expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 19 Oktober 2019

Kisah menarik *ADA HIKMAHNYA*


πŸ”ΆπŸ”ΉπŸ”ΆπŸ”ΉπŸ”ΆπŸ”ΉπŸ”ΆπŸ”ΉπŸ”Ά

*ADA HIKMAHNYA*

Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang-orang kampung yang mengetahui hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok. Tentu Tok sedih..."

Sebaliknya, Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah. Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah. Untung," begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok Penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil menggembala kuda-kuda liar yang lain. Begitu sibuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana pada satu petang, anak Tok Penghulu itu jatuh dari kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia ialah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar. "Malang benar nasib Tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua mereka.

Semua ibu bapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka.

Para remaja lelaki dibariskan di hadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang tangan patah!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya arah anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, dalam hati orang kampung terngiang-ngiang kata-kata dari mulut Tok Penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."

*Pengajaran :*
_Orang yang beriman sentiasa melihat kebaikan daripada sesuatu perkara. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun di dalam hati sentiasa mengharap kebaikan sebaliknya daripada Allah._

(Angguk Geleng - Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan)

*m̤̈ö̤ẗ̤ï̤v̤̈ä̤s̤̈ï̤ḧ̤ä̤ẗ̤ï̤*
*m̤̈ṳ̈ḧ̤ä̤s̤̈ä̤b̤̈ä̤ḧ̤d̤̈ï̤r̤̈ï̤*
*r̤̈ë̤f̤̈l̤̈ë̤k̤̈s̤̈ï̤p̤̈ë̤r̤̈ï̤b̤̈ä̤d̤̈ï̤*
*k̤̈ö̤r̤̈ë̤k̤̈s̤̈ï̤p̤̈ë̤r̤̈s̤̈ë̤p̤̈s̤̈ï̤*
*c̤̈ä̤r̤̈ï̤s̤̈ö̤l̤̈ṳ̈s̤̈ï̤*

πŸ”·πŸ”ΈπŸ”·πŸ”ΈπŸ”·πŸ”ΈπŸ”·πŸ”ΈπŸ”·

Tiada ulasan:

Catat Ulasan