expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 19 September 2019

Besar Ujian , Besar Pahalanya !!!


Besar Ujian , Besar Pahala

🌹💦🌹💦🌹💦🌹💦

2 jenis ujian
1- Ujian Kenikmatan
2- Ujian Kesakitan / Keazaban.

Untuk menempuhi Kedua-dua ini perlu di latih dengan sabar. Untuk jadi sabar perlu ada ilmu. Apabila kita hidup dengan belajar dan belajar, ia akan mendekatkan diri kita dengan Allah.

Sesiapa yang Allah ingin berikan kebaikan (ahli syurga) pada seseorang , Allah percepatkan balasan untuknya di dunia lagi. Kena ujian banyak. Ujian sakit, ujian kena fitnah sehingga kita rasa tak tertanggung. Kenapa? Supaya di dalam kubur, dah selesai hukuman Allah untuk kita dari dosa-dosa kita. Allah ingin balas kebaikan yang kita lakukan di syurga. Jangan cepat mengeluh bila diuji Allah. Habis pahala kita. Sebutlah innalillahiwainna ilaihi rajiun. Kita kena yakin ada sesuatu yang baik yang Allah ingin berikan pada kita.

Kemuncak kebaikan kita adalah syurga. Manakala kemuncak keazaban adalah neraka.

Allah nak bagikan kita syurga, Allah buat pembersihan diri kita dari dosa yang kita lakukan dengan ujian yang Allah berikan pada kita.

Bila banyak ujian dari Allah, banyaknya pahala yang Allah sediakan untuk kita. Orang mukmin jangan nampak yang susah itu. Cari hikmah di sebalik susah dalam ujian itu. Iaitu dosa diampunkan dan Allah hadiahkan syurga yang mahal nilainya.

Bila kita buat benda yang baik, ujian datang. Lagi besar ujian, lagi besarlah pahala yang Allah berikan.

Kita jangan rasa sedih dengan ujian itu. Kerana ujian itu menjadikan kita lebih ikhlas di hadapan Allah. Saat itu kita mula bangun tahajjud, baca Quran, berdoa dengan penuh harapan. Bila terkena ujian, hati lapang, Allah akan redha kepadanya." Wahai Hamba Allah yang jiwa penuh ketenangan, kamu pulanglah pada Allah dengan keredhaan Allah. Dan kamu redha dengan ketentuan Allah."

2 redha yang perlu kita dapat
1) Redha Allah
2) Redha ibubapa (anak-anak) dan redha Suami (isteri)

Bila kamu berhadapan dengan ujian ibubapa, kamu redha. Contohnya lagi berusia ibubapa kita, lagi banyak yang tak kena dengan dia. Mereka sensitif, Banyak membebel. Kita kena redha dan sabar. Kita tak tersangkut dengan mak ayah kita. Dan kita kena rasa nikmat bila diberi peluang manjaga mak ayah kita.

Sesiapa yang diuji oleh Allah dengan ujian, lalu dia marah, Allah benci kepada mereka ini. Mereka tidak nampak di sebalik apa yang Allah ingin berikan pada mereka. Yakni pahala dan Allah bersihkan diri dari dosa.

Paling hebat motivasi adalah mengambil hadis dan Al - Quran saat di uji.

Dalam hidup ini banyakkan bersabar. Moga kita beroleh keredhaan Allah. Itulah kemuncak keimanan orang mukmin. Bila diberi nikmat bersyukur. Bila di uji bersabar, sesengguhnya allah tak uji hambanya diluar kemampuan hambanya sendiri..

#just_say_Alhamdulillah
🌹💦🌹💦🌹💦🌹💦

Tiada ulasan:

Catat Ulasan