Sabtu, 23 Mac 2019
Hargailah Masa yang Ada Bossku
Tazkirah- "Hargailah masa yang berharga ini, sebelum kesempatan ini berlalu pergi "
(Perkongsian, Renungan)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
7 Perkara yang perlu Kita fahami
1. Apabila meninggal dunia seorang ayah, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.
2. Apabila meninggal dunia seorang ibu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya.
3. Apabila meninggal dunia seorang abang, maka longlailah cita-cita yang dikongsi bersama.
4. Apabila meninggal dunia seorang kakak, maka hilanglah senyuman kasihnya.
5. Apabila meninggal dunia seorang adik, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaannya.
6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.
7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.
Ketahuilah...hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.
Maka...
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan hati kamu lantaran kita tidak tahu bila kita akan berangkat meninggalkan dunia yang fana ini.
Andai kita melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.
Andai kita melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.
Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.
Manfaatkanlah masa yang berharga ini, sebelum kesempatan itu berlalu pergi.
Hargailah apa yang masih digenggaman. Nikmati dan manfaatkanlah apa yang masih menjadi milikmu kerana pada saat Allah menarik kembali segala nikmat, segalanya sudah tidak bermakna lagi.
Alhamdulillah 🌹
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan