expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 15 Oktober 2019

_MELELEH AIR MATA KETIKA MEMBACA NI._


_MELELEH AIR MATA KETIKA MEMBACA NI._
_SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT LEMAH_

*SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT*

                 SOLAT

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita...😭😭😭

☝🏼Dapat drp seorang  hamba Allah yg sgt mulia hatinya. Oleh itu mari kita muliakan hati kita pula dgn menghantar kpd insan yang kita sayangi. Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar...

#just_say_Alhamdulillah

Sabtu, 12 Oktober 2019

AIR WADI KEPUTIHAN #Just_for_girl_only


Utk wanita,girls only

Air wadi/ keputihan
Contohnya , bila kita angkat benda berat ,perasaan terlampau gembira,  jalan jalan kat shopping complex 2,3 round. , tu yang keluar air wadi..

ada satu kes ;
Seorang ustazah ni keluar pergi shopping . then dia terserempak dgn seorag muslimah . ustazah macam terpandang and tengok dia . masa tu kat shopping kompleks la.

Then ustazah jalan pusing pusing dari tengah hari smpai lah ke petang .
Then ustazah nak solat asar . ustazah singgah masjid . ustazah pergi lah toilet nak bersihkan apa yg patut . lepastu masa nak naik ke tempat perempuan ustazah nampak muslimah tadi terus naik .

Ustazah tu cam lah muka muslimah tu sebab masa shopping tu berapa kali terserempak masa tawaf . then ustazah pun solat lah . muslimah tu ada solat kat depan ustazah .
Ustazah ternampak sebelum dia solat, dia buka seluar dalam dia.

Then ustazah siap solat dulu . ustazah pun tunggu lah muslimah tu siap solat sebab ustazah tergerak hati nak tegur.
Lepas siap semua , ustazah tegur dia. ustazah tanya , kenapa awk buka seluar dlm awk ?

Then muslimah tu pun cakap , sebab mungkin air wadi keluar sebab masa shopping tadi sy banyak berjalan .
Ustazah pun senyum  , ustazah tanya lg . buka seluar dalam saja ka? tak basuh ke ?
Then dia senyum menggeleng .

Ustazah pun ckp la . memang air wadi kadang kadang tak nampak. tapi punca tempat keluar tu kena bersihkan (kemaluan) . sebab masih melekat kat situ . jadiya solatnya mungkin tak sah sbb awak tak bersihkan tempat punca yang keluar tu.

 dan selalu jugak perempuan yang bangun subuh tapi X nak mandi.. Jangan terus amek wuduk. Tapi.. Bersihkan dulu kemaluan dan berwuduk baru sah solat. Ini namanya beristinjak. Sebab kita tak tahu masa tidur tu Ade keluar air wadi ke.. Air ape2 je la yang najis.. Jadi perlu basuh dan berwuduk. Lebih bagus lagi.. Mandi la lepas bangun subuh.

conclusion is,  nak solat je,  bersihkan tempat tu ye.  Dan najis jangan bawa dalam solat.  Sebab , Ada jugak sesetengah tu . dia dah bersihkan . then lepas die bersihkan die buka seluar dalam dan mungkin simpan dlm poket baju . bila solat lupa nak buang letak tempat lain . jadinya bawa najis tu solat sekali jadinya, solatnya tak sah .

Kalau boleh masa nak solat if tak pakai pantiliner . Pergi basuh dulu kemaluan dan buka seluar dalam . siap solat pakailah balik seluar dalam tu.
Pakai pantiliner pun kena juga bersihkan dan tukar pantiliner yang baru dan pastikan tak melekat kat seluar dalam .kalau nak bawa dalam solat
terkena pada kita atau pakaian dan bawa untuk solat nanti,  maka solat kita nanti tak sah. Diulangi. TAK SAH!

ramai yg tknk amik tahu dan ambil berat pasal ni. kadang2 tu ckp kat kawan kawan pun masing masing taknak dengar.  tapi please amek berat ye. Nak ke solat tak sah  hmm

❗Jangan biarkan mesej ini.
Hantar pada anak kita,  cousin perempuan kita,  sahabat,  dan orang yang kita sayang.  Agar kebersihan terjaga ibadah diterima  😊

Muslimin pun wajib tahu .
 utk tambah thaqafah  dan tolong isteri , kakak adik and so on

===

SHARING IS CARING
#JUST_SAY_Alhamdulillah

Isnin, 7 Oktober 2019

✍🏻 *ZINA MENUTUP PINTU REZEKI*



✍🏻 *ZINA MENUTUP PINTU REZEKI*

ZINA bermaksud melakukan persetubuhan seks tanpa ikatan yang sah sama ada secara rahsia atau kerelaan hati.

Pada zaman moden ini, budaya pergaulan bebas dalam kalangan anak muda tiada batasnya sehingga kadang kala membawa ke kancah maksiat.

Kemungkaran ini seharusnya dielakkan kerana bukan sahaja memberikan kesan negatif dalam kehidupan seseorang malah turut menyebabkan pintu rezeki tertutup luas buat mereka.

Jika seseorang sudah berzina, maka Allah akan menimpakan kepadanya kesusahan dan azab, seperti susah dapat pekerjaan, susah bayar hutang, rumah tangga tidak bahagia dan sukar mendapat anak.

Dalam erti kala yang lain, penzinaan merupakan suatu yang sangat keji,
kerana ia adalah punca nasab (keturunan) menjadi kacau bilau dan manusia saling bunuh membunuh kerana mempertahankan kehormatan.

Dari sudut yang lain, zina merupakan satu ‘pembunuhan’ kepada masyarakat kerana memuaskan nafsu syahwat melalui zina menjadikan kehidupan secara suami isteri dilihat tidak lagi perlu.

Ia juga menjadikan keluarga sebagai suatu tanggungjawab yang tidak mustahak,
sedangkan keluarga merupakan tapak semaian yang baik bagi anak² kecil.

Allah berfirman :

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰىٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلًا (٣٢)

"Dan janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji
dan satu jalan yang jahat
(yang membawa kerosakan)."
(Al-Isra' 17: Ayat 32)

Wallahu a'lam.

_Tips Telur Rebus_ _Cantik Dan Licin_


_Tips Telur Rebus_
_Cantik Dan Licin_


Selalunya kalau kita rebus telur, time nak kopek telur tu melekat isi dia kat kulit kan. Jadi macam tak comey pulak mata ni tengok betul tak?

Jadi saya nak share dengan korang tips untuk dapatkan telur yang cantik dan licin selepas dikopek. Jom follow cara cara di bawah:


1. _SEBELUM MEREBUS_


a) *PASTIKAN TELUR*
*BERADA DALAM SUHU BILIK*

Jika korang simpan telur dalam peti sejuk, jangan terus rebus telur tu tapi biarkan pada suhu bilik dulu. Bila telur dah berada dalam keadaan suhu bilik baru rebus.


b) *LEPASKAN GAS DALAM TELUR*

Cucuk hujung telur dengan safety pin atau paku tekan untuk melepaskan gas dalam telur.

Jika gas ni tak dilepaskan, gas akan meningkat apabila direbus dan memecahkan kulit telur. Perasan kan ada telur yang pecah dalam periuk dan telur pilutihnya keluar.


c) *SUSUN DENGAN CERMAT*

Letak dan susun telur dalam periuk dengan cermat.

Elak letak telur sekali banyak dan biarkan tersusun dalam satu layer agar berat telur tidak menekan antara satu sama lain. Tekanan akan menyebabkan telur pecah semasa di rebus.


d) *GUNA AIR SEJUK*

Isi periuk dengan air sejuk. Sebaiknya isi air dari tepi periuk dan bukan secara terus pada telur untuk mengelakkan tekanan berlaku pada telur.


e) *CAMPURKAN GARAM*

Masukkan setengah sudu garam dalam air. Garam berfungsi untuk membantu menutup sebarang keretakan sewaktu merebus selain membantu menanggalkan kulit dengan cepat dan tidak melekat.


f) *CAMPURKAN JUGA CUKA*

Letak satu sudu cuka mengikut jumlah telur dalam periuk sebelum mula merebus. Cuka membantu protein dalam putih telur menutup keretakan pada kulit dengan segera.


2. _SEMASA MEREBUS_


a) *GUNA API PERLAHAN*

Biarkan telur direbus dengan api perlahan untuk mengelakkan telur ‘terkejut’ dengan peningkatan suhu.

Kacau selalu dengan perlahan untuk elakkan telur tenggelam pada dasar periuk kerana ia boleh menyebabkan telur masak tidak sekata dan mudah pecah.


b) *TUTUP API SEBAIK AIR MENGGELEGAK*

Tutup api sebaik sahaja air menggelegak dan jangan keluarkan telur terus.


Jika anda inginkan:

Soft-boiled– keluarkan dalam masa 3 minit. Berhati-hati sewaktu mengeluarkan telur dari periuk. Guna sudu besar untuk mengelakkan telur pecah.

Medium-boiled– keluarkan dalam masa 5-7 minit.

Hard-boiled– keluarkan dalam masa 9-12 minit.

Selamat mencuba.

Sabtu, 5 Oktober 2019

*( MASUK TOILET BAYAR RM 0.50 )* **


*( MASUK TOILET BAYAR RM 0.50  )*
          *<Harap Direnungkan >*

PENJAGA : Maaf tuan...!!
Untuk Masuk Toilet,Tuan Harus Bayar RM0. 50.

ORANG TUA : ( Menitiskan Air Mata)

PENJAGA : Eh... Kenapa Tuan Menangis, Kalau tidak berduit tidak mengapa, Silakan Masuk .

ORANG TUA : Nak... Aku Menangis Bukan Kerana Tidak Berduit tetapi  saya ada suatu kerisauan.
Jangankan Hanya Untuk Membayar Harga Masuk Toilet. Membeli Toilet Ini Pun Saya Mampu....

PENJAGA : Lantaran Kalau Begitu,Kenapa Tuan Menangis...?
ORANG TUA : Aku Menangis Kerana Tempat  Sekotor Ini Pun Punya Harga Yg Harus Dibayar Bila Ingin Masuk. Apa Lagi Syurga Yg Begitu Harum Dan Indah. Berapa Harga Yg Harus Ku Bayar,
Cukupkah Amalku.... Ibadahku... Kebaktian ku....  Untuk Membayar Harga Syurga.

PENJAGA : ( Hanya Terdiam Dan Ikut Menangis )

BOLEH DISHARE SEBANYAK MUNGKIN

#just_say_Alhamdulillah

Muhasabah Hati


✍🏿 Muhasabah Hati

_"Dakwahlah manusia kepada Allah sekalipun ketika kamu diam"_ .

_Bagaimana nak berdakwah ketika diam ?_

_"Dengan akhlakmu"._


_Bukankah,_

_Rasulullah Saw memikat seseorang itu dengan ahklak Baginda, bukan sekadar dengan kata kata yang manis._

_Kalau kamu tidak mampu meninggalkan kesan yang baik dalam hati manusia,_

_Jangan pula kamu menanam dalam hati mereka kesakitan yang tidak mampu dia lupai._

_Tidak semestinya yang jahat itu ahli neraka._

_Tidak semestinya yang baik itu ahli syurga._

_Dosa terhapus dengan taubat_
_Pahala hilang dengan riak_

_Maka sematkanlah rasa Tawadhu' , yang mana setiap kali bertemu seseorang dengan seorang muslim lain, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya._

_"Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang"_

_- Surah Maryam ayat 96_

_"Manusia itu seperti bulan, ia memiliki sisi gelap"_

_Semua kita memiliki dosa dosa tidak diketahui siapa pun selain Allah, hingga tidak perlu merasa sombong di hadapan manusia, merasa lebih hebat atau ujub._

_Kemudian sebaliknya tidak pula merasa rendah berlebihan di hadapan manusia, kerana semua manusia memiliki dosanya masing masing._

# just say Alhamdulillah

Isnin, 30 September 2019

Jauhi Malu Untuk Berubah Kawan !!!


Jauhi Malu Untuk Berubah

“Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan beberapa orang lelaki. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor,”



“Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit,”

“Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina,”

Iman Itu Masih Ada

Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peringkat taubat.

Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya?

Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid? Kalau pergi konsert, perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan kaki pun sudah dikira. Tidak perlu keluarkan modal. Malah makin dicintai Allah. Asal niat betul.

Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri? Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.

Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?

Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!.

Cipta Masa Depan

Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai hari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha? Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh.

‘Qada muallaq’ iaitu ketentuan Allah yang tercatat di lauhul mahfuz dan kita boleh mengubahnya. Tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa.

Mari saya datangkan satu analogi. Katakan Ahmad seorang pelajar yang bermasalah, malas belajar dan menghisap rokok. Tiba suatu ketika, terdetik penyesalan di hatinya. Dan ketahuilah, saat itu, dia punya dua peluang. Peluang ke arah kebaikan atau sebaliknya. Terhimpit antara dua lorong.

Lorong pertama, memilih untuk rajin belajar dan meninggalkan tabiat menghisap rokok. Lorong kedua, masih tetap dengan perangai dan tabiat lama.????????????