expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 5 Mei 2016

Ingat 6 perkara semasa meringkaskan karangan atau rumusan



Inilah cara yang boleh digunakan oleh pelajar dalam meringkaskan karangan seperti rumusan dan ringkasan.Dengan ini,terdapat 6 cara yang boleh membantu pelajar dalam membuat rumusan dan ringkasan.Harap dapat membantu pelajar 😄

1⃣BACA PETIKAN

➡petikan yang diberikan hendaklah dibaca sepenuhnya agar penulis dapat memahami petikan.Petikan hendaklah dibaca satu persatu untuk mengelakkan daripada terlepas isi-isi penting yang terkandung di dalam petikan atau teks.

2⃣BACA ARAHAN
➡Anda perlu membaca arahan dengan teliti supaya tidak terpesong daripada kehendak soalan.Fahami soalan dengan betul dan pastikan anda tidak melanggar kehendak soalan.
Araham yang diberi perlu dikaitkan dalam rumusan untuk dijadikan penguat dalam ringkasan atau rumusan.

3⃣LIMA ISI PENTING
➡Cari isi penring yang dikehendaki oleh soalan berdasarkan teks yang telah diberi.Isi penting hendaklah menepati kehendak soalan.Cari isi penting sekurang-kurangnya 5 hingga 6 isi untuk membantu anda dalam meningkatkan teks yang telah diberi.Bagi rumusan isi tersurat hendaklah di dapati di dalam teks dan perlu diberi sekurang-kurangnya 5 atau 6 isi.Manakala,isi tersirat pula pelajar perlu memikirkan isis tersebut tanpa menyalin semula di dalam teks.Isi tersirat hendaklah diberikan sekurang-kurangnya 2 atau 3 isi.Pelajar perlu memastikan isi tersirat menepati kehendak soalan.

4⃣PILIH DAN RINGKASKAN AYAT ISI
➡Setelah selesai mendapat isi,anda perlu memilih isi dengan sebaiknya.senaraikan isi mengikut format yang dikehendaki.Sekiranya isi terlebih daripada kehendak soalan pelajar perlu meringkaskan isi agar tidak terlebih daripada patah perkataan yang dikehendaki.

5⃣SUSUN AYAT-AYAT ISI IKUT KEUTAMAAN
➡Isi-isi yang kurang menarik yang terdapat dalam teks perlu dimansuhkan sekiranya isi berlebihan.Pastikan isi tidak kurang daripada 5 kerana boleh menjejaskan markah di dalam rumusanrumusan anda.Susun isi-isi penting yang menarik agar pemeriksa dapat memahami dan mudah membacanya apabila di periksa.

6⃣SEMPURNAKAN AYAT DENGAN PENANDA WACANA

➡penanda wacana membolehkan ayat dapat disusun dengan kemas dan dapat menjadi ayat kelihatan lebih menarik di baca.

⏩Contoh penanda wacana:

♦Pendahuluan:Antaranya,Antara langkah/faktor/faedah
♦Isi:selain itu,seterusnya,Bukan itu sahaja,Di samping itu,MalahMalah.
♦Tambahan:Langkah yang selanjutnya,Faedah seterusnya
♦Kesimpulan:Akhirnya,Kesimpulannya,Konklusinya


😊Harap dapat membantu adik-adik dalam membuat ringkasan dan Rumusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan