expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 2 Mei 2020

*7 RAHMAT DI DALAM SURAH AL-KAHFI*


*بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد*

*7 RAHMAT DI DALAM SURAH AL-KAHFI*

Besar ganjaran orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat sehingga dikurniakan cahaya (rahmat) di antara 2 Jumaat.

Apabila diteliti isi kandungan surah yang ke-18 itu, ternyata terdapat 7 kalimat rahmat yang terkandung di dalamnya. Mari kita telusuri satu persatu:

١) *{.. رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً..}*

*[الكهف: 10]*

1. _"...Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu..."_

*(Al-Kahfi: 10)*

٢) *{.. يَنشُرْ لَكُمْ رَبُّكُم مِّن رَّحْمَتِهِ..}*

*[الكهف: 16]*

2. _"...nescaya Tuhanmu akan melimpahkan sebahagian rahmat-Nya kepadamu..."_

*(Al Kahfi: 16)*

٣) *{ وَرَبُّكَ الْغَفُورُ ذُو الرَّحْمَةِ ۖ ... }*

*[الكهف: 58]*

3. _"Dan Tuhanmulah yang Maha Pengampun, lagi mempunyai rahmat..."_

*(Al-Kahfi: 58)*

٤) *{ ... آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا..}*

*[الكهف: 65]*

4.  _"...yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami..."_

*(Al-Kahfi: 65)*

٥) *{ ... وَأَقْرَبَ رُحْمًا }*

*[الكهف: 81]*

5. _"...dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapanya)"_

*(Al-Kahfi: 81)*

٦) *{ ... رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ ۚ ... }*

*[الكهف: 82]*

6. _"...sebagai rahmat dari Tuhanmu..."_

*(Al-Kahfi: 82)*

٧) *{ قَالَ هَٰذَا رَحْمَةٌ مِّن رَّبِّي ۖ ...}*

*[الكهف: 98]*

7. _"Dzulqarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku...,"_

*(Al-Kahfi: 98)*

💡Ada 7 rahmat (kasih sayang) di dalam surah al-Kahfi. Cukup untuk 7 hari dalam 1 minggu.

 Rasulullah ﷺ bersabda:

*ﻣَﻦْ ﻗَﺮَﺃَ ﺳُﻮْﺭَﺓَ ﺍﻟْﻜَﻬْﻒِ ﻓِﻲ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟْﺠُﻤْﻌَﺔِ ﺃَﺿَﺂﺀَ ﻟَﻪُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨُّﻮْﺭِ ﻣَﺎ ﺑَﻴْﻦَ ﺍﻟْﺠُﻤْﻌَﺘَﻴْﻦِ*

_"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat (1 minggu)."_

*(HR. Al-Hakim, 2/368 dan Al-Baihaqi, 3/249; Ibnu Hajar berkata hadis ini hasan)*

🖋 *Fahmi Ramzan*

#MotivasiQurani
#MogaBermanfaat
#Just_say_Alhamdulilah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan