expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 29 Mac 2019

PENDEDAHAN DAJJAL – CERAHKAN KEGELAPAN


PENDEDAHAN DAJJAL – CERAHKAN KEGELAPAN

menyingkap sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Utsman bin Abi Waqqas r.a yang bermaksud demikian :

“…Bersama Dajjal akan ada 70,000 orang dan di antara mereka akan mengenakan mahkota. Kebanyakan dari mereka yang bersamanya adalah orang Yahudi dan para wanita. Kemudian, dia akan pergi ke negeri di sampingnya. Dan akan terbahagi kepada tiga kelompok; satu kelompok akan tinggal di Asy-Syam dan melihat apa yang dia lakukan, satu kelompok akan pergi ke orang-orang Badui dan satu kelompok lagi akan pergi ke negeri yang ada di samping mereka iaitu bahagian barat Syam…”

Berdasarkan kepada mukadimah hadis di atas, kita diingatkan untuk mengambil langkah berhati-hati dan berwaspada terhadap kemunculan Dajjal di sekitar kita samada ianya di dalam bentuk fizikal, mental atau spiritual.

Muzik – Ritual Moden Pemujaan Dajjal


Album Madonna – Frozen

Di dalam Siri Pendedahan Dajjal – Bahagian 11 (Ilmu Muzik Hitam) yang lalu, saya ada menyentuh tentang sihir muzik yang digunapakai oleh puak-puak Dajjal dalam melalai dan melemahkan pemikiran manusia. Dalam artikel kali ini pula, saya akan membuat kupasan berkaitan isu hiburan yang menjadi senjata ampuh golongan Dajjal dalam menguasai industri hiburan dan komunikasi.  Inginkan kepastian? Cuba kita amati klip video lagu “Frozen” yang dinyanyikan oleh Madonna di dalam album “Ray of Light” (Sinar Cahaya), nescaya kita akan mendengar Madonna menyanyikan lagu “Frozen” secara “double meaning”. Ini terbukti melalui pengucapan lirik “hmmmmmm” tidak disebut dengan jelas. Tetapi sebaliknya beliau memuji tuhan hindu (chanting the hindu idol god) melalui pengucapan “Omm”.

Persoalannya sekarang kenapa Madonna seorang berbangsa Yahudi berfahaman Kabbalah (Jewish Kaballist) memuji dan menyanyikan nama seorang tuhan hindu? Jawabnya, beliau mengetahui bahawa tuhan yang disembah oleh Kabbalah dan Hinduisme adalah tuhan yang sama. Mereka berasal dari ritul dan mitos yang sama dan telah dikitar semula serta dipuja sejak beberapa kurun yang lalu.

Artis Illuminati


Simbolik hujan turun dipayungi oleh Rihana

Umum mengetahui peranan besar yang dibawa oleh artis di dalam mempengaruhi gaya hidup dan corak pemikiran masyarakat. Jesteru itu, tidak hairanlah jika nama bintang seperti Madonna, Britney Spears, Christina Aguilera, Rihana, Lady Gaga dan Jay-Z menjadi Artis Illuminati yang mendendangkan irama dan lagu berunsurkan SATANIC atau AGENDA Illuminati. Kebanyakan penyanyi-penyanyi terkenal dari barat adalah alat bagi Illuminati dan Dajjal. Ini kerana mereka sebenarnya bukanlah seorang penyanyi yang kritis dan kreatif. Mereka tidak menulis lirik lagu mereka sendiri atau memilih lagu-lagu mengikut kehendak mereka. Sebaliknya mereka hanya menjadi penyampai lagu yang bertindak mengikut arahan.

Memandangkan Illuminati telah mengawal industri ini maka secara tidak langsung ia telah mengawal kebanyakan lagu-lagu popular dan sekaligus membantu mereka dalam menyebarkan AGENDA DAJJAL dengan lebih berkesan. Sekilas pandang kita dapat mengenali sebahagian daripada artis sahaja yang mempunyai tone suara yang merdu. Kebanyakannya suara tidak sedap pun dan bersepah ke laut. Mereka hanya menjadi PENCACAI atau BONEKA yang bertindak sebagai agen katalis untuk mempengaruhi kita dengan trend dan gaya hidup terkini. (They act as puppets indoctrinating us with the latest trends and life style).

Sesetengah artis ini tidak memahami langsung agenda besar Illuminati yang sedang dijalankan. Namum begitu, terdapat juga di kalangan artis yang memahami dan menghayatinya dengan baik seperti Jay-Z dan Rihana dalam lirik lagu “Umbrella“.

Versi Bahasa Inggeris – Umbrella

When the sun shines, we ll shine together
Told you I’ll be here forever
Said I’ll always be a friend
Took an oath, I’ma stick it out till the end


Now that it’s raining more than ever
Know that we’ll still have each other
You can stand under my Umbrella
You can stand under my Umbrella

Versi Bahasa Malaysia – Payung

Apabila matahari bersinar, kita akan bersinar bersama-sama
Memberitahu anda saya akan berada di sini selama-lamanya
Katakan saya akan sentiasa menjadi teman
Mengangkat sumpah, saya akan bersatu hingga ke akhir


Kini bahawa ia hujan, lebih daripada biasa
Tahu bahawa kita masih akan mempunyai antara satu sama lain
Anda boleh berdiri di bawah payung saya
Anda boleh berdiri di bawah payung saya


Ra-Horakhty dewa gabungan Horus dan Ra digambarkan sebagai seorang lelaki helang berkepala memakai cakera matahari di atas kepalanya

Perkataan “When the sun shines, we ll shine together” merujuk kepada sun kepada Dewa Ra. Manakala perkataan “we ll shine together” membawa maksud keunggulan ketika bergabungnya Dewa Ra dan Horus (Tuhan Matahari) menjadi satu jiwa di mana ia dikenali sebagai Ra-Horakty. Kepercayaan ini telah menjadi asas pokok kepada ajaran Freemason dengan mengakui bahawa Dajjal sebagai Mesiah.

Jika dilihat kepada lirik lagu seterusnya “Said I’ll always be a friend, Took an oath, I’ma stick it out till the end” , kita akan memahami bahawa mereka akan menjadi teman setia dan bersumpah akan selalu bersatu tanpa berpisah sampai akhir. Lirik lagu ini secara simbolik menyampai mesej yang tersirat bahawa Rihana telah bersumpah setia kepada Dajjal di mana judul lagu “Umbrella” menguatkan lagi watak Dajjal yang mencurahkan hujan dalam bentuk segitiga bertukar kepada bentuk payung seperti di dalam klip video lagunya.

Pembunuhan Karektor


Awas kepada Artis Illuminati yang bertindak melawan agenda besar Dajjal

‘Character Assasination’ atau pembunuhan karektor seseorang sudah lama digunapakai oleh manusia, malah sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. Pembunuhan Karektor secara ringkasnya adalah untuk menjatuhkan imej, sejarah atau keperibadian seseorang demi mencapai tujuan menukar pandangan baik kepada jahat terhadap orang tersebut. Begitulah nasib yang akan menimpa kepada mana-mana artis yang cuba lari dari Agenda Illuminati seperti Micheal Jackson, Bob Marley dan John Lennon yang cuba menjadi seorang penyanyi yang berjaya melalui lagu-lagu berteraskan kepada isu-isu semasa atau kemanusian sejagat. Mereka akan dijadikan sasaran (marked) oleh juak-juak Dajjal melalui tindakan berikut:

Mereka akan menjatuhkan imej atau maruah di depan orang awam seperti Micheal Jackson

Micheal Jackson yang telah berubah pendirian untuk keluar dari kelompok elite Artis Illuminati setelah beliau dikhabarkan memeluk agama Islam. Menurut akhbar British, The Sun, Jacko Jackson, nama yang terkenal telah mengucap dua kalimah syahadat di rumah kawannya Steve Porcaro iaitu seorang komposer di Los Angeles yang dihadiri oleh penyanyi terkenal, Yosef Islam – dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens sebelum memeluk Islam. Nama Jacko telah berubah menjadi Mikaeel iaitu nama salah satu malaikat dalam Islam. Akibat tindakan beliau yang didapati melawan arus perdana Illuminati, Micheal Jackson telah dituduh dengan pelbagai kesalahan jenayah “pedhopilia” dan tindakan muflis yang dituntut oleh bank. Semua ini bertujuan untuk menjatuhkan imej dan popularitinya di kaca mata peminatnya. Pada 25 Jun 2009, beliau telah meninggal dunia akibat pengambilan ubat berlebihan yang diberikan oleh dokter peribadinya.
Micheal Jackson dalam kenangan

Mereka akan membunuh jika ia memerlukan tindakan penghapusan seperti Bob Marley

Robert Nesta Marley atau Bob Marley terkenal dengan lirik dan melodi berkonsepkan “Reggae” dan “Ska” yang berasal dari Jamaica. Beliau banyak menyumbangkan lagu-lagu yang mengalakkan pendamaian, menolak amalan perkauman dan kebencian sesama manusia. Lagu-lagunya dialunkan secara “folk” sambil mempromosikan tema kasih sayang ke dalam kehidupan seharian. Sayangnya, beliau meninggal dunia pada 11 Mei 1981 di usia muda (36 tahun) akibat kanser di hospital Miami, Amerika Syarikat. Kematiannya diselubungi misteri kerana beliau meninggal dunia semasa sedang berjogging di Central Park, New York AS akibat sesak nafas.
Bob Marley pejuang kemanusiaan melalui melodi Reggae

Di antara petikan bait-bait lirik lagu ” Could you be loved” yang  dinyanyikan oleh Bob Marley banyak menyentuh kritikan terhadap suasana sosial dan kehidupan masyarakat;
Versi Bahasa Inggeris – Could You Be Loved

Could you be loved and be loved?

Could you be loved and be loved?

Don’t let them fool ya,

Or even try to school ya! Oh, no!

We’ve got a mind of our own,

So go to hell if what you’re thinking is not right!

Love would never leave us alone,

A-yin the darkness there must come out to light.

Could you be loved and be loved?

Could you be loved, wo now! – and be loved?

(The road of life is rocky and you may stumble too,

So while you point your fingers someone else is judging you)

Love your brotherman!

(Could you be – could you be – could you be loved?

Could you be – could you be loved?

Could you be – could you be – could you be loved?

Could you be – could you be loved?)

Don’t let them change ya, oh! –

Or even rearrange ya! Oh, no!

We’ve got a life to live.

They say: only – only –

Only the fittest of the fittest shall survive –

Stay alive! Eh!

Versi Bahasa Malaysia – Anda Boleh Disayangi

Anda boleh disayangi dan dicintai?

Anda boleh disayangi dan dicintai?

Jangan biarkan mereka memperbodoh ya,

Atau biarkan mereka mendidik kamu! Oh, tidak!

Kami telah mendapat fikiran kita sendiri,

Oleh itu, pergi ke neraka jika anda berfikir tidak betul!

Cinta tidak akan meninggalkan kita bersendirian,

A-yin kegelapan mesti datang kepada cahaya.

Anda boleh disayangi dan dicintai?

Anda boleh disayangi, wo sekarang! – Dan disayangi?



(Jalan hidup berbatu dan anda boleh tersandung juga,

Jadi semasa anda menuding jari anda orang lain adalah penilaian anda)

Sayangi saudara anda!



(Bolehkah anda – anda boleh – anda boleh disayangi?

Anda boleh – anda boleh disayangi?

Bolehkah anda – anda boleh – anda boleh disayangi?

Anda boleh – anda boleh sayangi)?

Jangan biarkan mereka mengubah kamu ya, oh! –

Atau pun menyusun semula diri kamu ya! Oh, tidak!

Kami telah mendapat kehidupan untuk hidup.

Mereka berkata: hanya – hanya –

Hanya yang paling kuat yang paling kuat hendaklah hidup –

Terus hidup! Eh!

Kesimpulan

Secara dasarnya, Artis Illuminati merupakan alat perkakas kepada Dajjal atau lebih tepat lagi layak digelar BONEKA yang menjadi ikon kepada masyarakat. Mereka digunapakai untuk menjajah minda dan jiwa manusia untuk lalai dan alpa dengan NIKMAT DUNIA. Mereka bersahabat dengan penyanyi yang berkiblatkan Dajjal dan memerangi penyanyi yang memperjuangkan keamanan sejagat. Mereka tidak mahu irama dan lagu berbentuk nasihat, sebaliknya cinta dan suka lagu berunsurkan maksiat. Oleh itu, marilah sahabatku semua. Kita SEBARKAN mesej ini kepada semua golongan masyarakat agar kita tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah atau doktrin sesat yang cuba dipelopori oleh golongan yang bersekongkol dengan Dajjal di negara kita.

Khamis, 28 Mac 2019

Apa itu "AIB"


"AIB"

Apa itu aib?

Aib ialah dosa dan keburukan yang ada dalam diri kita, ada dalam setiap manusia. Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang ramai kan? Sebab hanya Allah yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah tetap Maha Penyayang, tetap buka pintu taubat.

Baik, ini kisahnya. Pada zaman nabi musa berlaku kemarau yang panjang. Nabi musa bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui nabi musa digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.

Nabi musa berkata pada Allah. "Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya nabi musa kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah ampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa dosanya itu.

Tak lama selepas itu hujan pun turun. Nabi musa kehairanan. Tak ada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini tapi Allah turunkan hujan.

Lalu nabi musa bertanya kepada Allah, "Mengapa Kau turunkan hujan wahai Allah?"

Lalu Allah jawab kerana orang tersebut telah bertaubat.

Nabi musa bertanya lagi, bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya?

Allah jawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka AIBnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Aku?"

Masha Allah. Masha Allah.. Allah sangat menjaga aib kita. Jadi marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain di sekitar kita. Kalau kita jaga aib orang inshaAllah Allah akan jaga aib kita.

Wallahualam.

Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Iqbal bin Zain al Jauhari.

Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar. 😊
Semoga bermanfaat

Rabu, 27 Mac 2019

*Nak buat bisnes apa ya?*


*Nak buat bisnes apa ya?*

Itu antara jenis soalan yang paling kerap Menjadi Persoalan dlm diri Kita.

Alhamdulillah..JOM Kita Kongsikan..

*12 sumber idea bisnes kecil untuk anda*
Memang ramai orang nak ceburkan diri dalam dunia buat bisnes ini. Cuma masalah paling besar yang ramai hadapi adalah untuk cari idea nak buat bisnes apa.

Jadi saya cuba kongsikan kat sini 12 sumber untuk anda lihat bagi menjana idea bisnes yang mungkin boleh dan sesuai untuk anda jalankan.

*#1. Berdiri depan cermin*

Ya! ini sumber paling utama yang anda boleh gunakan. Manalah tahu akan keluar idea bisnes bila anda berdiri depan cermin kat rumah tu.

Cuba berdiri depan cermin dan tengok muka anda yang comel tu. Lihat dan tanya orang kat depan tu apakah kemahiran yang dia ada yang boleh dijadikan sebagai sumber menjana pendapatan.

Paling banyak usahawan yang berjaya mulakan bisnes adalah dari kalangan mereka yang kenal pasti kemahiran yang dia ada. Kemahiran itu dijadikan asas untuk buka bisnes yang berjaya menjana duit yang banyak. Mereka mulakan secara kecil-kecilan dan akhirnya membesar menjadi sebuah syarikat yang punya ramai pekerja.

*#2. Perhatikan keluarga dan saudara mara*

Ini satu lagi sumber menjana idea bisnes yang mudah untuk dilakukan.

Tengok satu persatu semua saudara mara yang anda ada. Mungkin ada bisnes yang mereka buat yang anda boleh tumpang.

Ada banyak pendekatan yang boleh diambil. Mungkin ada saudara mara yang dah letih dengan bisnes yang mereka sedang jalankan dan tak ada orang yang mahu sambung usaha mereka. Kalau ada macam itu, pergi bincang dan tawarkan diri.

Mungkin juga anda boleh beli bisnes mereka, kalau mereka ada hasrat nak jual.

Atau paling mudah, pergi minta kerja kat bisnes keluarga atau saudara mara anda itu. Kerja dari bawah, dengan ikhlas bagi menjayakan bisnes mereka. Belajar semua selok dan belok perniagaan itu sampai anda mampu membuka pula satu lagi bisnes yang sama kepunyaan anda sendiri.

*#3. Cari dari syarikat tempat kerja anda*

Kalau anda sedang kerja makan gaji, kat tempat kerja anda itu boleh dijadikan sumber menjana idea bisnes yang bagus.

Cuba tengok samada syarikat tempat kerja anda ada terlepas pandang niche pasaran tertentu. Anda rasa ada potensi tapi nampaknya syarikat tak mahu terokai pasaran tersebut.

Jika ada, itu boleh dijadikan sebagai satu idea bisnes kecil yang segera yang boleh anda mulakan. Bab kemahiran dah tak payah nak risau lagi sebab anda memang dah duduk kerja kat syarikat tersebut dan sudah terlibat dengan perniagaan yang syarikat jalankan.

*#4. Idea bisnes yang syarikat anda tolak*

Tengok kat tempat kerja anda jugak. Ada tak idea bisnes yang anda syorkan atau rakan kerja lain cadangkan tapi boss tolak mentah-mentah. Itu biasa sangat berlaku kalau syarikat anda itu besar.

Idea itu anda boleh saja ambil untuk dijadikan idea bisnes kecil anda sendiri.

Atau mungkin ada idea bisnes yang syarikat anda dah cuba buat tetapi nampaknya gagal. Itu juga satu peluang untuk anda ambil dan jadikan idea bisnes kecil anda sendiri. Jangan ingat kalau syarikat besar gagal, anda tak boleh jadikan itu asas idea bisnes kecil anda.

Ramai yang berjaya setelah bawa keluar idea bisnes yang syarikat atau Boss kerja tolak dahulu.

Ada juga yang berjaya bila bawa keluar dan buat sendiri idea bisnes yang syarikat besar tempat mereka kerja dulu cuba buat tetapi gagal.



*#5. Baca majalah dan tengok Francais*

Pergi ke kedai buku seperti MPH umpamanya. Pergi cari bahagian majalah. Ada banyak majalah bisnes kat situ. Samada majalah dari dalam negara atau luar negara.

Beli dan balik baca. Tak jumpa dalam satu majalah, pergi cari lagi majalah lain pulak. Buat macam tu sampai tersembul idea bisnes keluar kat dalam kepala anda.

Selidik juga peluang jadi Francaisee dalam mana-mana tawaran dari syarikat Francais yang ada.

Banyak maklumat yang anda boleh jadikan idea bisnes kecil anda dari semua majalah tersebut. Biasanya mereka akan dedahkan potensi sesebuah industri dalam dunia perniagaan. Bacalah dan beleklah sampai jumpa.

*#6. Tengok kumpulan terpencil*

Setiap zaman akan ada saja kemunculan kumpulan terpencil yang semakin lama semakin membesar. Kumpulan Hipster, kumpulan Rap dan Hippies satu masa dahulu dan macam-macam lagi kumpulan boleh ada.

Masa saya masuk hutan ke perkampungan orang asli, orang luar seperti Pakistan dan Bangladesh usahakan bisnes kecil mereka dengan cuba memenuhi keperluan orang asli kat dalam hutan itu. Mereka hanya pakai motosikal EX5 dan ulang alik setiap hari dari luar masuk ke dalam kampung orang asli.

Cuba perhatikan kumpulan mana yang anda rasakan sedang berkembang. Cari apa produk atau perkhidmatan yang mereka perlukan. Pergi layan mereka dan penuhi keperluan mereka. Itu boleh jadi idea bisnes kecil yang amat menarik dan niche untuk anda lakukan.

*#7. Tengok orang tua*

Cuba perhatikan jumlah orang tua-tua yang ada di sekitar penempatan anda.

Anda akan dapati jumlah orang tua semakin lama semakin ramai. Zaman kita sekarang dan akan datang, kemudahan sistem perubatan semakin lama semakin baik. Itu antara sebab golongan tua semakin bertambah.

Golongan orang tua ini perlukan banyak bantuan dan perkhidmatan bagi menjaga kesihatan dan kehidupan mereka.

Apa saja bisnes yang dapat memenuhi semua keperluan ini punya potensi untuk membesar dalam masa terdekat ini. Jika anda ada kemahiran dan keupayaan berkaitan, itu mungkin boleh jadi satu idea bisnes kecil anda.



*#8. Tonton Astro*

Antara siaran TV yang saya suka tengok kat Astro adalah seperti siri kemahiran ubah suai rumah, kemahiran reka pakaian, kebolehan buat kolam mandi, kebolehan buat kolam ikan, kebolehan jinakkan anjing dan binatang peliharaan lain, kemahiran buat semula kenderaan lama dan antik, buat rumah atas pokok dan macam-macam kebolehan lagi.

Yang paling menarik dan saya suka tengok adalah siri khidmat pulihkan perniagaan restoran yang sedang hadapi masalah.

Semua itu adalah sumber idea bisnes yang boleh dijadikan inspirasi idea bisnes kecil anda.

Siaran TV seperti itu juga banyak membuka maklumat tentang aktiviti atau permintaan yang sedang menjadi trend semasa. Itu juga boleh berikan suntikan idea bisnes pada anda.

Ada seorang kawan yang menjana antara RM500 ribu ke RM 1 juta setahun hanya dengan merancang perjalanan kembara ke seluruh dunia di tempat-tempat yang menarik yang dia sendiri dah pernah pergi dan tahu selok beloknya.

Dia buat secara solo dan berjaya anjurkan sekurang-kurangnya satu trip satu bulan. Satu trip dia akan kumpulkan jumlah peserta antara 25 orang ke 30 orang.

*#9. Beli syarikat tempat anda kerja* 🤣👍🏻

Ini mencabar sikit. Tapi dah biasa sangat orang buat. Dan memang boleh dibuatpun. Orang putih panggil Management Buyout(MBO).

Kalau anda dah lama dalam syarikat tu, dah fasih sangat selok beloknya dan lihat pihak pengurusan yang ada macam keletihan dan ketandusan idea tak ada stamina. Apa kata buat cadangan untuk beli dan ambil alih serta pusing majukan lagi syarikat tempat anda kerja itu.

Kalau tak boleh beli keseluruhan syarikat, anda boleh beli sebahagian dari bisnes syarikat itu dan pecahkan menjadi satu entiti bisnes baru yang mana anda jadi pemilik dan penerajunya sekarang. Masih boleh jalinkan kerjasama dalam keadaan menang-menang antara bekas majikan dan syarikat baru anda.

*#10. Cari ilham masa kembara* (antara pilihan yg saya pilih setakat ini)

Pergi jalan atau mengembara ke tempat orang. Tak kisah samada kat dalam negara atau luar negara. Buka mata dan perhatikan apa yang mereka buat. Apa bisnes yang orang luar buat.

Mungkin anda boleh tiru dan buat yang sama kat tempat anda dan sudah tentu dengan suntikan idea yang lebih padu dan menarik.

*#11. Rapat dengan orang ini*
*Kawan dan rapatkan diri dengan para profesional seperti akauntan, lawyer atau pegawai bank komersial.*
 Juga cari kawan yang ada akses kepada aktiviti iklan perniagaan, broker jual syarikat dan lain-lain seumpamanya.

Mereka ada banyak maklumat berkenaan bisnes yang sedang teruk atau ada niat nak jual dengan harga yang berpatutan.

Bila ada peluang yang menarik dan sesuai dengan kemahiran dan keupayaan anda, beli saja.

*#12. Ingat balik idea lama* (pilihan yg Baik.,Sekiranya ada Modal)
Cuba ingat semula masa kecil anda sekolah dahulu. Masa sekolah rendah atau sekolah menengah. Mesti ada terlintas idea bisnes yang memang anda suka sangat dan teringin nak buat.

Apa kata kemas kinikan maklumat dan jadikan itu sebegai sumber idea bisnes kecil anda sekarang.

Apa idea bisnes kecil anda
Lengkap sudah 12 sumber idea bisnes kecil yang boleh anda cuba korek dan laksanakan.

Bila dah dapat idea, itu hanyalah satu permulaan kecil sahaja. Masih jauh lagi perjalanannya. Masih ada lagi banyak perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum idea bisnes anda itu berjaya direalisasikan.

Tapi, carilah dulu satu idea bisnes. Bab2 itupun ramai yang terkebil-kebil hilang arah. Sedangkan itu baru satu langkah mula dalam satu perjalanan yang lebih dari seribu langkah.

Langkahlah dulu setapak, kalau itupun tak buat, jangan  mimpi mahu sampai ke sasaran ( aim🏹 ) .

Nanti kita akan berkongsi  langkah seterusnya yang perlu kita buat bila dah tercetus satu idea bisnes kecil kecilan. Insyaallah!

Kawan....Dengarkan lah

Kawan.........

Hidup itu Indah,
 *kalau kita Pandai* Berterima Kasih dan Bersyukur ...
Belajar menerima apa adanya ...

Ketika *GELAP* ,
baru tersadarkan apa erti dari *TERANG* .

Ketika *KEHILANGAN* ,
baru tersadarkan erti dari *MEMILIKI*

Ketika *BERPISAH* ,
baru tersadarkan erti dari *KEBERSAMAAN* .

Kelmarin sudah *TIADA*
besok belumlah *TIBA* ,
kita hanya punya *1* hari, yaitu *HARI* ini. Jangan sesali yg telah berlalu, itu *perbuatan sia-sia.*

 *Syukuri* apa *yang telah dimiliki,* agar kebahagiaan selalu berada disisi kita

Dalam kehidupan *NYATA* ,
kadangkala kita suka mempermasalahkan hal yang *KECIL* ,
yang tidak *PENTING* , sehingga akhirnya merusak *NILAI* yang *BESAR* .

Persahabatan yang *INDAH* selama puluhan tahun *BERUBAH* menjadi permusuhan yang *HEBAT* ,  karena *SEPATAH* kata *PEDAS* yang tidak *DISENGAJA* .

Keluarga yang *RUKUN* dan *HARMONIS* pun boleh *HANCUR* hanya karena perdebatan hal  *KECIL* yang tidak *PENTING* .

yang *REMEH*  kerap dipermasalahkan,
tetapi yang lebih *PENTING* dan berharga *LUPA* dan *TERABAIKAN* .

Seribu *KEBAIKAN* sering tidak *BERERTI* , *TAPI SETITIK* kekurangan *DIINGAT* seumur hidup.

Mari belajar *MENERIMA* kekurangan apapun yang ada -dalam kehidupan kita-,
Bukankah tak ada yang *SEMPURNA* didunia ini ... ?

 *SEHATI* bukan karena saling *MEMBERI* ,
tetapi sehati karena saling *MEMAHAMI* .

 *BETAH* bukan karena *MEWAH* , tetapi betah karena saling *MENGALAH*

 *INDAH* bukan karena selalu *MUDAH* ,
tetapi *INDAH* karena dihadapi bersama setiap *KESUSAHAN* ...   

 Semoga bermanfaat... Aamiin...

*Amalkan 3 doa Akhir Zaman ini* oleh Ustaz Jefri Abu Bakar


*Amalkan 3 doa Akhir Zaman ini*
oleh Ustaz Jefri Abu Bakar

*1. Doa tetapkan hati*

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَ عَلَى طَاعَتِكَ

ALLAH HUMMA, YAA MUQALLIBAL QULUUB, TSABBIT QALBII ‘ALAA DIINIKA WA ‘ALAA THOO’ATHIK.

*Artinya:* Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu

*2. Doa Tunjukkan yang Haq (kebenaran)*

 اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين

Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba’ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimeen.

*Artinya :* Ya Allah Tunjukilah kami kebenaran dan berikan kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukanlah kami kebatilan dan berikan kami jalan untuk menjauhinya.

*3. Doa Keteguhan Hati*

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Surah Ali-Imran ayat 8

“Rabbana la tuzigh qulubana ba’da idz-hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab.”

*Artinya:* Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami menyimpang kepada kesesatan, setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, karena sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (Karunia).

Amalkan bacaan zikir ini setiap kali lepas solat sebab kita sekarang ini berada di akhir zaman dimana kita tidak pasti yang mana yang betul dan yang mana salah.

*APAKAH ORANG YG MENINGGAL SEDAR BAHAWA DIRINYA SUDAH MATI?*


*APAKAH ORANG YG MENINGGAL SEDAR BAHAWA DIRINYA SUDAH MATI?*

*Orang yang mati awalnya tidak menyadari bahwa dirinya mati. Dia merasa dirinya sedang bermimpi mati. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafankan, disolatkan hingga diturunkan ke dalam kubur. Dia merasa dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbun tanah. Dia berteriak-teriak tapi tidak ada yang mendengar teriakannya*

*Beberapa waktu kemudian*

*Saat semua sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah. Allah kembalikan ruhnya. Dia membuka mata, dan terbangun dari “mimpi” buruknya.*

*Dia senang dan bersyukur, bahwa ternyata apa yang dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk, dan kini dia sudah bangun dari tidurnya.*

*Kemudian dia meraba badannya yang hanya diselimuti kain putih sambil bertanya dan terpegun,*

*“Dimana bajuku? Dimana seluarku?” Lalu dia meraba sekelilingnya yang berupa tanah “Dimanakah aku?” “Tempat apa ini? Kenapa bau tanah dan lumpur?” Kemudian dia mulai menyadari bahwa dia ada di bawah tanah, dan sebenarnya apa yang dialaminya bukanlah mimpi! Ya, dia sadar bahwa dirinya benar-benar telah mati.*

*Berteriak lah dia sekuat-kuatnya, memanggil orang-orang terdekatnya yang dianggap boleh menyelamatkannya:*

*“Makkkkkk….!!!!*
*“Ayaaaaaah…!!!!”*
*“Abangggggg!!!"*
*"Atokkkkk!! "*
*“Neneeeek!!”*
*“Kakaaaaak!!!”*
*“Sahabaaaaat!!!”*

*Tidak ada seorang pun yang menjawab nya. Dia yang selama ini lupa pada Allah pun ingat bahwa ALLAH adalah satu-satunya harapan.*

*Menangis lah dia sambil meminta ampun,*

*“Ya, Allaaaaaaah…. Ya Allaaaaaaah…. Ampuni aku ya Allaaaaaaah….!!!”*

*Dia berteriak dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelumnya sepanjang hidupnya.*

*Jika dia orang baik (soleh/solehah), maka muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum akan menemaninya dan menenangkannya, menghiburnya dan melayaninya dengan layanan yang terbaik.*

*Jika dia orang buruk (tidak beriman/kafir), maka datang dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyiksanya sesuai dengan keburukannya.*



*Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur*

*Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:*

*“Tiada penolong yg lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya)*

*Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang-orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba-tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.*

*Setelah dikuburkan dan orang-orang mulai meninggalkannya, datanglah dua malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan soal jawab.*

*Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimana pun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan utk menyoalnya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga.”*

*Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata, “Aku adalah Al quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.*

*Jangan risau setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesusahan.”*

*Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la (Himpunan Fadhilah Amal : 609)*

*Allahu Akbar, terasa mengigil selepas membaca hadits ini. Mengigil teramat sangat, yang penuh pengharapan sekaligus kerisauan. Mengigil kerana tentu saja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus mengigil ketakutan, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita.*

*Banyak riwayat yang menerangkan bahwa Al-Quran adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.*

*Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapakku, dosa keluargaku, dosa saudara-saudaraku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa seluruh kaum muslimin muslimat, Ya Allah, jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak sesuai berada di SurgaMu YaAllah... Aamiinnnnn.*

*Sahabat sekarang anda memiliki dua pilihan,*

*1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini*
*2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman-teman mu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu... Aamiinnnnn...*

*Boleh di SHARE sebanyak mungkin!*
*_Siapakah sahabatku selama di alam kubur dialah AL - QUR'ANNUL KARIM_*

Selasa, 26 Mac 2019

"Setiap pencinta Allah akan diuji"


"Setiap pencinta Allah akan diuji"

"Jangan engkau berputus-asa dari takdir Allah, Kebijaksanaan Allah mendahului akalmu, sabar dan ridha adalah pakaian yg paling utama"

Hakikat Dzat Allah tiada siapa yg dapat mengenali
Dia berbuat apa yg dikehendakiNya
Allah tiada timbalan, tiada penasihat dan tiada pembantu
Tiada sekutuNya sesuatu pun
Dia mentadbir sekalian alam ini bersendirian
Tiada yg Wujud didalam alam ini melainkan Dia
Tauhid ialah pengosongan selain Allah
Orang yg telah mendapat Allah tidak cenderung kepada selain Allah
Dia telah berputus-asa daripada selain Allah.

"Mahasuci Allah daripada menyerupai sebarang suara dan KalamNya tidak berhuruf dan tidak bersuara. Mereka(ahli makrifatullah) telah berdiri dihadapan Allah tanpa batas dan juru-bahasa, dan mereka kenal Allah dengan Allah..."

"Didalam bala-ujian Allah itu tersiratnya bauan-bauan Ketuhanan"

"Hanyasanya orang-orang yg melalui bala-ujian Allah sahaja yg dapat memahami dan merasai maksud ridha kepada Allah"

"Ilmu yg muktamad ialah ilmu yg membawa kepada penghubungan batinmu dengan Allah"

"Jangan engkau bersandar kepada ilmu tauhid atau makrifatullah, hanya kepada Allah tempat sandaran yg dituntut dan kesudahan jahil engkau Disisi Dzat Allah"

"Janganlah engkau memaksa Allah dengan keinginanmu, maka jadilah sebaik-baik hamba yg menyerahkan dirinya dibawah Kehendak Allah yg azali"

"Tetaplah engkau berhadap kepadaKU, ridhalah segala KehendakKU keatasmu, tiada pilihan bagimu melainkan pilihan bagiKU"

"AKU akan menguji siapa yg mengaku mencintaiKU, sehingga mereka benar-benar mencintai DzatKU semata-mata"

"Lupakanlah dirimu dan berhadaplah kepadaKU"

"Janganlah engkau mengambil hati terhadap hal-ehwal anak-isterimu, ahli keluargamu, kaum- kerabatmu, sahabat-taulanmu, kaummu dan sesiapapun kerana AKU-lah rahsia disebalik segala sesuatu, maka cukuplah AKU bagimu"

"Bersyukurlah kepadaKU, AKU-lah yg memohon keampunan bagimu dan AKU-lah juga yg mengampunkan mu"

-  BUTA SELAIN ALLAH