expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 29 Mac 2019

Kelebihan Istighfar "Astaghfirullah alazim"


Saya nak kongsi ilmu pada sahabat, tentang istighfar ni, amalan arwah Tok Guru Baba Aziz dari Kelantan semasa masih hidup.

Dia kalau datang Kemaman, saya dan suami selalu jumpa dia. Dia selalu cakap pada saya dan suami.

Kita kena banyakkn istighfar. Hari-hari istighfar jangan tinggal, tetapi arwah Baba bagitahu saya, hanya sebut Astaghfirullahal'azim. Tu saja sebutannya. Arwah suruh baca Hari-hari sebanyak 300 kali. Jangan tinggal. Lepas saja kita istighfar, kita angkat tangan berdoa pada Allah mohon keampunan dulu. Lepas tu barulah kita mohon hajat kita.. Insyaallah..

Allah akan tolong kita dalam segala masaalah, dari kesempitan rezeki dan segala masalah kita yang tak boleh kita selesaikan. Allah akan selesaikan.

Ada seorang hamba Allah di Kemaman, anak dia hisap dadah. Ayah dia dah puas berubat. Macam-macam, tapi anak dia tetap hisap dadah. Sehinggalah dia jumpa arwah Baba Aziz. Baba hanya bagitahu dia. Kamu kena baca istighfar sebanyk 300 kali sampai 41 hari jangan tinggalkan biar cukup 41 hari, kalau tertinggal. Kena ulang semula sampai 41 hari.

Suami isteri kena baca. Berkat dengan keyakinan tu, mak dan ayah dia baca, Alhmdulillah, anak dia menjadi pulih. Sembuh dari ketagihan menghisap dadah..

Tok Guru kata, "kadang-kadang kita tak sedar masa zaman muda kita. Kita Ada buat salah. kita tak minta ampun pada Allah. Tu Allah beri pada anak-anak kita atau anak cucu kita. Dugaan pun tu atau sebaliknya."

Saya teringat pesannya. Kalau ada masalaah apa-apa. Istighifar hari2 sebanyak 300 ratus kali. Insyaallah. Allah akan permudahkan segala masalah kita. Bacaannya pendek.  Astagfirullahal'azim tu saja sebutannya. Amalkan setiap hari
Insyaallah segala masaalah besar atau kecil. Allah akan tolong.

Tok Guru kata. Ibarat kita nak sesuatu daripada Allah, tapi kita tak minta ampun dosa-dosa kita dengan Allah. Macam mana Allah nak kabulkn doa kita. Sebab kita dinodai dengan dosa-dosa. Tak kira dosa kecil atau besar.

Kalau kita tak minta ampun dariNya. Mana boleh minta terus tanpa kita memohon keampunan pada Allah.

Pakat-pakat kita  amal  😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan