expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 2 Januari 2020

Nasihat SENTAP untuk Diri


Bismillahirahmanirahim

* Jangan terlalu gembira dan riak dengan pencapaian anak di dunia. Tetapi berbanggalah dalam senyap dengan kejayaan Akhirat mereka, itu lebih utama.

* Tidak perlu sebar hal peribadi di dalam media sosial semata-mata ingin meminta perhatian. Gembira mempamerkan hal peribadi pada umum dan gemar sikap menunjuk-nunjuk.

* Kerana cukuplah dengan menadah tanganmu di atas tikar sejadah dalam diam tanpa diketahui manusia. Tetapi, zahirkan segala rasa itu kepada Allah SWT bagi mengelak dirimu wujud sifat riak tanpa disedari.

* Tidak perlu untuk berkongsi segala perihal keluarga pada umum, cukuplah hanya diketahui keluarga sahaja. Dunia hanya sementara tetapi yang dibawa mati adalah Ilmu Akhirat.

* Belajarlah untuk menjaga hati ibubapa dan anak-anak lain yang kurang bernasib baik. Pasti mereka akan bersedih hati dan berasa rendah diri serta hilang semangat gara-gara sifat buruk (riak) kita.

* Cemerlang di dunia tidak menjanjikan Syurga menjadi milik mereka. Cemerlang akademi juga tidak akan memastikan saat anda sakit, tua dan meninggal dunia kelak anak Itu yang akan menjaga, mengurus dan mendoakan anda.

* Oleh itu, jangan ada sifat riak, sombong, bongkak dan suka mempamerkan apa yang dipinjamkan Allah untuk seketika pada anda. Kerana Dia berkuasa untuk menarik kembali apa yang telah dipinjamkan.

Pesanan buat diri ini dan anda semua  supaya lebih berhati walaupun hanya satu huruf kita taip semua akan di hisab di akhirat.. Allahu 😞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan