expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 27 Mac 2019

*Nak buat bisnes apa ya?*


*Nak buat bisnes apa ya?*

Itu antara jenis soalan yang paling kerap Menjadi Persoalan dlm diri Kita.

Alhamdulillah..JOM Kita Kongsikan..

*12 sumber idea bisnes kecil untuk anda*
Memang ramai orang nak ceburkan diri dalam dunia buat bisnes ini. Cuma masalah paling besar yang ramai hadapi adalah untuk cari idea nak buat bisnes apa.

Jadi saya cuba kongsikan kat sini 12 sumber untuk anda lihat bagi menjana idea bisnes yang mungkin boleh dan sesuai untuk anda jalankan.

*#1. Berdiri depan cermin*

Ya! ini sumber paling utama yang anda boleh gunakan. Manalah tahu akan keluar idea bisnes bila anda berdiri depan cermin kat rumah tu.

Cuba berdiri depan cermin dan tengok muka anda yang comel tu. Lihat dan tanya orang kat depan tu apakah kemahiran yang dia ada yang boleh dijadikan sebagai sumber menjana pendapatan.

Paling banyak usahawan yang berjaya mulakan bisnes adalah dari kalangan mereka yang kenal pasti kemahiran yang dia ada. Kemahiran itu dijadikan asas untuk buka bisnes yang berjaya menjana duit yang banyak. Mereka mulakan secara kecil-kecilan dan akhirnya membesar menjadi sebuah syarikat yang punya ramai pekerja.

*#2. Perhatikan keluarga dan saudara mara*

Ini satu lagi sumber menjana idea bisnes yang mudah untuk dilakukan.

Tengok satu persatu semua saudara mara yang anda ada. Mungkin ada bisnes yang mereka buat yang anda boleh tumpang.

Ada banyak pendekatan yang boleh diambil. Mungkin ada saudara mara yang dah letih dengan bisnes yang mereka sedang jalankan dan tak ada orang yang mahu sambung usaha mereka. Kalau ada macam itu, pergi bincang dan tawarkan diri.

Mungkin juga anda boleh beli bisnes mereka, kalau mereka ada hasrat nak jual.

Atau paling mudah, pergi minta kerja kat bisnes keluarga atau saudara mara anda itu. Kerja dari bawah, dengan ikhlas bagi menjayakan bisnes mereka. Belajar semua selok dan belok perniagaan itu sampai anda mampu membuka pula satu lagi bisnes yang sama kepunyaan anda sendiri.

*#3. Cari dari syarikat tempat kerja anda*

Kalau anda sedang kerja makan gaji, kat tempat kerja anda itu boleh dijadikan sumber menjana idea bisnes yang bagus.

Cuba tengok samada syarikat tempat kerja anda ada terlepas pandang niche pasaran tertentu. Anda rasa ada potensi tapi nampaknya syarikat tak mahu terokai pasaran tersebut.

Jika ada, itu boleh dijadikan sebagai satu idea bisnes kecil yang segera yang boleh anda mulakan. Bab kemahiran dah tak payah nak risau lagi sebab anda memang dah duduk kerja kat syarikat tersebut dan sudah terlibat dengan perniagaan yang syarikat jalankan.

*#4. Idea bisnes yang syarikat anda tolak*

Tengok kat tempat kerja anda jugak. Ada tak idea bisnes yang anda syorkan atau rakan kerja lain cadangkan tapi boss tolak mentah-mentah. Itu biasa sangat berlaku kalau syarikat anda itu besar.

Idea itu anda boleh saja ambil untuk dijadikan idea bisnes kecil anda sendiri.

Atau mungkin ada idea bisnes yang syarikat anda dah cuba buat tetapi nampaknya gagal. Itu juga satu peluang untuk anda ambil dan jadikan idea bisnes kecil anda sendiri. Jangan ingat kalau syarikat besar gagal, anda tak boleh jadikan itu asas idea bisnes kecil anda.

Ramai yang berjaya setelah bawa keluar idea bisnes yang syarikat atau Boss kerja tolak dahulu.

Ada juga yang berjaya bila bawa keluar dan buat sendiri idea bisnes yang syarikat besar tempat mereka kerja dulu cuba buat tetapi gagal.



*#5. Baca majalah dan tengok Francais*

Pergi ke kedai buku seperti MPH umpamanya. Pergi cari bahagian majalah. Ada banyak majalah bisnes kat situ. Samada majalah dari dalam negara atau luar negara.

Beli dan balik baca. Tak jumpa dalam satu majalah, pergi cari lagi majalah lain pulak. Buat macam tu sampai tersembul idea bisnes keluar kat dalam kepala anda.

Selidik juga peluang jadi Francaisee dalam mana-mana tawaran dari syarikat Francais yang ada.

Banyak maklumat yang anda boleh jadikan idea bisnes kecil anda dari semua majalah tersebut. Biasanya mereka akan dedahkan potensi sesebuah industri dalam dunia perniagaan. Bacalah dan beleklah sampai jumpa.

*#6. Tengok kumpulan terpencil*

Setiap zaman akan ada saja kemunculan kumpulan terpencil yang semakin lama semakin membesar. Kumpulan Hipster, kumpulan Rap dan Hippies satu masa dahulu dan macam-macam lagi kumpulan boleh ada.

Masa saya masuk hutan ke perkampungan orang asli, orang luar seperti Pakistan dan Bangladesh usahakan bisnes kecil mereka dengan cuba memenuhi keperluan orang asli kat dalam hutan itu. Mereka hanya pakai motosikal EX5 dan ulang alik setiap hari dari luar masuk ke dalam kampung orang asli.

Cuba perhatikan kumpulan mana yang anda rasakan sedang berkembang. Cari apa produk atau perkhidmatan yang mereka perlukan. Pergi layan mereka dan penuhi keperluan mereka. Itu boleh jadi idea bisnes kecil yang amat menarik dan niche untuk anda lakukan.

*#7. Tengok orang tua*

Cuba perhatikan jumlah orang tua-tua yang ada di sekitar penempatan anda.

Anda akan dapati jumlah orang tua semakin lama semakin ramai. Zaman kita sekarang dan akan datang, kemudahan sistem perubatan semakin lama semakin baik. Itu antara sebab golongan tua semakin bertambah.

Golongan orang tua ini perlukan banyak bantuan dan perkhidmatan bagi menjaga kesihatan dan kehidupan mereka.

Apa saja bisnes yang dapat memenuhi semua keperluan ini punya potensi untuk membesar dalam masa terdekat ini. Jika anda ada kemahiran dan keupayaan berkaitan, itu mungkin boleh jadi satu idea bisnes kecil anda.



*#8. Tonton Astro*

Antara siaran TV yang saya suka tengok kat Astro adalah seperti siri kemahiran ubah suai rumah, kemahiran reka pakaian, kebolehan buat kolam mandi, kebolehan buat kolam ikan, kebolehan jinakkan anjing dan binatang peliharaan lain, kemahiran buat semula kenderaan lama dan antik, buat rumah atas pokok dan macam-macam kebolehan lagi.

Yang paling menarik dan saya suka tengok adalah siri khidmat pulihkan perniagaan restoran yang sedang hadapi masalah.

Semua itu adalah sumber idea bisnes yang boleh dijadikan inspirasi idea bisnes kecil anda.

Siaran TV seperti itu juga banyak membuka maklumat tentang aktiviti atau permintaan yang sedang menjadi trend semasa. Itu juga boleh berikan suntikan idea bisnes pada anda.

Ada seorang kawan yang menjana antara RM500 ribu ke RM 1 juta setahun hanya dengan merancang perjalanan kembara ke seluruh dunia di tempat-tempat yang menarik yang dia sendiri dah pernah pergi dan tahu selok beloknya.

Dia buat secara solo dan berjaya anjurkan sekurang-kurangnya satu trip satu bulan. Satu trip dia akan kumpulkan jumlah peserta antara 25 orang ke 30 orang.

*#9. Beli syarikat tempat anda kerja* 🤣👍🏻

Ini mencabar sikit. Tapi dah biasa sangat orang buat. Dan memang boleh dibuatpun. Orang putih panggil Management Buyout(MBO).

Kalau anda dah lama dalam syarikat tu, dah fasih sangat selok beloknya dan lihat pihak pengurusan yang ada macam keletihan dan ketandusan idea tak ada stamina. Apa kata buat cadangan untuk beli dan ambil alih serta pusing majukan lagi syarikat tempat anda kerja itu.

Kalau tak boleh beli keseluruhan syarikat, anda boleh beli sebahagian dari bisnes syarikat itu dan pecahkan menjadi satu entiti bisnes baru yang mana anda jadi pemilik dan penerajunya sekarang. Masih boleh jalinkan kerjasama dalam keadaan menang-menang antara bekas majikan dan syarikat baru anda.

*#10. Cari ilham masa kembara* (antara pilihan yg saya pilih setakat ini)

Pergi jalan atau mengembara ke tempat orang. Tak kisah samada kat dalam negara atau luar negara. Buka mata dan perhatikan apa yang mereka buat. Apa bisnes yang orang luar buat.

Mungkin anda boleh tiru dan buat yang sama kat tempat anda dan sudah tentu dengan suntikan idea yang lebih padu dan menarik.

*#11. Rapat dengan orang ini*
*Kawan dan rapatkan diri dengan para profesional seperti akauntan, lawyer atau pegawai bank komersial.*
 Juga cari kawan yang ada akses kepada aktiviti iklan perniagaan, broker jual syarikat dan lain-lain seumpamanya.

Mereka ada banyak maklumat berkenaan bisnes yang sedang teruk atau ada niat nak jual dengan harga yang berpatutan.

Bila ada peluang yang menarik dan sesuai dengan kemahiran dan keupayaan anda, beli saja.

*#12. Ingat balik idea lama* (pilihan yg Baik.,Sekiranya ada Modal)
Cuba ingat semula masa kecil anda sekolah dahulu. Masa sekolah rendah atau sekolah menengah. Mesti ada terlintas idea bisnes yang memang anda suka sangat dan teringin nak buat.

Apa kata kemas kinikan maklumat dan jadikan itu sebegai sumber idea bisnes kecil anda sekarang.

Apa idea bisnes kecil anda
Lengkap sudah 12 sumber idea bisnes kecil yang boleh anda cuba korek dan laksanakan.

Bila dah dapat idea, itu hanyalah satu permulaan kecil sahaja. Masih jauh lagi perjalanannya. Masih ada lagi banyak perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum idea bisnes anda itu berjaya direalisasikan.

Tapi, carilah dulu satu idea bisnes. Bab2 itupun ramai yang terkebil-kebil hilang arah. Sedangkan itu baru satu langkah mula dalam satu perjalanan yang lebih dari seribu langkah.

Langkahlah dulu setapak, kalau itupun tak buat, jangan  mimpi mahu sampai ke sasaran ( aim🏹 ) .

Nanti kita akan berkongsi  langkah seterusnya yang perlu kita buat bila dah tercetus satu idea bisnes kecil kecilan. Insyaallah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan