expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 16 September 2019

KHASIAT BUAH BETIK YANG BAGUS UNTUK KESIHATAN


Khasiat buah betik yang bagus untuk kesihatan adalah:
🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂
🍂🍃
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam.

Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.

Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.

Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit.

Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasalah awet muda.

Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.

Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit.

Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.

Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak.

Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.

Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan.

Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.

Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.


🍃🍂🍃🍂
Buah betik juga bagus untuk:
🍂🍃
KANSER
🍂🍃
Betik yang kaya dengan vitamin C sangat efektif sabagai antioksida. Betik juga mengandungi folasin yang terbukti dapat mengurangkan kanser tertentu.
🍂🍃
CIRIT-BIRIT
🍃🍂
Makan buah betih mentah yang direbus dapat menyembuhkan cirit-birit yang teruk.
🍂🍃
TEKANAN DARAH TINGGI
🍃🍂
Makan betik setengah jam sebelum sarapan dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
🍂🍃
MASALAH MENSTRUAL
🍃🍂
Makan betik masak pada setiap hari dapat melancarkan haid.
🍂🍃
KULIT BERMASALAH
🍃🍂
Sapukan betik matang yang sudah diparut pada tempat bermasalah selama setengah jam sebelum mandi. Cara ini dapat menghilangkan bintik-bintik dan noda-noda lain pada kulit serta menstimulasikan kilauan semula jadi. Menyapu jus betik mentah pada jerawat dapat membantu menghilangkan jerawat

@GayaSihatCantik
#just_say_Alhamdulillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan