🍃💕INGATKAN AKU🍃💕
DUHAI sahabat hatiku
Ingin ku nyatakan dari hati,
bukan ku rayu simpati
sebagai saudara amanah ilahi,
Ingatkan aku...
Tegurlah aku andai aku terleka...
Ingatkanlah aku andai aku terlupa...
Ajarilah aku andai aku tersilap...
Bimbinglah aku andai aku tersesat...
Ingatkan aku....
Tentang perjalanan
KEHIDUPAN ini satu kembara,
Bekalan mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.
Ingatkan aku .....
Andai aku terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.
Ingatkan aku....
Tentang pencipta bahawa
Diri ini milik Yang Kuasa
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan buat selamanya,
Ingatkan aku....
Andai aku tersilap,
Betulkanlah kesilapanku,
Andai ku jatuh, pimpinlah aku
Agar dapat bangun kembali.
Ingatkanlah aku....
Jika jauh dari ilahi
Teguran nasihatmu
Amat ku hargai
Ingatkan aku....
Agar dapat berdiri bersama
menuju dalam Rahmat ilahi
TERIMAKASIH SAHABAT♥♡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan