expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 30 Mac 2017

Renungan Si pemikir ~♡


*Renungan Si Pemikir:*

Makhluk yang Paling Membingungkan adalah "Manusia"

Kerana dia "Mengorbankan Kesihatannya" hanya "Demi wang", Lalu dia "Mengorbankan wangnya" demi "Kesihatan".

Lalu dia Sangat Khuatir dengan Masa Depannya, Sampai dia Tidak Menikmati Masa Kini.

Akhirnya dia "Tidak Hidup di Masa Depan atau pun di Masa Kini"; dia "Hidup Seakan-akan Tidak Akan Mati", lalu dia "Mati" tanpa "Benar-benar Menikmati" apa itu "Hidup".

Bersyukurlah apa yang selama ini kita dapat dan kita nikmati.
Kerana kita tidak akan tahu, apa yang akan terjadi dihari esok.

Ketika lahir dua tangan kita kosong...
ketika meninggal kedua tangan kita juga kosong...

Waktu datang dan waktu pergi kita tidak membawa apa-apa...

Jangan sombong karena kaya dan berkedudukan..
Jangan sedih kerana miskin dan hina...
Bukankah kita semua hanyalah tamu dan semua milik kita hanyalah pinjaman...??

TETAPLAH RENDAH HATI seberapapun tinggi kedudukan kita...
TETAPLAH PERCAYA DIRI seberapapun kekurangan kita...
Kerana kita hadir tidak membawa apa-apa dan kembali juga tidak membawa apa-apa...
Hanya pahala kebajikan atau dosa kejahatan yang dapat kita bawa...

Bak kata

Mutiara kata:

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

*" TANPA ILMU PASTI LAYU..  TANPA TARBIAH PASTI REBAH "*

*1 REJAB 1438H = Malam 28 Mac Selasa dan Hari Rabu 29 Mac 2017*

*اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ*
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

*#1 – Apa Maksud ‘Rejab’?*

‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.

*#2 – Mengapa Bulan Ini Diagungkan?*

Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;

_“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”_
Surah at-Taubah:36

*#3 – Adakah Terdapat Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab?*

Ya. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab.

Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w.
Selain itu, pada bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.

*#4 – Apa Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Rejab?*

Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.

Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;

“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

*#5 – Apa Keistimewaan Bulan Ini?*

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

_“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”_
Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

*#6 – Adakah Terdapat Ayat Al-Quran Yang Menyebut Mengenai Bulan Rejab?*

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca untuk merebut keistimewaan bulan Rejab yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bahkan, bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan; bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah s.w.t. Wallahua’lam.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI

279) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم..
الْحَمْدُ لِلّه ... 😊
🌸 *KELEBIHAN & AMALAN² SUNAT DI BULAN REJAB*🌸
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
✅(Selasa ini, 28 March 2017 menjelang waktu Maghrib.. masuknya kita ke bulan yang baru, iaitu BULAN REJAB🌙... 1 Rejab 1438H).

[Pendapat 5 Org Ustaz]


1) *Ustaz Syed Mahyuddin Anuar Syed Akil, "Kalam Ustaz" @ Radio Penang, Mutiara FM:*

✅Masuk 1 Rejab, kita DISUNATKAN untuk berpuasa.


✅Disunatkan juga... kita berdoa pada الله سبحانه وتعلى, supaya memberkati umur kita untuk sampai ke Bulan Ramadhan yang mulia bagi berpuasa:

🔆 Doanya:
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

- Maksudnya:
“Ya Allah ya Tuhanku👐🏻, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”.
(HR Baihaqi)
وَاللَّهُ أَعلَم....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2) *Ustaz Abdullah Majid, "Kuliah Ilmu" @ Surau Al-Islahiyah Addiniah Kg Dingin, Mahang Kulim Kedah:*

✅Rejab adalah Bulan الله سبحانه وتعلى, perbanyakkanlah istighfar📿 di bulan ini.


✅Puasalah 1 hari dibulan Rejab dan berqiamulailah 1 malam, ia akan mencegah kita dari Azab Kubur, mendapat berkat umur, diampunkan dosa, niatkan kerana الله تعلى.
وَاللَّهُ أَعلَم....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


3) *Ustaz Fadhil Hj Hassan, "Halaman Keluarga" @ Radio Kedah FM:*

✅Antara amalan² sunat bulan Rejab yang boleh kita lakukan adalah seperti berikut:

🔆 *PERTAMA.*
"Masuk Waktu Maghrib".
- Berdoalah banyak², dimalam 1 Rejab. Kerana malam 1 Rejab adalah salah satu malam MUSTAJAB DOA.


📝 *AL-KISAH:*
- _Pernah ada org berdoa, dia nak duit berjuta²...._

- _Doanya telah dimakbulkan الله سبحانه وتعلى, dan dia telah dipindahkan pekerjaannya ke Indonesia._

- _Maka duit gaji yg dia dpt memang berjuta²............ rupiah hehe....😅"._
~ TAMAT ~


(Walaupun kisah itu lawak, ambillah pengajarannya. Klu nak berdoa... biarlah kita sebut secara detail... Jangan doa secara kelam kabut)


🔆 *KEDUA.*
"Puasa Sunat 1 Rejab".
- Bagi siapa² yg nak qadha pada 1 Rejab, boleh dapat pahala Puasa Syampoo ✌🏻2 in 1:
•Pahala puasa sunat 1 Rejab.
•Pahala puasa Qadha.
(Niat, puasa qadha shj @ nak campur niat pun boleh juga).


🔆 *KETIGA.*
"Mandi Sunat Rejab".
- Mandi Sunat Rejab, الله سبحانه وتعلى akan kifaratkan dosa kita. Bulan Rejab adalah Bulan Keampunan الله سبحانه وتعلى.

- Mandilah sunat Rejab pada awal pagi 1 Rejab. Klu kita terlupa nak mandi sunat🚿 pd 1 Rejab, kita masih diberi peluang dari الله سبحانه وتعلى, untuk mandi sunat pada 15 Rejab. Dan klu kita terlupa lagi, الله سبحانه وتعلى memberi kita peluang terakhir, iaitu mandi sunat pada 30 Rejab.

°Niat:
"Shj aku mandi sunat Rejab, kerana الله تعلى."


🔆 *KEEMPAT.*
"Istighfar Rejab".
- Istighfar ini hya dibulan Rejab. Sama²lah kita amalkannya nanti mulai 1 Rejab ini, sepanjang bulan Rejab.

- Amalkan ia setiap pagi⛅ dan petang, masing² 70 kali.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَتُبْ عَلَيَّ
(Allahummaghfirli warhamni watub 'alayya)
وَاللَّهُ أَعلَم....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


4) *Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi:*

✅Berkata Imam as-Syafi'i dalam kitab al-Um, "Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu pada:
1. Malam Jumaat
2. Malam Hari Raya Korban🐂
3. Malam Hari Raya Fitrah,
4. Malam pertama bulan Rejab
5. Malam Nisfu Syaaban.
وَاللَّهُ أَعلَم....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


5) *Ustaz, "Ceramah Agama" @Radio Kedah FM:*

✅DI BULAN REJAB & SYAABAN, kita digalakkan:

🔆 *PERTAMA.*
"Berpuasa Sunat".
- Klu x mampu nak puasa selang sehari, isnin dan khamis..... sekurang²nya, dalam 1 bulan🌒.... satu hari kita berpuasa pun sudah cukup.


🔆 *KEDUA.*
"Membaca Al-Quran".
- Rajin²kan membaca Al-Quran.
- Ulang² baca pun x apa.


🔆 *KETIGA.*
"Bersedekah".
- نبي صلى الله عليه وسلم ada kata, jika kita banyak bersedekah💰... akan dipanjangkan umur. Rajin²kanlah bersedekah.


🔆 *KEEMPAT.*
"Banyak2kan Jamuan".
- Bagi makan fakir miskin, orang susah.


🔆 *KELIMA.*
"Hadir Ke Majlis Ilmu".
- Perbanyakkan diri kita ke Majlis² Ilmu🚙💨💨.


🔆 *KEENAM:*
"Qiamullail".
- Buatlah Qiamullail.
- Bangun tengah malam, bersolat.


(PERBANYAKKAN AMALAN KEBAIKAN DI BULAN REJAB. BULAN REJAB, BULAN KEAMPUNAN الله سبحانه وتعلى☝🏻.. ISTIGHFAR BANYAK² ).
وَاللَّهُ أَعلَم....


🌀Silakan Share..
🌀Moga Bermanfaat..
🌀 آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

❤ الَّلهُمْ صلِّي علَى سَّيدْناَ مُحَمّـدْ, ❤

Syukran LIKE Page:
https://www.facebook.com/Catatan-Kuliahku-359737684171205/?pnref=story


                  *DI LARANG EDIT*

Ketika kita sakit♡♥


👷 Ketika kita sakit....♡♥
Allah tarik 3 perkara:
😪 Allah tarik keceriaan wajah kita.
😪 Allah tarik selera makan kita.
👍 Allah tarik dosa kita.
💐 Apabila sudah sembuh, Allah hantar 2 benda aje:
💐 😃 Allah hantar balik keceriaan wajah kita.
💐 😃 Allah hantar balik selera makan kita.
💐 👌 Tp Allah TAK HANTAR BALIK dosa kita..
🌙 🌙 Allahuakhbar sayangnya Allah pada kita🌹 🌹 😍 😍 😊 👍  
Sebarkan jika anda yang terbaek

 MENGELUH.  - Sedikit tazkirah untuk perkongsian:

 😔 Ketika kita mengeluh: “ishh, aku penat sangat."
 ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)

😔 Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku.
" ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
 “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286)

 😔 Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa.
" ALLAH menjawab :
 ( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
 “ Hanya dgn mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)

😔 Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia sia.
" ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

😔 Ketika kita mengeluh: “ takde sorang pun yang nak tolong aku." ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
 (Al Ghafir : 60)

😔 Ketika kita mengeluh : “ Aku sedih sangat.” ALLAH menjawab:
( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)

Jangan banyak mengeluh. ❌😔 Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa dan tawakkal.
Semoga menjadi insan yang bertakwa.
Hadapi dengan tenang.☺
Semoga berjaya.👍

Terdapat dua ✌ jenis manusia :
 1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan.
2. Bila dia baca sesuatu yang bermanfaat dia sebarkan

Assalamualaikum WBT...♥♡

Untuk pertama kalinya saya mengetahui info ini.....
#SubhanAllah...Allahhu Akbar...

Setiap kita mengetahui :
bahwa waktu siang 12 jam
bahwa waktu malam 12 jam
bahwa setahun 12 bulan

Akan tetapi mungkin sahaja kita tidak tahu :

- Bahwa huruf : لا إله إلا الله
berjumlah 12 huruf.

- Bahwa : محمد رسول الله
berjumlah 12 huruf

- Dan huruf : ابو بكر الصديق
12 huruf

- Dan huruf : عمر ابن الخطاب
12 huruf

- Dan huruf : عثمان ابن عفان
12 huruf

- Dan huruf : علي بن ابي طا لب
12 huruf

SubhanAllah Robbil 'Alamin.
Allahummasolli 'alaa Nabiyyina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in.

🎁 Hadiah hari ini:

✔Aku tidak menghadiahkan kepada sahabat-sahabatku Matahari dan Bulan kerana keduanya akan hilang (dengan pergantian Siang dan Malam)..

✔Aku tidak menghadiahkan kepadamu lilin dan ais, kerana keduanya akan meleleh.

✔Aku tidak menghadiahkan kepadamu Bunga dan Mawar kerana keduanya akan layu.

✔Namun aku menghadiahkan untukmu :

✨✨✨🌺🌺✨✨✨
✨✨🌺🍃🍃🌺✨✨
                            سبحان الله
                            والحمدلله
                           ولا إله إلا الله
                            والله أكبر
✨✨🌺🍃🍃🌺✨✨
✨✨✨🌺🌺✨✨✨

Kerana hadiah itu kekal untukmu di timbangan (Akhirat)

Aku memohon kepada Allah yg Maha Agung untuk diriku dan dirimu:

🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚🐚

Agar menjauhkan dari kita semua  3 perkara..
✔Kefakiran
✔Kesempitan
✔Kekeliruan

🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾

Dan menjaga untuk kita 3 perkara..
✔Diri kita
✔Keluarga kita dan
✔Agama kita

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Dan membahagiakan kita dengan 3 perkara..
✔Luasnya Rezeki
✔Syukur Nikmat
✔Panjang Umur..

🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂

Dan memalingkan kita dari 3 perkara.
❌Neraka Jahannam,
❌Mata yang Dengki,
❌Bara Kebencian

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

Dan membantu kita kepada 3 perkara
✔MengingatNya
✔MensyukuriNya
✔Ibadah kpdNya

Semoga Allah membahagiakan waktu waktu kita dengan segala kebaikan dan Vitamin (ص) 💊 iaitu :
- Shoum
- Sholat
- Shodaqoh
- Shobar
- Shilaturrahim
- Shiddiq
- Shahabat Sholih/ah

Bacalah doa ini di dalam sujud.
(Dalil Al Qur'an):
"Maka kami qabulkan doanya dan Kami selamatkan dia daripada kedukaan.  Dan demikianlah  Kami menyelamatkan  orang-orang yang beriman.
( Qs Al anbiya' 88 )
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
سُبْحاَنَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

*آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن*

🌀Jangan tinggalkan UBAT ini hanya di hp......bahagi-bahagikan secara percuma. Sebarkan sebagai ladang ibadah kita...In shaa Allah.

*JAWAPAN* *ILMIAH* *KEPADA* *MEREKA* *YANG* *MENGATAKAN* *BAHAWA* *BULAN* *REJAB* *TIADA* *KELEBIHAN*

*[Kelebihan Berpuasa dan Beribadah Pada Bulan Rajab]*

1. Ahli hadis yang diberi gelaran Amirul Mu'minin fil Hadis, al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, telah mengarang sebuah kitab Tabyin al-'Ajab fi Ma Warada fi Fadhli Rajab yang mengulas tentang dalil-dalil hadis keutamaan bulan Rajab dengan menjelaskan hadis-hadis yang sahih dan dhaif bahkan maudhu' (palsu), begitu pula tentang dalil puasa di bulan Rajab. Di awal pembahasannya, al-Hafidz Ibnu Hajar berkata: "Tidak ada dalil sahih secara khusus untuk berpuasa dan ibadah malam di bulan Rajab". Namun Ibnu Hajar mengulas beberapa hadis yang secara umum memberi indikasi keutamaan puasa di bulan Rajab.

2. Pertama hadis Usamah bin Zaid, ia bertanya kepada Rasulullah Saw:

قُلْت يَا رَسُول اللَّه لَمْ أَرَك تَصُومُ مِنْ شَهْر مِنْ الشُّهُور مَا تَصُوم مِنْ شَعْبَان ، قَالَ : ذَلِكَ
شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاس عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَان ، وَهُوَ شَهْر تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَال إِلَى رَبّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

"Wahai Rasulullah, saya tidak menjumpai Engkau berpuasa di bulan-bulan yang lain sebagaimana Engkau berpuasa di bulan Sya'ban. Rasulullah menjawab: "Sya'ban adalah bulan yang dilupakan oleh orang-orang antara bulan Rajab dan Ramadhan. Bulan Sya'ban adalah bulan laporan amal kepada Allah. Maka saya senang amal saya dilaporkan sementara saya dalam keadaan berpuasa" (HR Nasai, Abu Dawud dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah. Baca Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari karya al-Hafidz Ibnu Hajar, VI/238. Ibnu Hajar juga menilainya sahih)

3. al-Hafidz Ibnu Hajar berkata:

فَهَذَا فِيْهِ إِشْعَارٌ بِأَنَّ فِي رَجَبَ مُشَابَهَةً بِرَمَضَانَ، وَأَنَّ النَّاسَ يَشْتَغِلُوْنَ مِنَ الْعِبَادَةِ بِمَا يَشْتَغِلُوْنَ بِهِ فِي رَمَضَانَ، وَيَغْفُلُوْنَ عَنْ نَظِيْرِ ذلِكَ فِي شَعْبَانَ. لِذَلِكَ كَانَ يَصُوْمُهُ. وَفِيْ تَخْصِيْصِهِ ذَلِكَ بِالصَّوْمِ - إِشْعَارٌ بِفَضْلِ رَجَبَ، وَأَنَّ ذَلِكَ كَانَ مِنَ الْمَعْلُوْمِ الْمُقَرَّرِ لَدَيْهِمْ.

"Hadis ini memberi penjelasan bahawa bulan Rajab dan Ramadlan memiliki kesamaan dalam hal keutamaan. Dan Rasulullah yang menyebut secara khusus tentang puasa juga memberi penjelasan tentang keutamaan Rajab" (Tabyin al-Ajab hal. 2)

4. Kedua hadis seorang sahabat yang meminta kepada Nabi agar diperintah melakukan puasa, maka Nabi bersabda:

عَنْ مُجِيبَةَ الْبَاهِلِيَّةِ عَنْ أَبِيهَا أَوْ عَمِّهَا أَنَّهُ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ انْطَلَقَ فَأَتَاهُ بَعْدَ سَنَةٍ وَقَدْ تَغَيَّرَتْ حَالَتُهُ وَهَيْئَتُهُ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمَا تَعْرِفُنِى قَالَ « وَمَنْ أَنْتَ ». قَالَ أَنَا الْبَاهِلِىُّ الَّذِى جِئْتُكَ عَامَ الأَوَّلِ. قَالَ « فَمَا غَيَّرَكَ وَقَدْ كُنْتَ حَسَنَ الْهَيْئَةِ ». قَالَ مَا أَكَلْتُ طَعَامًا إِلاَّ بِلَيْلٍ مُنْذُ فَارَقْتُكَ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « لِمَ عَذَّبْتَ نَفْسَكَ ». ثُمَّ قَالَ « صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ وَيَوْمًا مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ». قَالَ زِدْنِى فَإِنَّ بِى قُوَّةً. قَالَ « صُمْ يَوْمَيْنِ ». قَالَ زِدْنِى. قَالَ « صُمْ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ ». قَالَ زِدْنِى. قَالَ « صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ ». وَقَالَ بِأَصَابِعِهِ الثَّلاَثَةِ فَضَمَّهَا ثُمَّ أَرْسَلَهَا

"Puasalah di bulan Sabar (Ramadhan) dan dua hari setiap bulan". Sahabat berkata: ”Tambahkanlah Nabi, saya masih mampu". Nabi bersabda: "Puasalah tiga hari". Sahabat berkata: "Tambahkanlah Nabi". Maka Nabi bersabda: "Puasalah di bulan-bulan mulia dan tinggalkan. Puasalah di bulan-bulan mulia dan tinggalkan. Puasalah di bulan-bulan mulia dan tinggalkan (diulang tiga kali. Rasulullah menggenggam tangannya lalu melepaskannya)" (HR Ahmad No 20338, Abu Dawud No 2428, Ibnu Majah No 1741, Nasai dalam Sunan al-Kubra No 2743, Thabrani No 18336 dan al Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman No 3738)

5. al-Hafidz Ibnu Hajar berkata:

 فَفِي هَذَا اْلخَبَرِ – وَإنْ كَانَ فِي إِسْنَادِهِ مَنْ لاَ يُعْرَفُ - مَا يَدُلُّ عَلَى اسْتِحْبَابِ صِيَامِ بَعْضِ رَجَبَ، لأَنَّهُ أَحَدُ اْلأَشْهُرِ اْلحُرُمِ"

Hadis ini menunjukkan anjuran puasa sebahagian bulan Rajab. Sebab bulan Rajab adalah salah satu bulan yang mulia (Asyhur al-Hurum sebagaimana dalam at-Taubah 36 diatas)"

Sebahagian ulama ada yang menilai hadis ini dhaif, misalnya Syaikh Syu'aib al-Arnauth, dengan alasan bahawa Mujibah al-Bahiliyah 'tidak diketahui' (La Yu'rafu).

Dan yang dimaksudkan bahawa Rasulullah bersabda sebanyak puasa 3 kali, menunjukkan bahawa yang sunah puasa di bulan Rajab adalah sebanyak 3 hari.

6. Sedangkan riwayat atsar dari Sahabat yang seolah-olah tidak ada anjuran berpuasa di bulan Rajab juga segera dikomentar oleh Ulama ahli hadis, misalnya riwayat berikut ini: "Utsman bin Hakim al-Anshari bertanya kepada Said bin Jubair tentang puasa Rajab (saat itu sedang di bulan Rajab). Said menjawab: Saya mendengar Ibnu Abbas berkata bahawa Rasulullah Saw berpuasa sehingga kami berkata: Rasulullah tidak berbuka. Dan Rasul berbuka sehingga kami berkata: Rasulullah tidak berpuasa" (HR Muslim No 2782)

Imam an-Nawawi menjawab:

 الظَّاهِر أَنَّ مُرَاد سَعِيد بْن جُبَيْر بِهَذَا الِاسْتِدْلَال أَنَّهُ لَا نَهْيَ عَنْهُ ، وَلَا نَدْب فِيهِ لِعَيْنِهِ ، بَلْ لَهُ حُكْم بَاقِي الشُّهُور ، وَلَمْ يَثْبُت فِي صَوْم رَجَب نَهْيٌ وَلَا نَدْبٌ لِعَيْنِهِ ، وَلَكِنَّ أَصْلَ الصَّوْمِ مَنْدُوبٌ إِلَيْهِ ، وَفِي سُنَن أَبِي دَاوُدَ أَنَّ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَدَبَ إِلَى الصَّوْم مِنْ الْأَشْهُر الْحُرُم ، وَرَجَب أَحَدهَا . وَاَللَّهُ أَعْلَمُ . (شرح النووي على مسلم - ج 4 / ص 167)

"Yang dimaksudkan dengan jawapan Said bin Jubair adalah tidak ada larangan untuk berpuasa di bulan Rajab dan tidak ada anjuran secara khusus untuk puasa di bulan tersebut. Tetapi Rajab sama dengan bulan yang lainnya. Namun sebenarnya hakikat puasa adalah sunnah. Di dalam Sunan Abi Dawud dijelaskan bahawa Rasulullah Saw menganjurkan puasa di bulan-bulan Haram (Bulan Mulia), dan Rajab adalah salah satunya" (Syarah Muslim IV/167)

7. Begitu pula jawapan dari al-Hafidz as-Suyuthi, bahkan beliau meriwayatkan atsar yang lain, iaitu Abu Qilabah berkata:

 وَلَمْ يَثْبُتْ فِي صَوْمِ رَجَبَ نَهْيٌ وَلاَ نَدْبٌ بِعَيْنِهِ وَلَكِنْ أَصْلُ الصًّوْمِ مَنْدُوْبٌ إِلَيْهِ وَفِي سُنَنِ أَبِي دَاوُدَ أنَّهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَدَبَ إِلَى الصَّوْمِ مِنَ اْلأَشْهُرِ اْلحُرُمِ وَرَجَبُ أَحَدُهَا اِنْتَهَى قُلْتَ وَرَوَى الْبَيْهَقِي فِي شُعَبِ اْلإِيْمَانِ عَنْ أَبِي قِلاَبَةَ قَالَ فِي الْجَنَّةِ قَصْرٌ لِصُوَّامِ رَجَبَ وَقَالَ هَذَا أَصَحُّ مَا وَرَدَ فِي صَوْمِ رَجَبَ قَالَ وَأبُوْ قِلاَبَةَ مِنَ التَّابِعِيْنَ وَمِثْلُهُ لاَ يَقٌُوْلُ ذَلِكَ إِلاَّ عَنْ بَلاَغٍ مِمَّنْ فَوْقَهُ عَمَّنْ يَأْتِيْهِ الْوَحْيُ (الديباج على مسلم ج 3 / ص 238)

"Di syurga ada istana yang diperuntukkan bagi orang-orang yang berpuasa di bulan Rajab". Ahmad (bin Hanbal) berkata: "Walaupun riwayat ini mauquf pada Abu Qilabah, sementara dia adalah Tabi'in, namun hal semacam ini hanya diucapkan oleh seorang yang menerima wahyu (Rasulullah Saw)".

Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syu'ab al-iman No 3641 dan disahihkan oleh al-Hafidz as-Suyuthi dalam ad-Dibaj Syarah Sahih Muslim bin Hajjaj III/238.

Memang telah banyak hadis palsu (maudhu') yang popular tentang puasa Rajab yang harus dihindari. Misalnya: "Barang siapa berpuasa 1 hari di bulan Rajab kerana iman dan mengharap pahala, maka akan mendapatkan ridho Allah yang paling agung dan ditempatkan di syurga Firdaus…." Di dalam sanadnya terdapat Hasan an-Naqqasy, Ibnu Hajar berkata: Ia pemalsu hadis (wadldla' Dajjal). Begitu pula: "Barangsiapa yang berpuasa 3 hari di bulan Rajab, maka Allah mencatatnya seperti puasa 1 bulan…" Di dalam sanadnya terdapat Amru bin Azhari yang dituduh dusta oleh Yahya bin Ma'in dan lainnya.

*Puasa Rajab Dalam Pandangan 4 Madzhab Ahli Sunnah Wal Jamaah*

8. Syaikh Abdurrahman al-Jaziri menjelaskan dalam kitabnya yang menghimpun 4 madzhab Ahlisunnah wal Jamaah, pendapat para ulama mengenai puasa bulan Rajab, beliau berkata:

يُنْدَبُ صَوْمُ شَهْرِ رَجَبَ وَشَعْبَانَ بِاتِّفَاقِ ثَلَاثَةٍ مِنَ الْأَئِمَّةِ وَخَالَفَ الْحَنَابِلَةُ ( الْحَنَابِلَةُ قَالُوْا : إِفْرَادُ رَجَبَ بِالصَّوْمِ مَكْرُوْهٌ إِلَّا إِذَا أَفْطَرَ فِي أَثْنَائِهِ فَلَا يُكْرَهُ ) (الفقه على المذاهب الأربعة – ج 1 / ص 895)

“Dianjurkan puasa bulan Rajab dan Sya’ban, berdasarkan kesepakatan 3 madzhab (Hanafi, Maliki dan Syafii). Sedangkan madzhab Hanbali berbeza. Mereka berkata: Mengkhususkan bulan Rajab dengan berpuasa adalah makruh, kecuali tidak melakukan puasa di bulan Rajab secara penuh selama 1 bulan” (al-Fiqh ala Madzahib al-Arba’ah 1/895)

9. Mengenai bulan-bulan 4 yang mulia diatas, Syaikh Abdurrahman al-Jaziri kembali menjelaskan pandangan ulama 4 madzhab sebagai berikut:

أَمَّا الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ وَهِيَ أَرْبَعٌ : ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَةٌ وَهِيَ ذُوْ الْقَعْدَةِ وَذُوْ الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمِ وَوَاحِدٌ مُنْفَرِدٌ وَهُوَ رَجَبُ فَإِنَّ صِيَامَهَا مَنْدُوْبٌ عِنْدَ ثَلَاثَةٍ مِنَ الْأَئِمَّةِ وَخَالَفَ الْحَنَفِيَّةُ ( الْحَنَفِيَّةُ قَالُوْا : الْمَنْدُوْبُ فِي الْأَشْهُرِ الْحُرُمِ أَنْ يَصُوْمَ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلٍّ مِنْهَا وَهِيَ : الْخَمِيْسُ وَالْجُمْعَةُ وَالسَّبْتُ ) (الفقه على المذاهب الأربعة – ج 1 / ص 895)

“Adapun bulan-bulan mulia, iaitu 4 bulan, Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab, maka melakukan puasa di bulan-bulan tersebut adalah sunah menurut 3 madzhab, yakni Maliki, Syafii dan Hanbali. Adapun madzhab Hanafi berkata: Yang sunah dalam berpuasa di bulan-bulan mulia tersebut adalah berpuasa sebanyak 3 hari, yaitu hari Khamis, Jumat dan Sabtu” (al-Fiqh ala Madzahib al-Arba’ah 1/895)

10. Secara terperinci berikut adalah pendapat para ulama madzhab Ahlissunnah:

• Madzhab Hanafi

لِأَنَّ صَوْمَ رَجَبَ كَانَ مَشْرُوعًا (المبسوط ابو بكر السرخسي- ج 4 / ص 72)

“Puasa Rajab adalah disyariatkan” (Abu Bakar as-Sarakhsi dalam al-Mabsut, 4/72)

• Madzhab Maliki

وَنُدِبَ صَوْمُ بَقِيَّةِ الْمُحَرَّمِ وَصَوْمُ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَنُدِبَ صَوْمُ يَوْمِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ لِمَنْ أَرَادَ الِاقْتِصَارَ (حاشية الصاوي على الشرح الصغير – ج 3 / ص 251)

“Disunahkan puasa di bulan-bulan mulia, puasa bulan Rajab, Sya’ban dan puasa di pertengahan Sya’ban yang yang ingin meringkasnya” (Syaikh ash-Shawi dalam Syarah ash-Shaghir 3/251)

• Madzhab Syafii

قِيْلَ: وَمِنَ الْبِدَعِ صَوْمُ رَجَبَ، وَلَيْسَ كَذَلِكَ بَلْ هُوَ سُنَّةٌ فَاضِلَةٌ، كَمَا بَيَّنْتُهُ فِي الْفَتَاوِي وَبَسَطْتُ الْكَلَامَ عَلَيْهِ (إعانة الطالبين - ج 1 / ص
313)

“Dikatakan bahwa puasa Rajab adalah bid’ah, maka itu tidak benar, bahkan suatu kesunnahan yang utama sebagaimana saya terangkan dalam kitab al-Fatawi karya Ibnu Hajar al-Haitami” (Syaikh Abu Bakar ad-Dimyathi dalam Ianatut Thalibin 1/313)

• Madzhab Hanbali

قَالَ فِي الْفُرُوعِ : لَمْ يَذْكُرْ أَكْثَرُ الْأَصْحَابِ اسْتِحْبَابَ صَوْمِ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ . وَاسْتَحْسَنَهُ ابْنُ أَبِي مُوسَى فِي الْإِرْشَادِ . قَالَ ابْنُ الْجَوْزِيِّ فِي كِتَابِ أَسْبَابِ الْهِدَايَةِ : يُسْتَحَبُّ صَوْمُ الْأَشْهُرِ الْحُرُمِ وَشَعْبَانَ كُلِّهِ ، وَهُوَ ظَاهِرُ مَا ذَكَرَهُ الْمَجْدُ فِي الْأَشْهُرِ الْحُرُمِ ، وَجَزَمَ بِهِ فِي الْمُسْتَوْعِبِ ، وَقَالَ : آكَدُ شَعْبَانَ يَوْمُ النِّصْفِ ، وَاسْتَحَبَّ الْآجُرِّيُّ صَوْمَ شَعْبَانَ ، وَلَمْ يَذْكُرْ غَيْرَهُ ، وَقَالَ الشَّيْخُ تَقِيُّ الدِّينِ : فِي مَذْهَبِ أَحْمَدَ وَغَيْرِهِ نِزَاعٌ . قِيلَ : يُسْتَحَبُّ صَوْمُ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ ، وَقِيلَ : يُكْرَهُ (الإنصاف علي بن سليمان المرداوي - ج 5 / ص 500)

“Ibnu Muflih berkata dalam kitab al-Furu’: Kebanyakan ulama Hanbali tidak menyebutkan kesunahan puasa bulan Rajab dan Sya’ban. Sedangkan Syaikh Ibnu Abi Musa dalam kitabnya al-Irsyad menilainya sebagai sesuatu yang bagus. Ibnu al-Jauzi berkata dalam kitab Asbab al-Hidayah: Dianjurkan berpuasa di bulan-bulan mulia dan bulan Sya’ban keseluruhannya. Ini adalah pendapat yang disebutkan oleh al-Majdu tentang bulan-bulan mulia. Syaikh Taqiyuddin (Ibnu Taimiyah berkata): Dalam Madzhab Imam Ahmad dan lainnya ada perbedaan pendapat dalam masalah ini. Ada yang mengatakan sunah puasa Rajab dan Sya’ban dan ada yang mengatakan makruh” (Syaikh Ali bin Sulaiman al-Marwadi dalam al-Inshaf 5/500)

Wallahua'lam..

*Soalan* : Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?

*JAWAPANYA*:

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:

+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat

+ Berada di masjidil haram

3. Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.

Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam.

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.

Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti ada kejayaan.

*Siapa baca sampai habis untung :)*

*Apa itu Qailulah ?*
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

*Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?*
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi,
kecerdasan dan fokus.
Sama2 la kita qailullah@nap sekejap sblm zohor

***
*Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A'ilulah ?*

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Hantarkan kpd rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan.

Moga bermanfaat...