expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 30 Mac 2017

Apa Tujuan Kita Dakwah??


Apa tujuan kita dakwah?

Untuk popular?

Untuk ramai follower dan pengikut?

Untuk di puji dan di sanjung?

Untuk menjadikan kegilaan para wanita lantaran kekacakan, atau buah mulut lelaki-lelaki lantaran kecantikan kita?

Untuk dapat duit yang banyak?

Untuk famous?

Ah.

Untuk apa kita nak buat dakwah hakikatnya?

Adakah ikhlas kerana Allah, atau?

Jika benar dakwah kita ikhlas, hubungan kita dengan Allah perlu di jaga.

Kita lihat, pendakwah-pendakwah dahulu kala, bagaimana hubungan mereka dgn Allah?

Al-Bukhari pernah bercerita kepada Alfarabi: "Setiap kali aku hendak meletakkan satu hadis dalam kitab sahihku, aku mandi terlebih dahulu kemudian solat 2 rakaat." Dalam kitab sahih Bukhari ada sekitar 7560 hadis. Jika untuk satu hadis beliau solat 2 rakaat, means, selama beliau menulis kitab sahih, beliau melaksanakan shalat sekitar 15,120 rakaat!

Kita hari ini menulis kerana apa?

IMAM SYAFIE bahagikan waktu malamnya kepada tiga:"Sepertiga malam pertama untuk menulis, sepertiga malam kedua untuk qiamullail, dan sepertiga malam terakhir untuk tidur”. Itu baru waktu malam. Waktu paginya sibuk dengan dakwah, dan mengajar serta belajar.

Banyak kisah-kisah ulama yang pendakwah hebat, hubungan mereka dengan Allah sangat akrab.

Namun, persoalannya, bagaimana kita hari ini?

Kita dakwah, tapi kita jugalah yang berikhtilat, bercouple ala-ala islamik, layan drama or movie yang ada aurat, mendengar lagu-lagu yang liriknya berunsur maksiat, tak lazimkan diri solat jemaah, jarang qiamullail, tak istiqamah baca quran sehari.

Akhirnya, "dakwah" kita tu menjauhkan diri kita dengan Allah.

Terlalu sibuk berdakwah hingga lupa Allah.

Wahai kawan, wahai diriku, jangan pernah selesa. Sentiasalah muhasabah diri dan jangan berhenti perbaiki diri.

Moga Allah ampunkan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan