Sabtu, 23 Mac 2019
Kehidupan Dunia ini hanya senda Gurau dan Permainan
☄Belajarlah
Biarpun sedikit, belajarlah ilmu agama setiap hari, dan beramallah dengan ilmu agama tersebut, agar kehidupan lebih bahagia kelak.
Belajarlah walaupun kita dah merasakan kita dah tertinggal jauh dari orang lain, jangan pernah kisah mengenai hal demikian.
Yang pasti kita ada niat untuk belajar dan terus berusaha menjadi lebih baik dari sebelumnya.
☄Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yg sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.
Al-Ankabut,ayat 64
☄Allah sudah susun cantik kehidupan ini..
Tinggal kita saja untuk belajar redha atas segala susunan Nya.
Belajarlah untuk redha pada Allah untuk meredakan kegusaran dalam hati kita.
☄Kenapa susah nak sangka baik pd org lain?
Sebab dosa yg dah bersarang dlm hati .
Bertaubatlah. Sucikan diri dengan istighfar!
☄Andai hati terasa pedih dengan sikap manusia, cucilah kepedihan dengan kesabaran.
☄bahagia itu datang selepas hadirnya kesedihan dan keperitan. umpama kopi yang pahit lalu ditambah kan gula dalam kopi tu menjadi sebuah kenikmatan.
☄Hanya hati mu yang patah.
Kaki mu masih sihat.
Jadi teruslah melangkah walau sesakit mana sekalipun jalannya.
☄Penat lelah yang kau rasa sekarang,
Semuanya akan hilang apabila kau telah menggapai kejayaan.
Bersabarlah diri.
☄Setiap manusia,
punya ceritanya masing masing.
Setiap manusia,
punya pengalaman hidupnya masing masing.
Setiap orang yang baik,
punya masa lalu yang buruk.
Setiap orang yang buruk,
punya masa depan yang terbaik.
Maka jangan melihat seseorang itu dari masa laluNYA.
☄Pendidikan islam tu bukan subjek pembelajaran kat sekolah je. Tapi sebagai pembelajaran kau sampai kau mati. Bukan setakat belajar je, tapi terapkan dalam diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan