✍🏻 *ZINA MENUTUP PINTU REZEKI*
ZINA bermaksud melakukan persetubuhan seks tanpa ikatan yang sah sama ada secara rahsia atau kerelaan hati.
Pada zaman moden ini, budaya pergaulan bebas dalam kalangan anak muda tiada batasnya sehingga kadang kala membawa ke kancah maksiat.
Kemungkaran ini seharusnya dielakkan kerana bukan sahaja memberikan kesan negatif dalam kehidupan seseorang malah turut menyebabkan pintu rezeki tertutup luas buat mereka.
Jika seseorang sudah berzina, maka Allah akan menimpakan kepadanya kesusahan dan azab, seperti susah dapat pekerjaan, susah bayar hutang, rumah tangga tidak bahagia dan sukar mendapat anak.
Dalam erti kala yang lain, penzinaan merupakan suatu yang sangat keji,
kerana ia adalah punca nasab (keturunan) menjadi kacau bilau dan manusia saling bunuh membunuh kerana mempertahankan kehormatan.
Dari sudut yang lain, zina merupakan satu ‘pembunuhan’ kepada masyarakat kerana memuaskan nafsu syahwat melalui zina menjadikan kehidupan secara suami isteri dilihat tidak lagi perlu.
Ia juga menjadikan keluarga sebagai suatu tanggungjawab yang tidak mustahak,
sedangkan keluarga merupakan tapak semaian yang baik bagi anak² kecil.
Allah berfirman :
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰىٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلًا (٣٢)
"Dan janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji
dan satu jalan yang jahat
(yang membawa kerosakan)."
(Al-Isra' 17: Ayat 32)
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan