Selasa, 19 Mac 2019
Wang tidak lagi Bernilai
Peristiwa Selepas Pembaiatan Imam Mahdi
KEHANCURAN EKONOMI KAPITALIS RIBAWIYAH DAN KEBANGKITAN ERA DINAR DAN DIRHAM
Perkara lain yang turut mengiringi kedatangan Al Mahdi ialah kehancuran sistem ekonomi kapitalis. Riba menjadi salah satu elemen paling penting dalam demokrasi. Indikasi paling jelas ialah masalah ekonomi, sosial dan politik US yang sedang menuju keruntuhan.
Fasa kehancuran ekonomi kapitalis ribawiyah ini akan menjejaskan dunia secara umum diawal keruntuhannya. Bayangkan apabila bank-bank tidak beroperasi apabila ekonomi dunia sudah runtuh. Wang kertas hanya bahan bakar dan syiling pula menjadi mainan kanak-kanak.
Nilai dan harga mata wang bergantung kepada kredibiliti dan kekuasaan yang dimiliki oleh kepimpinan sesebuah negara. Ketika sebuah kerajaan digulingkan dan diganti dengan kerajaan yang mahu wang kertas dihapuskan, secara automatik wang kertas tidak bernilai lagi.
Ini yang berlaku kepada negara-negara secara umum. Sistem ekonomi mereka terjejas teruk akibat peperangan dan perebutan kuasa. Bencana alam juga mampu membuatkan ekonomi terjejas teruk sekaligus melenyapkan sebuah kota besar.
Kehancuran bersifat global akan menyebabkan kepimpinan sesebuah negara kucar-kacir dan sistem keamanan tidak berfungsi. Industri penyumbang pembangunan ekonomi juga terjejas. Setiap orang hanya memikirkan diri masing-masing. Pada waktu itu wang kertas ternyata bukan material kewangan yang sebenar.
Apabila Islam sudah menakluki negara -negara besar dunia, sudah pasti nilai matawang itu tidak berharga lagi. Ini kerana nilai matawang sesebuah negara akan terjejas dan runtuh apabila pemerintahannya mengalami krisis. Sistem ekonomi gaya kapitalis mereka juga akan dilenyapkan. Ini sekaligus memberi impak kepada negara-negara lain yang nilai matawang negara-negara itu. Contoh terbaik ialah 'dollar'.
Pada ketika inilah Imam Mahdi akan mengaplikasikan sistem ekonomi yang digunakan oleh Rasulullah SAW iaitu dengan menggunakan dinar (emas) dan dirham (perak)
Info
Dizaman Rasulullah SAW, sebahagian manusia sudah menggunakan wang kertas sebagai sebahagian alat tukaran dalam perdagangan. Namun alag tukaran yang banyak digunakan ketika itu ialah emas dan perak. Ia sering digunakan oleh bangsa Parsi dan Romawi. Ada juga beberapa daerah yang menggunakan logam lain sebagai alat tukar. Rasulullah SAW hanya menyarankan penggunaan emas dan perak (dinar dan dirham)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan