Jumaat, 24 April 2020
*PUASA SAH ATAU TIDAK?* Hidu asap Rokok dan minyak wangi??
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
*PUASA SAH ATAU TIDAK?*
*BATAL PUASA ATAU TIDAK?*
Siri 3
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Jawapan oleh:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
_sambungan...._
*Soalan 6:*
Apa hukum hidu minyak wangi, hidu asap rokok, sedut shisha, hisap rokok.
*JAWAPAN:*
Persoalan hidu minyak wangi, hidu asap rokok, sedut shisha, hisap rokok ketika sedang puasa.
*6.1 Hidu Minyak wangi atau gaharu atau wangian bunga*
TIDAK batal puasa jika hidu minyak wangi atau gaharu, kerana ianya hanya mengandungi bau dan tiada jirim kasar. dan lagi ia adalah sebagai mengikut laluan udara dan tidak termasuk didalam kategori sengaja masukkan suatu dalam rongga. (Berbeza dengan hukum hisap rokok atau sedut wap manisan, ini batalkan puasa. rujuk keterangan di bawah)
*6.2 Hisap rokok, sedut gam*
BATAL puasa jika hisap rokok, tembakau, sedut gam, hisap shisha dsb yang sememangnya mengandungi jirim kasar dan bau.
Hisap rokok atau sedut wap manisan adalah pada _uruf_ nya (adatnya) sama seperti minum air, iaitu memasukkan suatu kedalam rongga dengan sengaja, maka BATAL puasa nya.
*6.3 Terhidu asap kenderaan*
TIDAK batal puasa jika terhidu asap kenderaan di jalanan, atau asap dari pembakaran kerana tidak dapat dielakkan.
TIDAK batal puasa jika terhidu asap rokok orang lain, jika tidak dapat di elakkkan. Tetapi akan BATAL puasanya jika sengaja duduk disebelah orang hisap rokok dengan tujuan menyedutnya.
*6.4 Inhaler untuk rawatan:*
Inhaler yang di gunakan oleh pesakit asthma, lelah dsb. adalah sama seperti menghisap rokok, iaitu menyedut sejumlah jirim melalui mulut atau hidung, maka Ulama2 Ahlus Sunnah zaman ini fatwa bahawa BATAL puasa nya.
Jika seseorang menghidap penyakit2 ini berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, maka dia termasuk didalam orang2 yang di uzurkan dari berpuasa. orang seperti ini wajib bayar fidyah.
Rujukan :
…………………
Kata Shaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, menukil kata2 Shaikh Taifi dan Imam Ibnu Hajar Al-Haythami:
"Maka tembakau itu apabila disampaikan asapnya kepada rongga, batallah puasa dengannya. di bezakan asap tembakau dengan asap setanggi (gaharu / bakhoor) bahawa asap tembakau itu di qasad dirinya ( 'ain nya atau zatnya) dan bau nya sedang asap setanggi diqasadkan bau nya tidak dirinya. dan lagi asap tembakau itu disampaikan kedalam rongga dengan perbuatan di atas kelakuan suatu yang di minum, maka sampainya kedalam rongga lebih banyak daripada apa yang sampai daripada asap setanggi. "
[Sabilal Muhtadin]
_________
Wallahu A'lam
bersambung...
in shaa Allah....
_________
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
#Sharing_is_caring
#Just_say_Alhamdulillah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan