expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 11 Mac 2017

*ISTERI KERAP MEMARAHI SUAMI MEMPERCEPATKAN PENUAAN SUAMI*

Al-kisah, Imam Asy-Syafi'i adalah generasi tabi'it tabi'in atau generasi kedua setelah generasi sahabat Rasulullah SAW.

Imam Asy-Syafi'i terkenal sebagai ulama' mujtahid fiqh. Suatu ketika beliau sedang berijtihad, beliau menghadapi masalah utk menentukan ukuran 1 sho' = 4 mud, kerana waktu itu ukuran 1 mud bersamaan dgn 1 cakupan kedua telapak tangan. Ini dirasakan tidak adil kerana cakupan tangan orang yg besar ukuran mud menjadi banyak, sedangkan orang yg cakupan tangannya kecil maka ukuran mud menjadi sedikit.

Kemudian Imam Asy-Syafi'i berinisiatif pergi ke kota Madinah utk bertemu dgn orang yg paling tua, kerana mungkin orang yg paling tua di sana pernah bertemu (semasa hidupnya) dgn Rasulullah SAW.

Setelah menemui seorang tua, Imam Asy-Syafi'i bertanya, "Pak Cik berumur berapa tahun?

Pak Cik menjawab, "Umurku 75 tahun."

Imam Asy-Syafi'i bertanya lagi, "Adakah Pak Cik pernah bertemu dgn Rasulullah?"

Pak Cik menjawab, "Oh tidak, cuba kamu bertanya kpd bapaku."

Imam Asy-Syafi'i pun menemui bapanya kemudian bertanya, "Umur Pak Cik berapa tahun?"

Bapa Pak Cik itu menjawab, "Umurku 100 tahun."

Lalu Imam Asy-Syafi'i bertanya lagi, "Adakah Pak Cik pernah bertemu dgn Rasulullah?"

Bapa Pak Cik itu menjawab,

"Oh tidak, cuba kamu bertanya kpd bapaku."

Lalu Imam Asy-Syafi'i menemui seorang tua dan beliau bertanya, "Umur datuk berapa tahun?"

Datuk itu menjawab, "Umurku 125 tahun."

Imam Asy-Syafi'i terus bertanya, "Adakah datuk pernah bertemu dgn Rasulullah?"

Datuk itu menjawab, "Ya, aku pernah bertemu dgn Rasulullah SAW."

Singkatan cerita, akhirnya Imam Asy-Syafi'i dapat menyelesaikan masalah ukuran 1 mud sesuai dgn ukuran Rasulullah selepas mendapatkan penjelasan orang tua itu sebagaimana yg kita fahami sekarang.

Drp pengembaraan menemui 3 orang tua itu (anak, bapa dan datuk) ada sesuatu yg mengagumkan. Akhirnya Imam Asy-Syafi'i memberanikan diri bertanya kpd orang tua yg pernah bertemu dgn Rasulullah SAW, "Maaf datuk, kenapa datuk nampak lebih muda dan cergas drp anak datuk dan kenapa anak datuk nampak lebih muda dan cergas drp cucu datuk?"

Orang tua itu dgn tersenyum menjawab, "Cucuku itu selalu dimarahi oleh isterinya, anakku terkadang dimarahi oleh isterinya, sedangkan aku tidak pernah dimarahi oleh isteriku."

Ternyata, isteri menjadi punca mempercepatkan penuaan suami, bahkan mempercepatkan kematian suaminya. Sebaliknya isteri yg bersifat lemah lembut membuatkan suami awet muda dan memanjangkan usia suami. Subhanallah..

اللَّهُمَّ إنِّي أّعُوذُ بِكَ من زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ المَشِيبِ

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung drp-Mu drp pasangan yg menjadikanku tua (beruban) sebelum waktunya."

BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH♥

*BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH*

UCAPAN YANG BIASA DIGUNAKAN BAHASA ARAB

ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢِ
Bismillah_ir Rahmani_ir Rahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sejahtera ke atas anda

Assalamualaikum
ﺍَﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ

Selamat datang
*Ahlan wa sahlan*
ﺍَﻫْﻼً ﻭَﺳَﻬْﻼً

Selamat datang buat anda
*Ahlan bik*
ﺃﻫْﻼًً ﺑِﻴْﻚ

Dengan suka cita
*Bikullis surur*
ﺑِﻜُﻞِّ ﺳُّﺮُﻭﺭ

Awak apa khabar?
*Anta, khaifahaluk?*
ﺃﻧْﺖَ ﻛَﻴْﻒَ ﺣَﺎﻟُﻚ؟

Baik, terima kasih
*Toyyib, syukran*
ﻃَﻴْﺐ، ﺷُﻜْﺮﺍً

Selamat pagi
*Sobahul khair*
ﺻَﺒَﺎﺡُ ﺍﻟْﺨَﻴْﺮ

Selamat pagi
*Sobahun nur*
ﺻَﺒَﺎﺡُ ﺍﻟﻨُّﻮْﺭ

Selamat pagi
*Sobahul ful*
ﺻَﺒَﺎﺡُ ﺍﻟﻔُﻮﻝ

Selamat pagi
*Sobahus surur*
ﺻَﺒَﺎﺡُ ﺍﻟﺴُّﺮُﻭﺭ

Bagaimana keadaan awak pagi ni?
*Kaifa asbahtum?*
ﻛَﻴْﻒَ ﺍﺻْﺒَﺤْﺘُﻢْ؟

Selamat petang
*Masa ul khair*
ﻣَﺴَﺎﺀُ ﺍﻟْﺨَﻴْﺮ

Selamat petang
*Masa un nur*
ﻣَﺴَﺎﺀُ ﺍﻟﻨُّﻮﺭ

Selamat malam
*Tusbihu ‘alal khair*
ﺗُﺼْﺒِﺢُ ﺍﻟﺨَﻴْﺮ

Bagaimana keadaan awak petang ini?
*Khaifa amsaitum?*
ﻛَﻴْﻒَ ﺃﻣْﺴَﻴْﺘُﻢ؟

Silakan semua
*Tafaddalu*
ﺗَﻔَﻀَّﻞ

Saya harap
*Arju*
ﺃﺭْﺟُﻮ

Kami baik dan sihat
*Nahnu bikhair walhamdulillah*
ﻧَﺤْﻦُ ﺑِﺨَﻴْﺮ، ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟﻠﻪ

Dari mana awak datang?
*Min aina jik ta?*
ﻣﻦ ﺃﻳﻦ ﺟﺌﺖ؟

Awak dari mana?
*Min aina anta?*
ﻣِﻦْ ﺍَﻳْﻦَ ﺍَﻧْﺖَ

Silakan masuk, saudara
*Ya akhi, ud khul*
ﺍُﺩْﺧُﻞْ ﻳَﺎ ﺃَﺧِﻲْ

Silakan minum
*Tafaddal, isyrab*
ﺗَﻔَﻀّﻞْ ﺇﺷْﺮَﺏ

Berapa umur awak?
*Kam umruk?*
ﻛَﻢْ ﻋُﻤْﺮُﻙَ

Terima kasih
*Syukran*
ﺃﺷْﻜُﺮُﻙَ

Terima kasih kepada anda
*Asy kurukum*
ﺃﺷْﻜُﺮُﻛُﻢْ

Terima kasih atas pertolongan anda
*Syukran li musa ‘adatik*
ﺷُﻜْﺮًﺍ ﻟِﻤُﺴَﺎﻋَﺪَﺗِﻚَ

Terima kasih banyak
*Syukran jazilan*
ﺷُﻜْﺮًﺍ ﺟَﺰِﻳْﻞً

Terima kasih banyak
*Syukran khatira*
ﺷُﻜْﺮًﺍ ﻛَﺜِﻴْﺮًﺍ

Terima kasih untukmu
*Asy syukru lak*
ﺍﻟﺸُّﻜْﺮُ ﻟَﻚ

Semoga Allah membalas kebaikkanmu
*Jazakallahu khaira*
ﺟَﺰَﺍﻙَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺧَﻴْﺮ

Ya
*Na’am*
ﻧَﻌَﻢْ

Ya, benar
*Na’am, sohih*
ﻧَﻌَﻢْ ، ﺻَﺤِﻴْﺢًٌ

Baiklah
*Hasanan*
ﺣَﺴَﻨًﺎ

Tidak
*La*


Tidak, salah
*La, khoto’*
ﻻ، ﺧﻄﺄ

Awak tahu atau tidak?
*Anta ta’rif au la’?*
ﺃﻧﺖ ﺗﻌﺮﻳﻒ ﺃﻭ ﻻ؟

Awak pintar
*Anta zakiun*
ﺃﻧﺎ ﺫﻛﻲ

Awak semua faham?
*Hal antum tafhamun?*
ﻫﻞ ﺃﻧﺘﻢ ﺗﻔﻬﻤﻮﻥ؟

Adakah awak tahu?
*A ta’rif?*
ﺃﺗﻌﺮﻑ؟

Ya, kami tahu
*Na’am, na’rif*
ﻧﻌﻢ، ﻧﻌﺮﻑ

Berhenti semua
*Kifu*
ﻗﻔﻮﺍ

Sudah lama awak tidak meziarahi saya
*Ma zur tani min zaman*
ﻣﺎ ﺯﺭﺗﻨﻲ ﻣﻦ ﺯﻣﺎﻥ

Saya juga demikian
*Wa ana kazalik*
ﺃﻧﺎ ﻛﺬﻟﻚ

Dimana rumah awak?
*Aina baituk?*
ﺃﻳﻦ ﺑﻴﺘﻚ

Wahai anak
*Aiyuhal walad*
ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻮﻟﺪ

Berapa harganya?
*Kam si3ruhu?*
ﻛﻢ ﺳﻌﺮﻩ؟

Lihatlah
*Unzur*
ﺃﻧﻈﺮ

Maaf
*Maazirah*
ﻣﻌﺬﺭﺓ
Akur
*Sam’an wa to’atan*
ﺳﻤﻌﺎ ﻭﻃﻌﺔ

Tidak mengapa
*La ba’ sa*
ﻻ ﺑﺄﺱ ﺑﻪ

Tiada apa-apa
*La syaik*
ﻻ ﺷﻲﺀ

Saya tidak bermaksud
*Laisa min qaSdi*
ﻟﻴﺲ ﻣﻦ ﻗﺼﺪﻱ

Saya meminta maaf
*Ana aasif*
ﺃﻧﺎ ﺁﺳﻒ

Mari ke sini
*Ta’al huna*
ﺗﻌﺎﻝ ﻫﻨﺎ

Saya lupa
*Ana Nasit*
ﺃﻧﺎ ﻧﺴﻴﺖ - ﻧﺴﻴﺖ

Saya akan hubungi awak
*Sa attaSil bik*
ﺳﺎﺗﺼﻞ ﺑﻴﻚ

Tunggu sebentar
*Intazir lahzah*
ﺇﻧﺘﻈﺎﺭ ﻟﺤﻈﺔ

Saya tidak boleh
*La aqdar*
ﻻ ﺃﻗﺪﺭ

Saya hadir
*Ana hadir*
ﺃﻧﺎ ﺣﺎﺿﺮ

Saya tidak hadir
*Ana ghaib*
ﺃﻧﺎ ﻏﺎﺋﺐ

Awak rajin
*Anta nasyit*
ﺃﻧﺖ ﻧﺸﻴﻂ

Ulang sekali lagi
*Raddid marratan ukhra*
ﻛﺮﺭ ﻣﺮﺓ ﺃﺧﺮﻯ

Cepat!
*Bi sur ’ah*
ﺑﺴﺮﻋﺔ

Sangat cantik
*Jamilatun jiddan*
ﺟﻤﻴﻠﺔٌ ﺟﺪﺍً

Sangat besar
*Kabiratun jiddan*
ﻛﺒﻴﺮﺓٌ ﺟﺪﺍً

Awak lewat Anta
*muta akhhir*
ﻣﺘﻰ ﺃﺧﺮ

Saya sakit
*Ana mariD*
ﺃﻧﺎ ﻣﺮﻳﺾ

Saya gembira sangat
*Ana farhan jiddan*
ﺃﻧﺎ ﻓﺮﺣﺎﻥ ﺟﺪﺍً

Saya takut sangat
*Ana kha'if jiddan*
ﺃﻧﺎ ﺧﺎﺋﻒ ﺟﺪﺍً

Saya lapar
*Ana jau ‘an*
ﺃﻧﺎ ﺟﻮﻋﺎﻥ

Saya kenyang
*Ana syab ‘an*
ﺃﻧﺎ ﺷﺒﻌﺎﻥ

Ajarkan saya
*'allim ni*
ﻋﻠﻤﻨﻲ

Boleh saya bertanya?
*Hal yumkini an as al*
ﻫﻞ ﻳﻤﻜﻨﻨﻲ ﺃﻥ ﺃﺳﺎﻝ؟

Bertenang
*Ihda’*
ﺇﻫﺪﺍﺀ

Selamat tinggal
*Wada ‘an*
ﻭﺩﺍﻋﺎً

Selamat tinggal
*Ilal liqa’*
ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟﻠِﻘَﺎﺀ

Semoga dalam keamanan
*Fi amanillah*
ﻓِﻲ ﺃَﻣَﺎﻥِ ﺍﻟﻠﻪ

Samoga Allah menyembuhkan awak
*shafaaka Allah*
ﺷﻔﺎﻙ ﺍﻟﻠﻪ

Apa yang awak rasa
*Maza tash ‘ur*
ﻣﺎﺫﺍ ﺗﺸﻌﺮ؟

Awak telah mengingatkan saya
*Zakkar tani*
ﺫﻛﺮﺗﻨﻲ

Adakah ini betul?
*hal haza sohih?*
ﻫﻞ ﻫﺬﺍ ﺻﺤﻴﺢ؟

Sangat menarik
*Mumti ‘un jiddan*
ﻣﻤﺘﻊ ﺟﺪﺍً

Menakjubkan
*Ajib*
ﻋﺠﻴﺐ، ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ

Bersabarlah
*ISbir*
ﺍﺻﺒﺮ

Tawakklah kepada Allah
*Tawwakkal ‘alallah*
ﺗﻮﻛﻞ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ

Rahmatilah kami
*Irhamna*
ﺍﺭﺣﻤﻨﺎ

Tolonglah kami
*Saa3id na*
ﺳﺎﻋﺪﻧﺎ

Selamatkanlah kami
*Qi na*
ﻗﻨﺎ

Ambil ini
*Khuz haza*
ﺧﺬ ﻫﺬﺍ

Tinggalkannya
*Utruk hu*
ﺍﺗﺮﻛﻪ

Cuba
*Jarrib*
ﺟَﺮِّﺏ

Sebelum
*Qabla*
ﻗَﺒْﻞَ

Selepas
*Ba'da*
ﺑَﻌْﺪَ

Minggu ini
*Hazal usbu’*
ﻫﺬﺍ ﺍﻻﺳﺒﻮﻉ

Minggu hadapan
*Usbu ‘ul qaadim*
ﺍﻻﺳﺒﻮﻉ ﺍﻟﻘﺎﺩﻡ

Saya sangat memerlukannya
*Ahtaju ilaihi jidaan*
ﺃﻧﺎ ﺍﺣﺘﺎﺝ ﺇﻟﻴﻪ ﺟﺪﺍً

Saya hendak pergi
*Uriduz zahab*
ﺃﺭﻳﺪ ﺍﻟﺬﻫﺐ

Saya hendak belajar
*Uridut ta3alum*
ﺃُﺭِﻳْﺪُ ﺍﻟﺘَّﻌَﻠَّﻢ

Tahukah Anda??

Tahukah Anda?

Bahwa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus AS itu ternyata masih lg  hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. Hal ini sdh dijelaskan dalam Al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar, sudah tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..Maka banyakkan lah beristighfar.

Tahukah Anda?

Bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia sudah dilihatkan perjalanan hidupnya bermula dr lahir sampai mati. Kerana itu, kadang2 ketika kita berkunjung ke sesuatu tempat yang baru, kita rasa seolah2 tempat tersebut sudah tidak asing lg bagi kita.

Tahukah Anda?

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu ianya berfungsi spt normal semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Tahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

Tahukah Anda?

Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah. Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar ianya berubah menjadi karbohidrat.

Tahukah Anda?

Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat? Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.
Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah lebih lama sikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa kita yang berguguran..

Tahukah Anda?

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia. Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tsbt. Kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutamanya setiap kali mahu masuk tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari seksa kubur.

Tahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan  antara kita dgn shurga kecuali mati...

Tahukah Anda?

Bahawa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat, Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk..

Peringatan :- " Buatlah baik walau sekecil kecilnya. ''

[ANDAI AJAL DALAM TIDUR...
Jangan jemu saling mengingatkan😊
JEJAK RASULULLAH
📖 ADAB & SUNNAH
📋 ADAB MINUM


Mendahulukan yang kanan dalam membagi.

Anas  bahwa Rasulullah  saw diberi susu yang telah dicampur dengan air. Di sebelah kanannya ada seorang A'rab - penghuni pedalaman negeri Arab – dan di sebelah kirinya ialah Abu Bakar  Beliau  saw lalu minum, kemudian memberikan - wadah isi susu itu - kepada orang A'rab dan beliau  saw bersabda, "Dahulukanlah yang kanan dulu lalu yang sebelah kanannya." (Muttafaq 'a(aih)

 Memberikan hak seseorang.

Sahl bin Sa'ad  bahwa Rasulullah  saw diberi minuman lalu beliau meminumnya dan di sebelah kanannya ada anak kecil sedang di sebelah kirinya ada beberapa orang tua. Beliau  saw lalu berkata kepada anak - yang di sebelah kanannya, "Adakah engkau izinkan jikalau aku memberikan kepada orang-orang tua ini?" Anak itu berkata, "Tidak, demr Allah, aku tidak mau mengalahkan diri sendiri kepada seseorangpun dari bagianku daripada Tuan itu." Kemudian Rasulullah  saw meletakkannya di tangan anak tersebut. (Muttafaq 'alaih)

Orang yang membagi minuman hendaknya orang terakhir yang minum.

Abu Qatadah  dari Nabi  saw, sabdanya, "Orang yang memberi minum pada kaum - yakni orang banyak, maka itulah yang terakhir di antara mereka itu," yakni yang terakhir tentang minumnya. (HR. Tirmidzi)

Tidak minum dari wadah emas dan perak.

Hudzaifah, berkata, "Nabi saw melarang kita semua minum  wadah yang terbuat  emas dan perak, juga makan padanya dan melarang pula mengenakan pakaian sutera tipis dan tebal ataupun duduk dr atasnya." (HR. Bukhari)

Bernafas di luar gelas tiga kali.

Anas  bahwa Rasulullah  saw itu bernafas ketika minum sebanyak tiga kali." (Muttafaq 'alaih)

Tidak bernafas ke dalam minuman.

Abu Qatadah  bahwa Nabi  saw melarang jikalau ditarik nafas dalam wadah." (Muttafaq 'alaih)

Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahwa Nabi  saw melarang kalau ditarik nafas dalam wadah - waktu minum - atau ditiupkan di dalamnya." (HR. Tirmidzi)

Tidak memecah tempat minum.

Abu Said al-Khudri  berkata, "Rasulullah  saw melarang memecahkan mulutnya tempat-tempat minum." Yakni memecahkan mulutnya lalu minum daripada tempat itu." (Muttafaq 'alaih)

 Tidak “menyucup” tempat minum.

Abu Hurairah  berkata, "Rasulullah  saw melarang diminumnya sesuatu dari mulut tempat minum itu atau dari mulut girbah - tempat minum dari kulit." (Muttafaq 'alaih)

Minum dengan duduk.

'Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari neneknya lelaki  berkata, "Aku melihat Rasulullah  saw minum sambil berdiri dan duduk." (HR. Tirmidzi)

*Anas  dari Nabi  saw bahwa beliau  saw melarang kalau seseorang itu minum sambil berdiri. Qatadah berkata, "Lalu kita bertanya kepada Anas, "Kalau makan, bagaimanakah?" Anas menjawab, "Yang sedemikian itu -yakni yang makan sambil berdiri - adalah lebih buruk atau lebih jelek." (HR. Muslim)*

Boleh minum sambil berdiri.

Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, berkata, "Aku memberikan minuman kepada Nabi  saw dari air zamzam, beliau minum sambil berdiri." (Muttafaq 'alaih)

Ummu Tsabit yaitu Kabasyah binti Tsabit, saudarinya Hassan bin Tsabit radhiallahu 'anhu wa 'anha, berkata, "Rasulullah  saw masuk ke tempat aku lalu minum dari mulut girbah yang digantungkan sambil beliau itu berdiri. Kemudian aku berdiri menuju mulut girbah tadi dan aku memotongnya." (HR. Tirmidzi)

 Membersihkan kotoran dari minuman.

Abu Said al-Khudri  bahwa Nabi  saw melarang meniup dalam minuman. Ada seorang lelaki berkata, "Ada kotoran mata yang aku lihat di dalam wadah itu." Beliau  saw bersabda, "Alirkanlah - sehingga kotoran itu hilang." Orang itu berkata lagi, "Sesungguhnya aku ini belum merasa puas minum dari sekali nafas." Beliau  saw lalu bersabda, "Kalau begitu singkirkanlah dulu wadahnya itu dari mulutmu - dan bernafaslah di luar wadah." (HR. Tirmidzi)

Minum secara bertahap.

Ibnu Abbas raaniailahu 'anhuma, berkata, "Rasulullah  saw bersabda, "Janganlah engkau semua minum sekaligus seperti minumnya unta, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali. Bacalah Bismillah jikalau engkau semua memulai minum dan bacalah Alhamdulillah jikalau engkau semua angkat - yakni selesai minum." (HR. Tirmidzi)

Berkumur air setelah minum susu.

“Ibnu abbas berkata bahwa Rasulullah minum susu lalu berkumur dan bersabda, “Padanya ada lemak” (HR. Bukhari)


@QalamIlmu
https://telegram.me/QalamIlmu
KISAH NABI NUH AS..

Tolong jgn diabaikan!!...
Luangkan 2 menit saja utk membaca..
Semoga yg baca, menaiki, share dan
Menulis "AAMIIN" dikomentar..
Sukses DUNIA AKHERAT...

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata : "Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu selain-Nya".
Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat).

Pemuka-pemuka dari kaumnya berkata : "Sesungguhnya kami memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata".

Nuh menjawab : "Hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikitpun tetapi aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam".

"Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku memberi nasehat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui".

Dan apakah kamu (tidak percaya) dan heran bahwa datang kepada kamu peringatan dari Tuhanmu dengan perantaraan seorang laki-laki dari golonganmu agar dia memberi peringatan kepadamu dan mudah-mudahan kamu bertakwa dan supaya kamu mendapat rahmat.

Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya didalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.
Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).
( QS. AL A'RAAF : 59-64 ).
.
Ya Allah Lindungilah kami dari siksa dunia, siksa kubur dan siksa nerakaMu.. Sungguh kami ini lemah dan banyak dosa
Ya Allah ampuni dosaku, dosa ibu bapa ku, dan dosa kaum muslim yg meng-Aamiin-kan status ini...
Sdh baca LIKE, komen aamiin, lalu Bagikan ke teman2 kalian dgn ikhlas!

Jumaat, 10 Mac 2017

Kalah Dalam Menang

_🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam iaitu_ *Saidina Umar Al Khattab*

🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴

_Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah (saifullah) iaitu_* *Saidina Khalid Ibnu Walid*

🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴

_Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau_* *Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga*
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴

_Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh_* *Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga*  🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴

*_Subhanallah...._*

*Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah*      

*MARI KITA RENUNG RENUNGKAN*
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
*Apakah Kepunyaan Kita Wahai Saudaraku ..*_

*_Lahirmu :_*
_Dilahirkan oleh orang lain._

*_Namamu :_*
_Dinamakan oleh orang lain._

*_Pelajaranmu :_*
_Diajar oleh orang lain._

*_Pendapatanmu :_*
_Diberikan oleh orang lain._

*_Hormat :_*
_Diberi oleh orang lain._

*_Mandian pertama dan terakhir :_*
_Dimandikan oleh orang lain._

*_Selepas mati :_*
_Segala harta dan hakmu diambil oleh orang lain._

*_Pengkebumianmu :_*
_Dibuat oleh orang lain._

*_Terasa amat hairan kerana masih ada ego dan keras di hati kita kerana kita sebenarnya tidak punya apa-apa dan juga tiada daya tanpa izin-Nya

_Begitulah Kita Semua .._
*_Fikir2kanlah
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴

Pengorbanan seorang Cikgu

Tersentap saya bila terbaca nasihat daripada guru saya "Bermulanya kerosakan adab seseorang pelajar bila gurunya lebih menjaga hati pelajar daripada pelajar menjaga hati gurunya.. "

Kesian cikgu hari ni.. Kena berhadapan dengan pelajar2 yang x jaga langsung adab dengan cikgu.. Sampai guru tertekan.. Ada guru yg cerita dengan saya leps ceramah menangis.. Anak murid nya panggil dengan panggilan binatang..Anak murid buat muka dengan cikgu.. Bila cikgu rotan dengan tujuan mendidik mengadu kat mak ayah.. Mak ayah mula serang cikgu.. Viralkan.. Dan macam2 lagi.. Kadang2 kita sebagai mak ayah terlalu manjakan anak2.. Terlalu percaya pada anak.. Sehingga anak2 berani menipu.. Berani kurang ajar dengan cikgu.. YaAllah ampunilah anak2 pelajar saya...

Saya risau kalau kita sebagai mak ayah teruskan dengan sikap x selidik.. Sebelum bertindak.. Saya takut2 kita bukan sayangkan anak sebenarnya.. Malah kita hancurkan masa depan anak2.. Saya selalu bagitau pelajar2 dalam ceramah.. "Kalau kita mengumpat cikkgu.. Maki cikgu.. Kurang ajar dengan cikgu..jangan harap dapar keberkatan daripada guru.. Padahal keberkatan guru lah asbab kita berjaya masa hadapan.. Hidup tenang dan bahagia.. Tapi malangnya anak2 dapat "lesen besar" daripada mak ayah.. Seolah olah sikit pun xboleh sentuh anaknya.. Lama kelamaan tak ada lagi orang yg akan hormat pda guru..

Saya kerap di pnggil oleh sekolah2 terbaik di malaysia.. Bila saya tanya tajuk apa cikgu? Cikgu jawab "sekolah ni ustaz basuh bab hormat guru.. Mereka anak orang kaya.. Orang elite.. Tapi kesian ustaz.. Bila kami tegur marah denda mereka.. Mak ayah mereka selalu salahkan cikgu.. Kami dah x tau nak buat apa.." Ada sekolah sampai cikgu kena saman sebab kejut anak dia bangun subuh mungkin cikgu tu rotan sebab anak dia xnak bangun subuh.. Allahu.. Kalau saya cikgu rotan laa kaw kaw kalau dia x solat..

Wahai ibu bapa.. Bukankah kita juga dulu pernah di rotan? Di tarik sekben? Di denda diri atas kerusi? Di tanpo? Sehingga hari ni kita berjaya.. Sebab mak ayah kita dulu tak pernah menangkan kita kalau kita mengadu kat mak ayah kita.. Kita lagi teruk kena dengan mak ayah kita kalau kita ngadu cikgu pukul kita.. Ingat tak?

Kesian.. Betul la kata ustaz saya tadi.. Bila cikgu lebih nak menjaga hati pelajar berbanding pelajar jaga hati cikgu.. Bermulanya kesokan adab..

Wahai guru2.. Allah sayang cikgu semua mungkin asbab ujian begini Allah nak ampunkan dosa2 kita dulu.. Tabahlah.. Allah bagi ganjaran stiap kesabaran ni.. Teruslah istiqomah.. Selalu saya cakap dengan guru2 masa program ladap.. Guru bukan ibarat seperti lilin.. Lilin walaupun dia bakar dirinya tapi lama kelamaan dia akan padam..habis.. Sebenarnya guru ibarat seperti matahari sentiasa membakar diri untuk beri manfaat pada orang lain.. Walaupun di maki.. "Panasnyaaa hari ni.. Aduiiii!!" Tapi matahari tetap menyinari dan beri manfaat sampai bila2.. YaAllah sayangila guru2 yg ikhlas mendidik..

YaAllah ampunilah kami.. Bagilah kami sebagai mak ayah faham betapa besarnya pengorbanan  seorang guru.. Kita serah bulat2 pada guru untuk didik anak kita.. Padahal tanggungjawan tu tanggungjawab kita sebenarnya.. YaAllah.. Jadikanlah kami mak ayah yg sangat memahami perasaan guru dan mementingkan anak kami beradab dengan guru.. YaAllah ampunilah kami.. Kami berdosa dnegan guru2 anak2 kami.. Amiin

Nota kaki : sebenarnya begitu juga ibubapa dgn anak. Rosak adab jika ibubapa lebih menjaga hati anak daripada si anak menjaga hati ibu bapanya

Pembimbing Remaja,
Ustaz Khailil Razak
Aka Ustaz Tido

Share pada suami isteri kita, guru2 kita.. Dan anak2 kita.. Semoga bermanfaat dan kita berubah