Jumaat, 6 Mei 2016
Tips-tips belajar dengan berkesan
🔑Ilmu hendaklah dikongsi dan kita haruslah manfaatkan ilmu dengan sebaiknya😊
💐1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
🌸2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-Kita ingat 10% apa yang dibaca
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
🍁3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
🌺4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.
🍃5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
🍂6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
🌾7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.
🌵8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
🌴9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
⭐10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
☀11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
💨12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
⛄13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
🌈14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan