expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 1 Ogos 2019

*DOSA MEMBURU DI MANA-MANA*


*DOSA MEMBURU DI MANA-MANA*

Tuhan! Dosa memburu di mana-mana sahaja
Ia memburu tidak kira masa dan tempat
Sasaran buruannya adalah manusia sebagai hamba-hamba-Mu
Aku adalah salah seorang buruannya
Aku selalu sahaja menjadi mangsanya
Dosa ibarat semut berada di mana-mana dan setiap masa ada
Siapalah yang dapat melarikan diri daripada buruannya
Kalau kita berhati-hati pun tidak dapat dielak daripada digigit semut
Betapalah kita tidak mempedulikannya lebih-lebih lagi menjadi sasaran serangannya yang lebih lagi kerap berlaku
Aku sedih Tuhan, aku bimbang selalu
Jiwaku tidak tenang, gelisah selalu
Bukan sahaja dosa-dosa menimpa aku di jalan-jalan, di pasar-pasar, bahkan di rumah dan di masjid pun berlaku
Di dalam sembahyang pun dosa memburu aku
Waktu berpuasa, membaca Al Quran, bercakap tentang ilmu
Bahkan sedang memperkatakan tentang dosa pun terjatuh di dalam dosa
Aduh di mana aku hendak lari dari dosa Tuhan!
Dosa ibarat semut berada di mana-mana dan berada di setiap masa
Kalau di dalam sembahyang, di waktu membaca Al Quran, di dalam majlis ilmu dosa tetap memburu aku
Bagaimanakah jiwa aku mahu tenang
Bagaimana aku mungkin boleh terlepas daripada kebimbangan?!
Justeru itu lepas sembahyang aku bimbang
Selepas membaca Al Quran aku tidak tenang
Bahkan selepas bangun tidur pun
Aku merasakan aku sedang diburu dosa
Aduh kalau bukan dengan rahmat-Mu Tuhan
Aku pasti binasa

darimursyidku

#JUST_SAY_ALHAMDULILLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan