expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 12 Oktober 2019

AIR WADI KEPUTIHAN #Just_for_girl_only


Utk wanita,girls only

Air wadi/ keputihan
Contohnya , bila kita angkat benda berat ,perasaan terlampau gembira,  jalan jalan kat shopping complex 2,3 round. , tu yang keluar air wadi..

ada satu kes ;
Seorang ustazah ni keluar pergi shopping . then dia terserempak dgn seorag muslimah . ustazah macam terpandang and tengok dia . masa tu kat shopping kompleks la.

Then ustazah jalan pusing pusing dari tengah hari smpai lah ke petang .
Then ustazah nak solat asar . ustazah singgah masjid . ustazah pergi lah toilet nak bersihkan apa yg patut . lepastu masa nak naik ke tempat perempuan ustazah nampak muslimah tadi terus naik .

Ustazah tu cam lah muka muslimah tu sebab masa shopping tu berapa kali terserempak masa tawaf . then ustazah pun solat lah . muslimah tu ada solat kat depan ustazah .
Ustazah ternampak sebelum dia solat, dia buka seluar dalam dia.

Then ustazah siap solat dulu . ustazah pun tunggu lah muslimah tu siap solat sebab ustazah tergerak hati nak tegur.
Lepas siap semua , ustazah tegur dia. ustazah tanya , kenapa awk buka seluar dlm awk ?

Then muslimah tu pun cakap , sebab mungkin air wadi keluar sebab masa shopping tadi sy banyak berjalan .
Ustazah pun senyum  , ustazah tanya lg . buka seluar dalam saja ka? tak basuh ke ?
Then dia senyum menggeleng .

Ustazah pun ckp la . memang air wadi kadang kadang tak nampak. tapi punca tempat keluar tu kena bersihkan (kemaluan) . sebab masih melekat kat situ . jadiya solatnya mungkin tak sah sbb awak tak bersihkan tempat punca yang keluar tu.

 dan selalu jugak perempuan yang bangun subuh tapi X nak mandi.. Jangan terus amek wuduk. Tapi.. Bersihkan dulu kemaluan dan berwuduk baru sah solat. Ini namanya beristinjak. Sebab kita tak tahu masa tidur tu Ade keluar air wadi ke.. Air ape2 je la yang najis.. Jadi perlu basuh dan berwuduk. Lebih bagus lagi.. Mandi la lepas bangun subuh.

conclusion is,  nak solat je,  bersihkan tempat tu ye.  Dan najis jangan bawa dalam solat.  Sebab , Ada jugak sesetengah tu . dia dah bersihkan . then lepas die bersihkan die buka seluar dalam dan mungkin simpan dlm poket baju . bila solat lupa nak buang letak tempat lain . jadinya bawa najis tu solat sekali jadinya, solatnya tak sah .

Kalau boleh masa nak solat if tak pakai pantiliner . Pergi basuh dulu kemaluan dan buka seluar dalam . siap solat pakailah balik seluar dalam tu.
Pakai pantiliner pun kena juga bersihkan dan tukar pantiliner yang baru dan pastikan tak melekat kat seluar dalam .kalau nak bawa dalam solat
terkena pada kita atau pakaian dan bawa untuk solat nanti,  maka solat kita nanti tak sah. Diulangi. TAK SAH!

ramai yg tknk amik tahu dan ambil berat pasal ni. kadang2 tu ckp kat kawan kawan pun masing masing taknak dengar.  tapi please amek berat ye. Nak ke solat tak sah  hmm

❗Jangan biarkan mesej ini.
Hantar pada anak kita,  cousin perempuan kita,  sahabat,  dan orang yang kita sayang.  Agar kebersihan terjaga ibadah diterima  😊

Muslimin pun wajib tahu .
 utk tambah thaqafah  dan tolong isteri , kakak adik and so on

===

SHARING IS CARING
#JUST_SAY_Alhamdulillah

Isnin, 7 Oktober 2019

✍🏻 *ZINA MENUTUP PINTU REZEKI*



✍🏻 *ZINA MENUTUP PINTU REZEKI*

ZINA bermaksud melakukan persetubuhan seks tanpa ikatan yang sah sama ada secara rahsia atau kerelaan hati.

Pada zaman moden ini, budaya pergaulan bebas dalam kalangan anak muda tiada batasnya sehingga kadang kala membawa ke kancah maksiat.

Kemungkaran ini seharusnya dielakkan kerana bukan sahaja memberikan kesan negatif dalam kehidupan seseorang malah turut menyebabkan pintu rezeki tertutup luas buat mereka.

Jika seseorang sudah berzina, maka Allah akan menimpakan kepadanya kesusahan dan azab, seperti susah dapat pekerjaan, susah bayar hutang, rumah tangga tidak bahagia dan sukar mendapat anak.

Dalam erti kala yang lain, penzinaan merupakan suatu yang sangat keji,
kerana ia adalah punca nasab (keturunan) menjadi kacau bilau dan manusia saling bunuh membunuh kerana mempertahankan kehormatan.

Dari sudut yang lain, zina merupakan satu ‘pembunuhan’ kepada masyarakat kerana memuaskan nafsu syahwat melalui zina menjadikan kehidupan secara suami isteri dilihat tidak lagi perlu.

Ia juga menjadikan keluarga sebagai suatu tanggungjawab yang tidak mustahak,
sedangkan keluarga merupakan tapak semaian yang baik bagi anak² kecil.

Allah berfirman :

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰىٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلًا (٣٢)

"Dan janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji
dan satu jalan yang jahat
(yang membawa kerosakan)."
(Al-Isra' 17: Ayat 32)

Wallahu a'lam.

_Tips Telur Rebus_ _Cantik Dan Licin_


_Tips Telur Rebus_
_Cantik Dan Licin_


Selalunya kalau kita rebus telur, time nak kopek telur tu melekat isi dia kat kulit kan. Jadi macam tak comey pulak mata ni tengok betul tak?

Jadi saya nak share dengan korang tips untuk dapatkan telur yang cantik dan licin selepas dikopek. Jom follow cara cara di bawah:


1. _SEBELUM MEREBUS_


a) *PASTIKAN TELUR*
*BERADA DALAM SUHU BILIK*

Jika korang simpan telur dalam peti sejuk, jangan terus rebus telur tu tapi biarkan pada suhu bilik dulu. Bila telur dah berada dalam keadaan suhu bilik baru rebus.


b) *LEPASKAN GAS DALAM TELUR*

Cucuk hujung telur dengan safety pin atau paku tekan untuk melepaskan gas dalam telur.

Jika gas ni tak dilepaskan, gas akan meningkat apabila direbus dan memecahkan kulit telur. Perasan kan ada telur yang pecah dalam periuk dan telur pilutihnya keluar.


c) *SUSUN DENGAN CERMAT*

Letak dan susun telur dalam periuk dengan cermat.

Elak letak telur sekali banyak dan biarkan tersusun dalam satu layer agar berat telur tidak menekan antara satu sama lain. Tekanan akan menyebabkan telur pecah semasa di rebus.


d) *GUNA AIR SEJUK*

Isi periuk dengan air sejuk. Sebaiknya isi air dari tepi periuk dan bukan secara terus pada telur untuk mengelakkan tekanan berlaku pada telur.


e) *CAMPURKAN GARAM*

Masukkan setengah sudu garam dalam air. Garam berfungsi untuk membantu menutup sebarang keretakan sewaktu merebus selain membantu menanggalkan kulit dengan cepat dan tidak melekat.


f) *CAMPURKAN JUGA CUKA*

Letak satu sudu cuka mengikut jumlah telur dalam periuk sebelum mula merebus. Cuka membantu protein dalam putih telur menutup keretakan pada kulit dengan segera.


2. _SEMASA MEREBUS_


a) *GUNA API PERLAHAN*

Biarkan telur direbus dengan api perlahan untuk mengelakkan telur ‘terkejut’ dengan peningkatan suhu.

Kacau selalu dengan perlahan untuk elakkan telur tenggelam pada dasar periuk kerana ia boleh menyebabkan telur masak tidak sekata dan mudah pecah.


b) *TUTUP API SEBAIK AIR MENGGELEGAK*

Tutup api sebaik sahaja air menggelegak dan jangan keluarkan telur terus.


Jika anda inginkan:

Soft-boiled– keluarkan dalam masa 3 minit. Berhati-hati sewaktu mengeluarkan telur dari periuk. Guna sudu besar untuk mengelakkan telur pecah.

Medium-boiled– keluarkan dalam masa 5-7 minit.

Hard-boiled– keluarkan dalam masa 9-12 minit.

Selamat mencuba.

Sabtu, 5 Oktober 2019

*( MASUK TOILET BAYAR RM 0.50 )* **


*( MASUK TOILET BAYAR RM 0.50  )*
          *<Harap Direnungkan >*

PENJAGA : Maaf tuan...!!
Untuk Masuk Toilet,Tuan Harus Bayar RM0. 50.

ORANG TUA : ( Menitiskan Air Mata)

PENJAGA : Eh... Kenapa Tuan Menangis, Kalau tidak berduit tidak mengapa, Silakan Masuk .

ORANG TUA : Nak... Aku Menangis Bukan Kerana Tidak Berduit tetapi  saya ada suatu kerisauan.
Jangankan Hanya Untuk Membayar Harga Masuk Toilet. Membeli Toilet Ini Pun Saya Mampu....

PENJAGA : Lantaran Kalau Begitu,Kenapa Tuan Menangis...?
ORANG TUA : Aku Menangis Kerana Tempat  Sekotor Ini Pun Punya Harga Yg Harus Dibayar Bila Ingin Masuk. Apa Lagi Syurga Yg Begitu Harum Dan Indah. Berapa Harga Yg Harus Ku Bayar,
Cukupkah Amalku.... Ibadahku... Kebaktian ku....  Untuk Membayar Harga Syurga.

PENJAGA : ( Hanya Terdiam Dan Ikut Menangis )

BOLEH DISHARE SEBANYAK MUNGKIN

#just_say_Alhamdulillah

Muhasabah Hati


✍🏿 Muhasabah Hati

_"Dakwahlah manusia kepada Allah sekalipun ketika kamu diam"_ .

_Bagaimana nak berdakwah ketika diam ?_

_"Dengan akhlakmu"._


_Bukankah,_

_Rasulullah Saw memikat seseorang itu dengan ahklak Baginda, bukan sekadar dengan kata kata yang manis._

_Kalau kamu tidak mampu meninggalkan kesan yang baik dalam hati manusia,_

_Jangan pula kamu menanam dalam hati mereka kesakitan yang tidak mampu dia lupai._

_Tidak semestinya yang jahat itu ahli neraka._

_Tidak semestinya yang baik itu ahli syurga._

_Dosa terhapus dengan taubat_
_Pahala hilang dengan riak_

_Maka sematkanlah rasa Tawadhu' , yang mana setiap kali bertemu seseorang dengan seorang muslim lain, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya._

_"Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang"_

_- Surah Maryam ayat 96_

_"Manusia itu seperti bulan, ia memiliki sisi gelap"_

_Semua kita memiliki dosa dosa tidak diketahui siapa pun selain Allah, hingga tidak perlu merasa sombong di hadapan manusia, merasa lebih hebat atau ujub._

_Kemudian sebaliknya tidak pula merasa rendah berlebihan di hadapan manusia, kerana semua manusia memiliki dosanya masing masing._

# just say Alhamdulillah

Isnin, 30 September 2019

Jauhi Malu Untuk Berubah Kawan !!!


Jauhi Malu Untuk Berubah

“Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan beberapa orang lelaki. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor,”



“Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit,”

“Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina,”

Iman Itu Masih Ada

Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peringkat taubat.

Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya?

Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid? Kalau pergi konsert, perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan kaki pun sudah dikira. Tidak perlu keluarkan modal. Malah makin dicintai Allah. Asal niat betul.

Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri? Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.

Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?

Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!.

Cipta Masa Depan

Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai hari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha? Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh.

‘Qada muallaq’ iaitu ketentuan Allah yang tercatat di lauhul mahfuz dan kita boleh mengubahnya. Tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa.

Mari saya datangkan satu analogi. Katakan Ahmad seorang pelajar yang bermasalah, malas belajar dan menghisap rokok. Tiba suatu ketika, terdetik penyesalan di hatinya. Dan ketahuilah, saat itu, dia punya dua peluang. Peluang ke arah kebaikan atau sebaliknya. Terhimpit antara dua lorong.

Lorong pertama, memilih untuk rajin belajar dan meninggalkan tabiat menghisap rokok. Lorong kedua, masih tetap dengan perangai dan tabiat lama.????????????

Sabtu, 28 September 2019

🌍 BANGUN DARI TIDUR 🌍 DI AWAL PAGI., TIBA-TIBA ADA KESAN LEBAM2 DI BAHAGIAN TUBUH😲


🌍     BANGUN DARI TIDUR  🌍
DI AWAL PAGI., TIBA-TIBA ADA KESAN
      LEBAM2 DI BAHAGIAN TUBUH😲

 Assalamualaikum., disini ada sedikit yg ingin saya  kongsikn moga bermanfaat buat kita Aamiin.

baik lah Sesiapa yang selalu bangun dri tidur di waktu pagi.., tiba-tiba ada kesan lebam dekat anggota badan,? ini ia terjadi bukan daripada kelakuan anda sendiri..,! baiklah jika begitu..kerap belaku kepada anda.., cubalh lihat dahulu tanda2 di bawah ini..,siapa tahu itu kelakuan dripada gangguan atau medis sahaja..,

  Bila jin atau makhluk halus mula jatuh cinta kepada seseorang wanita, pasti buruk padahnya. Pada permulaan, akan wujud kesan lebam pada peha wanita itu, dan jika di biarkan, lebam-lebam itu mungkin melarat ke anggota2 badan yang lain.
   Lebam digigit oleh syaitan jin boleh berlaku apabila seseorang wanita itu dapat dilihat pada peha kanan atau kiri mereka. Tompok2 lebam kebiruan, dan jika mampu  dilihat, pasti ada 5 lubang halus pada lebam tersebut. Apa yg lebih malang sekali  jin mengigit pasti  akan di gigit lagi. Jangan biarkan jin jatuh cinta, Elakkan keluar waktu senja arau petang, jangan dedahkan aurat dan berpakaian seksi, jauhi lah tempat2 sunyi seperti lorong2  dan kawasan berlubang seperti telaga.
      Mandi pada waktu maghrib tanpa beralas,  gunakanlah kain basahan. wanita tdk nampak  namun jin mampu melihat kekasihnya. Digigit jin tanda kasihnya. Usah menggoda jin dgn kecantikan mu, sekali jin jatu cinta  buruk padahnya dan sukar  di cari penawarnya.
  Ada yg menamakan ia sihir jin Asyik (jin sedang Angau). Bila jin cuba pertahan cinta pada kekasihnya, pasti sukar seseorang itu mendapat jodoh. Malah bila org datang merisik lalu senyap. orang datang  meminang juga senyap. Mungkin ada kekasih  alam lain  yg mempertahankan cinta mereka.

   🌳TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DALAM BADAN ..!!!🌳

  Dalam keadaan jaga.,:
-) Selalu ternampak makhluk halus ataupun lintasannya.
-) Selalu berasa seperti di perhatikan oleh sesuatu.
-) Selalu terdengar bisikkan /suara/ hela nafas.
-) selalu merasakan ada pengerakkan di dalam badan
-) Ada penyakit yg tak ada penjelasan mengikut kajian sain. (hospital)
-) selalu sakit kepala.belikat, tengkuk bahu rasa berat,
-) selalu sesak nafas dan banyak angin dalam badan.
-) selalu cepat marah
-) berasa marah / bencu kepada seseorang,tetapi  tak pasti atas sebab Apa, hanya berasa marah sahaja  akan dia.
-) Ada kesan -kesan cakar / lebam pada tubuh .
-) Selalu  berasa ketakutan.

🌳KETIKA TERTIDUR.🌳

-) Kerap terjaga.
-) Selalu susah hendak tidur
-) bercakap / berjalan dalam tidur
-) Selalu bermimpi binatang2 buas n berbisa
-)  kerap bermimpi kanak2 , bermain dgn kanak2 dan menyusu kanak2.
-) kerap mimpi tempat kotor tandas longkang.
-) kerap mimpi jatuh tempat tinggi

Tetapi harus di ingat sekali lagi tidak semestinya  tanda lebam seperti di atas adalah gangguan , kadang2  terkena geseran kulit angin dalam badan. Tetapi jika ia nya berlarutan nasihat saya  dapatkan rawatan dgn segera. cek sama doctor dahulu kemudian cari lah perawat.

ok itu sahaja dari saya sekian Moga bermanfaat buat kita Aamiin
Assalamualaikum..,