expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 15 Mei 2020

🌹MUSLIMAH HIGH CLASS 🌹


🌹MUSLIMAH HIGH CLASS 🌹

Siapa dalam kalangan kita nak jadi MUSLIMAH HIGH CLASS? Angkat tangan🙋🏻‍♀️

Kalau soalan itu yang K. Tikah tujukan, mesti ramai yang angkat tangan kan? Kenapa? Kerana dalam hati kita mesti ada sedikit rasa ingin menjadi wanita muslimah yang berstatus high class. K. Tikah sendiri semasa zaman kejahilan, apabila melihat wanita yang solehah, terpuji akhlaknya datang perasaan cemburu. Ini kerana fitrah kita inginkan kepada kebaikan. 😊

Apa ciri-ciri WANITA HIGH CLASS? 

🌹 *TAKUT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA*

Takut yang macam mana? Seperti melihat harimau? Bukan. Andai melihat harimau mendekat kita lari. Takut kepada Allah, kita makin mendekat. Beriman dan bertaqwa kepada Allah dan rasulNya. Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. Hidupkan sunnah2 nabi. 

🌹 *SABAR DAN SOLAT*

Setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Setia dalam solat, baca al-quran dan zikir. Setia dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibu bapanya, kepada suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang digariskan dalam islam dan mencontohi  sikap Nabi Muhammad s.a.w. Setia menghadapi ujian yang diberikan Allah dalam peta kehidupannya. BUKAN SETIA BERMAIN CINTA DENGAN AJNABI HINGGA LALAI KEPADA CINTA ILLAHI. 

🌹 *BERANI UNTUK BERUBAH*

Berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari. Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkahlah perlahan-lahan. Abaikan suara2 sumbang yang kedengaran. Change is never easy. But, remember that Allah always with you. For me. For us. He brings us this far, so He’ll help us go through this. Believe that, Allah is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain. He sees, He hears, and He is never too far.”

Jom jadi WANITA HIGH CLASS. bangun pagi motivasikan diri:

_Aku Muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurga-Nya bersama orang yang aku sayang.Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga. Syurga itu Mahal, dihuni oleh orang-orang Mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah). Bukan yang sebaliknya. Maka aku memulakan langkah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam Bismillah_

😊❤

-siput pink -

#c/p 
#Sharing_is_caring
#Just_say_Alhamdulillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan