expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 18 Mac 2019

Tips Penguasaan Bahasa,sebutan dan Bunyi


Dr Tan:
CAKNA EJA HURUF "S" - HALAMAN 1500-1520

sinkop ❌
sinkope ✅

sigenal❌
signal ✅
sinyal ✅(tanda alamat, tanda isyarat)

siratulmustaqim ❌
siratul mustakim ❌
siratulmustakim✅ (jalan yang benar)

sireh ❌
sirih ✅

sirkirt ❌
sirkuit ✅ (siri atau rangkaian pertandingan)

sirsah ❌
sirsak ✅(durian belanda)

sit-kom ❌
sit kom ❌
sitkom ✅ (siri komedi)

citrus ❌
sitrus ✅(tumbuhan seperti limau, oren, lemon)

sia ✅(sejenis ikan)
siya ✅ (mangkuk tingkat / bekas bertingkat-tingkat tempat menaruh makanan / mangkuk tepen)

skandel ❌
skandal ✅(perbuatan keji (malu, hina, aib, yang menimbulkan kemarahan orang ramai)

skaf ❌
skarf ✅(kain segi empat yang dipakai di kepala (sebagai tudung) atau pada leher atau bahu sebagai perhiasan)

skima ❌
skema ✅

skit ❌
skirt ✅

skope ❌
skop ✅(bidang)

skuash ❌
skuasy ✅ (sejenis permainan / sukan)

skuash ❌
skuasy ✅ (minuman jus buah-bahan yang ditambah air atau gula)

slaide ❌
slaid ✅

selanga ❌
slanga ✅(kata-kata percakapan tidak rasmi)

smagel ❌
smakel ✅ (penyeludupan)

smuking ❌
smoking ✅ (sejenis perhiasan pada pakaian dengan mengedutkan kain dan dimatikan kedut itu dengan jahitan)

snak ❌
snek ✅ (makanan ringan)

snek bar ❌
bar snek ❌
snekbar ✅(tempat menjual makanan ringan)

snurkel ❌
snorkel ✅(alat yang terdiri daripada gogal, penutup hidung, dan tiub untuk membolehkan penerang bernafas ketika mukanya menangkap di dalam air)

snorkeling ❌
bersnorkel ✅(berenang dengan memakai snorkel)

snoker ❌
snuker ✅ (sejenis permainan memukul bola-bola berwarna di atas meja untuk dimasukkan ke dalam lubang lada penjuru meja)

sof ball ❌
sofbol ✅(permainan besbol yang menggunakan bola yang lebih besar San lebih lembut)

sofestikasi ❌
sofistikasi ✅(sifat yang kompleks)

solariom ❌
solarium ✅ (bilik daripada kaca sebagai tempat menikmati cahaya matahari, terutamanya untuk merawat penyakit / menjadikan kulit lebih perang)

sojar ✅
soljar ✅ (tentera)

sombreror ❌
sombrebro ✅(sejenis topi yang tepinya lebar, seperti yang dipakai oleh orang Mexico)

sopan-santun ❌
sopan santun ✅

suprano ❌
soprano ✅(nada suara perempuan atau kanak-kanak yang tertinggi dalam nyanyian)

soksek-soksek ✅
soseh-soseh ✅(percakapan tidak jelas)

sosio-budaya ❌
sosiobudaya ✅(hubungan masyarakat dengan budaya)

Terima kasih kerana sudi singgah xD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan