expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 30 Mac 2017

Tegar Di atas Sunnah~


Alhamdulillah , kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk  bernafas dibumiNya pada hari ini untuk meneruskan saki baki kehidupan yang sementara. Setiap hari ada saja berita kematian tak kira usia samada yang mati secara tiba2, kemalangan dan penyakit. Ke semua berita2 yang kita dengar ini bukan sekadar berita tetapi ia memberi peringatan kepada kita bahawa janji pasti ini akan terjadi juga pada kita juga pada bila2 masa dan tidak kita ketahui. Justeru seruan para rasul serta kesinambungan para ulamak adalah mengajak seluruh manusia untuk menuju kpd TAQWA sebelom kita semua mengakhiri nafas kita yang terakhir berserta iman yang benar.

Apakah yang akan terjadi kalau kita mati tanpa iman & taqwa? Akibatnya manusia akan diazab bermula di dalam kuburnya hinggalah ke siksaan kemuncak yg terakhir iaitu Neraka Jahannam. Apakah yang diberitakan dari hadis2 yang soheh tentang Neraka? Ukuran kedalamannya adalah jarak di jatuhkan batu yg besar dari puncaknya dan batu itu jatuh ke dasarnya dalam masa 70 tahun. Bagaimana keadaan seseorang yang di masukkan ke dalam neraka? Subhanallah....Sewaktu manusia dicampak ke Neraka maka jasadnya di besarkan dengan saiz yang tidak terbayang besarnya, kata Abu Hurairah yang Nabi s.a.w ada menceritakan kepadanya bahawa "Gigi geraham ahli neraka sebesar gunung uhud dan punggungnnya selebar dari jarak selama 3 hari perjalanan oleh kuda yang pantas berlari." Maka kerana itu kita perlu takut dengan ancaman yang teramat dahsyat ini. Sekiranya manusia dicampak ke dalam matahari pun itu sudah cukup membuatkan manusia derita yang tidak terperi@terkata akan kesengsaraannya, namun kepanasan matahari masih dianggap kecil berbanding kepanasan Neraka yang apabila bocor sebesar lubang jarum sahaja, haba yang keluar dari lubang itu mampu untuk menghancurkan seluruh bumi.

Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk ISTIQOMAH di dalam Iman dan taqwa serta menedelani petunjuk kekasihNya dengan keyakinan yang jitu agar kita terselamat dari ancaman yang amat dahsyat itu. Apabila kita belajar tentang Sunnah baginda s.a.w maka belajarlah untuk MENGIMANI bukan belajar untuk mengetahui semata2. Insyaa Allah dengan berpegang kepada sunnah baginda s.a.w , ia akan mampu mengubah keadaan diri kita kepada yang lebih baik serta melahirkan jiwa yang hanif.

~ ISTIQOMAH ZIKIR , BACA DOA PAGI, BACA DOA PELINDUNG & PERBANYAKKAN BERISTIGHFAR AGAR RACUN2/PENYAKIT2 DI DALAM JIWAI KITA AKAN DAPAT DIRAWAT ,
INSYAA ALLAH.
*Tegar Di Atas Sunnah*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan