Isnin, 9 Mei 2016
Cara menjawap kertas 3 sejarah📝
😉saya berkongsi teknik menjawap kertas 3 ini drpda sumber lain.Saya berharap dapat membantu dalam menjawap kertas 3 sejarah.
▶▶Teknik menjawap k3 sejarah 📝
💐1.Membawa buku teks dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk untuk menjawab soalan daripada buku teks.
🌸2.Tulis nombor soalan dan tajuk kecil soalan.
Mulakan jawapan anda dengan pangkal ayat soalan.
🐚Contoh soalan. Jelaskan maksud nasionalisme.
🐚Contoh jawapan. Maksud nasionalisme ialah………..
▶🌷3.Tulis jawapan dalam ayat yang lengkap. Dicadangkan satu perenggan merangkumi fakta, huraian dan contoh.
▶🌹4.Gunakan penanda wacana untuk mengaitkan isi dengan isi seterusnya.
🐙Contohnya selain itu, di samping itu, walau bagaimanapun, justeru, sehubungan dengan itu dan akhirnya.
▶🌻5.Bagi soalan KBAT, jawapan perlu ada penyambut/ huraian/ keterangan atau ayat berlapis. Gunakan teknik ICHUN (Teknik KBAT)
Teknik ICHUN :
🌀I = isi ( setiap jawapan KBAT perlu ada isi).
🌀C = contoh ( untuk mendapat markah penuh, jawapan perlu ada contoh)
🌀H = huraian (jika tiada contoh boleh kemukakan huraian)
🌀U = untuk (penyambut, jika tiada U tak chun la I)
🌀N = NILAI ( Jika jawapan ada Nilai pastikan ada I. Jangan lupa C jangan lupa H)
▶🌺6.Gunakan ayat berlapis menggunakan perkataan seperti bagi,untuk, agar atau supaya.
-🔑Jawapan dalam bentuk poin dilarang sama sekali.
▶🍁7.Tidak perlu ayat yang panjang dan meleret-leret serta bersastera.
Baca soalan betul-betul dan fahami kehendak soalan.
😊#sharing is caring
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan