expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 6 Mei 2016

Jenis-jenis Pendahuluan Karangan

šŸ˜ŠTerdapat 6 jenis pendahuluan dalam membuat karangan.

1⃣Pendahuluan jenis definisi

2⃣Pendahuluan jenis pendapat

3⃣Pendahuluan jenis suasana

4⃣Pendahuluan jenis persoalan

5⃣Pendahuluan jenis peribahasa

6⃣Pendahuluan jenis puisi


šŸ˜„Contoh untuk menerangkan cara membuat pendahuluanšŸ’Ø

1⃣Pendahuluan Jenis Definisi

-soalan
Gejala keruntuhan akhlak dalam keruntuhan remaja ialah sering dikatakan oleh masyarakat.Masalah ini wujud dikatakan berpunca daripada kurangnya pendidikan agama.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut.

⏩    Menurut kamus dewan edisi ketiga, gejala menunjukkan tanda-tanda akan terjadinya sesuatu manakala kejatuhan akhlak diertikan sebagai tingkah laku atau budi pekerti remaja menurut ahli psikologi ialah mereka yang belum berkahwin dan berusia 12 - 20 tahun.

2⃣Pendahuluan Jenis Pendapat

-soalan
Malaysia sudah terkenal sebagai destinasi pelancongan yang menarik.Kerajaan telah mengadakan pelbagai usaha termasuk tahun melawat malaysia 2014 untuk menarik pelancing asing mengunjungi negara kita.Nyatakan kepentingan industri pelancongan kepada negara.

⏩    Ketua tanah-tanah dan projek khas persatuan pencinta alam malaysia,Andriew J.Sebastian berkata 'jika 7 keajaiban dunia boleh ditambah beliau tidak teragak-agak meletakkan malaysia dalam kategori itu.Hal ini demikian kerana,menurut beliau malaysia merupakan negara mega biodiversiti yang menguasai 75% daripada spesies hidupan hutan dan laut yang terdapat di dunia.

3⃣Pendahuluam Jenis Suasana

-soalan
WalaupunWalaupun pelbagai usaha telah kerajaan usahakan,kegiatan lumba motosikal secara haram dalam kalangan generasi hari ini terus berlaku.Terangkan sebab-sebab berlakunya kegiatan yang tidak sihat ini.

⏩    Malam minggu sinonim dengan malam muda mudi menghabiskan masa di luar rumah bersma teman-teman.Jika kita berjalan di waktu malam,sudah pasti kita akan terserempak dengan kegilaan anak-anak muda berlumba motosikal secara haram.Menyedari hal ini,kerajaan telah mengadakanmengadakan pelbagai usaha untuk membendung gejala ini.

4⃣Pendahuluan Jenis Persoalan

-soalan
Masalah vandalisme terus berlaku walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.Terangkan punca-punca berlakunya masalah ini

⏩   Vandalisme merujuk kepada perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian.Malah hal ini telah diperkatakan sejak 1970 an lagi.Mengapakah masalah ini terus berlaku walaupun pelbagai usaha telah dijalankan untuk menanganinya?
Adakah masyarakat khususnya remaja tidak juga sedar akan kesusahan yang ditanggung oleh pihak lain?semua pihak perlu membuka mata untuk mengenal pasti punca - punca perkara ini terus berlaku.

5⃣Pendahuluan jenis Peribahasa

-soalan
Kerajinan dan kesungguhan mengharapkan faktor penting untuk berjaya.Berikan pendapat anda akan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk berjaya dalam pelajaran.

⏩    Masa itu emas.Masa yang kita tempuhi tidak akan berulang kembali.Dalam suasana kita memburu kejayaan,masih terdapat segelintir pelajar yang membuang masa melakukan perbuatan yang sia-sia seperti kata simpulan 'bahasa bagai menghitung bulu kambing',yang bulat tidak akan datang bergolek yang pipih tidak akan datang melayang begitulah juga kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

6⃣Pendahuluan Jenis Puisi

-soalan
Sikap masyarakat pada hari ini seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing masih berlaku.Terangkan langkah yang patut dilakukan untuk membendung sikap negatif ini.

⏩    kalau ke bukit sama didaki
          Kalau ke laut sama berenang
          Kalau kita bersatu hati
          Kerja yang berat menjadi senang

       Pantun di atas menggambarkan corak kehidupan masyarakat malaysia suatu ketika dahulu yang terkenal dengan sifat tolong-menolong.Sikap ini jika menjadi amalan hidup sudah pasti kerja yang berat akan menjadi ringan seperti kata orang tua-tua berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Namun,pada masa ini nilai-nilai murni ini terhakis disebabkan sikap mementingkan diri dalam kalangan masyarakat.


šŸ“Harap dapat membantu adik-adik dalam membuat pendahuluan dalam karangan..šŸ˜Š
šŸ“Jikalau ada kesilapan harap maafmaaf dan bersama-sama kita perbetulkan.šŸ˜Š

2 ulasan:

  1. sangat membantu saya dalam mempelajari dan membuat pendahuluan dalam karangan.i' so happy

    BalasPadam
  2. Terima kasih cikgu atas perkongsian. Mohon kongsi ya.

    BalasPadam