expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 7 Ogos 2019

PERINGATAN UTK DIRI ini YG SELALU LALAI


PERINGATAN UTK DIRI ini YG SELALU LALAI.

*11 BERITA GEMBIRA UNTUK "KAKI MASJID @ SURAU"*

*"Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" Begitu tersentuh sekali perkongsian kali ini Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;*

1- Rasulullah berpesan:
"Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). "
 (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda:
 "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik."
 (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda:
 "Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang."
(Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda:
 "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah.
(Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat."
 (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda:
"Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid."
 (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."

7- Rasulullah bersabda:
 "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat."
(Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik."
(Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah bersabda:
"Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan."
(Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang."
(Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman:
 "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa."  (Al-Hujurat 49: 13)

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

sampaikan walau sepotong ayat,moga bermanfaat.

Dunia semakin d penghujungnya...

Isnin, 5 Ogos 2019

*NIKMATNYA BERSEDEKAH*


*BERSEDEKAH*

1. Jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila dah sihat baru sedekah. Sebab potensi untuk anda lupa tu sangat tinggi. Sedekahlah supaya anda ada duit. Sedekahlah agar anda sihat.

2. Niat semasa sedekah. “Ya Allah, aku sedekah ni bagi pihak aku dan keluargaku. Berikanlah aku sekian sekian sekian.” Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

3. Seeloknya sedekahkan makanan. Biar terus menjadi darah daging dan beranak pinak dengan darah daging hasil derma anda.

4. Kalau nak sedekahkan kepada anak yatim, cari yang betul-betul memerlukan. Biar mereka merasa sama apa yang anda dan anak-anak anda rasa.

5. Nak mengandung? Nak rezeki datang? Sedekahlah. Kadang-kadang kita terlupa bahawa Yang Memberi Rezeki ialah Allah swt.

6. Kalau nak orang doakan, sila nyatakan dengan jelas apa yang anda nak. “Doakan saya dapat baby” “Doakan saya dapat 10A+”

7. Jangan rasa jemu bersedekah. Minggu lepas anda sedekah tak dapat apa-apa yang luar biasa? Ketahuilah anda bahawa mungkin sebenarnya ketika anda pulang dari kerja minggu lepas sebenarnya tayar anda akan pancit. Tapi kerana sedekah anda, rezeki anda untuk berjimat sebanyak RM100. Kita tak tahu. Allah Maha Mengetahui.

8. Sedekahlah pada hari Jumaat untuk dapatkan pahala berganda.

9. Doa juga sedekah. Alfatihah juga sedekah.

10. Kongsikan entry ini juga sedekah. Tolong saya. Saya nak dapat pahala. Orang lain baca dan bersedekah, anda juga dapat pahala.

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bersedekah sebanyak mungkin dan sedekah kita bermanfaat sebelum kita menghadap pencipta. Saya doakan yang terbaik buat kalian, doakan juga yang terbaik untuk saya dan keluarga.

Ingatlah, rezeki yang berkat itu ada tiga : makanan yang dihabiskan, pakaian/barangan yang digunakan hingga lusuh dan rezeki yang disedekahkan.

#Just_say_Alhamdulillah

BERHATI HATI DENGAN PERUT BUNCIT(BOROI)


BERHATI HATI DENGAN PERUT BUNCIT(BOROI)
BACA HADIS DI BAWAH
         👇👇👇
  Umar bin Khattab Radhiyallahu ‘Anhu pernah bertemu seseorang di jalan, dan bertanya kepadanya.

"Kenapa perutmu besar seperti ini?", tanya Umar bin Khattab radhiyallahu 'Anhu.

"Ini karunia dari Allah," jawab orang tersebut.

"Ini bukan berkah, tapi azab dari Allah!", seru Umar.

Umar pun melanjutkan:

"Hai sekalian manusia, hai sekalian manusia. Hindari perut yang buncit&boroi. Karena membuat kalian malas menunaikan shalat, merusak organ tubuh, menimbulkan banyak penyakit. Makanlah kalian secukupnya. Agar kalian semangat menunaikan shalat, terhindar dari sifat boros, dan lebih giat beribadah kepada Allah."

Ada beberapa dalil yang menunjukkan celaan bagi orang gemuk karena banyak makan. Diantaranya,

Dari Imran bin Hushain Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خَيْرُكُمْ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ، إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ، وَيَشْهَدُونَ وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ، وَيَنْذِرُونَ وَلاَ يَفُونَ، وَيَظْهَرُ فِيهِمُ السِّمَنُ

Generasi terbaik adalah generasi di zamanku, kemudian masa setelahnya, kemudian generasi setelahnya. Sesungguhnya pada masa yang akan datang ada kaum yang suka berkhianat dan tidak boleh dipercaya, mereka bersaksi sebelum diminta kesaksiaannya, bernazar tapi tidak melaksanakannya, dan nampak pada mereka gemuk(buncit)”. (HR. Bukhari 2651 dan Muslim 6638)

Dalam riwayat lain, dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خَيْرُ أُمَّتِى الْقَرْنُ الَّذِينَ بُعِثْتُ فِيهِمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ… ثُمَّ يَخْلُفُ قَوْمٌ يُحِبُّونَ السَّمَانَةَ، يَشْهَدُونَ قَبْلَ أَنْ يُسْتَشْهَدُوا

“Sebaik-baik umatku adalah masyarakat yang aku di utus di tengah mereka (para sahabat), kemudian generasi setelahnya. Kemudian datang kaum yang suka menggemukkan badan(buncit), mereka bersaksi sebelum diminta bersaksi.” (HR. Muslim 6636 dan Ahmad 7322)

Keterangan al-Qurthubi (w. 671 H)

Ketika menyebutkan hadis di atas, beliau mengatakan,

وهذا ذم. وسبب ذلك أن السمن المكتسب إنما هو من كثرة الأكل والشره، والدعة والراحة والأمن والاسترسال مع النفس على شهواتها، فهو عبد نفسه لا عبد ربه، ومن كان هذا حاله وقع لا محالة في الحرام

Hadits ini adalah celaan bagi orang gemuk&buncit. Karena gemuk yang bukan bawaan penyebabnya banyak makan, minum, santai, foya-foya, selalu tenang, dan terlalu mengikuti hawa nafsu. Ia adalah hamba bagi dirinya sendiri dan bukan hamba bagi Tuhannya, orang yang hidupnya seperti ini pasti akan terjerumus kepada yang haram…

Perut nabi itu tidak buncit:

Dari Al-Hasan, , ia berkata, "Rasulullah itu berdada lebar. Antara perut dan dada berukuran sama." (HR. Ath-Thabarani dan Az-Zabidi)

Perut nabi tu padat: Dari Ummu Hani, ia menuturkan, "Saya tidak melihat bentuk perut Rasulullah kecuali saya ingat lipatan kertas-kertas yang digulung antara satu dengan yang lain." (HR. Ath-Thabarani) dalam riwayat lain: "perutnya bagai batu-batu yang bersusun"(PENGHANTAR=ROHHUDDIN AL AMIN)

#Just_say_Alhamdulillah

Sabtu, 3 Ogos 2019

MENGAPA SAYA BELUM DAPAT KERJA?


MENGAPA SAYA BELUM DAPAT KERJA?

 Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

(Ahad 31 Julai 2016, selepas Maghrib di Surau Nur al-Syura,  Selayang)

“Ustaz! Kenapa saya masih belum dapat kerja walaupun sudah banyak kali hadir temuduga?”

Saya terkejut apabila pesara tentera yang juga ahli Jemaah surau kami (Surau Nur al-Syura, Selayang) bertanyakan soalan itu. Beliau adalah  kaki surau yang sangat konsisten dengan solat berjemaah dan selalu hadir kuliah saya. Kisahnya, beliau baru dibuang kerja ekoran aniaya orang. Selepas dibuang kerja, dia banyak menghadiri temuduga untuk kerja baru tetapi selalu gagal. Lalu fikirannya berkecamuk apa sebab kegagalannya yang berlaku secara berterusan. Persediaan temuduga memang dirancang rapi, namun kegagalan seakan sentiasa melekat pada dirinya.

Saya mulakan bicara:

“Abang! Rezeki adalah rahsia Allah! Jika menurut Rasulullah SAW, rezeki yang pasti sudah menjadi milik kita hanya 3 jenis:

يَقُولُ ابْنُ آدَمَ مَالِي مَالِي قَالَ وَهَلْ لَكَ يَا ابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلَّا مَا أَكَلْتَ فَأَفْنَيْتَ أَوْ لَبِسْتَ فَأَبْلَيْتَ أَوْ تَصَدَّقْتَ فَأَمْضَيْتَ

Ertinya: Anak Adam selalu berkata “Aduhai hartaku! Hartaku! Maka adakah bagimu sebarang harta (yang memberi manafaat bagimu) wahai anak Adam melainkan apa yang kamu makan lalu kamu hadam (lalu keluar sebagai najis), atau apa yang sudah kamu pakai lalu kamu jadikannya lusuh (buruk), atau apa yang kamu sedekahkan lalu ia menjamin pahalamu (di akhirat kelak) (Sahih Muslim).

“Sebenarnya abang bukan tak dapat kerja, tapi rezekinya belum sampai. Rezeki adalah ketetapan Allah yang perlu diusahakan. Usah putus asa!  Usaha perlu ditingkatkan seiring doa. Nanti saya kongsikan doa nabi Musa AS mudah-mudahan Allah buka jalan rezeki.”

Benar! Rezeki adalah milik dan rahsia Allah. Ia disahkan oleh nabi Ibrahim:

إِنَّمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْثَانًا وَتَخْلُقُونَ إِفْكًا إِنَّ الَّذِينَ تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَا يَمْلِكُونَ لَكُمْ رِزْقًا فَابْتَغُوا عِنْدَ اللَّهِ الرِّزْقَ وَاعْبُدُوهُ وَاشْكُرُوا لَهُ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Ertinya: (Nabi Ibrahim AS berkata) "Kamu hanyalah menyembah berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; OLEH ITU CARILAH REZEKI DARI SISI ALLAH, DAN SEMBAHLAH AKAN DIA, SERTA BERSYUKURLAH KEPADANYA; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan (al-‘Ankabut [29:17]).

Cari rezeki dari sisi Allah bukan bermaksud duduk berzikir atau berdoa sepanjang hari di masjid tanpa sebarang usaha. Ia bermaksud berusaha sedaya mampu menerokai rezeki yang disediakan Allah di alam ini untuk kita.

Allah sebagai Tuhan yang maha bijaksana tahu apa yang terbaik untuk kita. Rezeki yang ditahan alirannya mempunyai sebab yang belum kita tahu rahsianya. FirmanNya:

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

Ertinya: DAN KALAULAH ALLAH MEMEWAHKAN REZEKI BAGI SETIAP HAMBANYA, NESCAYA MEREKA AKAN MELAMPAUI BATAS DI BUMI (DENGAN PERBUATAN LIAR DURJANA); AKAN TETAPI ALLAH MENURUNKAN (REZEKINYA ITU) MENURUT KADAR YANG TERTENTU SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKINYA. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata (al-Syura [42:27]).

Bagi menenangkan jiwa pesara tentera ini, saya kongsikan doa nabi Musa yang mempunyai makna yang sangat bagus. Saya minta beliau hayati kisah nabi Musa bermula dari ayat 15 sehingga ayat 28 surah al-Qasas supaya doa ini lebih mendasar maknanya ke dalam jiwa. Penghayatan mendalam terhadap latar dan kisah sesuatu doa akan membantu penerimaan sebarang doa. Nabi Musa AS pernah berdoa dengan doa ini:

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Ertinya: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan" (al-Qasas [28:24]).

Sebelum berpisah, sejurus selesai solat Isyak saya bersalam dengannya sambil membisikkan kata semangat:

“Jangan difikirkan sangat tentang rezeki kerja yang belum tiba. Insya Allah ia akan sampai apabila kena dengan ketetapan Allah. Syukurilah REZEKI ROHANI yang sudah lama Allah kurniakan pada abang! Abang boleh konsisten datang berjemaah dan duduk dengar kuliah agama. Ia adalah rezeki yang dicemburui ramai orang lain yang sibuk mencari rezeki fizikal tapi kesuntukan masa untuk solat berjemaah dan mengisi jiwa dengan pengisian ilmu.”

#Just_Say_Alhamdulillah

*RAWATAN PENYAKIT CARA ISLAM*


*RAWATAN PENYAKIT CARA ISLAM*

▪ *Demam Panas*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa {Bismillahil Kabir ...}
4. Doa Penyejuk

▪ *Selesema*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Penyejuk

▪ *Penyakit Kulit*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

▪ *Sakit Kepala*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Sakit Kepala {al-Waqi'ah : 19}
4. Doa {Bismillahil Kabir ...}

▪ *Sakit Sendi*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

▪ *Sakit Mata*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penyakit Mata
a. Doa Kesembuhan Penyakit
b. Surah Qaf : 22
c. Surah al-Qalam : 5


▪ *Sakit Mata Sebab Sihir*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Menentang & Melawan Sihir
a. Surah Yunus : 81-82
b. Surah al-'Araaf : 118-122
c. Surah Taa Haa : 69
d. Surah al-Nissaa' : 84
e. Surah Yusuf : 64
4. Doa Menghindar Syaitan
5. Doa Penyakit Mata


▪ *Mata Dimasuki benda*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penyakit Mata

▪ *Sakit Perut*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7 Kali}
4. Doa Sakit Perut

▪ *Batuk*
1. Surah al-fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

▪ *Bisa*
1. Surah al-Fatihah
2. Bismillah Tujuh
3. Bismillah Lima

▪ *Sesak Nafas*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq & Surah al-Nas}
4. Surah al-Insyirah
5. Doa Melegakan Sesak Nafas
a. Surah al-An'am : 125
b. Surah al-Zumar : 22

▪ *Dada Berdebar-Debar*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat
4. Doa Melegakan Debaran Dada
a. Surah al-Ra'd : 28
b. Surah al-An'am : 13
c. Surah al-Syura : 33
d. Surah al-Furqan : 45

▪ *Sakit Gigi Biasa*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Sakit Gigi

▪ *Sakit Gigi Bernanah, Gusi Bengkak & Barah Gigi*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Pengecil
4. al-Mu'awwizat

▪ *Kencing Malam*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah {Surah al-Mukminun : 115-118}
3. Ayat Penahan {Surah Hud : 44}

▪ *Cirit-Birit*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghalang sakit {Baca 7X}
5. Doa Sakit Perut

Khamis, 1 Ogos 2019

*10 PESAN TANAH KEPADA MANUSIA*


*10 PESAN TANAH KEPADA MANUSIA*

1.Wahai anak Adam,berjalanlah di atas perutku tetapi ingatlah kau akan masuk ke dalam perutku kelak.

2.Kau melakukan kejahatan maksiat di atas atasku tetapi ingat kau akan di azab di dalam perutku.

3.Engkau ketawa di atas perutku tetapi ingatlah kau akan menangis di dalam perutku.

4.Engkau bergembira/berseronok di atas atasku tetapi ingat kau akan kecewa sedih di dalam perutku.

5.Engkau mengumpul harta di atas atasku tetapi ingat kau akan menyesal dalam perutku.

6.Engkau makan yang haram di atas atasku tetapi ingat engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perut-ku.

7.Engkau angkuh sombong di atas ku tetapi ingat engkau akan dihina di dalam perutku.

8.Engkau berlari dengan megah di atas atasku tetapi ingatlah engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9.Engkau Hidup bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di atasku tetapi ingat engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup beramai-ramai di atasku tetapi ingatlah engkau akan berseorangan diri di dalam perutku.

Muhasabah Diri.
#Bakal_jenazah

*DOSA MEMBURU DI MANA-MANA*


*DOSA MEMBURU DI MANA-MANA*

Tuhan! Dosa memburu di mana-mana sahaja
Ia memburu tidak kira masa dan tempat
Sasaran buruannya adalah manusia sebagai hamba-hamba-Mu
Aku adalah salah seorang buruannya
Aku selalu sahaja menjadi mangsanya
Dosa ibarat semut berada di mana-mana dan setiap masa ada
Siapalah yang dapat melarikan diri daripada buruannya
Kalau kita berhati-hati pun tidak dapat dielak daripada digigit semut
Betapalah kita tidak mempedulikannya lebih-lebih lagi menjadi sasaran serangannya yang lebih lagi kerap berlaku
Aku sedih Tuhan, aku bimbang selalu
Jiwaku tidak tenang, gelisah selalu
Bukan sahaja dosa-dosa menimpa aku di jalan-jalan, di pasar-pasar, bahkan di rumah dan di masjid pun berlaku
Di dalam sembahyang pun dosa memburu aku
Waktu berpuasa, membaca Al Quran, bercakap tentang ilmu
Bahkan sedang memperkatakan tentang dosa pun terjatuh di dalam dosa
Aduh di mana aku hendak lari dari dosa Tuhan!
Dosa ibarat semut berada di mana-mana dan berada di setiap masa
Kalau di dalam sembahyang, di waktu membaca Al Quran, di dalam majlis ilmu dosa tetap memburu aku
Bagaimanakah jiwa aku mahu tenang
Bagaimana aku mungkin boleh terlepas daripada kebimbangan?!
Justeru itu lepas sembahyang aku bimbang
Selepas membaca Al Quran aku tidak tenang
Bahkan selepas bangun tidur pun
Aku merasakan aku sedang diburu dosa
Aduh kalau bukan dengan rahmat-Mu Tuhan
Aku pasti binasa

darimursyidku

#JUST_SAY_ALHAMDULILLAH