expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 30 Mac 2017

Niat Umpama Permata Di Dalam Api




Assalamualaikum jiwa2 ruh insan yang soleh solehah yang sudi memimpin tangan kita bersama2 ke Jannatul firdaus insyaAllah πŸ’ž

Pertamanya terima kasih atas Kasih dan Sayang Sang Pencipta yang kumpulkan kita sama2 semula dalam sebuah bulatan dengan genggaman tangan yang erat insyaAllah πŸ’ž

Alhamdulillah .

Semoga apa yang ingin adah sampaikan ,kalau tak dapat semua, ambillah sedikit yang boleh memberi kesan dalam jiwa kita πŸ’

Hari ni tajuk perkongsian kita adalah NIAT ..

Tajuk ni selalu orang kongsikan , tapi hari ni adah nak kongsikan semula semperna akhir tahun dan permulaan baru di awal tahun hadapan .


Siapa tahu apa itu niat ? πŸ€”πŸ€”

πŸƒNiat ialah gerak hati yang yang bertujuan mendapatkan dan mencapai redha Allah


Niat ada 2 :
 - pergerakan hati time kita nak niat dalam solat.
-keinginan .

• • •

Sebelum kita pergi lebih jauh. adah nak kongsikan satu cerita  tau πŸŽ€


πŸ’¦Suatu ketika, terdapat seorang lelaki yang berkata,

“Sungguh aku akan bersedekah!”

 Kemudian ketika dia keluar dari rumahnya untuk memberikan sedekah, sedekahnya itu jatuh ke tangan seorang pencuri!
perkara itu cepat tersebar dalam kalangan penduduk sehingga menjadi buah mulut dalam kalangan mereka. Ketika perkara itu sampai ke pengetahuan lelaki yang memberikan sedekah tadi,
dia berkata, “Allahumma lakal hamdu (Ya ALLAH, bagi-MU segala pujian). Sungguh aku akan bersedekah!”


Kemudian dia keluar lagi untuk menunaikan niat sucinya itu. Akan tetapi kali ini lebih teruk lagi. Sedekahnya jatuh ke tangan seorang perempuan penzina! Penduduk setempat bercakap-cakap mengenai perkara tersebut,
 “Sebelum ni beri sedekah kepada pencuri. Semalam bersedekah kepada seorang penzina pula!”


Apakan daya, mungkin memang begitu takdir telah disuratkan. Si lelaki tadi hanya mampu mengungkapkan kalimah pujian kepada Tuhannya,

“Allahumma lakal hamdu (Ya ALLAH, bagi-MU segala pujian). Sungguh aku akan bersedekah!”

Maka sekali lagi dia keluar untuk memberikan sedekah.
Kali ini sedekahnya jatuh ke tangan seorang kaya. Lalu sekali lagi perbuatan lelaki tersebut menjadi perbualan hangat dan gosip panas penduduk.


Apabila cakap-cakap orang ramai sampai ke telinganya, lelaki itu hanya mampu mengucapkan,
“Allahumma lakal hamdu ‘ala sariq, wa ‘ala zaniyah, wa ‘ala ghoniy. Ya ALLAH, bagi-MU segala puji (yang telah menakdirkan sedekah itu jatuh ke atas) pencuri, wanita penzina dan si kaya.”


Selang beberapa ketika, lelaki tadi didatangi oleh seseorang lalu dikatakan kepadanya,

“Adapun sedekahmu kepada pencuri maka mudah-mudahan sedekah itu mencukupkan dirinya daripada mencuri lagi, dan penzina maka mudah-mudahan sedekahmu itu mencukupkan dirinya daripada melacurkan diri lagi, dan adapun sedekahmu ke atas si kaya maka mudah-mudahan sedekah itu memberi iktibar kepadanya sehingga dia juga akan memberi infaq dengan harta yang telah Allah kurniakan kepadanya.”


πŸ’¦Kisah ini diceritakan oleh Rasulullah kepada para sahabat, diriwayatkan oleh imam al-Bukhari dari Abu Hurairah. Ia juga turut diriwayatkan oleh imam Muslim dengan teks yang sedikit berbeza.

● ● ●

Tiada ulasan:

Catat Ulasan