expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 18 Mei 2020

HAKIKAT WUDHUK


HAKIKAT WUDHUK

________________________________________
Tanpa wudhuk yang sah, tidak diterima solat seorang hamba itu sia-sia sahaja di sisi Tuhan. Namun di ruangan kita bukan hendak bercerita mengenai rukun wudhuk. Bab itu telah banyak sekali dibicarakan oleh ustaz fekah dan juga tok guru syariat. Di ruangan ini, marilah kita selami akan hakikat dan makna sebenar apa yang dinamakan sebagai wudhuk itu.

________________________________________
Apakah tujuan sebenar kita berwudhuk? Kalau tujuannya hendak membersihkan kekotoran zahir, lebih baik mandi saja. Atau pun basuh dengan hand sanitizer, pasti hasilnya lebih bersih dan sempurna. Jika hendak sucikan kotoran zahir, mengapa tidak basuh sekali bahagian kemaluan, itu kan lebih kotor lagi berbanding muka, tangan, kepala, dan kaki?

________________________________________
Firman Allah, ertinya:
"Hai orang- orang yang beriman. Apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka hendaklah kamu basuh mukamu, dan basuhlah tanganmu hingga ke siku, dan sapulah kepalamu, dan basuhlah kakimu sampai ke buku lali".

________________________________________
MEMBASUH MUKA
Adapun hakikat membasuh muka, membawa erti sebelum bersolat, haruslah terlebih dahulu membersihkan atau membuang segala sifat bermuka- muka yang ada pada diri kita. Seperti sifat megah, sombong, kemuliaan, kebesaran dan sebagainya. Ini kerana yang dikatakan sebagai hamba itu, sifatnya tawadduk, rendah diri, dan merasa hina dan kerdil di sisi-Nya. Kembalikan segala sifat itu kepada Allah.

________________________________________
MEMBASUH TANGAN
Adapun hakikat membasuh tangan, membawa erti sebelum bersolat, haruslah terlebih dahulu membersihkan atau membuang dari diri kita segala sifat "aku berkuasa", "aku orang kuat", "aku orang besar", "aku orang hebat" dan sebagainya. Tangan yang dimaksudkan adalah simbol kepada kuasa dan kekuatan manusia. Ini kerana yang dikatakan sebagai hamba itu, sifatnya lemah, longlai, tidak berkuasa. Pulangkan sifat-sifat itu kepada Allah.

________________________________________
MEMBASUH KEPALA
Adapun hakikat membasuh kepala, bermakna sebelum dan ketika kita bersolat, kita mesti bersihkan fikiran kita dari segala sifat syirik dan juga dualiti, dan haruslah menumpukan segala perhatian kepada Allah. Kepala yang dimaksudkan di sini adalah merasa keAkuan diri, aku yang bersolat, aku yang beramal ibadat, aku yang berkehendak dan berkudrat untuk berbuat dan lainnya lagi. Kembalikan segala sifat itu kepada yang empunya sifat.

________________________________________
MEMBASUH KAKI
Adapun hakikat membasuh kaki, adalah kita haruslah membetulkan jalan perjalanan kita hanya untuk satu tujuan, iaitu Allah Taala. Dan lagi, membasuh kaki itu, simboliknya kepada menanggalkan terompah ilmu yang kita pakai selama ini. Kerana yang dinamakan sebagai Allah itu, Dia tidak berupa, tidak bersuara, tidak berjirim, tidak berjisim, dan tidak bersifat. Jika kita sekadar menyembah Allah melalui jalan ilmu semata-mata, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya selama ini, kita hanyalah menyembah ketiadaan.

#C/P 
#sharing_is_caring
#Just_Say_Alhamdulillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan