expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 30 Mac 2017


Pesanan utk isteri2♥

Bergaduh dengan suami, kita lari balik rumah mak ayah. Suami marah, kita tarik muka masam mencuka. Suami buat kesalahan, kita tengking suami macam suami kita tu patung. 😱

Kalaulah semudah itu menjadi seorang isteri, sudah tentu ramai wanita ke syurga. Tapi siapakah yang paling ramai menjadi penghuni neraka? 😒😒

Dalam sesebuah perkahwinan, yang perlu memikul amanah bukan hanya suami. Isteri juga ada amanah yang perlu dijalankan. Persoalannya, adakah kita sedar tanggungjawab kita pada Allah dan juga pasangan? 😘

Carilah ilmu. Jadilah isteri yang tahu dan sedar tanggungjawab diri. Andai kata suami kita 'jahat' pada pandangan kita, sesusah mana pun, cubalah hormati suami kita. ❤❤

Suami yang 'jahat' itu, suami kita. Suami yang kita cinta. Suami yang kita sendiri pilih. Tak ada sesiapa paksa kita untuk berkahwin dengan suami kita. Jadi, tutuplah aib suami. Wajib bagi kita menutup dan menyembunyikan aib suami kita. πŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ

Bergaduh, biarlah kita saja yang tahu. Seberapa banyak marah kita terhadap suami, biarlah kita saja yang tahu. Rajuk kita dengan suami juga, biarlah kita saja yang tahu. Kenapa perlu dihebohkan pada semua orang? πŸ˜’

Orang lain kahwin, kita nak kahwin. Tapi bila dah kahwin, kita tak hargai pula nikmat perkahwinan yang tak semua orang dapat. Selalunya, begitulah kita sebagai manusia. Tak dapat, dipuja-puji. Dah dapat, tak hargai. πŸ˜“πŸ˜“

Sungguh, tulisan ini bukan untuk menghentam para isteri dan menyokong tindakan suami yang 'jahat' itu. Cuma sebagai wanita yang sudah bergelar seorang isteri, tak salah kiranya sedikit coretan perihal ini dikongsikan. πŸ˜‰

Baik suami mahupun isteri, jika kita letakkan Allah sebagai yang utama, tentu kita takut untuk mengabaikan tangungjawab kita terhadap pasangan kita. Kahwin memang mudah. Tanggungjawab selepas itu yang payah. 😊😊😊😊😊😊

~ seorang isteri itu,mudah untuk ke syurga dan mudah ke Neraka,Jadi ada sebab Allah uji tiap2 insan yg bergelar isteri.Kerana Apa Allah ingin mguji??Jawabnya Tanda kmu benar2 beriman pada Yg Satu.

Mna mgkin kamu mgaku beriman kpada Allah sedang kamu tidak diuji...?

Tepuk dada. Tanya iman & muhasabah diri...
Sempurnakah kita dimata Allah??sempurnakah solat kita dan ibadat lain dimata Allah??
Jgn terlalu mencari salah pasgn,sedangkan kita subuh pun terbabas,apatah lagi nak bgun malam kejutkan pasgan Solat tahajud sma2...

Andai kmu rasa  kecewa,sedih dgn Jodohmu/nasibmu,byakkan sabar dan ingatlah sejarah Asiah yg berkahwin dengan firaun!.

Ubah diri sendri itu lbih baik ..inshaallah..
Jga Agma Allah,Allah akn jaga kita.

##SyurgaSeorangIsteri 😍😍😍

Ω‚Ω„ Ψ₯Ω† ΩƒΩ†ΨͺΩ… ΨͺΨ­Ψ¨ΩˆΩ† Ψ§Ω„Ω„Ω‡ فاΨͺΨ¨ΨΉΩˆΩ†ΩŠ ΩŠΨ­Ψ¨Ψ¨ΩƒΩ… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΩŠΨΊΩΨ±Ω„ΩƒΩ… Ψ°Ω†ΩˆΨ¨ΩƒΩ… ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ غفور Ψ±Ψ­ΩŠΩ…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan