expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 26 November 2019

Luahkan perasaan apabila sudah Bersedia menikahinya !


Kalau rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong. Simple je. Berapa banyak orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila…


Kalau kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.


Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialah usaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin(bab macamana nak kahwin dengan beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pada masa yang lain). Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!!


Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim, orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan keapda harta.


Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.


Hadis yang kata :“Sesiapa yang bercinta, dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga syahid”, adalah hadis palsu.


Ibn Qayyim berkata, orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya.

SHARING IS CARING
#Just_say_Alhamdulillah

*KHASIAT LABU KUNING YANG RAMAI TAK TAHU...*


*KHASIAT LABU KUNING YANG RAMAI TAK TAHU...*

Ramai sungguh orang demam sekarang... saya sendiri pun baru baik demam.. berjangkit dari anak-anak. Mula-mula kena demam anak yang no.2, pastu berturut adik dia yang kecik sekali, yang no.3 dan terakhir saya. *Alhamdulillah* kakaknya yang sulung tak berjangkit. Sekarang ayahnya pulak yang tengah sakit mata.

Tiga hari lepas dapat petua dari seorang yang alim. Pesannya supaya makan labu merah (bahasa Indonesia.. bahasa sini *labu kuning* tu). Makan banyak-banyak labu merah katanya.. itu ubat tekak dan demam, juga bagus buat bersihkan darah katanya lagi.. elok untuk selsema dan macam-macam lagi khasiat dia rupanya..

Saya pun tak berlengah lagi suruh husband pergi belikan labu kat kedai. Balik aje terus buat masak lemak labu. Dua kali saya ulang makan, memang sengaja makan banyak-banyak labu tu.. *Alhamdulillah,* kesannya sangat cepat. Kahak yang sebelum ni bercampur darah, bertukar warna jadi warna kahak biasa (minta maaf cerita pasal kahak. Just nak share tindakbalas dari makan labu). Demam masih ada sikit-sikit tapi tak risau sebab dah ambil antibiotik. Kahak berdarah tu yang merisaukan sebenarnya.

Bila cerita semula dengan orang alim yang bagi petua ni, katanya "iya..memang labu elok untuk luka dalaman juga.." *Subhanallah..* mungkin sebab tekak saya kering jadi ada luka di dalam yang saya tak tau yang buatkan kahak keluar bersama dengan darah. Wallahu a'lam...

Semalam saya buat lagi masak lemak labu. Makan bersungguh & pesan kat family suh makan banyak-banyak juga sambil cerita khasiat labu yang baru saya dapat tu. Husband kata memang makan pun.. Hari Sabtu lepas badan dia dah rasa semacam.. Esoknya (hari Ahad) saya masak lauk labu tu dia makan, *Alhamdulillah* terasa berkurang cuma sakit mata aje katanya.. syukurlah tak demam..

Bangun tidur pagi tadi *Alhamdulillah* badan saya terasa sihat dan ringan seringan-ringannya.. dan pagi tadi jugak buang kahak yang terakhir sekali dengan gumpalan darah kotor. Lepas aje keluar habis kahak tu, terus baik tekak ni dah tak sakit lagi dah.. *Alhamdulillah* 'ala kulli haal.. segala manfaat, khasiat dan kesembuhan dari ALLAH dan dengan izin ALLAH سبحانه وتعالى jua...

Pada yang tengah sakit demam, sakit tekak @ selsema.. cubalah ikhtiar makan labu.. pertama kali saya dapat petua ni.. Kalau nak tau keberkesanannya, try buat sendiri & makan. Untuk yang sakitlah sebab nak tengok kesan dia kan.. Yang tak sakit pun boleh makan.. sedap dan menyelerakan..

*Labu makanan kesukaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.*

Tak sangka banyak betul khasiatnya.. antara yang dibagitau juga labu elok untuk peparu, perut dan gangguan perut contoh kembung, masuk angin dan sebagainya. Dan lagi.. elok untuk sakit telinga, sakit kuning, orang yang sakit tekak yang suaranya rosak (tak keluar suara bila bercakap) pun elok makan labu.

In sya ALLAH paling cepat 2 hari boleh kembali pulih suaranya.

Untuk anak kecik contoh macam baby, boleh buat labu kukus untuk dia. Lepas kukus tu nanti boleh blend atau lenyek - lenyekkan ikut kesesuaian peringkat umurnya....

Wallahu Ta'ala a'lam bissawab..
Moga bermanfaat💞
Copy

#Just_say_Alhamdulillah

*RESEPI UBAT JANTUNG*


*BAWANG PUTIH + MADU*

Hari ini saya nak kongsi Resepi Ubat Jantung menggunakan Superfood Bawang Putih yang bergolek di dapur korang itu.
Alhamdulilah selepas mengamalkan resepi ini, nafas saya lapang dan tiada 'nyut-nyut' di dada. Malah tenaga saya juga bertambah, tak adalah letih sangat.

Memang betullah cakap ustaz yang sarankan amalan ini.
Ustaz ini cuma minta tolong viralkan kalau berkesan, biar dapat tolong ramai orang.

*RESEPI UBAT JANTUNG*

BAHAN-BAHAN

3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu.

CARA-CARA

3 ulas bawang putih tu di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu.

Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong, InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh badan.

Rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:

1. Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.

2. Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat disebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.

3. Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.

4. Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal

5. Merawat masalah cirit birit

6. Buang toksik dalam badan

7.  Menambahkan daya ketahanan badan

8.  Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis

9.  Mencegah penyakit kanser

10.  Mengurangkan sakit arthritis

11.  Boleh menurunkan berat badan

Lagi satu ustaz ini cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ini.

P/s Guna sudu plastik

*SHARING IS CARING*

#just_say_Alhamdulillah

Jumaat, 22 November 2019

Kisah yang Hebat apabila menjaga Aurat


Hebatnya Aisyah menjaga auratnya

Dikisahkan sejak kewafatan suaminya Aisyah yakni Nabi Muhammad ﷺ, Nabi Muhammad ﷺ disimpan dalam rumahnya sebelah Masjid Nabawi, kerana tersangat sayangkan Nabi Muhammad ﷺ, Aisyah tinggal dan tidur di dalam makam Nabi Muhammad ﷺ setiap masa.

Selepas itu, khalifah pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Sidiq pula meninggal dunia dan disimpan sebelah Nabi Muhammad ﷺ dan Aisyah masih lagi tinggal dan tidur dalam makam itu.

Selepas itu, Saidina Umar Al-Khatab pula meninggal dan disimpan dalam ruangan makam yang sama bersama Nabi Muhammad ﷺ dan Abu Bakar maka Aisyah pun sejak dari itu tidak lagi tinggal di makam itu. Maka, sahabat bertanya kepada Aisyah…

"Kenapa kamu Aisyah tidak lagi tinggal dan tidur di makam selepas Umar Al-Khatab juga disimpan di situ?" Jawab Aisyah…

"Ketika Nabi Muhammad ﷺ aku tinggal disitu kerana dia suami ku, Abu Bakar kerana dia ayahku, maka aku bebas untuk membuka aurat, menyikat rambut dan buat apa sahaja kerana mereka halal bagi ku, namun apabila Umar Al-Khatab masuk dalam makam itu (walaupun dalam keadaan mati) aku menjadi segan dan malu untuk bebas seperti biasa sebab dia tiada apa-apa perhubungan dengan aku."

Maka sejak itu, Aisyah buat biliknya sebelah makam Nabi Muhammad ﷺ. Begitu hebat Aisyah menjaga aurat, maruahnya daripada lelaki bukan muhrimnya walaupun Umar sudah tidak bernyawa. Inilah wanita hebat, Aisyah.

Bagaimana dengan kita hari ini? Adakah mengambil mudah akan aurat, maruah diri? Rela berkongsi pandangan dengan ramai lelaki dengan mahrammu. Penutupan antara ipar duai dalam rumah pun perlu di ambil berat. Peliharalah aurat dan maruah diri seperti mana Aisyah menjaganya. In shaa'Allah.


@sumberilmu
#just_say_Alhamdulillah

Jumaat, 15 November 2019

*C O U P L E



*C O U P L E*

| 140919 |

_sudah terang lagi bersuluh couple tu haram. kenapa tryhard sangat nak halalkan yang haram?_

_"Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya, maka ianya adalah halal dan apa sahaja yang diharamkan-Nya, maka ianya pula adalah haram."_

_- Maryam 64_

_“Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah SWT untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah lagi (kepada mereka): “Adakah Allah SWT izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah SWT?”_

_— Yunus: 59_

_" Sesungguhnya Allah SWT telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atas kamu."_

_- al-An’am: 119_


_kau cuba menghalalkan apa yang sudah jelas haram hukumnya._

_you better ask yourself


#JUST_SAY_Alhamdulillah

Rabu, 6 November 2019

~ Melihat Kematian ibarat Tazkirah keinsafan tanpa lisan. Terbayang itu adalah diri sendiri. 😢


~ Melihat Kematian ibarat Tazkirah keinsafan tanpa lisan. Terbayang itu adalah diri sendiri. 😢

Kita yang mati awalnya tidak menyedari bahawa diri sudah mati. Kita merasa diri sedang bermimpi mati. Kita melihat diri ditangisi, dimandikan, dikafankan, disolatkan hingga diturunkan ke dalam kubur. Kita merasa diri sedang bermimpi saat diri ditimbun tanah. Kita menjerit jerit tapi tidak ada yang mendengar jeritan.

Beberapa waktu kemudian, saat semua sudah pulang meninggalkan diri kita sendiri di bawah tanah, Allah kembalikan roh kita. Kita membuka mata, dan terbangun kita dari “mimpi” yang buruk tadi.

Kita senang dan bersyukur, bahawa ternyata apa yang kita alami hanyalah sebuah mimpi buruk, dan kini kita sudah bangun dari tidur. Kemudian kita meraba badan yang hanya diselimuti kain sambil bertanya:

“Dimana pakaian aku”  Lalu kita meraba sekeliling yang berupa tanah “Dimanakah aku? Tempat apa ini? Kenapa bau tanah dan lumpur?”  Kemudian kita mulai sedar bahawa kita ada di bawah tanah, dan sebenarnya apa yang kita alami bukanlah mimpi! Ya, kita sedar bahawa diri kita benar-benar mati. Allah. 😢

Menjerit lah kita sekuat kuatnya, memanggil orang-orang terdekat yang kita rasakan boleh menyelamatkan kita.

“Maamaaaa….!!!!”_
“Bapaaaaaa…!!!!”_
“Abaaaanggg!!!”_
“Neneeeek!!”_
"Anaaaak!!!_
“Sahabaaaaat!!!”_

Tidak ada seorangpun yang menjawab. Kita yang selama ini lupa pada Allah pun ingat bahawa ALLAH adalah satu-satunya harapan.

Menangis lah kita sambil meminta ampun,
“Ya, Allaaaaaaah…. Ya Allaaaaaaah…. Ampunkan aku Ya Allaaaaaaah….!!!”

Kita menjerit dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelum ni sepanjang hidup. 😢

Jika kita orang baik, akan muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum dan akan menenangkan, menghiburkan dan melayani kita dengan layanan yang terbaik.

Jika kita orang tidak baik, akan datang dua malaikat dengan wajah bengis yang akan menambah ketakutan kita dan akan menyiksa kita sesuai dengan keburukan kita. 😢..... Nauzubillah..

~Ya Allah berilah sisa umur yang bermanfaat pada kami. Jadikan kami hamba hamba Mu yang taat pada Mu Ya Allah. Berilah khusnul Khotimah pada kami Ya Allah.

#Just_say_Alhamdulillah

*4 JENIS BERSALAMAN JABAT TANGAN :*


*4 JENIS BERSALAMAN JABAT TANGAN  :*

*1) Cara Salam Yahudi :* bila kita bersalam dengan orang, cepat² kita tarik tangan kita.

*2) Cara Salam Majusi :* bila kita bersalam, kita tidak lihat muka org kita salam...

*3) Cara Salam Nasrani :* bila kita bersalam, kita bersembang / bercakap dengan orang lain, tangan & muka kita arah tempat lain...

*4) Cara Salam Rasulullah SAW :*

 *-bila bersalam dengan orang, kita kena lihat  matanya, senyum....pegang tangan, barulah gugur dosa kedua² Anak Adam itu........"*

*Insya'Allah..... ilmu itu indah jika dikaji dan diamalkan mengikut sunnah.*

#just_say_Alhamdulillah