expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 15 Ogos 2018

UNTUK APA AKU DILAHIRKAN



*UNTUK APA AKU DILAHIRKAN*

Untuk suatu alasan aku lahir, tumbuh membesar, bermodalkan beberapa tahun kemudian mati. Adakah sekadar itu? Tidak mungkin, kerana haiwan juga sedemikian. Bagaimana mungkin manusia dan haiwan mempunyai tujuan hidup dan mati yang sama.

Aku mula mencari jawapan dengan mengenali dari mana asalku, dimana aku sekarang dan kemana halatujuku.

Berpandukan wahyu dan sabdaan, tahulah aku bahawa hakikat diriku bukanlah yang aku lihat pada rupa zahir ini, bentuk yang hanya lahir beberapa tahun yang lepas dengan anggota-anggota badan yang lengkap untuk menjadi kenderaan kepada diriku.

Hakikat diriku adalah suatu yang tak dapat kulihat, yang menunggang tubuh kasar ini selama berada didunia. Ia berada dalam jasadku. Ia-lah sebenarnya yang merasa, memandang dan mendengar. Itulah "roh" yang berasal dari alam arwah.

Roh yang dahulunya pernah menyaksikan Allah ketika perjanjian "Alastu" diambil dari semua roh. Roh yang mendengar kalam Allah yang Maha Indah, roh yang memahami dan mengakui ketuhanan Allah lalu roh ini bercakap dengan Zat yang Menciptakannya "Bahkan, kami menyaksikan".

Roh yang tak diketahui bagaimana rupanya kerana ia menyaksikanNya bukan dengan bola mata, mendengar bukan dengan gegendang telinga dan bercakap bukan dengan kotak suara dan mulut.

Roh itulah hakikat diriku. Roh yang diciptakan dari cahaya. Roh yang mempunyai pengalaman hebat melihat Robnya dan berdialog denganNya. Rupa-rupanya aku berasal dari roh yang sudah bermakrifat. Bermakna asal usul aku ialah "arif billah".

Apabila tiba masa yang dikehendaki Allah, aku berpindah ke alam yang lain, yang bernama alam rahim. Didalamnya aku di tiup(di install-kan) setelah kenderaan jasad ini benar-benar mampu dan siap untuk menanggung aku iaitu setelah ia berusia 4 bulan dalam kandungan ibu biologiku.

Setelah 9 bulan 10 hari, aku lahir didunia bersama kenderaanku yang tercipta dari tanah dan air ini. Roh-ku yang asalnya suci bersih bersifat cahaya dan rohani, kini berpengalaman baru bersama tubuh baru yang bersifat fitrah pada waktu kelahirannya.

Cantuman cahaya dan tanah ini menyebabkan aku terlupa bahawa aku berasal dari alam yang tinggi. Bahkan ramai yang terlupa akan perjanjian yang telah termeterai dengan Allah.

Tubuh badanku membesar dan membesar. Didalam tubuh jasad ini mempunyai nafsu dan beberapa sifat kehaiwanan. Benar-benar aku berada dalam ujian selama berada didunia. Aku memerlukan bapa rohani yang dapat memupuk dan membersihkan jiwaku.

Disini ramai manusia termasuk diriku terleka dan terbuai dengan nafsu dan alam dunia ini. Alpa terhadap tujuan dilahirkan disini. Tujuan hidupku disini ialah untuk menyucikan roh dan nafsu(jiwa) tersebut dari noda dan zulumat. Untuk kembalikan kepada sifat asalnya iaitu bermakrifat kepada Allah.

Allah tidak membiarkan manusia begitu sahaja, diutus para utusanNya dan Kitab-kitab suci mengingatkan manusia mengenai perjanjian Alastu dan perhisaban keatasnya kelak di akhirat. Mengingatkan mengapa kita berada disini dan apa tujuan akhirnya.

Apabila ajal tiba, roh ini akan dicabut dari jasad ini. Itulah maut yang pertama dan terakhir kalinya buatku. Maka terkulailah jasad yang ada mata tapi tiada boleh melihat, gegendang telinga yang tiada boleh mendengar, tangan dan kaki yang tiada mampu bergerak, kerana aku telah meninggalkannya.

Jasadku akan ditanam, dikembalikan ketempat asalnya iaitu tanah. Ia akan mereput dan hancur. Boleh jadi saja ia akan menjadi habuan ulat dan tanah. Itulah nasib kenderaanku. Namun aku akan tetap ada. Sekarang di alam barzakh, akulah yang akan ditanya oleh Munkar Nakir.

Setelah tiupan sangkakala, di Mahsyar kelak jasadku yang telah hancur akan dibangkitkan semula. Sekali lagi aku akan disarungkan kedalamnya untuk menuju ke medan perhisaban. Akulah yang akan dipertanggungjawabkan keatas segala perlakuanku didunia.

Setelah itu rohku bersama jasad hidup selama-lamanya tanpa maut akan datang menjemputnya lagi. Disana adalah kehidupanku yang hakiki. Untuk kehidupan akhirat itulah aku dilahirkan didunia ini. Demikianlah perjalananku dan seluruh hamba...

Rabu, 15 November 2017

Women



 ๐ŸŒŒWomen๐ŸŒŒ

The beauty of the face in a woman always attracts men to be attracted to her.

But the beauty of the heart that makes a woman respected and gets a faithful man forever to the endless paradise, no end to her enjoyment, no end of love and affection.

Beauty of the heart is by knowing God and living in the way of the Prophet "

@happy girl. ๐ŸŒŒ

Isnin, 13 November 2017



*RAHSIA KEHIDUPAN...*

Saat kita memberi, kita akan menerima. Saat kita menolong orang lain, pada saat yang sama kita sedang menolong diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukannya untuk diri kita sendiri.

Inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi bagi ramai orang.

Bukan kerana mereka tidak melihat kebenaran ini, tapi mereka tidak mempercayainya.

Sebab itu ramai orang lebih suka menerima daripada memberi. Lebih suka ditolong daripada menolong. Hidup hanya berpusat kepada dirinya sendiri.

ฮ‘da perumpamaan menarik, seorang buta yang sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hari. Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu.

Keadaan ini cukup menghairankan seorang lelaki yang kebetulan melihatnya.

Lelaki itu bertanya,

"Mengapa anda berjalan membawa lampu sedangkan anda tidak nampak?"

Orang buta itu menjawab, "Untuk menerangi jalan yang ku lalui".

Dgn nada hairan lelaki itu bertanya lagi, "Tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu?"

Orang buta itu tersenyum sambil menjawab, "Meski saya tidak dapat melihat, orang lain masih dapat melihat saya. Selain membuat jalan menjadi terang, lampu ini dapat menghindarkan org lain untuk tidak melanggar saya"

Di saat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu utk diri kita sendiri.

Kita diingatkan untuk tidak jemu-jemu berbuat baik.

Ini sebuah rahsia kehidupan untuk hidup yang inginkan berkat, tenang dan hidup bahagia.

Pun begitu, rahsia kehidupan ini tidak bernilai bagi orang-orang yang ego, kedekut dan melakukan sesuatu berdasarkan hanya untuk keuntungan dan kepentingan dirinya sendiri.


Jom kongsikan platform yg hebat ini kepada semua org yg kita kenali .

Wallahhuaklam..

Ahad, 12 November 2017

Matematik kehidupan




*MATEMATIK KEHIDUPAN*

          Dosa Jangan di ➕
          Amal Jangan di ➖
          Cinta Jangan di ➗
          Hidup hanya   1  ❌

๐ŸŒบ *Gugur Bunga kerana* Layu..
๐Ÿ‘ป *Gugur Iman kerana* Nafsu..
๐Ÿ’ž *Gugur Cinta kerana* Cemburu..

๐Ÿ˜‚ *Tertawa kerana*
                 Bahagia
๐Ÿ˜ญ *Menangis kerana*
                 Derita
๐Ÿ’€ *Bertaubat kerana*  
                 Dosa
๐Ÿ™ *Beribadat kerana*
                 Iman

๐Ÿ’” *Hidup tanpa Cinta*
         Pasti Hampa
๐Ÿ’ฐ *Hidup gila Harta*
         Pasti Celaka
๐Ÿ˜“☠ *Hidup penuh Dosa*
         Akan Binasa
๐Ÿ˜Š *Hidup Bersyukur*
        Akan Bahagia

*Hiduplah tiap hari seperti Matematik:*
*1. Mendarapkan (x)*
     *_keGembiraan_*
*2. Mengurangi (-)*
     *_keSedihan_*
*3. Menambahkan (+)*
     *_Semangat_*
*4. Membahagi ( : )*
     *_keBahagiaan_*
*5. Meng-kuadratkan*
     *_Kasih Sayang_*
     *_antara sesama_*

*Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak boleh kembali:*
⏰1. Waktu
๐Ÿ’‹2. Ucapan
⌛3. Kesempatan  
*Jagalah itu, jangan sampai menyesal kerananya...*

*Ada 3 perkara yang dapat menghancurkan hidup seseorang:*
๐Ÿ‘น1. Amarah  
๐Ÿ˜2. Keangkuhan
๐Ÿ‘ฟ3. Dendam
*Hindarilah ia selalu..*

*Ada 3 perkara yang tidak boleh hilang*
๐Ÿ’™1. Harapan
๐Ÿ’›2. Keikhlasan
❤3. Kejujuran
*Peliharalah ketiganya..*

*Ada 3 perkara yang paling berharga*
๐Ÿ’ž1. Kasih Sayang
๐Ÿ’—2. Cinta  
๐Ÿ’3. Kebaikan
*Pupuklah itu semua..*

*Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak pernah pasti*
1. Kekayaan
2. Kejayaan
๐Ÿค”3. Mimpi  
*Jangan terlalu obses kerananya..*

*Ada 3 perkara yang dapat membentuk watak seseorang*
☝1. Komitmen        
✌2. Ketulusan        
๐Ÿ‘Œ3. Kerja Keras      
*Upayakanlah sekuatnya..*

*Ada 3 perkara yang membuat kita berjaya*
๐Ÿ‘1. Tekad        
๐Ÿ‘2. Kemahuan      
๐Ÿ‘3. Fokus
*Usahakan dengan sungguh-sungguh..*

*Ada 3 perkara yang tidak pernah kita tahu*
๐Ÿ‘1. Rezeki        
๐Ÿ‘2. Umur
๐Ÿ‘3. Jodoh  
*Semuanya itu diatur oleh Allah.


*TAPI, ada 3 perkara dalam hidup yang PASTI*
1. Tua  
2. Sakit  
3. Kematian
*Persiapkanlah dengan sebaik-baiknya...*





Khamis, 30 Mac 2017


Pesanan utk isteri2♥

Bergaduh dengan suami, kita lari balik rumah mak ayah. Suami marah, kita tarik muka masam mencuka. Suami buat kesalahan, kita tengking suami macam suami kita tu patung. ๐Ÿ˜ฑ

Kalaulah semudah itu menjadi seorang isteri, sudah tentu ramai wanita ke syurga. Tapi siapakah yang paling ramai menjadi penghuni neraka? ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Dalam sesebuah perkahwinan, yang perlu memikul amanah bukan hanya suami. Isteri juga ada amanah yang perlu dijalankan. Persoalannya, adakah kita sedar tanggungjawab kita pada Allah dan juga pasangan? ๐Ÿ˜˜

Carilah ilmu. Jadilah isteri yang tahu dan sedar tanggungjawab diri. Andai kata suami kita 'jahat' pada pandangan kita, sesusah mana pun, cubalah hormati suami kita. ❤❤

Suami yang 'jahat' itu, suami kita. Suami yang kita cinta. Suami yang kita sendiri pilih. Tak ada sesiapa paksa kita untuk berkahwin dengan suami kita. Jadi, tutuplah aib suami. Wajib bagi kita menutup dan menyembunyikan aib suami kita. ๐Ÿ‚๐Ÿƒ๐Ÿ‚๐Ÿƒ๐Ÿ‚๐Ÿƒ

Bergaduh, biarlah kita saja yang tahu. Seberapa banyak marah kita terhadap suami, biarlah kita saja yang tahu. Rajuk kita dengan suami juga, biarlah kita saja yang tahu. Kenapa perlu dihebohkan pada semua orang? ๐Ÿ˜’

Orang lain kahwin, kita nak kahwin. Tapi bila dah kahwin, kita tak hargai pula nikmat perkahwinan yang tak semua orang dapat. Selalunya, begitulah kita sebagai manusia. Tak dapat, dipuja-puji. Dah dapat, tak hargai. ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“

Sungguh, tulisan ini bukan untuk menghentam para isteri dan menyokong tindakan suami yang 'jahat' itu. Cuma sebagai wanita yang sudah bergelar seorang isteri, tak salah kiranya sedikit coretan perihal ini dikongsikan. ๐Ÿ˜‰

Baik suami mahupun isteri, jika kita letakkan Allah sebagai yang utama, tentu kita takut untuk mengabaikan tangungjawab kita terhadap pasangan kita. Kahwin memang mudah. Tanggungjawab selepas itu yang payah. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

~ seorang isteri itu,mudah untuk ke syurga dan mudah ke Neraka,Jadi ada sebab Allah uji tiap2 insan yg bergelar isteri.Kerana Apa Allah ingin mguji??Jawabnya Tanda kmu benar2 beriman pada Yg Satu.

Mna mgkin kamu mgaku beriman kpada Allah sedang kamu tidak diuji...?

Tepuk dada. Tanya iman & muhasabah diri...
Sempurnakah kita dimata Allah??sempurnakah solat kita dan ibadat lain dimata Allah??
Jgn terlalu mencari salah pasgn,sedangkan kita subuh pun terbabas,apatah lagi nak bgun malam kejutkan pasgan Solat tahajud sma2...

Andai kmu rasa  kecewa,sedih dgn Jodohmu/nasibmu,byakkan sabar dan ingatlah sejarah Asiah yg berkahwin dengan firaun!.

Ubah diri sendri itu lbih baik ..inshaallah..
Jga Agma Allah,Allah akn jaga kita.

##SyurgaSeorangIsteri ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

ู‚ู„ ุฅู† ูƒู†ุชู… ุชุญุจูˆู† ุงู„ู„ู‡ ูุงุชุจุนูˆู†ูŠ ูŠุญุจุจูƒู… ุงู„ู„ู‡ ูˆูŠุบูุฑู„ูƒู… ุฐู†ูˆุจูƒู… ูˆุงู„ู„ู‡ ุบููˆุฑ ุฑุญูŠู…..

๐Ÿ”Š *Kuliah Subuh - Ustaz Helmi* ๐ŸŒž

_*Surah² yang berkaitan dengan Pengampunan Allah SWT.*_
❣Surah Nuh, 10
❣Surah Hud, 3
❣Surah Ghafir, 55
❣An-Nas, 3
❣Surah Az-Zariyat, 17-18

*_Tips_*
๐Ÿ’กSiapa yang nak *masuk syurga tanpa dihisab*, taatlah kepada Allah SWT.
๐Ÿ’กSiapa yang nak *timbangan kebaikannya lebih berat*, taatlah kepada Allah SWT.
๐Ÿ’ก Hati² dengan *nafsu*, hati² ngan *syaitan*
๐Ÿ’ก Jangan pernah cuba untuk melakukan *maksiat!*
๐Ÿ’ก Pohonlah *keampunan* kepada Allah pada *waktu sahur.*
๐Ÿ’ก *Allah memuji* orang yang *beristighfar pada waktu sahur*

_*Tidur*_
๐Ÿ’ค *Kualiti* orang yang *beriman*, *sedikit rehat di dunia* (cth, kurg tidur di waktu malam untuk beribadat kepada Allah SWT), dan *rehat selamanya di Syurga* nanti.
๐Ÿ’ค Jangan terpengaruh dengan *fakta sains tidur kene cukup 6-8 jam.*
๐Ÿ’ค *Tidur awal selepas Isyak* galakkan Nabi.
๐Ÿ’ค *Bangun malam, qiamullail then study. Waktu ni terbaik untuk study.*
๐Ÿ’ค *Jangan tidur lepas subuh*, rezeki sempit!
๐Ÿ’ค *Amalkan Qailullah* untuk batteri solat malam dan sepanjang hari.
๐Ÿ’ค *Jangan tidur lepas asar.*
๐Ÿ’ค *Jangan tidur lepas maghrib*, isilah waktu antara Maghrib dengan Isyak dengan perkara yang berfaedah.

*_Nasihat_*
๐Ÿ’ญ *Mata yang menangis kerana Allah SWT tidak akan disentuh api neraka*
๐Ÿ’ญ *Jangan lupa doakan kedua ibubapa kita setiap hari!!*
๐Ÿ’ญ *Jangan lupa doakan kaum muslimin n muslimat, dan kaum mukminin dan mukminat.*
๐Ÿ’ญ *Amalkan doa nabi yunus, dan bacalah doa penghulu istighfar di pagi hari dan petang.*

_*Doa Nabi Yunus AS*_

ู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุฃَู†ุชَ ، ุณُุจْุญَุงู†َูƒَ ุฅِู†ِّูŠ ูƒُู†ْุชُ ู…ِู†َ ุงู„ุธَّุงู„ِู…ِูŠู†َ

*_Doa Penghulu Istighfar_*


ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃَู†ْุชَ ุฑَุจِّูŠْ ู„ุงَ ุฅِู„َู€ู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุฃَู†ْุชَ، ุฎَู„َู‚ْุชَู†ِูŠْ ูˆَุฃَู†َุง ุนَุจْุฏُูƒَ، ูˆَุฃَู†َุง ุนَู„َู‰ ุนَู‡ْุฏِูƒَ ูˆَูˆَุนْุฏِูƒَ ู…َุง ุงุณْุชَุทَุนْุชُ، ุฃَุนُูˆْุฐُ ุจِูƒَ ู…ِู†ْ ุดَุฑِّ ู…َุง ุตَู†َุนْุชُ، ุฃَุจُูˆْุกُ ู„َูƒَ ุจِู†ِุนْู…َุชِูƒَ ุนَู„َูŠَّ، ูˆَุฃَุจُูˆْุกُ ุจِุฐَู†ْุจِูŠْ ูَุงุบْูِุฑْ ู„ِูŠْ ูَุฅِู†َّู‡ُ ู„ุงَ ูŠَุบْูِุฑُ ุงู„ุฐُّู†ُูˆْุจَ ุฅِู„ุงَّ ุฃَู†ْุชَ

❤๐ŸŒน*Huruf Dalam Al Quran*

Sejak 1,200 tahun silam, ketika dunia blm mengenal KOMPUTER atau alat hitung sejenis, IMAM SYAFI'I telah mampu mendata JUMLAH masing-masing HURUF dalam AL-QURฤ€N secara detail dan tepat.

Imam Syafi’i dalam kitab Majmu al-Ulum wa Mathli’u an Nujum dan dikutip oleh Imam ibn ‘Arabi dalam mukaddimah al-Futuhuat al-Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al Qur'an disusun sesuai dgn banyaknya:

o ุง Alif  : 48,740 huruf,
o ู„ Lam : 33,922 huruf,
o ู… Mim : 28,922 huruf,
o ุญ Ha ’ : 26,925 huruf,
o ูŠ Ya’ : 25,717 huruf,
o ูˆ Waw : 25,506 huruf,
o ู† Nun : 17,000 huruf,
o ู„ุง Lam alif : 14,707 huruf,
o ุจ Ba ’ : 11,420 huruf,
o ุซ Tsa’ : 10,480 huruf,
o ู Fa’ : 9,813 huruf,
o ุน ‘Ain : 9,470 huruf,
o ู‚ Qaf : 8,099 huruf,
o ูƒ Kaf : 8,022 huruf,
o ุฏ Dal : 5,998 huruf,
o ุณ Sin : 5,799 huruf,
o ุฐ Dzal : 4,934 huruf,
o ู‡ Ha : 4,138 huruf,
o ุฌ Jim : 3,322 huruf,
o ุต Shad : 2,780 huruf,
o ุฑ Ra ’ : 2,206 huruf,
o ุด Syin : 2,115 huruf,
o ุถ Dhadl : 1,822 huruf,
o ุฒ Zai : 1,680 huruf,
o ุฎ Kha ’ : 1,503 huruf,
o ุช Ta’ : 1,404 huruf,
o ุบ Ghain : 1,229 huruf,
o ุท Tha’ : 1,204 huruf dan terakhir
o ุธ Dza’ : 842 huruf.

Jumlah semua huruf dalam al-Quran sebanyak 1⃣.0⃣2⃣7⃣.0⃣0⃣0⃣  (satu juta dua puluh tujuh ribu).

Setiap kali kita khatam Al-Quran, kita telah membaca lebih dari 1 juta huruf.

๐Ÿ”ญJika
1 huruf = 1 kebaikan dan 1 kebaikan = 10 pahala, maka kira-kira 10 juta pahala kita dapatkan.

Mudah-mudahan ini menjadi motivasi kita untuk terus membaca al-Quran dan memahami maknanya ✍๐Ÿ‚๐Ÿƒ
Wallahu a'lam..