expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 30 Mac 2017


MASA MAKIN HAMPIR....ANTOOFIGHTERS BERSATU !!!
(KEMBALI PADA AGAMA - KUATKAN UKHWAH - JANGAN KAJI SAJE TANPA BERTINDAK MERUBAH DIRI)

kawan kawan
sorri. agak kalut sikit dengan traffic fb saya hari ni yang tiba tiba macam jem balik hari raya. banyakj request pending dah penuh. banyak mesej dan komen saya tak sempat nak balas dan taip. nak korek hidung pun tak ada masa dah ni......maafkan saya kalau message dan komen saya tak sempat balas lagi. InsyaAllah saya cuba satu satu.

Tq for supporting. Tq sahabat dalam perjuangan yg support.
Jangan lupa like, share dan subscribe to FB Page dan Youtube THE BIKE PREACHER. Jangan lupa ikut tazkirah kami di video dan join RIDE BREAKFAST KAMI sambil shooting dan Tazkirah di kawasan kawasan redup tropika Malaysia ya.

maaf kan saya salah silap dan khilaf, bantulah sahabat sahabat saudara kita kembali memegang tali agama. kembali bersatu sebagai Muslim. jika benar kitalah Bani Tamim yang dikatakan...lupakan poltik, ranting dan apa juga perbezaan. Kembali bersederhana dalam beramal, lupakan Extrimism, lupakan tarikat pelik dan kumpulan yang pelik pelik. Kembali pada Jamaah. Kembali pada Islam. Kembali pada Quran dan Sunnah.

Mereka dah beratus tahun disekeliling kita. 360 darjah mengelillingi kita. ada yang berwajah dan berupa seperti kita.

ini masa yang paling hebat. ini masa paling penuh tipu daya. cari ustaz dan imam yg berilmu tapi berserdehana, boleh pakai, bijak dan berfikiran jauh.  selamatkan diri, keluarga dan sahabat.

akhir zaman, fasa 5 dan kiamat semakin hampir.....sangat sangat hampir..... bacaan dan kajian kajian ini bukan untuk suka suka. ianya untuk kita sedar berapa LAMA KITA SUDAH DITIPU DAN DI TORAK OLEH SISTEM DUNIA DAN SISTEM DAJAL.

Buka Minda, Fikir dan Sedar......Bila Sedar anda akan tahu.....ISLAM MEMANG BENAR - SEGALA DALAM QURAN DAN HADITH ADALAH BENAR. ANDA AKAN KAGUM DENGAN KEHEBATAN QURAN DAN HADITH - BAGAIMANA SEMUANYA DAPAT MENCERITAKAN APA BERLAKU SEKARANG DENGAN SANGAT JELAS,

KITA KURANG MENGKAJI - KITA KURANG MEMBACA - KITA BANYAK BERKHAYAL DAN MENGEJAR DUNIA

MEREKA MERANCANG - TAPI ALLAH JUGA MERANCANG - wujudnya spesis macam kita hari ini adalah perancangan ALLAH. Akan wujudnya manusia manusia yang kaji, berpesan, dan makin sedar. Hanya kuasa Allah yang menggerakkan semua ini. Bukan saya atau @Nuno atau @ustaz Auni atau sheikh imran hossein.

Kita semua Pejuang. Kita semua Kahlifah. Kita semua Muslim yang harus bangkit sedarkan yang lain. Kita hidup dalam sistem Dajal, Kita hidup diarahkan ke Dunia. Kita melawan segala ditetapkan Allah.
Kita menuju Akhirat. Tidakkah kamu bersyahadah dan percaya akhirat - syurga dan neraka ?

sampai bila kita nak relax ? nak jadi samseng ? nak rambut kaler ? nak nampak buah dada dan betis ? nak bukak aurat ? nak pergi disko ? nak minum arak ? nak gelang silver 2 kilo kat tangan ? sampai bila nak cakap slang gengster cina lu langsi lu mati ?
sampai bila nak superman atas LC tayar sotong , terlanggar lubang terbang tiruk tecacak kat devider ?

sampai bila nak tunggu seru sedangkan azan hari hari ada , quran banyak merata rata.....dalam phone pun boleh download !!!

Sampai Bila ?????  Anda tahu bila and mati ??????
Kalau esok anda eksiden , roda MRT jatuh atas kepala......tapi dok tunggu seru tak sampai........macam mana ??????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan