expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 7 Mei 2016

Teknik Membuat Nota📝

▶Cikgu selalu suruh buat nota...tapi kadang kala kita pun malas nak buat...sebab korang tahu juga nota tu bukannya satu muka surat jerr👽..hehe..hanya student jer yang faham macam mna perasaan apabila buat nota...ni

▶Segelintir pelajar suka juga tidak membuat nota ni...tapi tak pe di sini ada teknik dan cara membuat nota dengan simple..apa yang saya perolehi dari sumber lain.

👽Ramai pelajar tidak tahu kaedah mengambil nota yang berkesan apabila berada di dalam kelas. Biasanya mereka . sekadar menyalin semula apa yang dipaparkan atau disampaikan oleh guru. Ekoran itu, belajar dalam kelas adalah proses yang membosankan. Oleh kerana itulah ramai pelajar yang mengantuk semasa di dalam kelas. Semua ini disebabkan oleh proses pembelajaran berlaku secara pasif. Keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila guru pula tidak panda; mengajar ataupun tidak tahu memainkan peranan bagi menjadikan proses pembelajarran sesuatu yang menyeronokkan.

🐯Pelajar perlu ingat kemampuan mereka bagi me­mahami apa yang diajarkan oleh guru itu berbeza. Apa yang mereka faham juga mungkin tersasar daripada maksud sebenar. Oleh itu, nota yang balk sepatutnya mampu mengatasi masalah sebegini. Jangan biarkan diri anda dalam keadaan tidak faham atau keliru kerana is memberikan kesan yang negatif apabila anda mula berasakan sesuatu subjek itu sukar. Apabila mengatakan is sukar, mereka mula mencari alasan dan akhirnya putus asa dan kecewa.

✨Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dicatat oleh pelajar:



🐸l. Ruangan 1 adalah bagi mencatat setiap fakta penting yang ditulis atau dipaparkan oleh guru sama ada di papan putih, transparensi, per­sembahan Power-Point dan sebagainya.



🐰2. Ruangan 1 juga bagi mencatat sebarang maklumat atau penjelasan yang diberikan oleh guru secara lisan. Ada masanya apabila pelajar bertanya guru memberikan huraian lebih lanjut. Pada kebiasaan­nya fakta-fakta tambahan ini penting dan pelajar perlu tajam pendengaran bagi mencatat supaya tidak lupa.



🐭Walau bagaimanapun fokus anda pada guru yang mengajar pasti berlaku saatnya anda tidak faham apa yang diajarkan. Ada beberapa sebab kenapa pelajar tidak faham dan antaranya adalah:



🐺Tumpuan terganggu
Apa yang disampaikan itu perkara baru dan memerlukan masa bagi anda faham
Topik yang dibincangkan itu memang sukar
Guru tidak pandai memberikan penerangan
Guru mengajar terlalu pantas


🌻Ruangan 2 adalah bagi pelajar mencatat apa sahaja perkara yang tidak difahami. Catatan ini begitu penting kerana kebanyakan pelajar lupa apa yang tidak difahaminya selepas tamat kelas. Apabila anda lupa apa yang anda tidak faham, anda tidal< boleh menyelesaikannya. Semakin hari semakin banyak perkara yang anda tidak faham. lni mernyebabkan anda rasa sesuatu mata pelajaran itu susah. Oleh itu, manfaatkan ruangan 2 itu bagi mencatat perkara yang anda tidak faham dan selesaikan secepat mungkin.


⭐Ruangan 3 adalah bagi anda tulis apa sahaja soalan yang terlintas di fikiran. Ada masanya anda memang faham semua yang diajar oleh guru namun begitu anda ada beberapa soalan bagi memastikan fahaman anda itu betul. Misalnya, apabila belajar bab Pepejal-Cecair-Gas dalam subjek Sains, anda faham kesemua perbezaan cirirciri antara pepejal, cecair dan gas itu. Tetapi tiba­tiba anda terfikir ais itu di dalam kategori yang mana? Pepejal ataupun cecair? Soalan sebegini dimasukkan ke dalam ruangan 3. lni kerana mungkin semasa itu guru sedang asyik mengajar dan tidak bersedia menerima soalan anda. Oleh itu anda catatlah soalan itu di ruangan 3 dan tanyakan pada guru kemudian.


🍂Tanda ataupun gariskan maklumat penting. Dengar dengan teliti apa yang guru sebutkan kerana is me­mudahkan anda mengenal pasti sama ada sesuatu maklumat itu penting ataupun sebaliknya.



⛄Contoh: Kata-kata berikut menunjukkan sesuatu maklumat itu penting:



“Ada tiga kerana mengapa….”

“Pertama…. Kedua…. Ketiga….”

“Sumbangan terbesar ….”

“lngat!…”

“la boleh dibahagikan kepada ….”



🌴Kosongkan beberapa baris bagi anda masukkan maklumat tambahan kelak. Lebih-lebih lagi sekira­nya ada sesuatu yang anda tidak faham ataupun soalan yang belum terjawab. Tinggalkan ruangan kosong.        


▶👽Kalau korang malas lagi nak buat nota..boleh lah buka laman web ni.Ni saya peroleh daripada group saya...📝

▶😊Apa salahnya kita berkongsikan..



Utk yg ada anak nak ambik SPM tahun ni, bawah ni saya forward msg link kepada nota padat drpd Puan Pengetua Sekolah Men Keb Sek 18, Shah Alam.

Ambil masa yang lama untuk saya kumpulkan nota padat ini. Harap perkongsian ini dihargai. Please share to other groups..
Whatsapp, Telegram, Wechat & Facebook.

Let’s start sharing knowledge and help others..

➡ Bahasa Inggeris : http://gg.gg/spmbi

 ➡Bahasa Melayu : http://gg.gg/spmbm

➡ Bahasa Arab: http://gg.gg/spmarab

 ➡ Biologi : http://gg.gg/spmbio

➡ Ekonomi Asas : http://gg.gg/spmeko

 ➡Ekonomi Rumah Tangga : http://gg.gg/spmert

➡ EST : http://gg.gg/spmest

 ➡Fizik : http://gg.gg/spmfzk

 ➡Geografi : http://gg.gg/spmgeo

 ➡Kesusasteraan Melayu : http://gg.gg/stra

➡ Kimia : http://gg.gg/spmkmia

 ➡Matematik Moden : http://gg.gg/mmode

➡ Matematik Tambahan : http://gg.gg/mattm

 ➡Pengajian Al Quran dan As Sunnah : http://gg.gg/alq

 ➡Pengajian Syariah Islamiah : http://gg.gg/asyha

➡ Pendidikan Moral :  http://gg.gg/spmmor

 ➡Pendidikan Agama Islam : http://gg.gg/spmagm

 ➡Perdagangan : http://gg.gg/spmprdg

 ➡Prinsip Perakaunan : http://gg.gg/spmakn

➡ Sains Sukan : http://gg.gg/spmssk

 ➡Sains : http://gg.gg/spmsns

➡ Sejarah : http://gg.gg/spmsjh

 ➡Tasawwur Islam : http://gg.gg/spmtswr

 ➡Reka Cipta : http://gg.gg/spmrc



Tiada ulasan:

Catat Ulasan