expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 22 Jun 2020

💌KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN💌


Tazkirah Untuk Ingatan Diri Sendiri.....

KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN. JOM FIKIR2KAN DAN BERMUHASABAH.

Kita, kehidupan kita dan umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom kita sifir dan apa maksud di sebalik jawapannya serta renungkanlah;

7x 1= 7
Ketika umur di sifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal  dosa pahala. Kita belum fikir tentang masa depan 

7x 2=14
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

7 x 3=21
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

7 x 4= 28
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup dan kewangan serta mencari pasangan hidup untuk membina keluarga yang bahagia.

7 x 5= 35
Tahap penting utk membina keluarga. Ingin mempunyai kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya. Namun ada juga yang kecundang di peringkat ini dengan bebanan hutang dan perceraian rumahtangga.

7 x6=42
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin meningkat. Ini bukan lagi masa utk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba mengumpul harta sebanyak mungkin sebelum bersara dari pekerjaan.

7 x 7=49
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

7 x 8= 56
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi. 

7 x 9= 63
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat dan mendekatkan diri pada pemilik kita perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad SAW. Banyak yg berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus. 

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Ingat!! Berapa ramai pula yg tak lepas sifir 7. Ada yg berhenti di tangga 1, ramai juga yang umurnya ditangga ke 3.

■ Hidup ini hanya sementara sahabat2ku dan ahli keluarga ku. Kejarlah akhirat sebelum kita tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. 

■ Umur yg kita lalui hari ini adalah di atur dan dianugerah dari Allah SWT  sebagai pelakon di pentas dunia yang sementara ini.

■ Hargailah dengan banyak mengingati Allah. Kumpulkan bekalan yg akan kita bawa ke sana. Walau di tangga mana pun kita sekarang berada, jangan tangguh kerana mati itu misteri, tidak akan cepat atau lewat walau pun sesaat .                                       

Kita sama2 renung dan fikir fikirlah.....

#Sharing is caring
#Just_say_Alhamdulillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan