expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 30 Mac 2017

★RENUNGAN HATI YANG HAMPA☆


🌴🕌🕌🕌🕌🕌🌴
   RENUNGAN HATI YANG HAMPA
 Assalaamualaikum..
    Dalam islam, sabar itu terbahagi kepada tiga iaitu Sabar dalam menunaikan perintah Allah, Sabar dalam meninggalkan larangan Allah ( Maksiat ) dan Sabar dalam menghadapi musibah (ujian) daripada Allah. Daripada pembahagian sabar ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa tanpa sabar kita tidak akan dapat mencapai matlamat ubudiyyah (Penghambaan) kepada Allah. Dengan sabar kita akan mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat, manakala tanpa sabar kita akan kehilangan segala galanya.
Apabila musibah menimpa, perasaan kita tergugat. Fikiran terganggu dan jiwa bercelaru. Diri seolah olah diselubungi kegelapan. Namun, apabila sabar bertandang,perasaan, fikiran dan jiwa akan stabil semula. Diri yang tadinya gelap akan dilimpahi cahaya. Benarlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud: " Sabar itu umpama sinar matahari." ( Muttafaq 'alaih ).
   Walaupun ia panas membahang, tetapi dialah sumber tenaga yang menyinari alam. Sabar ialah mentari dalam kehidupan kita. Tanpa sabar, kita selamanya berada dalam kegelapan.
 🌷 Waallahu'aklam 🌷

Tiada ulasan:

Catat Ulasan