expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 30 Mac 2017


279) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم..
الْحَمْدُ لِلّه ... 😊
🌸 *KELEBIHAN & AMALAN² SUNAT DI BULAN REJAB*🌸
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
✅(Selasa ini, 28 March 2017 menjelang waktu Maghrib.. masuknya kita ke bulan yang baru, iaitu BULAN REJAB🌙... 1 Rejab 1438H).

[Pendapat 5 Org Ustaz]


1) *Ustaz Syed Mahyuddin Anuar Syed Akil, "Kalam Ustaz" @ Radio Penang, Mutiara FM:*

✅Masuk 1 Rejab, kita DISUNATKAN untuk berpuasa.


✅Disunatkan juga... kita berdoa pada الله سبحانه وتعلى, supaya memberkati umur kita untuk sampai ke Bulan Ramadhan yang mulia bagi berpuasa:

🔆 Doanya:
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

- Maksudnya:
“Ya Allah ya Tuhanku👐🏻, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”.
(HR Baihaqi)
وَاللَّهُ أَعلَم....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2) *Ustaz Abdullah Majid, "Kuliah Ilmu" @ Surau Al-Islahiyah Addiniah Kg Dingin, Mahang Kulim Kedah:*

✅Rejab adalah Bulan الله سبحانه وتعلى, perbanyakkanlah istighfar📿 di bulan ini.


✅Puasalah 1 hari dibulan Rejab dan berqiamulailah 1 malam, ia akan mencegah kita dari Azab Kubur, mendapat berkat umur, diampunkan dosa, niatkan kerana الله تعلى.
وَاللَّهُ أَعلَم....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


3) *Ustaz Fadhil Hj Hassan, "Halaman Keluarga" @ Radio Kedah FM:*

✅Antara amalan² sunat bulan Rejab yang boleh kita lakukan adalah seperti berikut:

🔆 *PERTAMA.*
"Masuk Waktu Maghrib".
- Berdoalah banyak², dimalam 1 Rejab. Kerana malam 1 Rejab adalah salah satu malam MUSTAJAB DOA.


📝 *AL-KISAH:*
- _Pernah ada org berdoa, dia nak duit berjuta²...._

- _Doanya telah dimakbulkan الله سبحانه وتعلى, dan dia telah dipindahkan pekerjaannya ke Indonesia._

- _Maka duit gaji yg dia dpt memang berjuta²............ rupiah hehe....😅"._
~ TAMAT ~


(Walaupun kisah itu lawak, ambillah pengajarannya. Klu nak berdoa... biarlah kita sebut secara detail... Jangan doa secara kelam kabut)


🔆 *KEDUA.*
"Puasa Sunat 1 Rejab".
- Bagi siapa² yg nak qadha pada 1 Rejab, boleh dapat pahala Puasa Syampoo ✌🏻2 in 1:
•Pahala puasa sunat 1 Rejab.
•Pahala puasa Qadha.
(Niat, puasa qadha shj @ nak campur niat pun boleh juga).


🔆 *KETIGA.*
"Mandi Sunat Rejab".
- Mandi Sunat Rejab, الله سبحانه وتعلى akan kifaratkan dosa kita. Bulan Rejab adalah Bulan Keampunan الله سبحانه وتعلى.

- Mandilah sunat Rejab pada awal pagi 1 Rejab. Klu kita terlupa nak mandi sunat🚿 pd 1 Rejab, kita masih diberi peluang dari الله سبحانه وتعلى, untuk mandi sunat pada 15 Rejab. Dan klu kita terlupa lagi, الله سبحانه وتعلى memberi kita peluang terakhir, iaitu mandi sunat pada 30 Rejab.

°Niat:
"Shj aku mandi sunat Rejab, kerana الله تعلى."


🔆 *KEEMPAT.*
"Istighfar Rejab".
- Istighfar ini hya dibulan Rejab. Sama²lah kita amalkannya nanti mulai 1 Rejab ini, sepanjang bulan Rejab.

- Amalkan ia setiap pagi⛅ dan petang, masing² 70 kali.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَتُبْ عَلَيَّ
(Allahummaghfirli warhamni watub 'alayya)
وَاللَّهُ أَعلَم....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


4) *Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi:*

✅Berkata Imam as-Syafi'i dalam kitab al-Um, "Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu pada:
1. Malam Jumaat
2. Malam Hari Raya Korban🐂
3. Malam Hari Raya Fitrah,
4. Malam pertama bulan Rejab
5. Malam Nisfu Syaaban.
وَاللَّهُ أَعلَم....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


5) *Ustaz, "Ceramah Agama" @Radio Kedah FM:*

✅DI BULAN REJAB & SYAABAN, kita digalakkan:

🔆 *PERTAMA.*
"Berpuasa Sunat".
- Klu x mampu nak puasa selang sehari, isnin dan khamis..... sekurang²nya, dalam 1 bulan🌒.... satu hari kita berpuasa pun sudah cukup.


🔆 *KEDUA.*
"Membaca Al-Quran".
- Rajin²kan membaca Al-Quran.
- Ulang² baca pun x apa.


🔆 *KETIGA.*
"Bersedekah".
- نبي صلى الله عليه وسلم ada kata, jika kita banyak bersedekah💰... akan dipanjangkan umur. Rajin²kanlah bersedekah.


🔆 *KEEMPAT.*
"Banyak2kan Jamuan".
- Bagi makan fakir miskin, orang susah.


🔆 *KELIMA.*
"Hadir Ke Majlis Ilmu".
- Perbanyakkan diri kita ke Majlis² Ilmu🚙💨💨.


🔆 *KEENAM:*
"Qiamullail".
- Buatlah Qiamullail.
- Bangun tengah malam, bersolat.


(PERBANYAKKAN AMALAN KEBAIKAN DI BULAN REJAB. BULAN REJAB, BULAN KEAMPUNAN الله سبحانه وتعلى☝🏻.. ISTIGHFAR BANYAK² ).
وَاللَّهُ أَعلَم....


🌀Silakan Share..
🌀Moga Bermanfaat..
🌀 آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

❤ الَّلهُمْ صلِّي علَى سَّيدْناَ مُحَمّـدْ, ❤

Syukran LIKE Page:
https://www.facebook.com/Catatan-Kuliahku-359737684171205/?pnref=story


                  *DI LARANG EDIT*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan