expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 30 Mac 2017

Solat Itu Tiang Agama ☆★


♡♥Solat Itu Tiang Agama♥♡

Assalamualaikum semua...semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT,  In Shaa Allah. Baiklah sepertinya yang saya janjikan, kali ini saya nota usrah untuk kalian tentang solat. Sepertinya kita semua tahu solat itu tiang agama dan yang pertama dihitung di negeri abadi (akhirat) ialah solat. Kita semua tahu solat itu penting namun tidak semua kita memahami solat itu bagaimana, lihatlah dunia sekarang, penuh maksiat di mana-mana, nak salahkan siapa? Bukankan solat itu mencegah dari perbuatan mungkar? Kenapa masih ada yang melakukan maksiat? Itulah persoalan yang sering menjengah minda saya. Sedih saya tengok generasi sekarang, muda-mudi sekarang yang cintakan dunia, nikmati dunia senak-enaknya bagaikan tiada kehidupan di negeri abadi(akhirat) kelak.

Dalam surah (Al Baqarah  ayat (2:3) Allah telah berfirman "iaitu mereka yang beriman kepada ghaib, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka"

Dalam ayat ini Allah telah perintahkan kita agar melaksankan solat, namun berapa ramai yang sedar akan perintah ini, kadang-kadang solat kerana terpaksa atau disuruh oleh ibu bapa.

Hukum solat ialah wajib ke atas mukallaf, dalam al-Quran banyak sekali dalil tentang kewajipan solat, tidak kurang juga terdapat banyak hadis mengenai hukum solat."Dirikan sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan jahat dan keji" (Al-Ankabut: 45)

Peliharalah semua sembahyang dan sembahyang wusta( sembahyang yang paling baik) dan berdirilah kamu untuk Allah dalam keadaan khusyuk" ( Al-Baqarah:238) Itu antara dalil yang Allah perintahkan tentang solat.

Dalam kehidupan kita ini, apa yang membuat kita tenang ialah dengan solat, solat itu sumber ketenangan hakiki. Selain dapat menjegah dari dari melakukan perbuatan mungkar, solat juga dapat mempengaruhi tingkah laku kita, percakapan kita sehari-hari dan juga akhlak kita dengan orang disekeliling. Orang yang solat sudah tentu tidak mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak baik, orang yang solat sudah tentu tidak menyakiti hati orang sekeliling sama ada ibu bapa, sahabat dan sebagainya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh (Bhukari dan Muslim) " Islam itu didirikan atas lima dasar iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa di dalam bulan ramadhan dan mengerjakan haji. Lihatlah betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita, selain mendapat ketenangan hakiki, dengan solatlah kita mengabdikan seluruh jiwa raga kita kepada Allah SWT.

Selagi hayat kita dikandung badan, marilah sama-sama kita mendirikan solat dengan penuh rasa kehambaan dan khusyuk. Semoga solat kita itu akan diterima di sisi Allah SWT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan