Rabu, 24 Julai 2019
*SAHABAT SYURGA KU*
*SAHABAT SYURGA KU*
*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya.*
*Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.*
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*
*Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya,*
*Ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat,*
*Ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang.*
*Kusendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,*
[ ]
*Menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela sa’at berukhuwah*
kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum.
Kuteringat satu kata-kata;
*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.*
*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh..."* (Saidina Umar Al-Khattab)
*Kuingin kalian tahu diri ini menyayangi kalian kerana Allah.*
*Walau sukar mengungkap kata sayang itu bukan keegoan tetapi tulisan tangan dan perbuatan menjelaskan.*
*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*
*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepada-Nya.*
*Buang segala sifat tercela di hati. Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.*
*Di Syurga pasti*
*bertemu kembali*
Moga bermanfaat .. Aamiin 33
*_InsyaAllah_*
😊😃😊
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan