas oleh usia
Bahkan dia telah menyelusup kedalam sendi-sendi manusia

๐Ÿ“—Pagi..
Siang..
Sore...
Hingga pekatnya malam..
semua raga sibuk memburunya

๐Ÿ“—Entah apa..
Entah bagaimana..
dan entah tuk apa.. Satu yang pasti,
Banyak dari manusia yang lupa bahwasannya
Dunia ini hanya sementara

Sebentar saja.

๐Ÿ“—Hanya mampir tuk menorehkan sejarah dalam kitab amal kita
Yang tentu bakal menentukan surga atau neraka

๐Ÿ“—Dunia tak kan pernah dapat menyelamatkan jiwa
Saat api neraka menjilat begitu panasnya
Tapi entahlah,
Kenapa banyak Dari kita seakan tuli Dan buta
Enggan mengingat Allah Dan melaksanakan perintahnya

๐Ÿ“—Tunggulah sebentar saja
Hanya dengan kekuasannya
Dunia ini akan hancur dengan dahsyatnya

๐Ÿ“—Saat itu
Penyesalanmu tiada guna
Sejuta airmata mu tak lagi bermakna
Allah telah murka
Aduhai sungguh celaka kita
Bila amal Dan ibadah kita tak Ada..

๐Ÿ“—Wahai kita yang masih sombong angkuh Dan berbangga
Ingatlah maut akan segera tiba
Ingatlah kampung akhirat menanti kita
Cukupkan memburu dunia
Malah sampai" kita lupa akan yang maha kuasa

๐Ÿ“—Solat kita abaikan..
Hanya demi lembaran rupiah yang tak kan menyelamatkan

๐Ÿ“—Berubahlah..
mumpung nyawa masih dipinjami
Dan bumi masih kita pijaki
Karna akan ada masanya
Kita mati
Tergolek sepi tanpa nadi....```


___________๐Ÿ€๐ŸŒน๐Ÿ•Š

Semuanya Terlihat Tenang ! Maka didiklah Hati


"Didiklah hatimu memandang segala gerak dan diam sesuatu pada alam ini perbuatan Allah, sehinggalah engkau dihadiahkan Allah makrifatullah yg hakkul yakin"

"Ahli ilmu terhijab dengan ilmunya, sedangkan ahli makrifatullah melepaskan segala sesuatu selain Allah"

"Selagi engkau berubah-berubah dalam harap dan takutmu kepada sesuatu selain Allah, maka belum teguh makrifatullah mu kepadaNya"

"Puncak daripada dzikrullah itu adalah menyucikan hatimu daripada segala sesuatu selain Allah"

"Orang yg telah mendapat Tuhan tidak menghiraukan lagi kedudukannya disisi Tuhannya"

"Janganlah engkau memandang kecil kepada seseorang yg telah ditetapkan   Allah diatas Sunnah Nabi Muhammad S.A.W,  walaupun sekecil-kecil perkaranya sekalipun"

"Pandanglah Sunnah Nabi SAW dengan pandangan kecintaanmu kepadanya, walaupun engkau masih bukan dari ahlinya"

"Rahsia Allah itu bukanlah dikutip daripada kitab-kitab dan para ulamak, bahkan ia dikutip daripada hati yg telah difanakan daripada selain Allah"

"Tiadalah siapa pun yg dapat mengubahkan keyakinanku kepada Tuhanku melainkan Tuhanku"

"Aku sedang diuji dan kamu juga sedang diuji Allah, maka teguhkanlah pandangan hatimu kepada Tuhanmu"

"Rahsia yg Allah telah sembunyikan kepada makhlukNya, maka tiada siapa yg dapat mengetahuinya walaupun Nabi dan WaliNya"

"Ya Allah! Lapangkanlah hatiku untuk ridha menerima segala KehendakMu..."

"Ya Allah! Tetapkanlah aku memandang WajahMu..."

-  BUTA SELAIN ALLAH

Isnin, 20 Januari 2020

*10 TANDA AKHLAK MULIA*


*10 TANDA AKHLAK MULIA*

Yusuf bin Asbath rahimahullah berkata:

ุนู„ุงู…ุฉ ุญุณู† ุงู„ุฎู„ู‚ ุนุดุฑุฉ ุฃุดูŠุงุก:
ูก - ู‚ู„ุฉ ุงู„ุฎู„ุงู
ูข- ุญุณู† ุงู„ุฅู†ุตุงู
ูฃ - ุชุฑูƒ ุชุทู„ุจ ุงู„ุนุซุฑุงุช
ูค - ุชุญุณูŠู† ู…ุง ูŠุจุฏูˆ ู…ู† ุงู„ุณูŠุฆุงุช
ูฅ - ุงู„ุชู…ุงุณ ุงู„ู…ุนุฐุฑุฉ
ูฆ - ุงุญุชู…ุงู„ ุงู„ุฃุฐู‰
ูง - ุงู„ุฑุฌูˆุน ุจุงู„ู…ู„ุงู…ุฉ ุนู„ู‰ ู†ูุณู‡
ูจ - ุงู„ุชูุฑุฏ ุจู…ุนุฑูุฉ ุนูŠูˆุจ ู†ูุณู‡ ุฏูˆู† ุนูŠูˆุจ ุบูŠุฑู‡
ูฉ - ุทู„ุงู‚ุฉ ุงู„ูˆุฌู‡
ูกู  - ู„ูŠู† ุงู„ูƒู„ุงู…

_*Tanda* akhlak mulia ada 10 perkara:_

_1. Jarang berselisih.._
_2. Baik dalam bersikap adil.._
_3. Meninggalkan tindakan mencari-cari kesalahan orang lain.._
_4. Berusaha memperbaiki keburukan-keburukan yang nampak.._
_5. Mencarikan udzur bagi orang yang salah.._
_6. Bersabar menghadapi gangguan orang lain yang menyakitkan.._
_7. Introspeksi dengan mencela diri sendiri yang juga penuh kekurangan.._
_8. Hanya sibuk mengurus aib-aib sendiri tanpa mengurusi aib orang lain.._
_9. Wajah yang ceria.._
_10. Lembut perkataannya.._

(At-Tanwir Syarh al-Jami' ash-Shaghir, juz 5 hlm.535)

*JIKA MAU DISEBUT ORANG BERAKHLAK BAIK*

Ibnu Mas'ud mengisahkan:

Satu hari Rasulullah bertanya kepada para shahabatnya:

ุฃَู„ุงَ ุฃُุฎْุจِุฑُูƒُู…ْ ุจِู…َู†ْ ุชُุญَุฑَّู…ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ุงู„ู†َّุงุฑُ؟

_"Maukan kalian aku kabarkan tentang mereka yang diharamkan masuk neraka?"_

Seketika saja shahabat menjawab:

ู‚َุงู„ُูˆุง: ุจَู„َู‰ ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„ู‡ِ

_"Ya, tentu wahai Rasulullah!"_

Lantas Nabi bersabda:

ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ู‡َูŠِّู†ٍ، ู„َูŠِّู†ٍ، ู‚َุฑِูŠุจٍ، ุณَู‡ْู„ٍ

_"Neraka itu diharamkan bagi orang yang rendah hati, lemah-lembut, mudah bergaul, serta gampang dimintai tolong.”_

(HR Ibnu Hibban no.1096. Dishahihkan oleh Al Imam Al Albani dalam Ash Shahihah no.937)

Berkata Al Munawi menjelaskan hadits di atas dengan menukil perkataan Al Mawardi:

ุจูŠَّู† ุจู‡ุฐุง ุงู„ุญุฏูŠุซ ุฃู† ุญُุณู† ุงู„ุฎู„ู‚ ูŠุฏุฎู„ ุตุงุญุจَู‡ ุงู„ุฌู†ุฉ ูˆูŠُุญุฑู…ู‡ ุนู„ู‰ ุงู„ู†ุงุฑ، ูุฅู† ุญุณู† ุงู„ุฎู„ู‚ ุนุจุงุฑุฉ ุนู† ูƒูˆู† ุงู„ุฅู†ุณุงู† ุณู‡ู„ ุงู„ุนุฑูŠูƒุฉ ู„ูŠู† ุงู„ุฌุงู†ุจ ุทู„ู‚ ุงู„ูˆุฌู‡ ู‚ู„ูŠู„ ุงู„ู†ููˆุฑ ุทูŠุจ ุงู„ูƒู„ู…ุฉ

_"Hadits di atas begitu gamblang menyebutkan bahwa berakhlak baik dapat mengantarkan pelakunya masuk surga, dan diharamkan baginya menyentuh neraka._

_Luhurnya akhlak merupakan kesimpulan dari gambaran seseorang yang memiliki watak rendah hati, ramah kepada orang lain, berwajah manis, tidak membuat orang menjauh darinya, dan bahasa yang keluar dari mulutnya pun baik."_

(Faidhul Qadir, 4/105)

*****

✍ *Diterjemahkan oleh:*
Al Ustadz Abdul Wahid bin Faiz at Tamimi hafidzahullah

#Sharing_is_Caring

Sabtu, 18 Januari 2020

Alhamdulillah ! 10 CARA KREATIF BERSEDEKAH


๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒน๐ŸŒน

10 CARA KREATIF BERSEDEKAH

๐ŸŒท1 – Letak sabun basuh tangan

Ada kebanyakkan masjid yang kita pi, macam kekurangan sabun. Toilet pula kadang agak berbau sebab tak ada pewangi. Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, lepastu letakkan di masjid yang berhampiran. Insyallah ramai yang dapat guna.

๐ŸŒท2 – Selipar Untuk Masjid

Kebanyakkan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk ambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Apa kata kita beli beberapa selipar jepun dan letak di Masjid.

๐ŸŒท3 – Simpan Syiling

Kita kumpul duit syiling simpan dalam tabung. Tiap kali weekend kita keluarkan duit syiling tadi dan sedekah.

๐ŸŒท4 – Berikan Baki Bayaran

Yang ini paling mudah, contoh kita beli nasi lemak harga RM2, Tapi kita bagi saja duit besar RM5, dan mintak pakcik makcik yang berniaga tu simpan saja baki bayaran. Buat lah sekali, lama lama akan jadi habit.

๐ŸŒท5 – Kain Pelikat & Telekung

Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau shopping mall, surau petrol station dan masjid. Semoga bermanfaat dapat digunakan bersama. Katakan kat masjid dekat rumah kita, dah ada banyak telekung tapi kotor. Kita boleh bawak balik basuh kat rumah atau hantar dobi.

๐ŸŒท6 – Makanan Kucing

Walaupun kita tak bela kucing, kita boleh beli makanan kucing dalam small pack. Standby letak dalam kereta.

Bila kita turun ke RnR atau mana mana perhentian untuk makan, ternampak kucing terbiar di tepi jalan boleh bagi makan kucing. Berbuat baik lah pada kucing makhluk kesayangan Rasulullah.

๐ŸŒท7 – Konsep sedekah carpool

Allah s.w.t kurniakan kita kenderaan agar kita boleh berikan manafaat kepada ramai orang. Kalau kita ada kawan atau jiran yang nak pergi ke destinasi yang sama dengan kita, tumpangkanlah mereka tanpa sebarang bayaran. Konsep ‘carpool‘ pergi kerja juga salah satu konsep sedekah yang sangat bagus.

๐ŸŒท8 – Kertas & Pen

Kat mana mana majlis ilmu sama ada ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid, biasanya mereka yang mendengar tidak membawa sebarang pen dan juga buku catatan. Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 lepastu diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos bagi pen dan kertas bukanlah mahal, tetapi manafaatnya sangat besar insha Allah

๐ŸŒท9 – Al Fatihah

Sedekahkan Al-fatihah kepada suami, kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg masih hidup dan yang telah meninggal.Jangan lupa bacakan al-fatihah untuk diri kita sendiri juga. Dan doa kan yang baik-baik untuk setiap orang yang kita jumpa.

Contoh, masa di airport kita ternampak ada suami isteri ni bertengkar berbalah. Kita terus submit doa semoga Allah lembutkan hati diorang dan datangkan kasih sayang supaya mereka dapat cari jalan untuk selesaikan.

๐ŸŒท10 -Doakan perkara yang baik. ๐Ÿ˜Š

Bersedekah yang paling baik ialah kita dapat berikan sesuatu yang orang perlukan.

Kadang-kadang kita sedekah sabun di tandas masjid itu lebih baik dari sedekahkan naskah surah Yasin di masjid yang sememangnya sudah banyak naskah al-Quran dan Yasin yang tidak dibaca.
.
“Setiap kebaikan adalah sedekah”
Hadis Riwayat Muslim

๐ŸŒธ ๐ŸŒธ ๐ŸŒธ ๐ŸŒธ ๐ŸŒธ ๐ŸŒธ ๐ŸŒธ

#Just_say_Alhamdulillah

Jumaat, 17 Januari 2020

*JANGAN SIMPAN BAWANG MERAH YANG SUDAH DIKUPAS KALAU TAK BERTUJUAN UNTUK MEMASAK.*


Bawang merah yang sudah dikupas tidak boleh diguna lagi.
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

*JANGAN SIMPAN BAWANG MERAH YANG SUDAH DIKUPAS KALAU TAK BERTUJUAN UNTUK MEMASAK.*

Alasannya :
Ketika virus influenza merebak di seluruh dunia, seorang doktor menyatakan
"Ada keluarga yang tidak pernah dijangkiti oleh demam influenza".

Ketika berkunjung, beliau dapati keluarga ini setiap hari meletakkan bawang merah yang telah dikupas di piring dan meletakkannya di setiap bilik di rumah itu.

Ketika dia ambil sepiring untuk mengkaji, dia dapati seluruh permukaan bawang itu penuh virus influenza yang sudah tidak aktif. Bawang merah itu menarik atau menyedut virus dan mematikannya.

Bukan hanya virus saja, tapi juga bakteria semuanya terkumpul di situ dalam keadaan sudah inaktif atau mati.

Beberapa kedai yang mendedahkan bawang merah di sekitar kedainya juga bebas dari serangan kuman dan mendapati pekerjanya lebih sihat.

Letakkan beberapa ulas bawang merah yang telah dikupas/kopek di setiap bilik rumah anda.

Tukar setiap hari, anda akan bebas dari virus dan bakteria. Buang bawang yang didedahkan dan digunakan, jgn dimakan bawang itu yang telah menyedut kuman dan bakteria.

Seorang penderita radang paru2 yang parah (pneumonia) menjalani rawatan bawang merah seperti berikut :

Ambil seulas bawang merah yang sederhana besar, hiris kedua hujungnya.
Salah satu hujungnya dicocok dengan garpu yang sebelah pemegangnya dimasukkan ke dalam botol supaya tegak.

Letak di tepi katil pesakit selama semalaman. Kita akan dapati bawang merah berubah jadi kehitaman kerana dipenuhi kuman.

Kemudian buang bawang itu ganti baru.

Pengidap akan lebih cepat sembuh.
Apa kesan dari semuanya ini?

Bawang merah mentah yang telah dikupas/kopek adalah magnet kuat bagi menarik/menyedut kuman dan bakteria bawaan angin.

Jangan simpan bawang merah mentah yang sudah dikupas/kopek, walaupun dalam peti sejuk. Jika hendak disimpan juga, masukkan kedalam bekas tertutup rapat. Jika keadaannya terdedah dalam peti sejuk, ia akan menyerap semua kuman dan bakteria, kemudian anda makan kuman dan bakteria itu.

Begitu juga ubi kentang, setelah dikupas, dipotong atau dihiris, mudah dijangkiti kuman dan bakteria. Oleh itu jangan sesekali mendedahkan ubi kentang yang telah dikupas/dikoyak kulitnya.

Kerana itu seeloknya kupas/kopek bawang merah hanya jika hendak segera dimasak.

Jangan jadikan penyedut kuman kemudian dimakan.
๐ŸŒถ๐Ÿฅ•๐ŸŒถ๐Ÿฅ•๐ŸŒถ๐Ÿฅ•๐ŸŒถ๐Ÿฅ•๐ŸŒถ๐Ÿฅ•
Semoga bermanfaat.

#Sharing_is_caring
#Just_say_Alhamdulillah

Isnin, 13 Januari 2020

INILAH KESAN DARI SOLAT DHUHA


INILAH KESAN DARI SOLAT DHUHA

Ramai yang belum tahu apa kesan yang akan mereka rasakan apabila rajin mendirikan (melaksanakan) solat DHUHA.

Sesungguhnya.. Bertuahlah anda yg berkesempatan membaca artikel ini, semoga menjadi pengajaran berguna untuk kita semua.

Seperti dijelaskan oleh Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki dalam bukunya Khasais al-Ummah al-Muhamadiah tentang keutamaannya, penulis menjelaskan keutamaan-keutamaan yang disediakan oleh ALLAH SWT bagi hambaNya yang menunaikan solat DHUHA lengkap dengan sumber hadith-hadithnya.

PERTAMA

Orang yang solat DHUHA akan diampuni dosa-dosanya oleh ALLAH SWT.

“Sesiapa yang selalu mengerjakan solat DHUHA nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR. Tirmidzi)

KeDUA

Sesiapa yang Istiqamah menunaikan solat DHUHA, dia tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertaubat kepada Allah SWT.
*“Tidaklah seseorang yang selalu mengerjakan solat DHUHA kecuali dia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”*
(HR. Hakim).

KeTIGA

Orang yang sering menunaikan solat DHUHA akan dicatat sebagai ahli Ibadah dan tergolong didalam golongan orang-orang yang ta'at kepada Allah SWT.

*“Sesiapa yang solat DHUHA 2 raka'at, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Sesiapa yang mengerjakannya sebanyak 4 raka'at, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli Ibadah. Sesiapa yang mengerjakannya 6 raka'at, maka dia diselamatkan di hari itu. Sesiapa mengerjakannya 8 raka'at, maka Allah tulis dia sebagai orang yang ta'at. Dan sesiapa yang mengerjakannya 12 raka'at, maka Allah SWT akan membangunkan (menyediakan) sebuah rumah di Syurga untuknya.”*
(HR. At-Thabrani).

KeEMPAT

Orang yang Istiqamah melaksanakan solat DHUHA, kelak dia akan masuk syurga melalui pintu khas, pintu DHUHA yang disediakan oleh Allah SWT.
*“Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu DHUHA. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, "Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat DHUHA..??? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan Rahmat Allah SWT.”*
(HR. At-Thabrani).

KeLIMA

Allah SWT mencukupkan rezekinya.
*“Wahai anak Adam, janganlah kalian merasa lemah/lelah dari 4 raka'at DHUHA dalam mengawal harimu, nescaya AKU akan mencukupkan di akhir harimu.”*
(HR. Abu Darda`).

KeLIMA

Sesungguhnya.. Orang yang mengerjakan solat DHUHA, dia telah mengeluarkan sedekah.
*“Hendaklah masing-masing kalian bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab setiap kali bacaan Tasbih itu adalah sedekah, setiap Tahmid itu adalah sedekah, setiap Tahlil itu adalah sedekah, setiap Takbir itu adalah sedekah, menyuruh kepada yang Ma’ruf itu adalah sedekah, mencegah yang mungkar itu adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukupkan lah mengerjakan 2 raka'at solat DHUHA.”*
(HR Muslim).

*Setelah membaca artikel ini, apakah anda masih tidak mahu atau malas untuk mengerjakan solat sunat DHUHA..???*

Solat DHUHA punya kedudukan yg sangat mulia. Sunat mengerjakannya sejak terbit suria hingga sebelum masuk waktu solat Fardhu Zuhur.

๐Ÿ˜JOM KITA SOLAT DHUHA ๐Ÿ˜