expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 22 April 2019

*_HIKMAH ALLAH MERAHSIAKAN KEMATIAN KITA_*


*_HIKMAH ALLAH MERAHSIAKAN KEMATIAN KITA_*


Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah berat yang mengalami proses penghakiman yang ada kalanya memakan masa 2, 3, 4 atau 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung sampai mati oleh Tuan Hakim.

Sekiranya hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan terhadap semua banduan akhir beragama Islam pada pagi Jumaat.

Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sampai mati, maka namanya diketika itu akan menjadi "Banduan Akhir" dan biliknya akan diasingkan.

Andai kata Hakim menjatuhkan hukuman pada hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu dan Khamis sahaja.

Hakim: "Maka dengan ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini di antara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi."

Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan....lututnya dah tak mampu untuk berdiri

Sebab apa?

Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari saja lagi

Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.

Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorang diri.

Diketika itu, kita akan tenguk bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya.

Sentiasa membaca Al-Quran.

Bila ustaz berkunjung ke sana, inti percakapan dan nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata.

"Saya banyak dosa ustaz"

"Saya telah abaikan tanggungjawab saya."

"Tanggungjawab saya terhadap ibu, ayah, isteri, anak-anak serta kaum keluarga saya, ustaz".

Pergilah waktu mana pun, kita akan lihat banduan akhir ini berdiri di depan Allah... solat.

Solatnya panjang, zikirnya lama... Qurannya dibaca dengan khusyuk dan hal keadaannya banyak mengadu kepada Allah SWT.

Kenapa?

Sebab dia tahu umur dia tinggal 2 atau 3 hari lagi.

Bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung.

Agak-agak malam itu dia nak tidur lagi ke?

Tak tidur dah....

Manusia yang dah tahu ajal nya, dia dah tak boleh tidur dah..

Sebab itu diantara rahmat Allah yang Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan-minum, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh beraktiviti, bersantai dan sebagainya.

Sekiranya kita tahu lagi sebulan ajal kita akan sampai, nescaya sebelum sebulan lagi kita dah tak akan main-main lagi.

Tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kepada kita semua.

Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung daripada kita semua.

Sebab dia tau bila nak bertaubat.

Dia sempat bertaubat...

Alhamdulillah.

Kebanyakan manusia yang dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pada Allah SWT sebab tak tau bila nak mati.

Ada yang mati mengejut

Ada yang mati terkejut

Maka banduan akhir ini pada malam jumaat, dia beruntung sempat mengaku di hadapan Allah.

"Ya Allah aku berdosa terhadap Mu ya Allah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepada Mu ya Allah!

Ya Allah ampunilah dosa-dosa ku ya Allah!!".

Maka datang daripada seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dalam hatinya menghadap Allah.

Beruntunglah dia.

Malam itu, banduan akhir ini akan diberi pilihan untuk memilih makanan terakhir

Agak-agak banduan akhir ni nak pilih apa?

Kebanyakan banduan akhir ini TIDAK lagi akan memesan apa-apa makanan...dah tak lalu nak makan.

Sebab esok hari bila dia bangun, di akan terus ke tali gantung....bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yang dia TIDAK akan tidur.

Kebiasaannya kes banduan akhir ini esok selepas sahaja dia solat subuh, hukumannya MESTI dijalankan diantara jam 6 hingga 7 pagi.

Maka BENARLAH apa yang Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati.

Walau pun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.

Itu Rahsia Allah.

Mungkin ia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47 pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.

Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang untuk bercakap dengan ahli keluarganya.

Tapi...tidak ada ungkapan yang akan keluar.

Hanya peluk dan tangisan...dah tak mampu nak bercakap dah.

Nak cakap apa pun dah tak boleh.

Nak cakap apa lagi?

Nak suruh siram pokok bunga yang dia tanam?

Tidak ada apa yang boleh dipesan diketika itu.

Yang boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ;

"Maafkan ayah...Maafkan ayah".

Bila peluk isteri..."maafkan abang, maafkan abang".

Itu sahaja.

Nak kemaafan sahaja disaat-saat akhir itu

Kemudian, dia akan dibawa dari situ lalu digantung.

ALLAH merahsiakan kematian itu untuk saya dan untuk kita semua agar saya dan kita semua sentiasa melakukan persiapan untuk bertemu dengan NYA...

Ada kah kita sudah membuat PERSIAPAN?

Tepuk dada tanya iman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan